Aku meletakkan secawan kopi pada meja Damian. Walaupun aku tidak berada dalam keadaan yang baik, aku masih berkeras untuk hadir ke kerja pada hari itu.
Tiba-tiba, Damian mengeluarkan sesuatu dari dalam laci mejanya. Dua botol kecil minuman pembekal tenaga disuakannya ke hadapanku.
“Apa ini?” Soalku kepadanya.
“Minum.” Arahnya.
“No, thanks. Saya ada banyak kerja nak buat.” Aku mengeluh.
“Dah lima hari dah dia pergi. Sepanjang lima hari itu juga aku tengok kau macam mayat hidup. Bernafas tapi emotionless.” Tegur Damian dengan dingin. “Buat apa kau hidup kalau kau macam ini?” Gumamnya dengan perlahan.
Aku mengeluh. “Betul juga kata Encik Damian itu. So, should I just... die?” Soalku kepadanya tanpa sebarang ekspresi.
Matanya terbuntang apabila mendengar balasanku. Dia mula gelabah dan tergaga-gagap apabila berbicara.
“Tak payahlah sampai nak mati.” Dia menggaru kepalanya. “Kalau kau minum air ini pun dah kira okay dah.” Tambahnya lagi.
Aku memandangnya dengan tajam. Mataku mula berkaca. Botol minuman pembekal tenaga itu aku capai lalu aku buka penutupnya. Botol tersebut kosong dalam satu tegukan.
“Ka-kau buat apa ini?” Damian tergagap-gagap.
Botol kedua aku capai lalu aku buka penutupnya. Belum sempat botol tersebut menyentuh bibirku, Damian menariknya dari tanganku menyebabkan air tersebut tertumpah sedikit pada tanganku.
“Kau gilakah?!” Dia meninggikan suaranya.
Tangisan aku leraikan tanpa mengira sama ada sesiapa akan mendengarku. Bahu Damian yang tegang itu menjadi tenang semula. Dia meletakkan botol tersebut pada mejanya.
“Aku... aku tak bermaksud nak jerit kat kau.” Dia meminta maaf kepadaku. “It’s not good for your health kalau kau minum energy drink in one go.” Tambahnya lagi.
Aku sekadar mendengar kata-katanya tanpa memberikan sebarang tindakbalas. Tiba-tiba, dia menghampiriku lalu meletakkan tangannya pada bahuku.
“Weh, sorrylah!” Dia menepuk bahuku. “Aku belanja kau makan ayam Upin Ipin nak?” Dia cuba untuk memujukku.
Tangisanku bertukar menjadi tawa. Aku mendongak semula lalu memandangnya dengan mata yang sembam.
“Terima kasih.” Ucapku.
“Te-terima kasih?” Dia menjongketkan keningnya.
“Terima kasih sebab buat saya ketawa.” Balasku. “Rasanya dah lama sangat saya tak ketawa.” Aku tertawa kecil.
“Oh.” Dia mengurut tengkuknya. “It’s okay. Free of charge.” Tambahnya lagi sambil tersengih.
Aku mencapai semula botol minuman pembekal tenaga tersebut. Dia kelihatan gelabah semula apabila aku memegang botol tersebut.
“Encik Damian dah bagi saya air ini. Tak boleh ambil balik. Nanti buruk siku.” Kataku kepadanya.
“Bu-buruk siku?” Soalnya.
Daripada ekspresi wajahnya yang kelihatan keliru itu aku dapat mengagak ini kali pertama dia mendengar perkataan tersebut.
“Er, iyalah! Kau ambillah air itu tapi jangan minum in one go lagi.” Pesannya.
“Okay.” Aku mengangguk faham. “Fasal ayam Upin Ipin itu pun tak boleh tarik balik.” Kataku lagi.
“Nanti buruk siku?” Soalnya kepadaku.
Aku menganggukkan kepalaku. “Nanti buruk siku.” Ulangku.
Dia tertawa kecil lalu menggelengkan kepalanya. Aku pula mengukirkan senyuman kecil sahaja.
“Saya pergi buat kerja saya dulu.” Aku memberitahunya.
“Okay.” Balasnya.
♚♚♚
Pada pagi itu, aku tidak dikejutkan oleh jam locengku tetapi aku dikejutkan oleh deringan telefon milikku. Dengan keadaan masih mamai lagi, aku menjawab panggilan tersebut.
“Siapakah gerangan yang kacau lena beta?” Soalku kepada pemanggil tersebut.
“Lena? Sekarang dah pukul sepuluh pagi, kau masih tidur lagi?” Kedengaran suara Dira di hujung talian.
“Old habit dah datang balik.” Balasku dengan selamba. “Kenapa kau call aku ini?” Soalku kepadanya.
“Jom keluar. Aku bosanlah duduk kat rumah.” Rungutnya. “Hari ini kau cutikan?” Dia hendak memastikan.
“Hm.” Balasku. “Nanti aku text kau adress tempat.” Kataku kepadanya.
“Okay.” Kemudian, dia menamatkan panggilan.
Aku meluruskan posisi dudukku. Skrin telefonku yang terlalu terang itu aku malapkan sedikit. Kemudian, jariku mendail laju nombor seseorang.
“Assalamualaikum, Encik Damian.” Ucapku kepada orang dihujung talian. “Saya nak tagih ayam Upin Ipin.” Tambahku lagi.
♚♚♚
“Daneen!” Dira melambaikan tangannya ke arahku dari jauh. “Sorry aku lambat.” Ucapnya sambil melabuhkan punggungnya pada sebuah kerusi berhadapan denganku.
“Tak apa. Orderlah dulu.” Balasku.
Dira memanggil seorang pelayan lalu membuat pesanan. Pelayan tersebut mencatit satu persatu pesanan yang dibuat oleh Dira pada buku notanya lalu meninggalkan kami.
“Sebenarnya, aku ada benda nak bagitahu kat kau.” Dira membuka bicara.
“Apa dia?” Soalku lalu menghirup jus tembikai susu milikku.
“Aku dengan Damian... kami dah break.” Kata Dira.
Aku terhenti daripada menghirup jus tembikai susuku. Badanku aku sandarkan pada kepala kerusi sambil memandang Dira.
“Bila?” Tanyaku kepadanya.
“Dua hari yang lalu.” Balasnya selamba lalu mengeluh.
“I thought you and him love each other. So, kenapa pula tiba-tiba break?” Dahiku berkerut seribu.
Dira tertunduk dan menghelakan keluhan yang panjang lalu tertawa kecil. Dia mendongak semula lalu memandangku.
“Takdir, I guess.” Dia tertawa pahit.
Aku mendiamkan diriku kerana aku tahu sebab bagi perpisahan mereka tidak sampai di situ sahaja. Sudah tentu ada sebab yang lain.
“Damian did love me, tapi dia tak cintakan aku to the point where he wanted to marry me. Kami dah kenal bertahun dan dah bertunang hampir dua tahun tapi kami berdua tak nampak where is this relationship going.” Dia mengeluh sekali lagi. “Aku dah nak kahwin hujung tahun ini.” Tambahnya lagi.
“Dengan siapa?” Aku terkejut dengan pernyataannya itu.
“I don’t know. Mak dengan ayah aku yang aturkan perkahwinan ini.” Dia menjongketkan bahunya.
“Kau setuju dengan perkahwinan ini?” Soalku lagi.
“Aku dah cuba atur hidup aku sendiri and look where I am right now.” Dia mengeluh sinis. “Kalau mak dan ayah aku kata bakal suami aku ini baik untuk aku, then I believe in them.” Riak wajahnya menunjukkan kepastiannya.
“Good for you.” Aku tersenyum pahit.
Dia mengeluh sinis lalu mengukirkan senyuman lebar pada bibirnya. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain.
Mataku terbeliak apabila melihat Damian berdiri di belakang Dira dan berada tidak jauh daripada tempat kami berada.
Ya Allah, aku terlupa pula pasal Damian! Macam mana ini? Mesti teruk kalau dia terjumpa dengan Dira.
“Kau tengok apa itu?” Soal Dira dan hendak berpaling ke belakangnya.
“Dira!” Aku memanggilnya dan dia menoleh semula padaku. “Aku nak pergi toilet kejap. Kau tunggu kat sini tahu?” Pesanku sambil bangun dari tempat dudukku.
“Oh, okay.” Dira menganggukkan kepalanya.
Setelah itu, aku segera bergerak menuju ke arah Damian. Dia mengerutkan keningnya sambil memandang kelibat Dira yang membelakanginya.
“Encik Damian.” Sapaku sambil tersengih.
“Is that...” Dia menudingkan jarinya ke arah Dira.
“Encik Damian!” Suara lantangku membuatkannya menoleh padaku. “Boleh tak kalau kita pergi makan ayam Upin Ipin lain kali saja? Saya...”
“Damian.” Suara feminin mencantas kata-kataku.
Aku tertunduk memandang lantai lalu mengeluh dengan kuat. Sudah tentu suara tersebut milik Dira yang sedang berdiri di sisiku.
“You buat apa kat sini?” Soal Dira, sekejap dia memandangku kemudian memandang Damian semula.
“I think I yang patut tanya you soalan itu.” Damian mengerutkan dahinya.
“Okay!” Aku mengangkat kedua tanganku ke atas tanda mengalah. “Semuanya salah saya.” Aku mengeluh.
Damian dan Dira memberikan aku pandangan keliru. Pada saat itu, aku benar-benar hendak memukul dahiku berkali-kali.
Aku berpaling kepada Dira. “Aku tak tahu pun korang dah break so, aku ingat lagi happening kalau aku ajak Damian keluar sekali.” Jelasku.
“Oh.” Balas Damian dengan Dira serentak.
Pandangan mereka bertemu buat sejenak lalu masing-masing menoleh ke arah lain. Aku dilanda perasaan serba salah.
“Daneen, aku... aku kena pergi.” Ujar Dira kepadaku. “Aku receive emergency call tadi and I really need to go.” Tambahnya lagi.
“Me too.” Kata Damian dengan segera. “Aku belanja kau makan lain kali sajalah, okay?” Dia menoleh padaku.
“Aku pergi dulu.” Dira memelukku lalu meninggalkan kami.
“Aku pun nak pergi dulu.” Damian memberitahu lalu berlalu pergi.
Mereka berdua berlalu pergi ke arah bertentangan. Masing-masing tidak ingin berjumpa lagi. Aku melihat Damian lalu melihat Dira.
“Mak Ngah, apa Daneen dah buat ini?” Aku mengeluh sambil meraup mukaku.
♚♚♚