"Bila kau nak balik malaysia" Darin yang duduk menghadap televisyen terus memalingkan mukanya kepada Hajar yang sedang duduk di mini bar yang tidak jauh daripada dirinya.
"Halau ke?" soal Darin mengangkat kening dan tersengih.
"Bukan halau Cuma....cuma aku nak ikut..boleh?" kata Hajar teragak-agak sambil membelek belek kertas kertas yang perlu dibaca.
"Ohhh nak ikut boleh je. Jomlah..kau pun dah lama kan tak balik Malaysia. Lagipun aku rasa dua minggu lagi aku dan Ara akan balik itupun setelah selesai semua apa yang perlu aku selesaikan" kata Darin lalu menyambung menonton rancangan di televisyen.
Mata Hajar tidak lekang memandang Darin lagi. Hajar mula duduk gelisah kerana soalan yang dia hendak tanya takut mengguriskan hati Darin. Dengan perlahan Hajar bertanya "sebelum kau balik, aku nak tanya" mata darin terus memandang Hajar
"kau nak tinggal sana terus ke?" Kata Hajar meletakkan kesemua kertas dalam pegangannya. Langkah kakinya terus duduk mendekati Darin yang duduk di atas sofa ruang tamu rumahnya.
"Mungkin." Jawab Darin yakin.
"kau tak nak tinggal sini dah. Nak tinggalkan aku." Kata Hajar seperti merajuk. Darin terus tergelak dengan kata kata Hajar.
"Hajar..." panggil darin lembut. " aku berterima kasih sangat sebab kaulah pelindung aku selama ni. Mungkin keputusan yang aku buat ni akan mengguris hati kau tapi aku janji kalau ada rezeki aku jenguk jenguklah kau kat sini. Okay."
"ishhh... taklahh. Aku rasa okay ja kau ni." Kata Hajar menyangkal.
"habis tu ayat tadi apa?" marah Darin gurau
"ishh saja je." Jawab Hajar selamba.
Mata Darin membulat memandang Hajar dan mereka berdua terus tergelak
"ehh kalau kau duduk sana maksudnya kau kena berhenti kerja, maksudnya kau kena hentikan apa yang kau punya dekat sinilah macam pekerjaan kau." Kata Hajar teringat sesuatu
Darin mengangguk dengan kata kata Hajar
"aku penatlah lari daripada takdir aku, aku rasa aku dah tak boleh elak, ini bukan tempat aku" muka Darin terus berubah manakala Hajar hanya menatap.
"Jadi kau nak tinggalkan pekerjaan kau" kata Hajar berdiri mendekati Darin lalu duduk disebelah Darin.
"Yee dan dah pun, aku dah bagi tahu Mrs Willton dan dia hormati keputusan aku. Kereta aku, aku nak jual. Semua barang yang aku beli aku nak jual. Cuma barang penting je aku bawak balik dan pasal persekolahan Ara aku dah settle kan"
"Kau tahu, dia menangis bila aku bagi tahu dia akan pindah dan dia sedar yang dia akan kehilangan kawan dia. Kesian jugak aku tengok." Kata Darin ... Terima kasih Hajar sebab dapat menampung aku disaat aku tak ada apa-apa" kata Darin sayu memandang Hajar.
"Hishhh...kau nii tak payah lah cakap macam tu aku ikhlas tolong kau kitakan kawan. Ara tu budak yang baik, bijak... jaga dia baik baik tau. Itu sahaja aku harapkan." Kata hajar menggenggam tangan Darin.
"Pasti....aku tak nak sia-siakan dia" kata Darin lalu mereka terdiam seketika
"Kalau kau jumpa dia?" kata Hajar tiba-tiba
"Dia." Darin dapat menembak siapa dia yang dimaksudkan Hajar
"Kalau aku jumpa dia, aku rasa dia tak ingat aku" Darin menatap muka Hajar
"Tapi kau ingat dia." Darin terus menganggukkan kepalanya kepada kata Hajar.
"Mana boleh lupa dia. Dialah permulaan jalan hidup aku berubah." Kemudian Darin terdiam.
"macam ni lah kalau kau terjumpa dia kau elakkan diri kau atau buat buat tak kenal. Aku tahu aku bukan diposisi kau, tapi aku yakin kau boleh tanganinya"
"tapi aku takut. Aku takut aku tak boleh kawal diri aku" Darin menundukkan wajahnya.
"heyyyy, kau boleh"sambil memegang bahu Darin. Hajar cuba untuk memberikan semangat kepada Darin.
"Yee aku boleh."kata Darin lalu tersenyum hambar. Selepas dia dapat menerima Ara perasaan takutnya kepada lelaki itu tiba-tiba muncul. Dia memang tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Firasatnya juga mengatakan bahawa peristiwa itu sudah lama berlalu dan pasti lelaki itu tidak mengenalinya.
Tanpa Darin sedar sebenarnya dia sangat takutkan lelaki itu. Peristiwa hitam itu sedikit sebanyak menghakis semangat beraninya yang sudah lama terkumpul dalam dirinya jika suatu hari nanti Allah pertemukan dia dengan lelaki tersebut. Darin tidak dapat jangka apa yang akan berlaku.
"Kau ada cakap dengan aku kan kau nak lepaskan semuanya, kau nak mulakan hidup baru dengan Ara tanpa gangguan orang lain. Kau ingatkan, pegang kata-kata kau" Hajar cuba untuk membangkitkan semangat Darin lagi.
"Ya...terima kasih" kata Darin tersenyum pada Hajar.
.
.
.
.
🍪🍪🍪
Maaf kalau salah bahasa Dan ejaan