Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE...

By tmaihusna01

14.4K 2.4K 410

COMPLETE My first story💗 Persahabatan yang indah adalah antara hubungan yang saling memahami dan saling mel... More

bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
perhatian
bab 16
gambaran
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
sakit hati
jujur
Epilog
sajak buat sahabat ~PINNA~

bab 22

691 64 22
By tmaihusna01

Adawiyah POV

Salah ke aku untuk dapat kebahagian? Hmmm.

Ingatan aku pada masa lalu sedikit sebanyak semakin pulih. Tapi Raf mesti kecewa sebab aku tak mampu ingat sepenuhnya tentang dia.

Hospital... Hospital dan hospital lama betul aku dekat sini. Patutnya aku dah boleh keluar tapi selepas aku pembedahan tapi benda tu lah yang aku tak nak. Haih

"Assalammualaikum Adawiyah macam mana hari ok? Ada rasa sakit lagi ker?" tanya Doktor Syafa dan ada juga suster yang tengah sibuk mengecek tekanan darah aku dengan air bag aku. Takut-takut kurang.

"Waalaikummusalam doktor. Saya ok je. Rasa sakit tu macam biasa lah kalau datang." Aku hanya tersenyum. Aku dapat dengar keluhan doktor. Dia menyuruh nurse keluar seketika.

"Adawiyah saya tahu, awak pun mesti tahu apa yang harus awak buat sekarang. Kondisi awak sekarang tak stabil bila-bila masa je awak boleh meninggal sebab tu saya harap sangat awak jalankan pemedahan secepat mungkin. Darah beku dalam otak awak bukan benda kecil. Ni boleh bawa maut. Everyone love you Adawiyah. Awak tak kesian ke dekat family awak, abang awak yang jaga awak dan kawan-kawan awak." Pujuk Doktor Syafa.

Aku hanya menundukkan kepala dan memandang gelangku. Aku pun tak tahu kenapa aku tak nak buat pemedahan tu. Aku rasa kalau aku buat pun peluang aku untuk hidup 50-50 je lagipun aku dapat rasa kan umur aku tak panjang.

"Adawiyah... Adawiyah... Adawiyah... Hey, kamu ni!!! Saya cakap dengan awak. Awak boleh pula temenung." Doktor Syafa menarik muka masam.

Sepanjang aku di rawat olehnya dia selalu ada bila aku perlukan boleh kata kan aku rapatlah juga. Aku hanya tergelak kecil tapi terus berubah suram bila tengok balik teringat dekat Irdiana sama waktu aku termenung bila dia bercakap.

"Adawiyah awak ok? Saya ada salah cakap ke?" Aku hanya menggeleng.

"Tak adalah doktor saya cuma teringat kawan saya je."

"Mesti kawan baik awak kan? Gelang tu mesti dia bagikan? Dari tadi saya tengok awak asyik pandang gelang tu."

"Dia bukan kawan baik saya tapi ibarat nyawa kedua saya. Memang gelang ni dia yang bagi. Doktor nak tahu tak, hari ni hari jadi dia." Ujarku tanpa nada.

"Kenape awak tak pergi?" Doktor Syafa melihat kelender di tepi katil aku.

20/8/2001 adalah tarikh kelahiran Putri Irdiana Nazihah.

"Takkan nak pergi kalau keadaan saya macam ni." Doktor syafa berkerut kerut dahi untuk menghadam apa yang aku cuba sampaikan.

"Maknanya dia tak tahu kondisi awak sekarang... And wait... Dia ke orang yang awak cuba selamatkan daripada gengster tahun lepas sampai awak dapat darah beku ni." Aku hanya mengagguk malas.

"Mungkin doktor tak patut campur tangan dalam urusan Adawiyah tapi doktor tahu awak buat semua ni mesti untuk jaga perasaan dia. Doktor tak nak awak stress. Better awak rehat ok." Aku hanya mengangguk lalu memandang doktor yang pergi meninggalkan aku sendirian.

Bila berfikir balik, kenape aku tak guna tekwando dan silat yang aku pelajari waktu orang buli aku? Satu je jawapan aku... Malas nak tambah dendam dan benci orang dekat aku.
Teringat dekat mak long pula. Pergilah senyap-senyap naik grab tak nak ganggu Isqandar dengan Irdiana.

Sesampai aku di depan rumah mak long. Nampak pula anaknya Sibuk menyapu halaman almaklumlah rumah kampung. Best apa! Tiber.

"Assalammualaikum"

"Waalaikummusalam... Wiyah kenape datang sini? Kau tu tak sihat lagi. Ni mesti Is tak tahu kan. Matilah kalau dia tahu kau dekat sini."
Cemas betul sepupu aku sorang ni. Bukan aku datang bawa tentera nak musnahkan rumah dia.

"Aku ok je lah yang pasal Is tu kau tak payah report kat dia, konfem dia tak tahu. Aku nak datang sini nak jumpa mak long. Mak long Ada tak?"

"Ada tapi baik kau balik aku bukan nak halau tapi aku takut mak aku apa-apa kan kau."

"Aku ni anak sedara dialah tak kan dia nak apa-apa kan aku. Dah lah aku nak jumpa mak kau jap." Aku terus menapak ke dalam rumah di ikuti Auni kelihatan mak long ralit melihat dengan program di dalam TV. Aku terus menerpa ke mak long.

"Assalammualaikum mak long. Maaf lah Adawiyah dah lama tak datang jenguk mak long. Mak long sihat?" Aku cuba untuk mencapai tangan mak long untuk menyalam tapi dia menepis tanganku... Aku cuba husnuzon mungkin tangan mak long kotor kot.

"Waalikummusalam... Kau tak datamg terus pun aku lagi suka dan kau ada nampak aku nak mati ke sampai kau tanya soalan bo**h tu. Pergilah balik ke keluarga kaya tu sibuk datang sini kenapa" Halau mak long... Benci benar dia dekat aku...

Tiba-tiba bunyi tingkap pecah.... Terus mak long keluar rumah untuk tengok siapa punya angkara tapi aku dengan Auni di tegah oleh mak long untuk ikut. Dia hanya suruh duduk dalam rumah dan menyuruh aku menjaga Auni.

"Lu keluar pun. Mana duit gua pandai pinjam tak pandai bayar balik. Tempoh masa gua sudah banyak bagi wooo. Gua tak kira hari lu bagi gua sekarang jugak kalau tak lu gua bunuh sama lu punya family."
Kedengaran dari luar ke kecohan di buat ah long. Kebetulan rumah mak long ni agak jauh sikit dengan jiran.

Aku terus menarik Auni ke tempat yang lebih tersorok.

"Auni kau duduk sini diam-diam aku cuba tolong mak long. Kau cari bantuan cepat tau. Call polis sekali. Sebelum aku pergi, aku minta maaf dan halalkan makan minum aku tau dan terakhir tolong sayang Irdiana macam mana kau sayang aku."

Kata aku sambil melepaskan pelukanku dan terus aku dapatkan mak long yang terjatuh di sebabkan tolakan kuat oleh ah long tu....

"Wow ada heroin lah datang. Gua tak tahu lu ada 2 anak perempuan. Lu punya anak lawa ma. Gua kasi angkut lu punya 2 anak separuh hutang lu gua kasi settle."

"Dia bukan anak saya tapi saya tak boleh bagi dia. Ah long Saya janji saya bayar... Bagi saya waktu untuk saya bayar." rayu mak long sambil melutut. Lain pula reaksi Ah long yang sedang berang mendengar alasan mak long.

"Gua dah malas nak dengar alasan lu lagi. Ahcoy lu cari anak perempuan ni dalam rumah dan lu ikut dan mak lu gua bunuh." Kunco-kunco menarik aku.

Aku apa lagi terus keluar seni pertahan kan diri. Tumbang satu persatu kunco-kunco ah long yang cuba melarikanku. Aku cuba selamatkan mak long daripada kunco ahlong yang lain. Tanpa mak long sedar Ah long cuba menikam perut mak long dengan sepantas kilat aku menarik mak long dan menukar posisi aku dengan mak long.

Dapat aku rasakan tusukan benda asing di perut ku dan ditarik kembali. Aku kene bertahan walaupun seketika. Aku rebah di pangkuan mak long. Untuk pertama kali aku melihat mak long menagis keranaku.

"Adawiyah... Kenape selamatkan mak long? Selamani... Mak long bukan layan kamu dengan baik? Maafkan mak long atas segala perbuatan mak long. Mak long tahu kamu tak salah tapi dendam mak long yang menutupi segala kebaikan kamu buat." Tanganku menyekat air mata mak long.

"Mak long... kan satu-satunya mak sedara Wiyah. tak kan Wiyah tak selamatkan mak long. Wiyah, tahu mak long tak salah. Tak perlu mintak maaf sebab wiyah dah lama maafkan." Ujarku dengan nafas tersekat-sekat.

"Baik gua bunuh je dua-dua terus tak payah menyusahkan gua." Ah long mengambil satu batang besbol daripada kunconya.

"Woi kau jangan sentuh dia." aku kenal suara tu. Dalam masa yang sama datang polis menangkap ah long yang cuba lari.

"Wiyah macam mana kau ada dekat sini? Siapa tikam kau ni? Kau bertahan ye. Sekejap lagi kita sampai hospital" Isqandar terus mencempung aku daripada pengkuan mak long untuk di bawa ke hospital.

Aku hanya tersenyum melihat muka cemas Isqandar daripada dulu tak pernah berubah perangai dia. Kemudian aku mengalih pandanganku Irdiana di samping Isqandar. Aku meraih tangan tangan Irdiana.

Ya Allah bertapa rindunya aku dekat sahabat aku ini. Terima kasih Ya Allah... Isqandar meletakkan aku di bahagian belakang dipangkuan Irdiana

"Adawiyah aku minta maaf aku tahu salah aku yang khilaf dalam menilai kau. Aku tak jaga kau betul-betul. Aku dibutakan dengan perasan yang tak patut ada dalam persahabatan kita."
Bergenang air mata Irdiana melihat keadaan aku yang berlumuran darah.

Ya Allah sungguh aku tak sanggup melihat air matanya jatuh.

"Kalau kau sayang aku... Jangan pernah menangis.... Dan merantap permergian aku. Aku tak nak, Walaupun setitik air mata... Sebab semua ni terjadi atas kemahuan aku. Dan takdir Allah yang... menentukan... Tak pernah sekali aku anggap... Diri kau asing bagi aku... Janji dengan aku... Kau jaga Isqandar... Dan kau Isqandar janji dengan aku... Untuk jaga Irdiana lebih daripada nyawa kau sendiri bila aku dah tak ada nanti." Aku memandang Isqandar yang hanya mengangguk dan focus pada pemanduan...

"Apa kau merepek ni.... Kau kene tetap hidup... Tolong kuat buat untuk aku..."
Aku hanya menggelengkan kepala... Dah sampai waktunya...

"Irdiana... Tolong... Ajar... Kalau Aku... Mengucap... Tolong... Kalau... Kau.. Nak kita.. Jumpa.. Dekat.. Syurga" tercunggap aku menahan sakit...tapi sakit ni aku tak dapat gambarkan....

"asyhaduallaillahaillallah.... Wa asyhadu anna muhammadar Rasullulah"

Perlahan-lahan aku mengikut dan perlahan-lahan aku menutup mata....












Cuba komen untuk sis tahu perasaan korang bila baca my story

Ok tak ending dia...

Kalau nak epilog sis tunggu ada orang nak tak kalau tak nak sis tak buat

Jangan lupa vote,komen dan follow me

Continue Reading

You'll Also Like

11K 388 25
Ini hanya rekaan semata². Enjoy your reading! Minta maaf kalau tak best/terkurang apa² Ni first try jadi semestinya ada silap. Cerita ni lover to ene...
4.7K 616 11
Hidup Ariella yang terseksa seperti Cinderella berubah apabila dia tersesat di dunia bergelar Alastoria. "Alastoria, a fantasy world where all magica...
479K 16.8K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
6.6M 140K 40
[ 3rd BOOK = ARS ] ___________________ Mawar Qaisara gadis istimewa yang mempunyai IQ budak 6 tahun. Dirinya sama macam kanak-kanak yang lain. Manja...