Disebabkan kelancangan mulut Sharmima dalam berkata-kata , satu pergaduhan telah tercetus diantara dia dan seorang senior . Tanpa disangka , mereka berdua dipertemukan semula di satu kem . Apakah yang bakal terjadi ?
" Bagi aku, dialah senior paling kerek yang pernah aku jumpa! Muka serius, tiada senyuman! Kalau aku terpandang dia pun, pandangan maut yang diberikan ! Perangai lagilah, sombong gila, berlagak dan lagi satu perasan ! " - Nur Sharmima
" Hey ! Aku ni senior dan kau tu junior ! Respectlah ! Harap muka je cantik , tapi mulut laser ! " - Ahmad Mikael .
" Hmm..Takdir memang menarik kan ? DIA pertemukan semula kau orang dekat kem ni . Bawa berbaiklah dengan dia tu , Mika . Tak baik bermusuhan lama-lama, " - Ikhwan
Antara Senior Kerek dan Junior Mulut Laser, siapakah yang merendahkan ego dan menghulurkan kemafaan ? Atau permusuhan akan tetap terjalin ?
"Saya Mira Adriana, awak?"
"awak!" Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan.
"aahhh..yyy..aa" jawab budak nerd itu dengan gugup.
"nama awak siapa?" tanya gadis itu lagi.
"mm, nama saya Amar Fareez" kata lelaki itu.
"saya panggil awak Reez boleh?"
Sejak dari pertemuan itu gadis bernama Mira rapat dengan seorang budak nerd sehingga membibitkan bunga-bunga cinta.
Belum sampai Mira meluahkan perasaannya kepada si budak nerd, ibunya menjodohkannya dengan anak kenalan rapatnya.
Dia cintakan Reez dia juga sayangkan ibunya.
Apakah nasib yang bakal ditimpa oleh Mira? Siapakah yang akan dipilih oleh Mira.