『 Kisah Alice dan Para Putera
Bahagian Satu 』
⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰
Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tujuan untuk menyatukan bakal pemimpin dunia. Berdirinya megah di atas sebidang tanah yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara.
Itulah Akademi DiRaja Granté.
Alice Allyna, seorang gadis biasa yang bergelut dengan identiti dan personaliti diri tersesat di akademi berprestij tersebut.
❝ Layakkah aku berada di sini? ❞
Satu per satu kejutan menyambut kehadirannya sebaik sahaja dia bertapak di Pulau Granté. Dan antara yang paling tidak boleh diterima logik akal ialah,
❝ Apa dia cakap? Only female schoolmate? ❞
Hidupnya dikelilingi oleh lapan orang putera raja yang berbeza perwatakan serta latar belakang. Masing-masing dengan daya tarikan yang tersendiri membuatkan bukan sahaja Alice, malah para pembaca akan turut terpesona.
Adakah anda sudah bersedia?
Ayuh, kita selami dunia penuh fantasi mereka !
[ FANTASY | ROMANCE | COMEDY ]
⊱ ──────────── ⊰
© sevennie 2017
Nota : Cerita cringe in mula ditulis pada zaman jahiliah saya. Ada banyak kelemahan di bahagian awal memandangkan sebelum ini saya tak rancang plot. Saya tak delete sebab sayang dah tulis, jadi saya biarkan jelah mereput di wattpad ni. Kalau korang nak baca cerita yang mempunyai plot lebih teratur, boleh baca Putera Hati yang merupakan sekuel kepada cerita ini tetapi boleh dibaca sebagai stand-alone. Apa-apapun, saya tak larang korang baca cerita ini.
Selamat membaca.All Rights Reserved