“Mama?!” Damian kedengaran amat terkejut dengan kehadiran Datin Masha.
Aku bagaikan hilang dalam timbunan kata-kata. Mulutku terkunci rapat dan lidah menjadi kelu. Damian pula kaku pada tempatnya. Pandangan kami jatuh pada wanita tersebut.
Tanganku terasa kebah dan telefon milik Damian terlepas dari dalam genggaman tanganku tanpa aku sedari. Bunyi telefon yang jatuh ke lantai itu bergema di setiap pelosok bilik.
“Weh, handphone aku itu!” Jerit Damian lalu menunduk untuk mengambil semula telefonnya pada lantai. “Kau gila ke nak buang-buang handphone orang?!” Katanya kepadaku.
Alahai, mamat payung ini! Mak dia tengah berdiri kat depan dia pun, dia masih nak kisah pasal handphone dia itu.
Aku menyiku lengannya. Dia memandangku dengan pandangan tidak puas hati. Bibirku aku juihkan ke arah Datin Masha yang masih tercegat pada tempat yang sama.
Damian menoleh semula ke arah Datin Masha. Wajahnya kelihatan selamba sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Kalau iya pun kau terkejut, janganlah sampai nak baling phone aku. Mahal tahu tak?” Bisiknya agar hanya aku saja yang mendengar kata-katanya.
Aku menghadiahkannya jelingan tajam. Keluhan sinis dia helakan lalu dia berjalan ke arah Datin Masha. Dia memeluk Datin Masha dengan erat.
“Mama, Damian kena pergi dulu. Kalau ada apa-apa, jangan lupa call.” Pesannya lalu meleraikan pelukan.
Datin Masha membalas dengan anggukan lalu menghadiahkan sekuntum senyuman manis kepada anak sulungnya itu. Aku membesarkan mataku ke arah Damian.
Amboi, senangnya dia tinggalkan aku macam itu saja!
Dia berdiri di hadapan Datin Masha lalu menjelirkan lidahnya ke arahku. Dengan senang hati dia mengejekku kerana menjadi mangsa keadaan. Tiba-tiba, Datin Masha berpaling ke belakang dan Damian menghentikan perbuatannya.
“Er, Daneen! Aku bagi kau cuti hari ini saja. Esok kau kerja macam biasa. Jangan nak curi tulang.” Pesannya, gelabah apabila Datin Masha memandangnya.
Setelah itu, dia meninggalkan bilik untuk sekian kalinya. Mataku bertentangan dengan mata Datin Masha membuatkan aku menelan liur.
♚♚♚
Aku dan Datin Masha duduk berhadapan. Beliau menghirup perlahan secawan teh di hadapannya. Aku tidak menyangka pihak hospital boleh menyediakan teh khas untuk pesakit.
Mungkin ini sebahagian daripada kelebihan menjadi orang berada. Mungkin juga kerana ini merupakan sebuah hospital swasta dan kemungkinan layanan yang mereka berikan lebih baik.
Bunyi cawan Datin Masha menyentuh piring kecil yang datang bersama dengan cawan tersebut mengejutkan aku dari lamunanku. Aku memandang kembali wajah beliau.
“Mama, pasal tadi itu Daneen harap sangat mama tak salah faham. Daneen dengan Encik Damian...”
“Tak apa. Mama faham.” Cantas beliau. “Mama tahu Damian memang ramah dengan pekerjanya. Lebih-lebih lagi kamukan bakal adik ipar dia.” Tambah beliau lagi.
Nafas lega aku helakan berserta dengan sebuah anggukan. Teh herba di hadapanku aku hirup perlahan.
“Macam mana Daneen boleh pengsan kat perhentian bas? Bukankah Daneen keluar dengan Zane kelmarin?” Soal beliau sambil melihatku dengan penuh kecurigaan.
Aku meletakkan semula cawan tersebut pada meja. Tekakku yang basah terasa kering semula apabila mendengar pertanyaan beliau.
“Kamu bergaduh?” Soal beliau lagi apabila aku berdiam diri.
Aku memberanikan diri untuk mengangguk. Tidak seperti yang aku duga, beliau tersenyum kecil setelah aku mengangguk.
“Biasalah itu. Zane memang ego sedikit, tak nak mengalah tapi mama tahu yang dia sayang sangat kat Daneen. Nanti bila ego dia dah berkurang sedikit, dia minta maaflah itu.” Ujar beliau. Suaranya kedengaran lembut sahaja bila berkata-kata.
Tidak ingin melanjutkan perbualan itu, aku sekadar mengukirkan senyuman kepada beliau. Tiba-tiba, beliau menarik tanganku lalu diusapnya dengan lembut.
“Daneen dah putuskan bila nak adakan majlis pertunangan kamu berdua?” Soal beliau kepadaku.
”Belum lagi.” Balasku dengan singkat.
“Kalau boleh, buatlah secepat yang mungkin. Perkara yang baik, tak patut dilengah-lengahkan.” Pesan beliau kepadaku.
Aku mengangguk faham.
♚♚♚
S
edang aku membaca majalah pada tanganku sambil belakangku aku sandarkan pada kepala katil hospital tersebut, pintu bilik wad yang menempatkanku diketuk.
Pintu dibuka tetapi tiada sesiapa yang muncul di sebalik pintu. Aku meletakkan majalah pada tanganku ke bawah dan terus memerhatikan pintu yang terbuka dengan sendiri itu.
Tiba-tiba, seekor patung anak beruang berwarna oren keemasan muncul pada bingkai pintu. Aku agak terperanjat dengan kehadiran patung anak beruang tersebut tetapi tidak dapat menahan diri daripada tersenyum.
“Knock knock.” Ujar satu suara yang aku anggap suara pemilik tangan yang memegang beruang tersebut.
“Who's there?” Balasku, turut sama dalam permainan tersebut.
“I am...” Jawabnya pula.
“I am who?” Balasku lagi.
“I am pretty, I am beautiful. I am, I am, I am me!” Seorang lelaki muncul di hadapan pintu sambil menyanyikan lagu Dato Seri Vida itu.
Aku meleraikan tawa apabila mendengarnya menyanyikan lagu tersebut. Lelaki tersebut berjalan menuju ke arahku.
“And I am sorry.” Dia menghulurkan patung anak beruang tersebut kepadaku.
Aku menyambut patung anak beruang yang comel itu dari tangannya. Bulu anak patung beruang tersebut amat lembut bagaikan bulu anak kucing parsi sahaja.
“No, I am sorry.” Ucapku kepadanya. “Saya minta maaf sebab saya cemburu.” Aku memuncungkan bibirku meminta simpati. “Saya minta maaf sebab layan awak acuh tak acuh. Saya minta maaf sebab tinggalkan awak seorang kat kafe itu.” Tambahku lagi.
“Nak tambah apa-apa lagi?” Soalnya dengan nada bergurau.
Aku menampar perlahan bahunya menggunakan patung anak beruang tersebut. Kami berdua meleraikan tawa bersama.
“So, are we okay now?” Soalnya kepadaku.
“Tak.” Balasku. “Mana coklat saya? Takkan awak bawa teddy bear je?” Aku berpura merajuk dengannya.
“Ta-da!” Dia mengeluarkan coklat dari dalam poketnya. “Mestilah saya bawakan awak coklat. Coklatkan secret weapon saya nak cairkan hati awak.” Ucapnya sambil menghulurkan coklat tersebut kepadaku. “So, are we okay now?” Ulangnya lagi.
“Tak.” Aku menggelengkan kepalaku.
“Nak apa lagi?” Soalnya kepadaku.
“Nak keluar dari sini. Kat sini bosanlah.” Jawabku pula dengan bibir yang muncung sedepa.
Zane tertawa kecil. Dia membelai kepalaku dengan kasar lalu berpura untuk mempertimbangkan permintaanku itu.
“Alah, please?” Pintaku dengan muka dua puluh sen.
“I don't know. Sayang nampak cute sangat dalam baju pesakit hospital itu.” Balasnya dengan selamba berserta dengan kenyitan mata.
“No! I look fat in this!” Balasku pula. “Please?” Rayuku lagi.
“Okay. Saya pergi jumpa doktor dulu and tell him that you wanted to be discharge.” Ujarnya kepadaku. “Sayang pergilah bersiap dulu.” Tambahnya lagi.
Aku menunjukkan isyarat tangan okay kepadanya. Kemudian, dia mengundurkan diri keluar dari bilik tersebut untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas untuk memerhatikanku.
Aku tersenyum sendiri. Patung anak beruang yang diberikannya kepadaku itu aku renungi. Rasa bahagia memenuhi hati.
Aku harap sangat kita hari-hari macam ini. Tak bergaduh, rapat macam dulu.
“Amboi, suka sangat nampaknya dengan teddy bear itu!” Tegur Zane, matanya mengerlingku buat sesaat lalu melihat semula ke arah jalan raya di hadapan. “Sampaikan saya yang kat sebelah Sayang ini pun macam dah tak wujud dah.” Rungutnya sambil berlagak comel.
“Mestilah!” Balasku lalu menjelirkan lidah ke arahnya.
“Menyesal pula hadiahkan teddy bear itu kat Sayang.” Dia seakan merajuk.
Aku tertawa kecil apabila dia memperlihatkan sisi kebudak-budakannya itu. Tiba-tiba, aku teringat akan permintaan Datin Masha ketika dia melawatku pada pagi tadi.
“Zane.” Panggilku. “Pasal majlis pertunangan kita itu...”
“Kalau awak nak adakan majlis itu bulan depan atau tak nak adakan langsung, saya ikut saja. Awak tak perlu nak risau.” Katanya tanpa mendengar dahulu apa yang aku hendak katakan.
“Kalau kita buat majlis itu hujung minggu ini, boleh? Pintaku kepadanya.
“Serius?” Soalnya seakan-akan tidak percaya.
“Iya saya serius ini. Boleh tak?” Pintaku sekali lagi.
“Mestilah boleh tapi kenapa awak tiba-tiba setuju nak adakan majlis ini?” Soalnya, mungkin curiga dengan keputusanku.
Tiba-tiba, aku teringat semula kejadian pada pagi tadi apabila Damian datang untuk melawatku. Tawanya, senyumannya, suaranya bermain dalam mindaku.
“Sebab saya takut saya akan ubah fikiran saya.” Ucapku dalam nada berbisik.
“Apa dia? Saya tak dengarlah.” Kata Zane pula dengan kening berkerut.
“Mama yang minta kita buat majlis itu secepat yang mungkin.” Balasku sambil tersenyum paksa.
“Oh.” Zane mengangguk faham. “I should let Mama talk to you often about this kind of stuff. Tak sangka pula Mama boleh pujuk awak. Manalah tahu tiba-tiba awak nak kahwin hujung minggu ini juga.” Selorohnya.
Aku sekadar mengukirkan senyuman.
♚♚♚
» Zane is back. Hoooyahhh~ 🙆