Bekas Cikgu, Bakal Suamiku?

By mikhadruce

251K 8.1K 559

"Eh.....Arjuna. Daddy belum jemput Juna ke? Ummi dah nak balik ni." Jam ditangan dikerling sekilas dan jarum... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 35

5.2K 166 36
By mikhadruce

"Abang Harith! Sejak bila abang pandai suntik botox kat muka ni?" Ilyana yang sudah panas hati dengan perangai Daiyan dah meletus kuat. Sakit hatinya bila melihat tingkah laku Daiyan yang sejak tadi hanya diam dengan muka tak beriak. Siapa yang tak sakit hati? Orang yang lalu lalang pun dah duk perati semacam.

"Seksa betul keluar dengan Abang Harith!"  Getus hati Ilyana marah. Wajahnya memang usah cakap, memang masam. Kalah asamboi.

Daiyan yang patuh akan arahan Ilyana segera menebarkan sengihnya sehingga menampakkan barisan gigi putihnya dihadapan Ilyana. Padan muka. Dah macam orang tak siuman gamaknya. Lesung pipit dibahagian kanan pula dia siap cucuk dengan hujung jarinya.

"Kalau Abang Harith tak ikhlas, baik tak payah senyum." Matanya sengaja menjeling tajam kearah Daiyan. Sakit hatinya dibuat begitu. Macam keluar dengan pesakit dari Tanjung Rambutan.

Daiyan pula memang tak reti nak tahu malu sampai sengihnya pula dipamerkan sama kepada mereka yang lalu lalang berdekatan dengan meja mereka berdua. Sengaja nak memalukan malah menambahkan sakit lagi hati Ilyana, perempuan yang payah sungguh kenal erti malu. Kali ni biar dia rasa.

"Tersengih-sengih macam beruang kutub dalam iklan ubat gigi Fresh & White. Tak reti malu ke apa."

Omel Ilyana sedari tadi. Kalau dia tahu macam ni Daiyan buat perangai, sumpah! Dia memang taknak paksa Daiyan supaya keluar jalan-jalan dengan dia.

Menyampah!

Beg kertas berisi pakaian yang baru dibelinya tadi lantas diambil dari atas kerusi sebelahnya dan dibalun ke lengan Daiyan. Haa.....barulah dia berhenti tersengih-sengih macam kerang busuk malah berbau dari melakukan aksi tadi.

Sakit hatinya kian membuak-buak apabila Daiyan tetap mendiamkan diri setelah dia menceritakan berita gembira ini. Hari minggu nanti, mummy dan daddynya menjemput keluarga Daiyan untuk berbincangkan tentang perhubungannya dengan Daiyan. Bukankah itu satu berita baik? Malah juga petanda baik buat perhubungan mereka berdua. Tapi, masalahnya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Harapkan Daiyan, entah bilalah dia dapat memikat hati anak teruna Dato' Haidar dan Datin Dyana. Memang payah! Dulu zaman universiti, mesti lelaki yang terkejar-kejarkan dia tapi sekarang? Dah terbalik pulak, dia yang terkejar-kejarkan Daiyan. Tanpa sedar, dia mendengus kuat.

Dipandangnya Ilyana sekilas, begitu sakit jiwanya merana. Makanan yang didalam mulutnya dikunyah segeram-geramnya macam Ilyana tak wujud duduk bertentangan dengannya.

Sejurus Tomato Meet Balls sebesar ibu jari tangan dibawanya ke dalam mulut. Malas hendak melihat wajah Ilyana, nanti hilang selera makannya.

"Abang Harith! Cantik sangat ke makanan tu daripada tatap muka Ilya?" Keras suara Ilyana menegur sikap Daiyan. Sejurus daripada itu, Daiyan akur lantas mengangkat kepalanya merenung wajah Ilyana. Sesaat, dua saat, tiga saat dan mata Daiyan melintasi kepala Ilyana. Dilihatnya kelibat seseorang yang amat dikenali malah sering hadir didalam mimpi mengganggu tidur malamnya yang baru saja melintasi The Wildad's Restaurant, tempat dia menjamu selera sekarang.

Tanpa sedar Daiyan menata senyuman dibibir sendirian. Lalu dia bingkas bangun untuk berlalu.

"Ilya, kalau betul-betul sayang Abang Harith. Just sit here. Don't go away. Wait until Abang Harith come back." Kerusinya sudah terheret kebelakang malah sudah berkira-kira untuk pergi.

"Yes! I do love you. Ilya sanggup tunggu Abang Harith tapi you nak kemana?" Rambut ikalnya dielus perlahan. Hairan melihat perubahan sikap Daiyan.

"Tandas." Hanya itu yang dapat terkeluar dari mulutnya lantas kakinya diayun pantas keluar dari restoran tersebut.

Ilyana yang belum dapat mencerna ayat Daiyan lantas terpinga-pinga. Kata nak pergi tandas tapi melangkah keluar restoran?
.....

"Izara!" Sapa Daiyan perlahan dari arah belakang tubuh empunya nama. Fuh! Leka betul dia menilik deretan jam tangan yang berjenama itu.

"Eh.... cikgu!" Laung Zara kuat malah menyebabkan mereka berdua menjadi perhatian orang lalu lalang. Terlebih eksaited pulak bila jumpa orang yang dikenal disini.

"Cikgu buat apa kat sini?" Tanya Zara setelah Daiyan menghampirinya. Dilihatnya Daiyan hanya membawa tangan kosong.

"Abang Daiyan. Panggil Abang takpayah cikgu."

"Huh?" Zara kurang faham.  Daiyan tergelak.

"Datang makan-makan je. Lagipun hujung minggu macam ni mana ada sekolah yang buka." Senyum dibibir Daiyan masih tidak lekang. Rasanya bila bertemu dengan Zara, macam hanya dia dan Zara berdiri disitu. Perasannya Daiyan. Pelipisnya digosok perlahan.

"Zara datang dengan siapa? Ashraf ke?" Mata Daiyan melilau mencari temannya. Zara tersenyum kambing. Macamlah Daiyan tidak tahu perangai Ashraf yang gila kerja takkan berpisah.

"Tu. Kitorang pun nak pergi makan." Mulut Zara dimuncungkan kearah Aref dan adiknya.

Saat itu, mereka berdua seakan-akan tersedar kehadiran Daiyan lalu bergerak kearahnya.

Oh! Daiyan menarik nafas sedalam-dalamnya. Meraup mukanya sekali melepaskan keluhannya. Senyuman palsu sebaris diukir kepada seseorang yang amat dikenalinya. Hatinya seakan- akan rapuh tapi dia takkan berputus asa. Lagipun Ashraf dah pun setuju kalau dia cop Zara. Teringin sangat nak jadi adik ipar Ashraf dan Alvian. Dia sengih jahat tanpa Zara sedar.

"Abang Aref! Dekris!" Sapa Zara malah tangannya dilambai walaupun dia tahu mereka sedang bergerak kearah dia dan Daiyan.

"Hai Faris." Tangannya dihulur kearah anak kecil itu, salamnya bersambut. Tangannya pula terlebih rajin mengusap kepala anak kecil itu. Dah jadi kebiasaan bila berjumpa dengan Faris begini.

"Abang Daiyan, lama dah tak pergi rumah. Takde sapa nak lawan game dengan Faris." Petah mulut anak kecil itu berbicara. Muncung mulutnya ya ampun, panjang. Mentang-mentanglah Daiyan suka melayan kerenahnya walaupun kadang-kadang agak keterlaluan bagi Zara. Daiyan tetap sabar malah dituruti setiap kata Faris.

"Faris, shut up." Matanya tajam merenung Faris. Dia paling tidak suka kalau orang luar tahu dan sibuk tentang hal keluarga mereka.

"Zara....." Daiyan menegur lembut. Bukan sekali dua, dia menegur Zara malah Zara hanya buat-buat tidak mendengar. Dengan Faris pun dia nak buat gaduh. Zara oh Zara.

Zara memandang kearah lain. Sengaja nak menangkan Faris. Kalaulah ada Along mesti dia menangkan Zara, tiba-tiba teringatkan Along dan Kak Long. Sedih pulak rasanya.

"Ehem....." Aref berdehem kuat mematikan kejanggalan mereka. Sedari tadi, Aref hanya diam apabila melihat keakraban Faris dan Daiyan.

"Luth Aref bin Luth Ali. Selain CEO di Luths Holding, kau juga raja segala raja silent reader di group whatsapp." Bahu Aref ditepuk kuat. Suara ketawa mereka berdua berjaya mengundang mata orang sekeliling. Daiyan memanjangkan senyumannya. Siapa sangka boleh bertemu dengan Zara disini walaupun dengan orang lain?

"Abang Daiyan!" Suara yang agak er.... kuat mencecah telinga mereka membuatkan air liur yang hendak ditelan Daiyan terasa payau.

"I think we should go now, cikgu. Mak Lampir dah mari dah. Bye." Tanpa mendengar Daiyan mengucapkan apa-apa. Terus ditariknya pergelangan Faris berjalan selajunya menghala ke KFC. Aref yang masih setia berborak dengan Daiyan lantas meminta diri setelah mendengar suara 'merdu' itu.

Daiyan mengulum senyuman manis, dengan matanya mengekori langkah pantas Zara menarik tangan Faris berlalu jauh, dah macam ibu dan anak. Bagi Daiyan, hari ini ialah hari yang menggembirakan baginya. Lagipula hubungannya dengan Faris kian rapat. Ada alasan nanti apabila dia selalu bertandang ke rumah Zara.

"Abang Daiyan Harith!" Sekali lagi bergema suara itu dipanggil Ilyana.

Daiyan menoleh.

Alamak! Wajah merah menyinga Ilyana dipandang tanpa riak. Kenapa dia boleh lupa yang Ilyana masih kat dalam. Daiyan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal untuk menyembunyikan senyumannya. Tanpa mempedulikan omelan Ilyana, dia berlalu ke kaunter bayaran menjelaskan bil makanannya dengan Ilyana lantas kakinya laju meninggalkan restoran tersebut walaupun dia diekori rapat oleh Ilyana dalam pandangan mata seribu curiga terhadap Daiyan. Namun fikiran Daiyan tetap pada Zara.










Hye, macam mana? Ok ke k.o? Kalau k.o, aj rasa nak delete je story ni. Hmm haha gurau je. Kalau aj nak bagi Ilyana dengan Daiyan ok tak? Serious takde idea ni. Kalau nak cipta skrip sendiri pun takpe tau. Komen kat bawah ni. Karang skrip Zara dengan Aref ke. Bagi yang #TeamAref lah. Bagi #TeamHaizad pulak, boleh jugak kalu nak karang yang sweet ke sour ke haha. Kalau #TeamDaiyan ada tak yang sokong? Cepat-cepat komen tau.

Lots of love; aj & mk

Continue Reading

You'll Also Like

188K 15.4K 18
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
416K 16.9K 94
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile...
128K 8.8K 61
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa ap...
83.3K 1.6K 21
KAU TU HIDUP SEBATANG KARA JELAH-maryam eiliya Pengkhianatan keluarga tiri itu luka yang dalam bagi seseorang YA ALLAH,TAKDIR APA YANG KAU TURUNKAN...