Mujahid Palestin... Dialah Muhammed Ainur Ridha
Ainur Ridha pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di Tanta University, Mesir. Dia berkelana sendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki:Cinta Allah.
Ainur terus meneroka sebuah kota yang menjadi tamadun awal manusia suatu ketika dahulu. Di situlah, lahirlah seorang anbiya iaitu Nabi Musa A.S yang dilantik oleh Allah sebagai utusan Allah.
Satu hari, Ainur menyertai sukarelawan kemanusiaan di bawah naungan NGO Malaysia iaitu Cinta Gaza Malaysia. Dia didedahkan dengan kehidupan warga Palestin yang serba kekurangan. Di situ juga, dia berjumpa dengan sahabatnya iaitu Nur Farah Dian yang merupakan sukarelawan yang turut membantu Pertubuhan itu dengan mendedahkan kekejaman Zionis di media sosial.
Cerita pilu baginya, kerana setiap hari dihamburi dron, roket dan peluru. Dirinya tetap berkeras untuk menjadi tidak lemah.Tetapi hati lelakinya diketuk jua. Namun, cinta mereka tidak mungkin bersatu kerana Dian penghidap severe anemia yang mengancam nyawanya.
Masihkah ada harapan buat Dian? Adakah Ainur tetap berjuang mempertahankan Palestin? Ikutilah kisah mereka berdua yang berjuang demi Palestin.
|||||||||||||||||||||||
Ini bukan kisah wali Allah.
Bukan juga kisah imam muhaddis.
Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga.
Syurga ibunya dan syurga akhiratnya.
Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan mengetahui keperitan itu.
Dan di sini juga kisah di mana dia hendak meraih kembali maaf sahabatnya yang pernah dia khianati satu waktu dahulu.
Luqman Annasaie.
Warda Ashikin.
Ini bukan kisah cinta yang klise untuk ditatap.
Sungguh, bukan kisah cinta klise.
Tamat pada 4 Mac 2019