Kunci Hati (EBOOK)

By xtheaura

2.2M 34.6K 2.3K

Areej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati... More

Kunci Hati - 1
Kunci Hati - 2
Kunci Hati - 3
Kunci Hati - 4
Kunci Hati - 6
Kunci Hati - 7
Kunci Hati - 8
Kunci Hati - 10
Kunci Hati - 12
Kunci Hati - 13
Kunci Hati - 14
Kunci Hati - 15
Kunci Hati - 17
Kunci Hati - 18
Kunci Hati - 20
Kunci Hati - 21
Kunci Hati - 22
Kunci Hati - 23
Kunci Hati - 24
Kunci Hati - 25
Kunci Hati - 26
Kunci Hati - 28
Kunci Hati - 30
Kunci Hati - 32
Kunci Hati - 34
Kunci Hati - 35
Kunci Hati - 37
E-Book

Kunci Hati - 31

26.9K 1.1K 16
By xtheaura


TERLIHAT kelibat Dhafira yang sedang melangkah masuk ke dalam perut lif terus Hadi melajukan langkahnya. Pintu lif terus dia tahan menggunakan kaki dan terus melangkah masuk.

" Morning." Sapa Hadi mesra dan senyuman yang menghiasi bibir.

" Morning." Balas Dhafira senada. Segaris senyuman turut dibalas. Seadanya.

" Baru tiga hari cuti dah masuk ofis." Tegur Hadi lalu memandang Dhafira sekilas.

" Tiga hari apanya, dah lima harilah." Jawab Dhafira.

" Sabtu ahad tu kan cuti umum mana boleh kira sekali dengan cuti yang kau ambil." Ujar Hadi.

" Kira lima harilah tu." Ujar Dhafira.
Hadi tersenyum kecil.

" Daddy suruh aku bagi kau cuti seminggu. Kau pula masuk awal."

" Tak perlulah cuti lama-lama. Lagipun bosan duduk rumah."

" Hazzar tak bawa kau pergi bercuti ke? Manfaat cuti kahwin." Tanya Hadi sedikit penasaran.

" Busy." Ringkas jawapan Dhafira. Lagi pula dia malas mahu memaksa. Dan, dia sendiri juga sibuk.

Hadi hanya mengangguk. Faham dengan kesibukan pasangan yang baru bertukar status ini. Masing-masing ada tanggungjawab lain.

" Tangan kau macam mana? Dah okay?" Tanya Hadi prihatin. Tangan Dhafira yang sudah dibuka balutannya sempat dipandangnya tadi.

" Dah makin baik." Telapak tangannya yang meninggalkan parut Dhafira pandang seketika.

" Aku minta maaf bagi pihak mummy dan Rana. Aku tak sangka Rana akan bertindak sejauh tu. Rana betul-betul hilang akal." Ucap Hadi dengan perasaan kesal atas perbuatan Rana.

Dhafira senyum nipis lalu menggeleng kepalanya perlahan.

" Tak apa. Salah saya juga sebab naikkan marah dia dan buat dia hilang sabar. Begitu juga pada Puan Sri. Saya pun nak minta maaf sebab dah menimbulkan kekecohan." Balas Dhafira tenang. Dia akui dia juga bersalah kerana dia yang mencabar Rana.

" Apa pun tetap salah Rana. Aku tahu dan aku kenal perangai adik aku tu macam mana. Kalau dia boleh kawal emosi dan baran dia tu, aku yakin semua ni takkan berlaku. Mummy pula terlalu manjakan Rana sampai Rana buat apa pun mummy tak pernah nak halang. Aku sebagai seorang abang rasa malu sangat dengan sikap Rana."

Dhafira terdiam apabila mendengar bicara Hadi yang kedengaran tegas dan serius. Tahu, Hadi sedang bersabar.

" Daddy pun tak sangka Rana akan buat kau macam tu. Daddy malu nak berhadapan dengan kau untuk minta maaf. Daddy tak tahu nak cakap apa dengan kau atas sikap dan perbuatan Rana tu. Daddy juga minta maaf bagi pihak kami sekeluarga." Sambung Hadi lagi.

" Beritahu daddy.. saya okay. Daddy tak perlu rasa malu dan saya juga faham dengan sikap Rana pada saya selama ni. Jadi, tak perlulah daddy nak minta maaf bagai. Daddy tak salah pun." Balas Dhafira.

Dia tidak mahu salahkan sesiapa kerana dia tahu dia dan Rana sama-sama bersalah. Salahnya kerana mencabar dan salah Rana pula kerana memulakan semua ini. Kedua-duanya salah.

" Call lah daddy." Suruh Hadi.

" InshaAllah, nanti saya call. Tapi, daddy akan jawab ke?" Sekilas Hadi di sebelah Dhafira pandang.

" Try la dulu. Kalau daddy tak nak jawab, baliklah jumpa daddy. Mak Timah pun dah mula rindukan kau tu." Beritahu Hadi. Dia tahu Dhafira juga rindukan Mak Timah dan daddy.

Dhafira kemam bibir. Terbayang wajah Mak Timah serta masakannya. Memang dia rindukan Mak Timah dan Tan Sri Basir. Tapi, dalam masa yang sama, dia terasa berat. Itu bukan rumahnya.

" Kalau kau takut nak balik, aku boleh aturkan lunch dengan daddy." Ujar Hadi. Dia faham, pasti Dhafira berasa ragu-ragu untuk pulang.

" InshaAllah."

Sebaik saja pintu lif terbuka, Dhafira terus melangkah ke bilik pejabatnya. Husna yang sedang melakukan kerjanya terus bangun. Terperanjat!

" Morning, Cik Areej." Husna terus menyapa.

" Morning." Balas Dhafira. Dia berhenti di hadapan meja Husna.

" Lama cik cuti." Husna menegur dengan sengihan.

" Lama ke? Tiga hari aje." Dhafira membalas teguran.

Husna tersengih lagi.

" Ada apa-apa meeting tak hari ni?" Tanya Dhafira.

" Kejap saya semak." Ujar Husna pantas mencapai notebooknya.

" Saya masuk bilik saya dulu. Tolong buatkan saya air, boleh?" Pinta Dhafira.

" Boleh. Air apa?" Husna senang hati.

" Nescafe."

" Orait!"

" Nescafe campur susu ya, kurang manis. " Pinta Dhafira lagi.

" Baiklah, cik." Husna angguk.

" Thanks."

" Welcome."

Dhafira terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Beg tangan diletak ke dalam laci sambil menghidupkan monitor komputer.

Tok! Tok! Tok!

" Masuk."

Husna melangkah masuk sambil membawa mug nescafe dan diletak ke atas meja kerja bosnya.

" Nescafe kurang manis."

" Thanks." Ucap Dhafira sekali. Mug ditarik lebih dekat. Aroma nescafe panas itu serta merta membuatkan dia rasa segar dan nikmat.

" Hari ni cik tak ada apa-apa meeting. Dan, ni fail dari bahagian pemasaran dan akaun." Ujar Husna sambil meletak dua buah fail di hadapan Dhafira.

" Ni aje?" Dhafira terus memandang Husna. Sikit kerjanya.

" Yup."

" Sikit pula kerja saya hari ni." Komen Dhafira lalu mengeluh perlahan.

" Sikit sebab Encik Hadi hadkan kerja untuk cik buat sementara waktu. Dia cakap cik tak sihat." Jelas Husna.

Dahi Dhafira terus berkerut. Husna yang masih berdiri terus dipandang lagi dan tepat. Bila masa dia sakit?

" Saya nampak macam tak sihat ke?" Soal Dhafira penasaran.

" Tak adalah. Maybe tangan cik kut.. Encik Hadi cakap cik tak boleh buat kerja banyak sangat nanti sakit."

" Macam tu pun ada." Dhafira garu pelipis. Macam-macam.

Husna ketawa kecil.

" Tangan cik kena apa? Patutlah Encik Hadi hadkan kerja untuk cik sebab cik kan handle kerja guna tangan kiri."

" Oh, ni.. accident sikit."

" Accident? Sebab tulah cik cuti ya?" Husna terperanjat.

" Lebih kuranglah."

" Sian cik."

Dhafira tersenyum.

" Dah, pergi sambung kerja. Nanti tak siap pula."

Husna sengih.

" Saya keluar dululah."

Sejurus Husna melangkah keluar, Dhafira terus menyemak fail laporan mingguan yang baru diterimanya itu. Bergilir-gilir melihat skrin komputer dan muka surat kertas. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Beg tangannya terus dicapai dan Samsung Note 5nya terus dikeluarkan. Nombor telefon adik iparnya, Sofea dicari. Jumpa dan terus dihubungi.

" Hello.." Sapa Sofea mesra di hujung talian. Tak sangka akan dapat panggilan dari kakak ipar.

" Hello, assalamualaikum.."

" Waalaikumusalam. Kenapa ni? Tiba-tiba call Fea? Nak ajak lunch, eh?" Ujar Sofea ceria.

" Pasal tu, InshaAllah nanti ya. Tapi, sekarang ni akak nak tanya Fea something." Ujar Dhafira sedikit gementar. Betul ke apa yang cuba dia buat ni?

" Something?" Dahi Sofea sudah berkerut. Hairan.

" Ermm.. macam mana nak cakap, eh?" Dhafira mula teragak-agak. Jarinya mula mengetuk meja. Cari idea.

" Kenapa, kak?" Soal Sofea bertambah hairan. Dia terus berlabuh di birai katil.

" Akak nak tanya pasal kekasih along Fea." Ujar Dhafira senafas. Bibir bawah digigit kecil.

Sofea tergamam seketika.

" Apa yang akak nak tahu?" Soal Sofea mula risau.

" Akak nak tahu kat mana dia bekerja." Kata Dhafira.

" Kenapa akak nak tahu? Akak nak pergi serang dia ke?" Soal Sofea lagi. Cuak.

" Tak adalah. Akak masih waraslah nak pergi serang orang. Akak cuma nak tahu kat mana dia bekerja. Akak nak jumpa dia. Ada hal yang perlu akak cakap dengan dia." Jelas Dhafira tentang niatnya.

Sofea diam. Cuba berfikir dengan tenang dan positif.

" Sofea.. " Seru Dhafira sedikit perlahan.

" Akak tak pergi serang dia, kan?" Sofea bertanya lagi. Hatinya bertambah gusar.

" Fea percayakan akak tak?" Tanya Dhafira kembali. Ingin tahu.

" Fea percaya tapi Fea takut akak pergi serang dia. Dia orang baik-baik, kak." Ujar Sofea tak mampu menepis perasaannya saat ini. Risau. Takut. Semuanya ada.

" Akak takkan pergi serang dia, Fea.. akak akan cakap elok-elok aje dengan dia. Kalau Fea takut, jom ikut akak pergi jumpa dia. Nak?" Tutur Dhafira cuba menyakinkan Sofea yang jelas kedengaran ragu-ragu.

" Fea ada class." Sofea mengeluh berat. Kenapalah hari ni juga dia ada kelas?

" Niat akak baik, Fea.." Dhafira cuba yakinkan Sofea lagi.

" Okay. Fea percayakan akak. Tapi, jangan rosakkan kepercayaan Fea pada akak, tau." Kata Sofea. Terpaksa mengalah.

Dhafira hela nafas lega.

" InshaAllah, tak. Niat akak baik nak pergi jumpa dia."

" Okay. Kejap lagi Fea mesej akak hospital mana dia kerja."

" Thanks, Fea."

" Welcome."

Setelah berbalas salam, Samsung Note 5nya kembali diletak ke tepi. Tak sampai seminit dia mendapat alamat hospital tempat Nabila bekerja. Siap nombor telefon Nabila lagi Sofea hantar.

Kenapa hantar phone number? Akak tak minta pun. - Fira

Pesanan ringkas terus Dhafira terus dibalas kepada Sofea.

Fea hantar untuk kemudahan akak. Nanti kalau akak nak pergi jumpa dia, just call her. - Sofea

Thanks, Fea. - Fira

Fea percayakan akak ni. - Sofea

Thanks sebab percayakan akak. Akak hargai. - Fira

Sebab akak isteri along dan akak Fea. Fea tak ada akak jadi Fea seronok bila ada kakak. Kakak Fea ni pula cantik. - Sofea

Dhafira ketawa kecil dengan pesanan ringkas yang dihantar Sofea.

Cantik apanya. Fea lagi cantiklah. Macam mama. - Fira

Mama cantik ke? - Sofea


Cantik. Awet muda lagi. Mesti dulu mama cantik macam Fea kan. - Fira

Kembang setaman Fea baca mesej akak. Kalau mama tahu dia tengah dipuji mesti kembang setaman tu. Hehehe.. - Sofea

Haha.. - Fira

Tapi, akak lebih cantiklah. Mama pun cakap perkara yang sama. - Sofea

Tipulah. - Fira

Ya Allah. Betullah. Masa first time mama tengok akak.. mama ucap 'Ya Allah.. cantiknya menantu aku. Macam mana anak mat saleh boleh secantik ni. Putih gebus! Harap-harap hati dia pun secantik wajah la.' Mama cakap macam tu, kak. - Sofea

Sukar untuk Dhafira percaya, tapi bibirnya terlebih dulu tersenyum. Rasa terharu terus menyelit ke hati.

Bila masa mama tengok akak? - Fira

Hari akad nikah. Mama terpegun. Bukan setakat mama aje, Fea dengan angah pun sama. Terpegun! Akak cantik sangat masa tu. Tak puas tau Fea tengok. Banyak pic Fea tangkap. Fea tunjuk kat kekawan, diorang pun cakap.. 'subhanallah.. kakak ipar Fea ni bidadari ke? cantik sangat. Sampai member lelaki Fea ternganga mulut tengok akak. Sungguh cantik. Fea ikhlas ni puji akak. - Sofea


Alhamdulillah. - Fira

Okaylah, kak.. Fea nak ke kelas ni. Nanti kita borak lagi. Tak best WhatsApp aje. Nanti jumpa ye, kita lepak. - Sofea

InshaAllah. - Fira

Samsung Note 5 kembali diletak ke tepi. Gembira pula hatinya apabila dipuji begitu. Dia akui dia juga suka dipuji, tetapi tidaklah begitu keterlaluan dan cukuplah sekadar pujian yang sederhana dan ikhlas.

Segala puji-pujian yang lebih berhak itu hanyalah kepada Allah SWT, kerana DIA lah yang mencipta semua makhluk di dunia ini. Dan, dia bersyukur kerana dikurniakan paras rupa yang sempurna.




🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉

kalau nk tahu kenapa Fira nk jumpa Nabila, stay tune ok! esk author update.

Pujian pada Fira dh macam hiperbola😖

......
10 Nov 2019
09.27pm

Continue Reading

You'll Also Like

433K 13.8K 87
~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersat...
4.1M 162K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
317K 17.2K 59
4 tahun bersekolah disekolah yang sama, 4 tahun juga sabar menahan diri bila dibuli. Kehilangan Faqiesha menimbulkan tanda tanya, kemana dia? Setelah...
3.9M 23K 6
MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020 "Kau jaga aku, aku jaga kau." The Devyn's Maid. Wujudnya gelaran itu kepada insan bernama Elvina Naura. Seor...