Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]
  • Reads 232,091
  • Votes 11,380
  • Parts 51
  • Reads 232,091
  • Votes 11,380
  • Parts 51
Complete, First published Mar 02, 2021
[COMPLETED]


Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama dengan lelaki itu membuatkan Nur Fatimah Maisarah terpaksa menanggung derita berbanding bahagia. Pernikahan tanpa cinta itu benar benar menjerat dirinya. Haykarl Ashraff juga sudah mengakui bahawa Nur Fatimah Maisarah bukanlah gadis yang mendapat tempat di dalam hatinya. Malah ada perempuan lain yang sudahpun bertakhta didalam hati. 


"Ya Allah, Jika benarlah dia yang kau ciptakan untukku, maka aku akan terus tabah mengharungi getir kehidupan ini. Aku akan terus menanti rasa cinta daripada dia untukku. Berilah aku kesabaran yang tinggi kerna aku adalah selemah lemah insan, Ya Allah" - Nur Fatimah Maisarah.

Disebabkan satu kejadian yang telah menimpa mereka berdua, Nur Fatimah Maisarah pergi membawa diri. Hatinya terus membeku. Kata sayang dan cinta dari lelaki itu sudah tiada makna baginya. 


"Sayang, Abang mintak maaf. Abang mintak maaf sangat sangat atas segala kesalahan yang abang pernah buat pada sayang. Percayalah sayang, abang sayang dan cintakan sayang sangat sangat. Saat pertama kali kita berjumpa, saat itu lah sayang sudahpun ada dalam hati abang. Tapi abang ego. Abang nafikan apa yang abang rasa terhadap sayang. Tapi, sekarang baru abang sedar yang sebenarnya abang dah lama cintakan sayang" - Haykarl Ashraff.

Hati Nur Fatimah Maisarah terus membeku. Rasa cinta dalam hatinya buat lelaki itu sudahpun mati. Kau Hidupkanlah Rasa Ini! 


"Kalau ada anugerah pelakon terbaik, saya rasa awak layak untuk dapat anugerah tu. Mungkin dulu saya terpedaya dengan lakonan awak. Tapi sekarang, tidak lagi!" - Nur Fatimah Maisarah. 


Apakah kesudahan kisah mereka? 
Masihkah ada harapan untuk bahagia?
Ataupun derita yang kekal menjadi teman setia?



Beautiful Cover by @imhazel_al

Start : 20 JUN 2021
End : 19 SEPTEMBER 2021
All Rights Reserved
Sign up to add Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️] to your library and receive updates
or
#7sad
Content Guidelines
You may also like
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED  by thenssya
36 parts Complete
BTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
[C] Cukup Sempurna by TheLittleShi
66 parts Complete
STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan masa depan Lia, Fal?" - Hayera Talia Terperangkap dalam kisah remaja yang tragis, Talia menggalas segala rasa bersalah. Kehilangan seorang demi seorang yang Talia sayangi membuatkan seorang Hayera Talia, gadis yang penuh dengan cahaya itu berputus asa dan ingin melupakan segala-galanya. Bangun dari tidur, Talia hilang semua memorinya. Seperti yang Talia harapkan. Menjadi seorang Hayera Talia yang baru sangat mudah. Seorang wanita yang mempunyai cita-cita, seorang anak yang disayangi, malah mencintai seorang lelaki dalam diam. "Talia dah lama sukakan abang Raed. Sejak pertama kali Talia nampak abang di hospital hari tu." - Hayera Talia. "Abang dah tua tau. Talia tak kisah ke? - Megat Raed Baihaqi Menjadi isteri kepada Raed memang angan-angan Talia. Tak sangka Megat Raed sudi menerima huluran hatinya. "Where have you been Talia? Aku cari kau." - Ahmad Naufal Rahsia yang kian terbongkar membuatkan hidup Talia berantakan. Kenyataan yang terlalu berat untuk dia terima. Bila satu per satu ingatannya membuktikan perkara sebenar, Talia semakin jauh dengan semua. "Kau rasa kenapa Raed ambil kau sebagai isteri? Kau punya satu sebab untuk jadi milik Raed. Tapi kau punya banyak sebab untuk bahagia dengan aku sebab aku cinta pertama kau." - Ahmad Naufal "Perkahwinan kita satu kesilapan ke, abang?" - Hayera Talia "Pada abang, kita melengkapi dan cukup sempurna." - Megat Raed Baihaqi
HANYA INGIN KAU TAHU (SLOWWWW UPDATE) by msroses_
33 parts Ongoing
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
You may also like
Slide 1 of 10
Rindu Kita Yang Dulu ✔ cover
MR. DOKTOR & MRS. JURURAWAT (COMPLETE✔️)  cover
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED  cover
Isteriku Cik Bos [Republish] cover
Demi kamu cover
MY HUSBAND  [C] cover
[C] Cukup Sempurna cover
Syurga Buat Ayshah  cover
HANYA INGIN KAU TAHU (SLOWWWW UPDATE) cover
SHE'S MINE!AMMARA AISYA [C] cover

Rindu Kita Yang Dulu ✔

37 parts Complete

"Sepuluh tahun aku tertanya-tanya mana silapnya aku? Apa yang aku dah buat sampai dia menghilang begitu saja? Dan sekarang, dia muncul semula macam tak ada apa yang berlaku. Perit lagi bila dia layan aku macam orang asing. Orang yang langsung dia tak kenal." Selama sepuluh tahun wanita ini hidup dalam kekeliruan. Mengapa kawan baiknya sejak daripada kecil lagi pergi meninggalkannya tanpa jejak? Tidak tahu mana silapnya Naura Aralyn yang membuatkan Sayf Malik lenyap daripada pandangannya. Keluarga Sayf masih berhubung dengan keluarga Aralyn walaupun telah berpindah, namun tidak buat dua insan yang dulunya pernah bergelar sahabat menjauhkan lagi hubungan akrab yang dibina mereka selama 15 tahun itu. *** "Say, kau janji dengan aku tau yang kau tak akan tinggalkan aku walau apa-apa pun yang terjadi." "Aku janji. Mana boleh aku tinggalkan kau, Aran," jawab Sayf sambil mengusap kepala Aralyn yang menyebabkan rambutnya menjadi serabut. Mereka memandang ke arah pemandangan matahari terbenam di pantai di kawasan perumahan mereka, sambil berada di atas pokok yang menjadi tempat kegemaran mereka untuk melepak pada usia remaja ini. *** "Beri saya sebab kenapa awak menghilang macam tu je? Saya tunggu awak setiap tahun untuk jumpa saya, tapi awak tak pernah-pernah muncul!" "Ada aku suruh tunggu?" Sayf memandang kosong wajah Aralyn tanpa sebarang emosi. -Naura Aralyn -Sayf Malik