"Apa! No babah! No! Althea takkan kahwin dengan Emir. Full stop!" Pekikku.
Bergema rumah sewa yang aku duduki ini. Apa tidaknya? Keputusan babah benar-benar menyentak tangkai jantungku. Tidak mungkin aku akan berkahwin dengan naga jantan yang bipolar. Sudahlah tadi muka grumpy ditunjuknya di hadapan babah dan mama. Nak salam? Jangan harap.
Macam tu ke menantu? Silap! Tu anak anak hantu.
"Walau apapun, Eiya takkan kahwin dengan Emir! Full stop! Never and ever."
Amira hanya diam, memerhati pertelingkahan aku dengan babah. Jadi pemerhati senyap. Saat abah mengutarakan cadangan luar alam itu, aku terus seret babah dan mama dari rumah Dr. Awal, meninggalkan suami isteri berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga. Amira hanya mengekor dari arah belakang. Sampai di rumah, babah ulang suara penyataannya. Memaksa aku untuk berkahwin dengan Emir.
Abah jegil mata. Aku mendengus geram.
"Eiya takkan kahwin dengan mamat naga jantan tu. Dah lah budak bermasalah kat sekolah." Ayat terakhir aku perlahankan.
"Babah nak Eiya kahwin dengan Hafizjugak !"
Babah masih lagi tegas dengan keputusannya. Mama pulak kelihatan tengan di sisi babbah untuk menenangkan babah yang sedang menahan marah. Berbanding dengan babah, mama lebih pandai mengawal perasaannya. Hampir sakit jantung babah menerima perkhabaran aku ditangkap dengan Emir dalam keadaan yang tidak sempurna oleh ibu bapa Emir. Dengan kata senang, ditangkap khalwat, tapi tak sampai melibatkan pegawai pencegah maksiat dan pegawai JAIS.
8 jam kemudian, wajah mama dan babah terpacul di muka pintu, dibawa oleh mak uda. Reaksi mereka sukar untuk digambarkan. Masalah sekarang adalah roh aku yang melayang apabila peristiwa ditangkap khalwat ini berlaku pada diriku sendiri.
Kalau dulu, bolehlah imagine dalam nove tetapi apabila berhadapan dengan situasi yang sebenar, rasanya aku faham perasaan Ain Hawani yang ditangkap basah bersama Adam Mukhriz. Bezanya cuma pada situasi dan keadaan sahaja. Aku ditangkap basah oleh ibu bapa Emir sendiri manakala Ain Hawani oleh Pegawai JAIS. Ain Hawani masih muda lagi manakala Adam Mukhriz sudah berkejaya.
Tapi aku? Aku?
Guru ditangkap khalwat bersama anak murid!
Kontroversi sungguh. Ni silap-silap boleh masuk rancangan Motif Viral agaknya. Takpun kena terjah oleh pihak Melodi TV3.
"Ieya jaga bahasa. Walau macam mana sekalipun, babah nak Ieya kahwin dengan Hafiz. Muktamad!"
Kata putus babah menyentakkan dan menyesakkan urat sarafku. No!!!!
Kahwin dengan Emir? Again, no. Nooooooo! When the hell freeze. Never. Kerja tempah tiket maut first class to the hell gamaknya kalau kahwin dengan Emir.
"Nope! Walau apapun berlaku, Ieya takkaN kahwin dengan Emir. Sampai matipun Ieya takkan kahwin dengan Emir."
"Nuralthea binti Hazami!"
Babah berdiri sambil cekak pinggang.
Aku tersentak. Dariapada mundar mandir sambil urut kepala di ruang tamu, aku terhenti. Dari kecil hinggalah dewasa, apabila babah menaikkan suaranya aku kecut perut. Lebih-lebih lagi apabila nama penuh sudah disebut.
Nak buat macam mana? Emir bukanlah calon yang sesuai untuk dinobatkan sebagai suami. Kalaulah Adam Mukhriz yang muncul, takpelah. Sanggup aku nak kahwin. Sebabnya, Adam Mukhriz dah stabil dan mempunyai kerjaya iaitu pilot.
Tetapi Emir?
Badboy STKH yang keluar masuk bilik PKHEM dan balai polis. Akal logik aku memang tidak dapat menerima Emir dalam kehidupan aku, lebih - lebih lagi sebagai seorang suami. Siapa yang dipimpin dan siapa yang memimpin? Silap - silap karam di tengah laut. Tak sempat lagi belayar, perahu bocor di tebing air.
"Bah, tak payah kahwinlah. Bukan kena tangkap dengan pegawai JAIS pun. Esok-esok Ieya settle dengan mak ayah Emir. " Aku cuba kendurkan suara. Memberikan idea supaya perkahwinan antara aku dan Emir tidak akan berlaku sama sekali.
Tenang Althea. Cool down.
"Cakap senanglah. Ni, mana babah dengan mama nak letak muka? Babah malu tau. Malu dengan mak ayah Hafiz. Malu babah sebab macam babah tak ajar anak babah aje. Maruah keluarga kita lagi. Mana babah nak tunjuk muka. Walaupun orang tua Hafiz yang jumpa kamu dalam keadaan macam tu, babah terasa maLu. Tebal muka babah nak tengok muka orang tua Hafiz. "
Aku diam.
"Pernah kamu fikir tentang perasaan babah bila Amira call babah dan Dr. Awal bagitau babah situasi kamu?"
Lirih suara babah. Aku diam, panggung kepala. Babah amat pentingkan maruah. Namun, maruah aku? Perasaan aku? Tak siapa yang tahu. Tak siapa yang faham gelojak hati aku apabila dipaksa kahwin dengan Emir. Kahwin bukan benda senang. Kahwin bukan benda mudah.
Bagi aku kahwin adalah benda paling susah. If you don't ready to share your tiny space with another person, that's mean your are not ready to live with another person.
Emir membangkang dengan lantang. Namun suaranya bagai tidak hampir kedengaran. Bila babah datang, dia terus senyap. Diam dan memerhati dengan muka grumpynya yang tidak puas hati.
Aku pulak yang bertukar jadi naga betina. Mengamuk tidak mahu kahwin dengan Emir. Siapa tak marah. Aku ni yang pening kepala berhadapan dengan pandangan pihak guru, kakitangan sekolah, iby bapa dan maayarakat. Takut pandangan serong yang dilemparkan ke arahku apabila kes guru ditangkap khalwat dengan anak murid oleh ibu bapa pelajar sendiri. Lebih-lebih lagi melibatkan guru perwmpuan dengan pelajar lelaki. Boleh bikin kecoh dan mencemarkan kerjaya sebagai guru.
Emir takpelah. Dia pelajar. Mafia sekolah lagi tu. Tapi aku? Aku guru dan rakyat marhaen. Kesalahan dan kecaman pasti dilemparkan ke arah aku dahulu.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Mencari kekuatan si sebalik hati dan jiwa yang sedang gelisah ini.
"Babah, Emir tu budak lagi. Eiya ni dah tua. Tak payah kahwin ye bah. Lagipun Eiya cikgu. EMir tu anak murid Ieya. " Aku cuba kendurkan suara sekali lagi.
Babah jeling maut.
"Tang mana Hafiz tu muda? Bagitau babah. Hafiz dah 22 kan?"
Aku angguk kepala.
"Haa. Takde masalah kalau nak kahwin dengan Ieya. Yang penting babah nak Eiya kahwin dengan Hafiz! Muktamad! Esok selesaikan apa yang patut untuk akad nikah."
Keputusan mukatamad babah bagikan halilintar yang membelah bumi. Aku berdiri. Terkejut dengan keputusan babah.
"No!! Eiya takkan kahwin dengan Emir. BAbah ajelah kahwin dengan Emir."
Tanpa sempat babah bersuara , aku lari masuk ke dalam bilik. Sesaat kemudian, suara abah memanggil namaku melengking kuat di dalam rumah.
Sebal. Sakit hati. Kecewa. Marah. Sedih.
Semuanya bercampur baur dalam hatiku. Sepanjang hal tadi, dari kedatangan ibu bapa Emir sehinggalah kemunculan babah dan mama, Emir hanya senyap dengan muka grumpynya. Sesekali matanya menjeling tajam ke arahku. Dan sesekali suaranya membantah keputusan yang diutarakan oleh Dr. Awal, yang pada awalnya dia bergaduh dengan Dr. Awal. Aku yang beria-ia membantah keputusan kahwin mengejut ini.
Ingat ini drama Akasia pukul 7 petang, Isnin sehingga Khamis?Lepas tu jatuh cinta and happy forever after? Itu takpelah. Logik sikit. Perempuan kahwin dengan orang tua sikit, yang ada kerjaya ataupun yang sama umur. Tapi aku?
Pernah masuk Akasia tak cikgu perempuan umur 25 tahun kahwin dengan anak murid lelaki umur 22 tahun? Yang bermasalah, mafia sekolah, repeat paper STPM dua kali, lepas tu keluar masuk balai polis pulak tu. Lagi nak huru harakan hidup yang sememangnya dah huru hara dulu lagi semenjak kewujudan Emir Hafiz dalam STKH.
Kalau ada kuasa super saiya dah lamak aku kemehamehakan si Emir tu. Mendatangkan masalah.
Perkara penting sekarang, perasaan aku. Dapat atau tidak aku menerima kehadiran Emir? Sudahlah dalam masa beberapa bulan aku mengenali makhluk bernama Emir Hafiz, hanya satu perkara sahaja yang menggambarkan bagaimana kehidupan aku nanti.
DANGEROUS. BAHAYA.
***************************************************************************************************
**************************************************************************************************
firstly sorry lambat update! sorryyyyy sangat, dan rasanya episode kali pun macam pendek aje.
tapi apapun, thanks untuk semua sbb dengan sabar tunggu next update. huhuhuhuu..