Dia, Limited Edition! [C]

By i-HANAN

499K 15.7K 1K

DIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu a... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
EPILOG

BAB 4

10.8K 374 20
By i-HANAN

BAB 4

PINTU rumah dihempas kasar oleh Ethan. Adam yang sedang menonton televisyen terperanjat besar hingga mendaki dan mencangkung di atas sofa yang didudukinya. Ethan yang terlihat aksi spontan Adam, ketawa besar. Macamlah nak runtuh rumah ni dia hempas pintu tadi. Gempak je Adam ni. Konon terperanjat sangat.

"You ni kenapa sayang? Mengamuk tak tentu pasal. You jumpa Bandi Amuk ke dekat pasar tadi sampai mengamuk duk hempas pintu?"

"Bandi Amuk ke Bandi Gemuk ke, I tak kisah. Tapi yang penting sekarang ni I rasa macam nak hempuk kepala I dekat bantal. Geram sangat."

Adam berjalan mendekati Ethan yang meramas-ramas kepalanya sendiri. Tekanan perasaan. Kesian, kurang kasih sayang.

"Kenapa ni sayang? Siapa yang buat you geram sangat ni? Bagi je tahu I, nanti I sedekah dia dekat zoo buat bagi makan buaya. Okey?" Belakang tubuh Ethan diusap penuh kelembutan. Sesuci kasih ibu, bak kata iklan sabun tu. Entah lupa sabun apa. Erm sabun ke? Entahlah labu.

"Someone dekat pasar tadi. Mulut dia tu, kalau boleh tanggal dah lama I tanggalkan. She is just like a creepy monster." Ethan dan Adam beriringan menuju ke sofa. Tubuh mereka dihempas disitu.

"She?" soal Adam. Ethan menarik nafas panjang. Dah ada bunyi macam jealous dah suara Adam tu. Nak jealous dengan perempuan? Buat apa? Buang karan je. Dahlah takrif elektrik naik, GST lagi. Apalah nasib.

"Aha, she. I rasa macam nak carik-carik je mulut suwei dia tu." Ethan menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Sofa yang didudukinya ditumbuk-tumbuk kuat, membayangkan sofa itu adalah gadis yang ditemuinya di pasar tadi.

Adam menarik senyuman senget. Dia tidak perlu risau perihal gadis itu kerana nampak sangat yang Ethan benci tahap nak letup belon guna gigi bila cakap pasal gadis yang ditemuinya di pasar tadi. Gadis kepochi mungkin. Ethan bukannya boleh sangat jumpa dengan orang yang terlampau mesra alam. Rasa macam nak menyelam dekat dekat tab mandi je.

"You senyum pulak. I tengah marah ni baby." Bahu Adam dihempuk Ethan. "Kalau macam ni cancellah candle light dinner dengan you. Kalau you nak, you bercandle light dinner dengan Bik Surti sajalah." Ha, sudah. Ethan merajuk. Siapa nak pujuk?

Ethan mencebik. Menyampah.

Adam menggaru kepalanya yang langsung tiada kutu. Pusing, macam mana cara nak pujuk orang tua merajuk ni? Bagi gula-gula? Dia gigit kau takpun dia telan kau hidup-hidup. Bagi bunga? Kau ingat dia apa? Budak perempuan manja yang tergedik-gedik tu ke? Memang sahlah tidak. Ethan lelaki tulen namun bernafsu songsang. Biseksual? Tak, gay sepenuhnya.

Dah tu, nak buat apa?

"Sayang, you tahu tak muka you so ugly kalau buat macam tu. Rasa macam nak gigit-gigit je bibir you tu. Takmo sedih-sedih lagi ya. I nak tengok you senyum, sebab senyuman you boleh buatkan hari-hari I ceria bak gula-gula. You're my soul. My soulmate. You're my love. My only one. You're everything for me Ethan Harraz. Only for me. Taknak sedih ya. Lupakan je minah tiga suku masak tu. Okey sayang?" Adam berbisik romantis ditepi telinga Ethan. Perlahan-lahan bibir Ethan mencorak senyuman indah.

"Merajuk lagi?" soal Adam nakal. Merajuk? Memang tak. Kalau masih lagi merajuk kenapa senyum meleret. Saja je tu nak bermanja kasih. Kalau dah Ethan namanya memang lagak orang tak akil baligh lagi.

"Nope. I tak merajuklah. I cuma bengang je dengan girl tadi. Tapi sebab you ada dekat tenangkan I, I dah lupakan tentang dia. I bahagia dengan you. Cukup you seorang je dalam hidup I. Paling penting, I tak perlu kusutkan kepala I dengan orang yang I tak kenal. Memori otak I sikit je, cukup-cukup untuk I ingat kenangan manis kita berdua." Ethan membalas tidak kurang romantiknya. Mungkin lebih romantis kut. Adam tersengih suka. Yakinlah dia yang Ethan tidak akan sesekali pun berpaling tadah dari cinta'suci' mereka ini. Akan terus mempertahankan ia walaupun seluruh dunia membuat mogok lapar supaya mereka berpisah. Tidak akan sesekali melupakan cinta yang sekian lama membakar jiwa muda yang dahagakan kasih dan sayang.

"Tak payah nak dirikan kilang gulalah sayang. I dah cukup cair dengan cinta you yang hangat dan I dah lemas dalam cinta you yang begitu mengasyikkan. Mengkhayalkan serta mampu membuat I terasa seperti berada di awang-awangan. You're my ecstacy." Adam mengambil tangan Ethan dan dibawa kegenggamannya, berkongsi kehangatan. Mata mereka bersabung menghantar segala mesej cinta.

Mereka berdua bagai berada didalam dunia indah ciptaan mereka sendiri. Hanya ada Ethan dan Adam sebagai penghuninya. Tiada yang lain sebagai langau atau lalat mata besar yang akan menggangu perhubungan terlarang mereka.

Biarlah ia terlarang sekalipun, jika nafsu sudah menjadi raja didalam hati, sebarang nasihat sudah tidak meninggalkan kesan lagi. Ia hanya ibarat angin lalu. Ibarat lori aiskrim lalu tapi tidak ditahan sedangkan kita tahu aiskrim tu sedap. Kita tak minta dia berhenti sebab kita tak mahu aiskrim. Begitu juga nasihat. Sudah disajikan tetapi kita tidak pilih untuk ikut sedangkan kita tahu ia baik untuk kita.

Nasihat adalah makanan untuk rohani manusia. Jangan hanya fikirkan makanan yang penuh dengan lemak yang mampu menggemukkan tubuh kita saja, tetapi fikirkan makanan yang penuh keindahan yang mampu menggemukkan diri kita dengan jati diri yang elok dan molek untuk dipandang.

HANNAH meletakkan semua bahan memasak yang dibelinya dipasar tadi diatas meja. Ayam dan udang pula dia letak disinki untuk disiang nanti. Hari ini dia ambil cuti. Saja-saja ambil cuti untuk tenangkan fikiran. Tapi tak sangka pulak bertemu dengan mamat dengan lidah yang serupa mata pedang. Membunuh dengan cara halus pulak tu.

Ayam dikeluarkan dari plastiknya. Paip dibuka, membiarkan air terus mengalir. Dia mahu memasak ayam masak merah hari ini. Istimewa buat Meon yang mengidam dari minggu lepas. Craving katanya. Tahu pulak apa maksud craving budak kecil tu. Tak macam Nadia masa zaman sekolah menengah dulu. Boleh pulak dia tanya Atika dekat mana nak beli craving. Tak ternganga kawan tu setahun. Lawak betul.

"Kau nak masak apa ni? Masak Ayam Sengih ke?" Sofea bertanya musykil. Dari tadi dia memerhati Hannah. Sudah 20 minit membasuh ayam. Kotor sangat ke ayam tu? Air paip pula terus saja mengalir membasahi tangan. Membazir je. Dahlah hidup dalam zaman serba-serbi mahal ni. Tak elok membazir.

Terlepas ketulan ayam yang dipegang Hannah dek terkejut dengan teguran Sofea yang entah muncul dari mana.

"Kau ni Fea, buat aku terkejut je. Kalau aku jalan dulu tadi?"

"Jalan jelah. Takkan aku nak suruh kau merangkak pulak." Sofea ketawa mengekek dengan lawak yang disangkanya lawak.

"Hambar, punchline tak sampai. Kesian."

"Hambar ke?"

"Sangat."

Sofea melabuhkan punggungnya pada meja kaunter. Membiarkan Hannah membuat kerja berseorangan. Sebelah tangannya naik menongkat dagu memerhati segala laku Hannah. Hannah seorang wanita yang sempurna sekali pada mata Sofea. Berkerjaya, mahir menguruskan kerja-kerja rumah tangga, seorang yang berdikari dan yang paling terserlah adalah kebijaksanaan dan kecantikan Hannah. Sesekali itu tercuit juga hati Sofea untuk memusuhi Hannah yang mempunyai segala-galanya yang indah belaka. Tapi tidaklah pula Sofea bodoh untuk mengkhianati persahabatan mereka sedangkan Hannah sudah cukup baik dengan dia.

"Hoi minah, cuba tolong aku potong sayur ni. Eloklah jugak dari kau bertenggek dekat situ macam monyet tumbuh panau," jerit Hannah kepada Sofea yang seronok menengok saja. Anak dara seekor ni kalau tak diketuk, tak jalan. Macam pahat dengan penukul. Lembab pun ya jugak.

"Yelah. Sayur ni nak masak apa?"

"Sayur campur. Potong elok-elok tau. Jangan terpotong jari pulak. Aku tak nak jadi Hannah Bersiong." Hannah menitip pesan. Ngeri pula tengok cara Sofea memegang pisau. Budak Sofea ni, potong sayur pun ambil masa berejam nanti tu.

"Kenapa kau cuti hari ni?" soal Sofea memecah hening di dapur itu.

Hannah memasukkan bahan tumisan kedalam kuali setelah yakin minyak cukup panas. Sofea yang terkial-kial memotong sayur ditolehnya. "Saja. Nak rest. Serabutlah dekat office tu. Semua kelam-kabut. Tambahan pula bulan depan aku dapat bos baru. Sebab tu semua kerja kena siap sebelum Tuan Ebrahim pencen. Aku ni nama je cuti tapi kerja berlambak dekat dalam bilik tu. Kalau susun kalah bangunan Al-Burj dekat UAE tu. Maha banyak." Hannah mengeluh berat.

Dulu masa menjadi pelajar, terbeban nak belajar. Konon nak cepat kerja nanti senang rest je memanjang. Tapi rupanya lagi dahsyat dari zaman belajar. Dah terbukti, tiada apa yang mudah didunia ini. Sebab tulah harga barang naik sebab tak mudah untuk pemimpin kita menguruskan hal ehwal kewangan negara.

Ahaks. Nak termuntah den.

"Kesian kau. Tengok aku, kerja bukan main senang lagi. Mengadap laptop je 24 jam."

"Sebab tu kau lemau. Takde semangat. Lemak tumbuh melata." Selamba Hannah mengutuk Sofea. Bagai dipam tubuh badan Sofea. Mendadak naik berat badan. Walaupun tidaklah gemuk sangat, tetapi chubby. Sedap dipeluk kata orang. Tapi tak fleksibel.

Sofea sibuk membelek tubuh badannya. Betulkah lemak tumbuh melata dekat tubuhnya? Kenapa ini terjadi? Dia tidak menternak lemak, kenapa ia membiak dengan baik?

"Nanti bolehlah kau ikut aku pergi jogging." Hannah menutup api dapurnya. Ayam masak merah sudah pun masak. Hannah mencedok sedikit dimasukkan kedalam mangkuk. Dua mangkuk untuk jiran kiri dan kanannya.

"Kau nak pergi mana ni Na?"

"Rumah kak Jie dengan Mak Senah," balas Hannah tanpa menoleh kearah Sofea

"Siapa nak masak sayur campur ni?" soal Sofea kalut. Takkan dia kut. Bukan jadi sayur campur nanti tapi jadi sayur hangit.

"Kaulah. Siapa lagi." Hannah menatang dua mangkuk itu keluar dari dapur. Hal ehwal memasak sayur campur dia serah bulat-bulat kepada Sofea. Nak terbakar pun dapur tu dia tak kisah. Terbakar lagi bagus. Hangit terus Sofea dekat dalam tu.

Ternganga mulut Sofea luas. Nak sumbat bola bowling pun muat.

Hannah berlalu tanpa menghiraukan Sofea. Apa nak jadi, jadilah. Dia reda.

"ASSALAMUALAIKUM."

"Waalaikumsalam. Kak Na. Datang buat apa? Nak rompak basikal Meon erh?" soal Meon seraya turun dari basikal birunya. Segera basikal itu dipeluk tidak mahu lepas. Dia tidak mahu peristiwa sebulan lepas berulang kembali.

Hannah pernah merompak basikal Meon untuk dibawa ke kedai uncle Chow. Melopong semua menengok Hannah. Macam tidak percaya gadis educated seperti Hannah membuat perangai tak senonoh seperti itu.

"Basikal engkau ni Meon?" Basikal Meon dituding dengan muka yang berkerut seribu ataupun sejuta. "Tak hingin kak Na. Baik naik kereta kak Na tu. Vroom vroom. Basikal Meon bukan ada bunyi pon."

"Eh, Hannah. Buat apa datang sini?" Azizah terjengul di muka pintu bersama Doraemon didukungannya. Doraemon sibuk menjilat patung ultraman kepunyaannya. Entah dah berapa kali patung ultraman tu masuk longkang, tapi Doraemon tetap nak yang itu juga.

"Nak bagi lauk ayam masak merah ni ha dekat akak sekeluarga. Haritu Meon ada cakap yang dia teringin nak makan. Hannah free harini, so Hannah masakkanlah."

"Ish buat susah je Hannah oi. Tekak Meon ni asyik meminta je ya."

"Takde susahnya kak. Jangan dimintaknya nak makan daging dinosaur sudah. Tu memang susah." Hannah ketawa lalu mengusap perlahan kepala Meon. Dulu masa dia kecil-kecil lebih kurang baya Meon, dia pernah teringin nak makan daging kambing yang berbulu emas. Tak ke naya tu. Tapi nasib baik abah layankan aje. Siap warnakan kambing tu lagi jadi warna gold.

"Terima kasih banyak-banyak ya Hannah," ucap Azizah. Doraemon yang bergerak-gerak dalam dukungannya dipeluk erat agar tidak boleh bergerak lagi.

"Sama-sama kak. Na balik dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam.

"FEA, sayur campur dah masak belum?" Melenggang Hannah masuk kedalam rumah. Asap berkepul-kepul muncul berpunca dari dapurnya. Hannah mula panik melihat asap itu.

Sofea!

Hannah berlari kedapur yang tidak jauh dari tempat dia berdiri itu. Alangkah sungguh terperanjatnya Hannah melihat dapur yang sudah tidak serupa dapur. Dah macam bilik mandi. Di suatu sudut, Hannah ternampak figura manusia terbaring tidak sedarkan diri.

Allahuakbar!

Sofea!

Apa yang dah jadi ni? Bantuan, ya dia perlukan bantuan jiran-jiran yang lain.

Hannah berlari pula keluar rumah. Dah macam lari ulang-alik pula dah. "Tolong, sesiapa tolong kami. Api marak dalam rumah kami." Hannah terjerit terlolong meminta bantuan.

Orang ramai mula berkumpul selepas mendengar suara jeritan kuat Hannah. Ada yang datang membawa baldi berisi air. Ada yang berlari hanya memakai kain pelikat. Warga kejiranan disitu bersatu untuk memadamkan api. Ada yang berani menerjah masuk kedalam rumah. Jika ingin menunggu pihak bomba datang, alamatnya habis satu taman perumahan ni terbakar.

Tolonglah ya Allah. Selamatkan hamba mu ini.

Hannah kembali berlari masuk kedalam. Mana mungkin dia mahu meninggalkan Sofea mati rentung. Dia perlu selamatkan Sofea, sahabatnya.

Lindungilah hamba mu ini ya Allah.

Continue Reading

You'll Also Like

182K 8.5K 34
Naura Mikhaila, siapa tak kenal dia? Evil Queen. Tak kenal jugak? Kau menyedihkan. So. Gadis tinggi lampai. Gadis yang penuh dengan pesona. Juga nak...
12.5M 546K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
45.8K 4.3K 18
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rat...
499K 15.7K 49
DIA, LIMITED EDITION Walaupun dia tak sempurna, namun dialah yang teristimewa. "Hannah nak tak jadi menantu aunty?" - DATIN AMINA Segalanya bermula d...