Hampir tiga minggu berlalu, sejak Bilal dan group nya dikejutkan dengan kedatangan mentor baru dalam penyelidikan mereka kali ini.
Dan selama tiga minggu ini juga lah Bilal dan yang lain sangat sibuk dengan bermacam tugasan, seakan lab IT mereka ini sedang dilanda tornado. Langsung tiada masa untuk mereka berehat walaupun seketika.
Sir Eesa yang merupakan ketua baru untuk unit mereka, tersangat lah straight orangnya. Untuk hari pertamanya bertugas saja, tiada salam perkenalan mahupun mukaddimah permulaan. Mereka terus saja pada tujuan utama mereka.
Aura yang dibawa lelaki itu sangat lain dari yang lain. Dengan hanya renungan tajam dari matanya saja, cukup membuatkan mereka tertunduk memberikan sepenuh tumpuan pada tugas mereka.
Menyeramkan.
Tidur. Makan. Masuk lab. Dan bertapa didalam lab.
Dan perkara inilah yang menjadi routine baru bagi mereka yang mengambil aliran Information Technology di Akademi Zoldyck. Untuk sem ini, mereka perlu menyelesaikan kajian tentang teknologi baru supaya boleh diguna pakai oleh orang ramai. Yang pastinya dapat menaikkan dan mengharumkan nama Akademi mereka.
Huhh..
Penat. Runsing. Tertekan. semua ada.
Bukan hanya itu saja.Yang lagi merunsingkan Bilal adalah perihal kembar jadiannya, Sakeenah. Entah angin apa yang disedutnya dan entah mambang apa yang menyampuknya, Sakeenah kelihatan sangat sugul semenjak dari tiga minggu yang lepas. Bila ditanya mengapa.. dia hanya menggeleng dan berlagak seolah tiada apa apa.
Kalau lah betul tiada apa apa, Bilal sendiri akan lega mendengarnya. Masalahnya sekarang,mulut Sakeenah katakan tiada apa apa sedangkan mukanya memaparkan riak seakan langit jatuh menghempapnya.
Urghhh.. disaster.
Dan dengan keadaan Bilal yang sedia runsing dan tertekan dengan projek unit mereka ini ditambah pula dengan hatinya yang sentiasa rawan melihatkan keadaan kawan baiknya itu.. yang membuatkan Bilal nekad untuk berkorban buat Sakeenah sekali lagi.
Ya. Bilal yang sedari tadi masih fokus menghadap layar komputernya, ditengah lab yang sunyi ini. Adalah kerana sekali lagi Bilal cuba mengulangi kerja haromnya. Iaitu meng 'hacking' profil Isaki T.A.
Gila. Memang kerja gila.
Tapi apakan daya, demi melihat Senyuman Sakeenah berputik semula menceriakan hari harinya.Lelaki jambu itu sanggup menggadaikan apa saja. Oh Bilal.. sungguh murni niatmu.
Terlalu fokus dengan kerja harom yang dilakukannya, membuatkan Bilal jadi lupa perkara lain. Sedang orang lain sudah keluar untuk mencari makanan bagi mengalas perut, Bilal masih lagi menghadap komputernya.
Suasana ruang lab yang kosong dan sunyi hanya ditemani bunyi ketikan keyboard dari komputer Bilal. Sesekali dahinya berkerut tika cuba menganalisis tiap huruf huruf didepannya. Kaca mata yang melurut dibetulkan beberapa kali supaya terletak elok diatas hidung mancungnya.
Bilal apabila sudah terlalu fokus, mata dah tak toleh kiri kanan, atas bawah dah. Yang dia nampak apa yang didepan matanya saja.
"Hurmm.. hacking huh?"
Tanya satu suara garau dari arah belakang telinganya.
Bilal hanya balas dengan anggukan ringkas. Malas mahu jawab lebih lebih. Kerjanya untuk meng 'hack' si Isaki ini masih jauh lagi. Fuhh. Fokus Bilal! terus fokus!
Dengan suasan lab yang agak suram, sedikitpun tidak mampu mengganggu perhatian Bilal. Malah membuatkan Bilal makin tak ingat dunia.
"Kurang tepat sikit disitu, Email dia TheIsakiGS@gmail.com." tegur suara garau tadi, sekali lagi. Nada suaranya sangat bersahaja.
Bilal yang tadinya sedikit ralat kerana terlupa dengan alamat Email si Isaki, mula mengangguk angguk faham. Akhirnya dapat juga email yang betul. Mujurlah ada suara garau dibelakangnya yang menegur. Dengan rasa penuh bersyukur, Bilal palingkan wajahnya kebelakang. Untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi menolongnya dalam sesi kerja haromnya itu.
"Okay. okay. Thanks." ujar Bilal pada figura yang lelaki bertubuh lampai kemas dengan kemeja kerjanya yang sudah berlipat hingga kesiku.
Tanpa rasa apa apa. Bilal kalihkan kepalnya menghadap layar komputernya kembali.
"Most welcome. My pleasure." balas Eesa bersahaja diakhiri dengan tawa sinisnya.
Mendengarkan tawa sinis tajam dibelakang cuping telinganya itu, serta merta membuatkan tubuh Bilal kejung. Senyuman lega nya tadi mati, badan yang duduk dengan keadaan sambil lewa tadi sudah lurus menegak.
Seakaan baru tersedar dari mimpi lenanya dek siraman air dingin realiti. Mata Bilal yang diselindungi kaca mata itu, membulat seperti bila bila masa saja biji matanya akan terkeluar dari soket.
Suara itu..
Sir Eesa.
Wait.. Wh..wha..WHAT??!!
WHAT THE--
WHAT THE DUCK??!!
Baru saja Bilal hendak bangun berdiri dari kerusinya, terasa ada satu tangan asing menepuk perlahan bahu kanannya. Tepukan yang penuh amaran.
"S..sa..saya--"
"Shhh.. listen here." Tutur bicara Bilal terhenti dengan patah bicara Eesa.
"Take care of her.."
Tangan Eesa bergerak meniti keyboard komputer yang masih menyala dengan paparan profil Isaki atau lebih tepatnya.. profil Eesa sendiri. Tak lama kemudian, layar komputer itu malap serta merta.
"For me."
Bila masih lagi pegun dengan tangan dan kaki yang sudah mulai membeku. Sejuk seperti ais. Oksigen seakan tidak lagi sudi hinggap memasuki saluran pernafasannya. Gerun menguasai.
"That's it. Can you?" soal Eesa meminta persetujuan.
Anak mata hitam tajamnya menembusi kornea mata Bilal. Bilal sponta tertelan air liur yang dirasakan berpasir. Bermacam perkara bermain difikirannya sekarang.
Adakah..
Isaki.. adalah Eesa?
Jadi, benarlah sangkaan Sakeenah selama ini?
Dengan itu, Eesa berlalu meninggalkan ruangan itu. Membiarkan Bilal termangu mangu sendiri dengan 'pesanan' khas darinya.
'Take care of her..
For me.'
.
.
.
"Inah. Serius lah nak balik Pahang?" tanya Bilal didalam talian.
Sakeenah yang ketika itu masih dengan kerjanya memasukkan barang barang yang hendak dibawa pulang ke kampung Aki dan Wannya di pahang, sudah tayang muka menyampah.
"Apa Bie? macam lah tak biasa orang balik cuti dekat kampung. Kalau habiskan cuti dekat tengah bandaraya ni.. ada apa? Eii tak best langsung." tercebik cebik bibir Sakeenah.
Bilal disebelah sana sudah tersenyum lega, mendengar suara sengal Sakeenah. Dia yakin mood Sakeenah sudah kembali pada yang asal. Bilal saja overthingking tadi, fikirnya Sakeenah hendak menghabiskan cuti sem kali ini dikampung hanya semata ingin membawa hati yang lara.
Nyatanya tidak. Sakeenah, Uncle Zam dan Aunty Eve memang sudah merancang untuk pulang ke kampung mereka dipahang.
"Oh yeke? alhamdulillah, tenang sikit hidup I kali ni. Lama sikit dekat sana pun tak apa. I lagi suka." ujar Bilal berjenaka.
Sakeenah yang mendengar sudah panas telinga menahan rasa. Eiii mamat jambu taguna ni. Fikir dia caring sangat tanya macam macam dekat kita. Macam susah nak lepaskan kepergian kita. Rupanya dia hanya nak pastikan adakah cuti nya kali ini terjamin tenang atau tidak dengan ketiadaan Sakeenah.
Hampeh punya Bilal.
" Eeiii dah lah. Malas dah nak borak dengan Bilal! Bengkak hati! Haishh. Hah.. nikmatilah percutian kali ini dengan lebih tenang okay. Inah tak ada nak kacau." Sakeenah julingkan mata keatas. Menyampah.
Terdengar suara Bilal ketawa terbahak bahak. Bahagia mungkin kerana berhasil membengkakkan hati Sakeenah. Selalunya dia yang menjadi mangsa Sakeenah. Kali lain pula halnya.
"Haduii.. I dah dapat bayangkan dah hari hari I yang penuh ketenangan tanpa U kat sini.. Ohh indahnya."
Makin galak dia mengusik. Makin kembang kempis hidung Sakeenah menahan geram.
"Ehh sudahlah. Argh! Okay fine. Bye!"
"Hahaha.. okay okay. Baik baik Inah. Jaga diri." masih dengab sisa tawa Bilal menutur. Sebelum tawanya memudar.
Tiba tiba Bilal teringatkan sesuatu.
"Jaga dia.. untuk aku."
Gulp.
"Bye Inah. Jaga diri." hanya Bilal yang faham perasaan ketika menuturkan ayat itu.
"Yelah yelah. Bye."
Talian dimatikan. Sakeenah sambung menyumbat beg dengan pelbagai jenis barangannya.
Teruja dapat balik kampung.
Kampung yang sangat dirinduinya. Kampung yang menjadi tempat pertama pertemuannya dengan heronya. Kampung tempat dia terpaksa menghabiskan zaman kecilnya disitu, tika kelurganya ditimpa ujian yang cukup besar buat mereka.
Sakeenah laju menggeleng kepala tika teringatkan berbagai memori yang singgah difikirannya.
Tidak. Dia tidak boleh terus terusan terikat dengan kenangan disana. Kenangan tetaplah selamanya akan kekal menjadi kenangan. Ia tidak akan datang kembali dan menjadi masa depan yang menanti dikemudian hari.
Ia hanya akan kekal sebagai sejarah untuk diingati dan sebagai tugu untuk dikenang. Tidak lebih dari itu.
Kenangan tidak akan bisa berubah menjadi harapan.
.
.
.
"Kita dah nak sampai ni. Poetry ada nak singgah beli apa apa dulu tak dekat kedai Hj Harraz?" tanya Zamanee pada anak gadisnya.
Sakeenah yang menjulur kepala keluar dari tingkap, dengan mulut ternganga Zamanee pandang dari cermin depan. Jakun sangat.
"Woahhh.. majunya kampung kita Ayah, Ibu." melopong Sakeenah melihat pada keadaan kampungnya yang belum sampai setengah tahun pun ditinggalkannya.
"Poetry belum tengok lagi kedai runcit Hj Harraz tu jadi apa. Hah.. confirm jatuh rahang kalau tengok nanti." Ibunya pula bersuara.
Tak sampai beberapa saat. Benarlah seperti apa yang dikatakan Ibunya. Hampir saja rahang Sakeenah jatuh melihat perubahan pada kedai runcit Hj Harraz.
Bukan. Ia bukan lagi kedai runcit. Bangunan kedai yang dulunya sangat kecil itu sekarang telah menjadi bangunan besar pasaraya serbaneka, dengan lambang.. HH MART.
"WHAT?!" Jeritan terkejut Sakeenah disambut dengan tawa Ibu dan Ayahnya.
Penuh teruja Sakeenah membuka pintu kereta mewah ayahnya. Sunnguh tak sabar hendak melihat keadaan didalam kedai runcit yang telah diubah suai menjadi pasaraya itu.
Sakeenah berlari lari anak menuju pintu kaca bangunan itu.
'Majunya Pak Har Poetry!'
Tempat pertama yang dicari adalah peti aiskrim yang menempatkan ais krim malaysia 20 sen satu kesukaannya. Tika Sakeenah sampai disitu, nafas lega dilepas kasar.
"Fuhh.. mujur aiskrim ni masih belum pupus." dengan sengihan melebar Sakeenah memborong Aiskrim malaysia berbagai perisa itu.
Sampai saja dikaunter untuk membayar, Sakeenah mencuri pandang pada gadis cashier didepannya itu. Mulut sedikit memuncung.
'Alaa.. kenapa bukan Pak Har yang jaga kaunter. Baru nak terperanjatkan orang tua tu. Hurmm. Sedih..' keluh hati Sakeenah.
"Semuanya sepuluh ringgit lima puluh sen." hah.. nampak tak betapa banyaknya Sakeenah memborong aiskrim untuk dijadikan stok dalam peti Wan.
Muahahaha.
"Ohh sekejap." Sakeenah menyeluk poket seluarnya. Wang sepuluh ringgit yang sudah renyuk dihulur, sekali lagi tangan menyeluk mencari duit syiling 50 sen.
"Okay. Terima kasih cik--"
"Puteri??!!" Sakeenah yang baru mendapat huluran aiskrimnya turut terperanjat dengan nada terkejut gadis cashier didepannya ini.
Muka gadis ini yang tadinya terselindung dengan topi besbol yang dipakainya. Kini jelas pada pandangan mata Sakeenah.
"Miwa?!" juga dengan nada dan riak yang sama Sakeenah seru nama itu.
Amirah.
Adik perempuan Abang Is.
Bagaimana gadis yang sebayanya itu boleh berada disini? menjadi cashier? apa yang telah terjadi. Seingat Sakeenah, Amirah dari keluarga yang boleh tahan berada juga.
Tapi..
Bagaimana bisa?