Pagi itu, aku sedikit kelam kabut ke kelas akibat tersedar lewat dari kebiasaannya. Yang kelakarnya, Tiz, Lisda dan Enot juga tak sedar. Jadinya, lewat berjemaahlah kami berempat hari ni. Alahai.
Kebetulan pula hari ni memang jadual pack. Banyak perkara penting yang perlu dibuat. Memang tak boleh nak skip kelas. Kalau tak, boleh juga ponteng kelas pagi.
Prof Tajuddin sempat menitipkan assignment untuk subjeknya sebelum beliau meninggalkan kelas. Kebiasaannya, aku memang akan pastikan aku tulis assignment yang perlu disiapkan di dalam aplikasi note.
Beg galas yang aku bawa, aku selongkar mencari handphone. Saat aku tersedar, spontan tangan naik menepuk dahi.
"Ya, Allah. Aku tertinggal phone rupenya!"
"Kenapa, Amina?" Tegur Lisda.
"Takda. Aku tertinggal hanphone kat rumah.."
"Oh. Ingatkan cari apa dari tadi duk selongkar beg tu.."
Aku tayang gigi. Menyedari kesilapan dan kekalutan sendiri.
Pulang dari kelas, aku masuk ke bilik. Mataku tertancap pada gadget putih di atas katil. Spontan, aku tersenyum mencapainya.
Sebaik sahaja lock dibuka, dahiku berkerut melihat banyak missed call serta whatsapp dari ahli keluargaku.
Dengan debaran di dada, aku buka whatsapp group family. Satu persatu conversation aku baca. Semakin lama tubuhku semakin sejuk. Aku menggigil!
Tanpa sedar, kolam mataku penuh. Pandanganku kabur.
Nombor telefon mak aku cari lalu aku hubungi dengan keadaan terketar-ketar. Sebaik sahaja mendengar suara mak, terus aku menangis.
"Mak! Kenapa Epul buat macam ni kat Mina?"
"Shh..sabar, Mina. Tenang dulu.." suara mak memujuk. Namun jelas, mak juga sedang menangis.
Aku sudah teresak-esak sambil melekapkan telefon di telinga.
"Pagi tadi ada satu akaun facebook ni add mak. Bila mak approved, mak terkejut tengok gambar-gambar yang dia post. Semua gambar mesra dia dengan Saiful. Ada satu tu, mak tak sanggup nak tengok, Mina. Allah! Sampainya hati Saiful buat anak mal macam ni.."
Aku sudah tidak mampu berkata-kata. Suaraku hilang. Tenggelam dek tangisan yang bagaikan tiada nokhtah.
"Yang mak geram, apa motif dia add semua family kita? Nak tayang hubungan dia dengan Saiful ke? Melampau betul!"
"Isk..iskk..sampai hati Epul..isk..isk.."
"Mina sabar ya, sayang. Mungkin ada hikmah kenapa benda ni jadi sekarang. Sekurang-kurangnya Mina belum jadi isteri dia lagi. Masih belum terlambat untuk tarik diri.."pujuk mak lagi walaupun aku tahu hatinya juga bagai disiat-siat!
"Iskk..Mina nak rehat mak. Kepala Mina sakit sangat. Isk..isk.." aku bersuara dalam kepayahan.
"Yelah. Mina rehatlah dulu. Nanti mak call semula. Mina kuatkan semangat ya, sayang?"
Sebaik sahaja talian diputuskan, aku sembamkan wajah pada bantal. Aku menangis semahunya.
"Amina.." suara Tiz menegur dari muka pintu.
Enot dan Lisda juga turut ada bersama. Memandang aku dengan pandangan penuh simpati.
"Beb, kau kena kuatkan hati okay? Kitorang sendiri baru dapat tahu pasal ni.."
Rupa-rupanya, gadis bernama Lulu yang hantar friend request semalam adalah kekasih Saiful! Bukan sahaja family, malah rakan serumahku juga di add di facebook. Mereka bertiga juga baru tahu dan apa yang paling menyedihkan adalah aku orang terakhir yang tahu semua ni! Allahu. Betapa hancurnya hatiku. Berkecai!
Tiz memelukku, diikuti Lisda dan Enot. Kami menangis bersama-sama. Inilah kawan suka dukaku. Selain keluarga, mereka juga kekuatan aku.
...
"Maafkan saya, sayang.." pinta Saiful ketika lelaki itu menghubungi aku setelah sedar perbuatannya terbongkar.
Aku hanya diam.
"Please, say something.." lelaki itu merayu. Meski hati ini terlalu menyayanginya, jujur aku meluat ketika mendengar rayuannya.
"Sayang.."
"Jangan panggil saya sayang. Awak tak layak!" Sergahku dengan getaran pada nada.
Terdengar keluhan Saiful di hujung talian.
"Saya tahu saya salah. Tapi.."
"Tapi apa, Saiful???!! Sampainya hati awak buat saya macam ni!"
"Saya sunyi, sayang. Awak jauh dari saya.."
Aku tergelak sinis mendengarkan alasan lelaki itu.
"Huh? Sunyi?? Awak lupa ya siapa yang terlalu yakin dengan this so-called long-distance relationship?? Lupa!??"
Aku hamburkan segala kemarahan, kekecewaan dan kesakitan yang telah dia beri pada aku.
Sunyi? Alasan! Sedangkan setiap 2 minggu, aku akan pulang ke Kuantan dan kami pasti bertemu. Jadi, apa lagi?
"Saya tahu saya salah. Saya minta maaf. Saya janji, saya akan tinggalkan dia. Lagipun, kita dah rancang nak kahwin kan?" Pujukkannya semakin menyemarakkan api kemarahanku.
"Kahwin? Oh, sedar diri nak kahwin?"
"Sayang.."
"Stop, Saiful! Stop panggil saya sayang! Saya jijik dengar! Awak dah sedap-sedap dengan dia. Berpeluk, bercium tanpa rasa malu..sekarang awak panggil saya sayang??!"
Saiful terdiam.
"Sampainya hati awak hancurkan kepercayaan saya. Saya setia dengan awak, Saiful! 6 tahun saya setia! Bukan 6 bulan! Saya jaga diri saya sebaik mungkin. Saya buat semua tu sebab saya nak jadi yang terbaik untuk awak! Tapi..ini balasan awak pada saya..!?"
Tangisanku pecah lagi. Tersedu-sedan. Air hidung yang mengalir aku kesat kasar. Sakitnya hati ni, Tuhan je yang tahu!
"Saya minta maaf. Please, jangan menangis lagi.."
Senangnya dia minta maaf. Seolah-olah kesalahan yang dilakukannya itu takda makna apa-apa.
"Dahlah, Saiful. Saya dah takda apa nak cakap lagi dengan awak. Awak teruskanlah hubungan awak dengan dia. Anggap jelah antara kita takda jodoh!"
Aku putuskan talian. Berkali-kali Saiful cuba menghubungi aku tetapi aku tidak mahu lagi berbicara apa-apa dengannya.
Awalnya, aku memilih untuk tidak terus menghukum. Aku masih mahu menafikan segala bukti yang aku lihat tetapi aku terduduk juga akhirnya tatkala perempuan bernama Lulu itu menghantar whatsapp bukti bil hotel mereka berdua sering check in. Malah, demi meyakinkan aku, Lulu juga bersungguh-sungguh mahu menujukkan rakaman cctv hotel tersebut sekiranya aku masih lagi ragu-ragu. Andai aku masih lagi menganggap dia hanya mencipta fitnah.
Facebook Lulu juga sudah aku lihat. Gambar-gambar dia dan Saiful berpelukan malahan siap bercium di pipi terpampar jelas di skrin telefonku.
Sungguh, aku tak kuat!
Tegarnya hati Saiful mempermainkan aku hingga begini. Tergamak dia menggunakan alasan berjauhan untuk selingkuh. Sedangkan aku berusaha menjaga diri buatnya. Aku juga sunyi, sendirian di negeri orang tetapi itu bukanlah alasan untuk aku mencari lelaki lain bagi mengisi kekosongan hati!
Kenapa? Kenapa semuanya terbongkar bila kedua belah keluarga sudah bersepakat untuk bersatu. Membina silaturahim yang lebih dekat? Kenapa Saiful tak pernah fikir tentang keluarga dia? Keluarga aku? Kenapa? Arghhh!
Tak pernah aku sangka hubungan kami selama 6 tahun ini, akhirnya hancur berkecai begitu sahaja. Sekelip mata. Semuanya nyata sia-sia!
Patutlah selama ini, Saiful tak pernah sesekali mencanangkan hubungan kami di media social miliknya. Bahkan, tiada satu pun foto aku atau kami berdua dimuatnaik.
Betullah kata Enot. Ada hati lain yang perlu dia jaga!
Bodohnya aku!
Tepat teori Enot.
Kesian Amina. 6 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat bagi sesebuah hubungan.
Sakit, bukan?
Tapi apalah gunanya setia pada yang tidak layak?
😔😔😔