Steven dan yang lain bersedia dengan berpakaian serba hitam . Dylan, adelia , clara dan zandra berada di atas . Kecuali zender. Sibuk je budak kecil ni nak ikut !
"Zender ,pergi kat mummy" arah chris dengan nada lembut je.
"Nak ikut daddy"
"Tak boleh ikut daddy" ujar chris dengan tenang
"Kalau tak boleh ikut daddy , zender ikut uncle ian je lah "
Chris meraup wajahnya .
"Hmm , ye lah . Ikut uncle ian je , " Chris mengalah .
Zender bersorak riang . Selesai semua bersiap , mereka bergerak menuju ke tempat yang ingin ditujui . Zender dari rumah lagi dah bising .
Walter memberhentikan keretanya tidak jauh dari banglo dato carl . Kelihatan beberapa pengawal di luar banglo itu .
"Ian , walter dan zender tunggu sini . Ian hack cctv kat banglo . Aku pasti ade cctv . Steven, kelvin,kevin ikut aku . Tapi steven dan kelvin nanti urus kat luar . Kitorang dua akan urus dato carl nanti ." arah chris
Mereka semua mengangguk kecuali zender . Mereka mula bergerak mengikut seperti yang telah dirancang . Ian mula bermain dengan laptopnya , zender dan walter hanya menjadi pemerhati .
Chris dan yang lain perlahan-lahan menuju ke pintu pagar. Dua orang lelaki yang berjaga di situ menahan mereka . Chris memberi isyarat kepada steven dan kelvin . Steven dan kelvin menuju ke hadapan lelaki itu .
"Dato carl" Kata Steven
"No" balas lelaki itu
"No?" steven tersenyum sinis . Serta merta satu garisan panjang kelihatan di leher lelaki itu . Pisau yang dibawa oleh kelvin dibenamkan di dahi dengan lelaki yang satu lagi .
"Done" ujar steven sambil menguap kecil .
Mereka meneruskan perjalanan mereka yang masih jauh di hadapan . Sebaik sahaja mereka tiba di depan banglo , banyak lelaki berbadan besar menghalang mereka .
"Korang urus " arah chris
Steven dan kelvin membelasah lelaki-lelaki itu manakala chris dan kevin masuk ke dalam banglo itu dengan selamba , dah macam runah sendiri . Sebaik sahaja Mereka masuk , pembantu rumah dato carl menjerit ketakutan .
"Diam" chris menghalakan muncung pistol ke arah pembantu rumah itu . Serta merta pembantu rumah itu mendiamkan diri .
"Dato carl mana ?" soal chris dengan nada dingin. Dengan terketar-ketar , pembantu rumah itu menunjuk ke arah sebuah bilik yang berada di tingkat atas .
Chris dan Kelvin naik ke atas tanpa disedari oleh dato carl yang berada di bilik nya . Sampai di bilik itu , chris menolak pintu itu . Dato carl kelihatan terkejut dengan kehadiran chris yang datang tanpa diundang itu .
Chris memandang Dato carl dan beberapa orangnya yang sudah pun mengangkat pistol masing-masing . Mereka menghalakan ke arah Chris dan Kevin .
"Kau sape ?" soal Dato carl dengan tenang .
Chris hanya mengukir senyum sinis . Kevin seperti biasa , hanya berdiri di sebelah chris dengan muka yang tidak dingin .
"Kau sape ?!" soal dato carl lagi dengan nada agak keras . Chris hanya mengangkat bahu .
Dato carl yang sudah mula geram dengan chris mengarahkan orang-orang nya melepaskan tembakan . Bunyi tembakan mula kedengaran , dalam masa yang sama lampu di bilik itu terpadam secara tiba-tiba . Hanya beberapa detik , lampu kembali terpasang . Kelihatan beberapa orang dato carl mati akibat menembak sesama sendiri . Hanya seorang yang tinggal . Dato carl mencari kelibatan chris dan kevin .
"Cari aku ?" chris bersuara dari belakang dato carl .
Dato carl memandang ke belakang . Muncung pistol tepat diarahkan di wajahnya .
"Kau ikut kitorang , atau...datin mana ?"
"Jangan sentuh isteri aku!" jerit Dato
Chris mengangkat bahu .
"Dah ikut aku!" Chris membawa dato carl keluar
"Bawa dia" arah chris kepada kevin
Kevin menarik seorang anak buah dato carl yang tinggal . Dia membawa lelaki itu keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja keluar dari bilik , kelihatan steven dan kelvin bersenang lenang di sofa .
"Hoi datin mana ?" soal chris
"Kitorang kunci dia kat bilik" kata kelvin selamba
"Korang buat ape dengan isteri aku!!" jerit dato carl
"Kunci je" balas steven
"Dah lah jom balik , kau jalan je . Jangan nak banyak cakap. Kang aku tembak kau kat sini!" ugut chris
Dato carl merengus geram . Steven dan kelvin bangun lalu mengikut langkah chris dan kevin keluar dari situ .
Sampai sahaja di kereta . Steven mula mengira. Kira ape?
"Satu , dua , tiga !"
Bom!
Banglo mewah dua tingkat itu meletup serta merta . Yang lain memandang ke arah steven . Patutlah dari tadi mengira je kerja nye . Dato carl terpaku seketika .
"Bunga api!" jerit Zender
"Say bye kat banglo kau yang berjuta-juta ni"
Dato carl hanya berdiam diri . Jelas dia kelihatan marah . Walter segera memecut laju meninggalkan kawasan banglo itu .
***
Sampai sahaja di banglo , Chris mengarahkan steven membawa dato carl di tempat bawah tanah di banglo itu .
"Zender pergi masuk ke dalam "
"Zender nak ikut!" kata zender
"Zender masuk!" arah chris. Zender dengan langkah malas masuk ke dalam banglo . Manakala yang lain menuju ke ruang bawah tanah .
"So , ini lah dato carl ?" kata ian sinis sambil memandang tajam ke arah dato carl yang duduk di kerusi yang tersedia.
"Korang sape hah?!" jerit dato carl . Orangnya yang dibawa bersama hanya berdiam diri dari tadi .
"Kau kurung dia" arah chris kepada kelvin
Kelvin mengheret lelaki yang merupakan anak buah kepada dato carl itu di sebuah bilik kosong yang dipenuhi dengan kegelapan sahaja .
"korang sape ?!" soal dato carl dengan nada yang marah.
"Bingit tau tak! Soalan yang sama je kau tanya eh!" Ian mengosok telinganya .
"Takkan aku pun kau tak kenal?" ujar steven
"Kau!"
"Hah aku ,kau dah kenal kan. Good!" steven menepuk-nepuk pipi dato carl
"Kau nak ape?!"
"Hey dengar sini" chris mengangkat dagu Dato carl dengan kasar .
"Kau dah mensabotajkan syarikat aku! Kau memang tak guna! "
Pang!
Serta merta tangan chris hinggap di muka dato carl . Dato carl memegang pipinya.
"Tak guna kau!" dia cuba untuk bangun namun dihalang oleh ian, steven,walter dan kevin yang berada di belakangnya .
"Nak pergi mana pakcik ?"
Dato carl merengus geram .
"Lain kali jangan nak cari pasal bagai! "
"Wei aku tak sengaja nak sabotaj kan syarikat korang" ujar dato carl dengan nada meminta simpati .
Chris ketawa sinis.
"Tak sengaja eh. Jadi duit syarikat aku yang berjuta kat mana?!"
"Err.."
Chris menendang kerusi yang diduduki oleh dato carl sehingga jatuh . Ian mengangkat semula kerusi tersebut . Dato carl dipaksa untuk duduk semula di kerusi itu .
"Kesian rambut kau , dah rosak" ujar ian lalu ketawa sinis
Dato carl tunduk membisu . Berani buat berani tanggung lah kan .
"Malas lah nak bercakap dengan orang tu ni ,korang urus lah" chris melangkah keluar begitu juga dengan kelvin, kevin dan walter
Yang tinggal hanyalah steven dan ian. Steven dan ian berpandangan . Mereka mengukir senyum sinis . Mereka mendekati dato carl lalu membelasah dato carl habis-habisan . Fuh kejam!
Mereka kemudian mengheret dato carl menuju ke sebuah bilik yang akan dipenuhi dengan ular berbisa .
"Tempat kau kat sini! Bye!" steven mengheret dato carl lalu memasukkan ke dalam bilik itu.
"Lepaskan "
ian melepaskan ular-ular berbisa . Serta merta ular-ular yang
berbisa memenuhi bilik itu. Jeritan dato carl kedengaran dan perlahan-lahan hilang dari pendengaran .
"Dah jom balik , aku lapar " ujar ian lalu mendahului steven .
"Tunggu aku lah!" jerit Steven sambil berlari anak mendapatkan ian keluar dari ruang bawah tanah itu.
Done bab 16!
Vote and comment ya!♥
Kejam ? Tak kejam sangat kan ? Tak de idea lah . 😂