Beberapa bulan kemudian, majlis yang dinanti-nanti akhirnya kunjung tiba. Hana duduk di pelamin. Inilah harinya dia menjadi raja sehari. Segala persiapan sudah siap. Hari itu, ramai tetamu yang hadir. Majlisnya dilakukan secara sederhana bagi pihak perempuan, tetapi meninggalkan kesan mendalam.
"Wah, kau cantik lah babe!" puji Fazliyana, berbisik.
Tidak peduli dengan pujian sahabatnya, Hana fokus dengan Tengku Zaffran Adhfazh yang bakal menyebut lafaz kabul. Setelah itu, maka hubungan mereka berjaya dihalalkan. Setelah lafaz sighah, hubungan mereka berkuatkuasa serta merta.
"Aku terima nikahnya Nurin Farhana Binti Haji Yusoff dengan mas kahwin RM15,000 tunai," tutur Zaffran diiringi perkataan sah oleh dua orang saksi.
Bersamamu aku hadir.
Selamanya hingga akhir.
Terima kasih 'tuk semua rasa yang kau berikan untukku.
Kedua-dua ibu bapa kepada pasangan mempelai bagai pinang dibelah dua itu masing-masing menyoyakkan senyum. Bahagianya rasa sehingga mahu melompat-lompat. Syukur. Hanya Allah saja tahu.
I'm gonna marry you.
I know that you'll be mine.
I'm gonna give my world.
You're the only one
Tell them everything.
This is just beginning.
Jangan tinggalkan aku.
Di saat ku jatuh.
You're the only one.
Ya Allah, hari ini...
Aku sudah berjunjung.
Tanpa dipinta, air mata bercucuran mengalir ke pipi Hana. Dia tidak dapat menahannya. Tidak dapat lagi menahan mutiara jernih bertakung di tubir mata. Inilah hari bahagianya. Dia disatukan dengan Tengku Zaffran Adhfazh, lelaki kacak yang pernah ditolaknya sebelum hari pertunangan.
Juga, tanpa Hana pinta. Jemari kekasih halalnya muncul mengesat air matanya. Satu senyuman digariskan di bibir lelaki itu. Cukup tenang. Ditambah lagi dengan wajah bersih putihnya itu. Kacak.
Ah, sudah! Jangan la macam ni. Air mata tak boleh berhenti keluar. Huwaa!
"Jangan la nangis di hari bahagia kita ni, sayang." Zaffran senyum lagi.
"Tak boleh berhenti..." sebut Hana perlahan.
Malu pula rasanya menjadi tontonan ramai di situ. Dia dapat melihat beberapa bibir berhampiran tersenyum. Oh air mata, stop lah keluar!
"Sayang... I love you. Janganlah nangis," ucap Zaffran. Lembut jarinya menyeka air mata isterinya.
Janganlah ucap macam tu, makin nak menangis jadinya. Jangan buat orang salah faham menangis sebab terpaksa kahwin.
Ku pilih kau jadi imamku.
Bukan yang lain.
Cinta ini hanya untukmu.
Kau bukan main.
Bersamamu aku hadir.
Selamanya hingga akhir.
Terima kasih 'tuk semua rasa yang kau berikan untukku
I'm gonna marry you.
I know that you'll be mine.
I'm gonna give my world.
You're the only one.
***
Lelaki ini...
Insan yang ku kahwini ini tampangnya tidak biasa. Meski aku selalu melayan karenah pesakit yang cerewet di hospital, tetap juga tidak sepertinya. Payahnya! Makan sajalah apa yang mereka dah buat! Ingat senang ke nak siapkan semua lauk-pauk ni?
"Kalorinya tinggi, nutrisi perlu diperhatikan." Zaffran menolak beberapa lauk yang dekat dengannya.
Memilih!
Memangnya dia betul-betul jaga badan? Patutlah bentuk tubuhnya bagus dan kulitnya juga licin. Ah, sudah! Aku terpesona dengan suami sendiri pula!
Hana menampar mukanya berkali-kali. Sedarlah Hana!
Entah mengapa tiba-tiba Hana merasa hembusan nafas seseorang di dekatnya. Ternyata Zaffran sudah terlalu dekat dengannya.
"Kenapa ni sayang? Tak sakit ke tampar muka sendiri macam tu?" soal Zaffran.
Tidak semena-mena Hana terkejut. Hampir sahaja dia terjatuh dari kerusi. Nasib baik sempat ditarik suaminya. Fuh!
"Tak sabar-sabar ya? Tunggulah, majlis belum tamat lagi. Makanlah. Santai-santai je," ujar Zaffran sambil tersenyum nakal.
Ada maksud ni! Hana cepat-cepat menoleh ke arah lain. Zaffran tergelak kecil.
Lama itu, suasana di ruang makan pengantin menjadi senyap. Diam.
Hana menjeling Zaffran yang membisu dari tepi, sedang menguis-nguis lauk udang dalam pinggannya. Entah termenung apa. Awkward nya.
Jangan la diam macam ni, Hana. Dia suami kau. Majlis resepsi pun belum berakhir lagi.
"Aw... awak pun makanlah. Jangan memilih makanan sangat. Semua ni sedap-sedap belaka tau." Hana menolak kembali pinggan yang berisi lauk tadi kepada Zaffran.
"Makanan ni kaya dengan kalori. Sebenarnya hampir dua tahun dah abang tak makan macam ni. Nak jaga badan," beritahu Zaffran. Jujur.
Zaffran, awak ni mengalahkan perempuanlah bab-bab jaga badan ni.
"Ouhh... jadi begitu." Hana mengangguk perlahan tanda faham.
Maksudnya selepas ini, dia perlu menitikberatkan kandungan nutrisi dalam makanan setiap kali memasak untuk suaminya. Hana merenung makanan di atas meja. Berfikir.
Raut Hana yang terlihat sedikit kecewa itu dipandang Zaffran.
"Eh, tapi apa-apa pun yang sayang masak, abang mesti akan habiskan! Tak perlulah risau sangat. Sebelum ni abang jaga badan sebab still bujang. Sekarang dah berpunya kan." Terus udang yang dikuisnya tadi dimakan.
"Uh?"
Pandai ya nak memujuk. Hana senyum. Tetapi, dia bukannya merajuk.
"Rina kata dulu awak gemuk. Betul ke?" soal Hana, tiba-tiba teringat perbualannya dengan Zaffrina, adik kepada Zaffran ketika majlis pertunangannya sebelum ini.
"Eh? Rina? Apa lagi yang dia cakap hah?" Terus Zaffran menjadi beremosi.
Hana mengangguk faham. Terhincut-hincut bahunya dek ketawa dalam senyap. Girang. "Nampaknya betullah. Mesti comel kan muka tembam tu?"
"Ma... mana ada gemuk!" nafi Zaffran.
"Oh ya? Jangan menidakkan kebenaran. Kalau ya hakikat apa salahnya? Tak perlu malulah. Saya kahwin dengan awak bukannya sebab bentuk tubuh awak. Lagipun, dah lepas kan? Ni cuma kisah silam." Hana senyum. Senyuman bidadari.
"Rina reka cerita je tu! Semua tu tak betul!" Masih lagi Zaffran menafikan.
Hana tergelak lagi. "Iyalah tu. Iyalah."
"Sampai hati sayang tak percayakan suami sendiri," luah Zaffran kecewa.
Terus tawa Hana terhenti. Alololo, dia merajuk pula.
"Alah, saya gurau je tadi. Jangan marah eh?" pujuk Hana. Zaffran pula berpeluk tubuh merajuk, menyilangkan tangannya.
"Sweet nya pengantin baru gaduh. Ada orang ambik gambar, tak sedar ke?" tegur satu suara.
Serentak Zaffran dan Hana menoleh ke arah sumber bunyi. Zaffrina! Adik Zaffran muncul sambil memimpin tangan seorang kanak-kanak lelaki.
"Aryan!" Rupa comel anak Zaffrina dan arwah suaminya ditatap Hana. Kanak-kanak lelaki berumur lima tahun itu memiliki masalah berkomunikasi dengan orang lain. Pendek kata, kanak-kanak itu boleh dikatakan bisu. Namun, kanak-kanak itu tidak juga pandai berbahasa isyarat.
"Aryan dah makan?" tegur Hana mesra. Namun, kanak-kanak itu terlihat takut dan bersembunyi di belakang tubuh ibunya. Mungkin masih berasa asing dengan Hana. Zaffran hanya menjadi penonton setia.
"Ian, jangan macam tu. Pergi salam dengan Mama Hana," suruh Zaffrina seraya menarik lengan Aryan dari situs persembunyian. Namun Aryan menggeleng. Takut.
"Hmm... takpe lah Rina. Dia takut tu," kata Hana memahami.
"Hmm, korang berbuallah. Zaff nak pergi sapa tetamu," ujar Zaffran meminta diri. Hana mengangguk. Begitu juga Zaffrina.
"Abang pergi kejap je. Sayang jangan rindu tau..." Serta-merta Hana menoleh ke arah lain. Sempat lagi suaminya ini.
"Duduklah," ujar Hana kepada Rina.