Pengantin Bidan Terjun

By _cikamal

49.3K 4.5K 1.2K

Ahmad Aidan & Adelina More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24

Bab 19

1.7K 175 19
By _cikamal

Selesai saja sembahyang isyak berjemaah, terus Aidan menghilang tanpa sebarang khabar berita. Dia keluar dari rumah bersama barang peribadi di tangan. Agaknya dia pergi healing selepas kes petang tadi. Otak dia terlampau runsing gara-gara ayat tersirat dan tersurat aku.

Puas hati aku!

Padan muka Ahmad Aidan!

Aku gelak jahat dalam hati. Tak boleh gelak secara terang-terangan kerana ada mak su di depan mata. Tak fasal-fasal tamparan berapi mak su hinggap di paha aku nanti.

"Del..."

Dalam banyak-banyak orang, hanya mak su seorang yang panggil Del dekat aku. Dan, aku pun suka. Rasa lebih ringkas dan pendek. Kadang-kadang, Del akan upgrade jadi Delina. Sentiasa bertukar-tukar mengikut mood semasa mak su.

"Ya, mak su." Ceria aku menyahut. Tindak balas yang sangat berbeza. Kalau dengan Aidan, jangan harap aku nak bersopan santun macam ni.

"Boleh mak su tanya something? Soalan personal. Boleh, Delina?"

Bila suara mak su yang lemah lembut bertukar tegas. Siap sebut Delina lagi dan bukannya Del. Itu bermaksud aku kena bersiap sedia daripada segi mental dan fizikal untuk sebarang kemungkinan. Tiada lagi sesi sembang santai antara kami berdua. Mak su dah mula masuk mood serius.

"Mak su nak tanya apa? Insya-Allah Del akan cuba jawab."

"Ahmad Aidan ada hina Del lagi? Dia masih layan anak saudara kesayangan mak su macam musuh?"

Bibir aku tersenyum nipis sesaat. Rasa lawak bila mak su panggil Aidan dengan nama penuh. Terasa makin menyerlah aura mak su sebagai cikgu di sekolah menengah.

"Alhamdulillah, tak."

"Betul? Del tak tipu mak su?" Gesa mak su sambil pegang lengan sebelah kanan aku. Mata hitam mak su pula menghunus tepat pada raut wajah aku.

"Sumpah, mak su! Aidan dah tak hina Del sekarang." Kedua-dua belah tangan terangkat ke atas. Bersungguh-sungguh aku angkat sumpah di hadapan mak su.

"Sungguh mak su. Del tak tipu mak su kali ni."

Ketika ayat terakhir menjadi sebutan di bibir, lemah saja intonasi suara aku. Seakan-akan sedang berbisik pada malaikat Raqib dan Atid. Terlampau risau kalau mak su mengamuk dan mula mengungkit habis sikap buruk si anak saudara.

Sejujurnya, aku dah banyak kali menipu mak su. Mungkin lebih dari lima kali dalam tahun ini saja. Sebab itu, mak su macam waswas dengan jawapan balas aku tadi.

Tapi, aku menipu demi kebaikan bersama. Aku tak nak mak su susah hati. Jadi, aku terpaksa sembunyikan fakta bila berkongsi cerita dengan mak su.

Dan Hanani a.k.a kawan dari syurga aku, akan jadi tukang pembongkar kebenaran. Tak sampai 24 jam, habis kantoi penipuan aku dekat mak su.

"Mak su tak percaya Del?" Aku tayang muka menagih simpati. Kelopak mata terkelip-kelip dalam beberapa kali.

"Mak su sentiasa percaya kamu, Delina. Hanya Del yang suka sangat pendam semua sorang diri. Macam kes Aidan."

Tanpa sebarang signal, penampar mak su mendarat di lengan aku. Sejurus kemudian, mak su tarik memanjang kedua-dua belah pipi. Aku dah ibarat doh roti canai di tangan mak su malam ini.

"Nasib baik mak su ada Nani. Boleh dia jadi CCTV bergerak mak su," tambah mak su selepas puas melepaskan geram.

Walaupun mak su duduk di kampung, tetapi mak su sentiasa up-to-date dengan kisah hidup aku di bandar. Semuanya kerana Nani. Setiap hari, dia akan hantar laporan lengkap tentang aku dekat mak su. Tak pernah missed.

"Awal-awal kahwin memang perangai Aidan hmm..."

Aku sambung ayat seterusnya dengan aksi gerakan tangan yang bergoyang ke atas dan ke bawah. Seperti bot yang kena pukul dengan ombak. Gambaran yang paling sesuai dengan perangai Aidan versi dulu.

Lagipun, depan mak su mana boleh sebut 'hanat'. Kena tapis bahasa untuk mengelak daripada sepasang mata bundar mak su terjegil.

"Tapi sejak balik dari umrah, perangai dia dah banyak berubah. So, mak su janganlah risau. Insya-Allah Del boleh handle lagi."

"Nasib baik dia dapat hidayah untuk berubah. Kalau tak berubah juga, memang dia teringin sangat nak makan penampar Jepun mak su."

Mak su gawang tangan kanannya di atas angin dalam dua tiga kali. Seolah-olah tengah praktis untuk tampar muka Aidan pun ada.

Tapi bila empunya muka berada di depan mak su, tak ada pula mak su layan Aidan seperti musuh. Mak su layan dia baik aje. Mak su siap masak macam-macam lagi untuk bekas tunang Dayah.

Mungkin kerana dia tetamu kut. Sebab itu, mak su layan dia mesra. Kerana bagi mak su, tetamu tu pembawa rezeki.

"Bekas tunang Dayah tu luaran nampak sopan. Hensem pun hensem. Berharta lagi. Senang cerita, dia lelaki dengan label green flag."

Dengar saja perkataan 'hensem', serta-merta terbayang muka lempeng basi Aidan dalam kepala. Dan tak sampai sesaat, laju aku gelengkan kepala bersama anak tekak yang terasa loya. Nampak sangat perspektif hensem aku dengan mak su sangat berlainan.

"Tapi mak su tak sangka, mulut dia lagi busuk dari air kumbahan. Astaghfirullahaladzim. Buruknya perangai dia!"bebel mak su bagai tengah melepaskan geram yang terbuku di dalam hati.

Kali ini, baru aku boleh sokong mak su 100%. Aku pun tak jangka lelaki yang terpelajar seperti Aidan boleh hina seorang wanita dengan begitu teruk sekali dulu. Tahu dia marah dan benci aku. Namun, itu bukan tiket untuk dia pijak maruah manusia lain dengan sewenang-wenangnya.

Sepatutnya, tiada maaf untuk Ahmad Aidan. Cuma aku tak nak biar perasaan marah terus bermaharajalela di sanubari. Takut menjadi barah yang paling bahaya dalam diri. Seperti perasaan amarah babah pada aku yang bagai tiada penghujung.

"Nasib baik bacaan al-Fatihah Mat Dan tu tip top. Terubat juga hati mak su jadi makmum dia tadi."

Wah, dalam sekelip mata Aidan dapat gelaran baru daripada mak su! Nama asal Aidan punyalah komersial. Tup-tup dah jadi nama orang kampung.

"Lepas juga Mat Dan tu jadi imam kita tadi, kan?" soal mak su sambil mengharap respons daripada aku yang sunyi sepi sejak tadi.

"Hmm..." Mudah sungguh tindak balas aku. Sekadar menggumam dalam mulut.

Walaupun balasan aku hambar, tetapi aku sangat setuju dengan komen mak su. Aidan memang mampu untuk jadi imam. Hanya aku masih ragu-ragu lagi dengan kemampuan dia sebagai seorang suami.

"Sekarang apa rancangan kamu, Del?"

"Rancangan apa, mak su? Rancangan masa depan Del yang melibatkan Aidan juga?" tanya aku tak berapa yakin dengan pilihan soalan diri sendiri.

"Haah... rancangan masa depan kamu berdua. Del jadi bercerai dengan Mat Dan?"

Nampaknya, gelaran 'Mat Dan' tu dah melekat dan sebati di bibir mak su. Dan rasanya, sampai bila-bila mak su akan panggil 'Mat Dan' dekat Aidan.

"Buat masa sekarang, belum lagi mak su. Kenapa mak su tanya?"

Bila teringat saja status aku yang masih terikat dengan Aidan, terus mood akan merundum ke tahap paling bawah sekali. Aku dah reda jadi isteri dia. Tetapi adakalanya, ada sesuatu yang membuatkan aku rasa stres dan terbeban.

"Boleh mak su tahu, kenapa Del berubah fikiran? Apa yang menghalang Del? Babah? Atau kerana Mat Dan dah berubah sekarang? Del tengah bagi dia peluang kedua?"

Bertubi-tubi rangkaian soalan yang meluncur keluar dari mulut mak su. Sampai aku terpaksa duduk diam sekejap untuk hadam setiap soalan mak su. Risau balasan aku nanti melencong jauh daripada jangkaan mak su.

"Babah punca utama, mak su. Del takut babah mengamuk lagi sakan."

Aku sentuh parut di buku lali yang sepanjang setengah inci. Gara-gara libasan kepala besi tali pinggang babah beberapa minggu lepas. Tak sangka pula akan tinggal parut. Ingat sekadar luka biasa yang melecet kulit sedikit.

Pendek kata, sejak dulu badan aku ibarat kanvas untuk kaum Adam melepaskan nafsu menggila. Sama ada dalam bentuk seksaan fizikal dan mental. Ataupun pemuas nafsu serakah manusia. Bukan sekali, tetapi dua kali dalam masa selang beberapa jam.

Dan sampai bila-bila, kesannya akan terasa di segenap tubuh badan. Terutama sekali pada bulan lapan. Bulan kemerdekaan bagi Malaysia, tapi bulan penuh tragedi untuk aku. Kerana tertipu dengan kasih sayang seorang manusia, hidup aku yang terperangkap dalam lembah kehinaan.

"Del patutnya repot polis hari tu."

Lantunan suara mak su berjaya menarik aku yang hampir-hampir saja terjerumus dalam kegelapan kisah silam. Mak su sentiasa jadi penyelamat aku. Sama macam 10 tahun lepas. Pergorbanan besar mak su yang membuatkan aku boleh bangkit semula dan menjadi seorang Adelina pada hari ini.

"Re... repot polis? Maksud mak su?" Terus otak jadi blur. Kesan biasa bila pusat pemikiran terlampau larut pada sejarah hitam yang sentiasa menghantui setiap tidur malam aku.

"Repot babah dekat polis. Baru padan muka babah! Sesuka hati aje libas anak sendiri." Sepasang mata mak su mencerlung bersama dada yang berombak kasar.

"Babah ingat Del ni apa? Kucing kurap?" sambung mak su dan masih dengan nada suara yang menyinga.

"Rasanya... kucing kurap pun lebih mulia di mata babah berbanding Del ni, mak su." Ada air jernih yang tergantung di birai mata. Dan belum sempat menitis jatuh ke bumi, aku dah kesat terlebih dahulu dengan kekura tangan.

"Babah Del tu memang! Dalam dunia ni, dia sorang aje manusia yang paling mulia. Orang lain semua hina di mata dia."

"Sudahlah mak su. Kita tutup dulu kisah tentang babah malam ni. Del tak nak mak su pula yang moody dengan perangai abang sendiri."

Walaupun mak su dan babah dua beradik, tetapi perangai sangat jauh berbeza. Seperti bumi dengan langit. Sama juga kes aku dengan Dayah. Saling kontra dan langsung tak ada persamaan antara adik-beradik.

"Okey... kita tutup kisah babah, tetapi bukan kisah Mat Dan. Ni aje masa yang mak su ada untuk bercakap tentang dia. Waktu lain, dia melekat dengan Del macam belangkas."

Jari telunjuk kanan dan kiri mak su saling bertaut antara satu sama lain. Punya beria-ia mak su nak highlight perkataan 'belangkas' tu. Yang peliknya, anak mata mak su teroleng ke atas. Ibarat dalam masa yang sama, mak su pun meluat dengan perangai manja tak bertempat Aidan.

"Tu bukan gaya orang benci bini, tapi tengah tangkap cinta."

Laju saja mulut aku beristighfar panjang. Sama laju dengan tangan kanan yang naik menekup mulut mak su. Janganlah sampai tahap macam tu.

Minta simpang malaikat 44!

"Mak su jangan cakap yang bukan-bukan. Takut tuan badan terdengar pula nanti."

Aku gelengkan kepala bersama tangan yang masih berada di atas ulas bibir mak su. Bila mak su angguk, baru tangan kanan aku jatuh ke bawah dan mendarat di atas kaki yang sedang bersila.

"Soalan terakhir dan paling penting sebelum bekas tunang Dayah balik. Dia dan tahu sejarah hidup kamu, Delina?"

Mak su menyoal sambil pandang ke arah pintu utama yang cuma sekangkang kera dari ruang tamu. Tengah mencari kelibat Aidan. Takut lelaki tu muncul secara tiba-tiba di dalam rumah. Nanti kantoi habis semua perbincangan rahsia antara aku dan mak su.

"Tak."

"Sampai bila nak simpan rahsia daripada Mat Dan? Walaupun perangai dia jahanam, Del patut berterus terang dengan dia. Dia masih lagi suami Del buat masa sekarang."

Mak su merenung lembut ke dalam sepasang mata aku. Renungan yang sarat dengan kasih sayang. Sangat berlainan daripada pandangan babah yang penuh kebencian dan api dendam.

"Untuk apa, mak su? Untuk meraih simpati? Del tak perlukan perasaan simpati Aidan, mak su."

Aku bukan bongkak. Tapi dalam hidup ini, aku tak perlukan simpati manusia. Aku hanya perlukan kasih sayang yang tulus dan mampu menyembuhkan setiap derita selama berpuluh-puluh tahun ini.

"Lagipun, Del masih tak percayakan Aidan. Del takut perangai baik dia hanya sementara aje, mak su."

"Del takut Mat Dan pun macam babah juga?"

"Entahlah, mak su. Mungkin salah satu sebabnya, Del sendiri pun dah tawar hati dengan mana-mana lelaki dalam dunia ni." Aku tersenyum sayu.

"Mak su faham perasaan Del. Cuma satu aje nasihat mak su dekat kamu, Delina." Mak su genggam kedua-dua belah tangan aku.

"Tolong jaga hati dan perasaan sendiri dulu. Kalau bercerai dengan Mat Dan terbaik, go ahead. Jangan takut dengan babah." Makin utuh genggaman mak su di tangan aku.

"Kalau babah pun buang Del seperti mama, macam mana mak su?" soal aku dengan suara yang mula berlagu sebak.

Ikut logik akal, memang aku tak kisah kena buang keluarga dengan babah. Tapi jauh di sudut hati seorang anak, aku tak sanggup. Cukuplah mama buang aku sejak arwah Abang Ad meninggal. Kalau babah pun buang aku juga, aku akan jadi anak yatim piatu sebelum tiba masanya.

"Mak su ada. Mak su boleh jadi mak dan ayah yang jauh lebih baik daripada orang tua Del sendiri. Kasih sayang mak su hanya untuk Del sorang. Sejak dulu lagi dan takkan pernah berubah. Insya-Allah."

Butir bicara mak su ibarat satu tamparan yang hebat dan lebih daripada cukup untuk menyedarkan aku supaya sentiasa jadi manusia yang bersyukur. Jangan terlampau mengejar kasih yang tak pasti. Sehingga terlupa insan yang setia di sisi. Seorang wanita yang sanggup pegang gelaran anak dara tua demi anak saudara paling malang dalam keluarga.

"Terima kasih dan Del minta maaf sangat-sangat, mak su. Kerana Del, mak su yang tak jadi kahwin dulu."

"Don't be sorry dan jangan ucap terima kasih dekat mak su. Mak su yang patut ucap terima kasih dekat Del kerana dah selamatkan mak su daripada kahwin dengan jantan durjana."

Mak su usap bahu aku guna tangan kanan. Manakala tangan kiri mak su, tetap utuh genggam jemari si anak saudara.

Gelaran jantan durjana cuma akan wujud bila seorang lelaki hidup bertuhankan nafsu. Padahal lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung bagi setiap kaum Hawa. Malangnya, mereka yang sering memusnahkan impian setiap wanita di atas muka bumi ini.

"Mak su kesian sangat dengan Del. Dari dulu, tak pernah hidup bahagia. Asyik menderita di tangan orang lelaki." Jari telunjuk mak su membelai pipi aku bersama empangan air mata yang mula pecah.

Pada mulanya, hanya setitis mutiara jernih yang mengalir lesu di bawah pelipis mak su. Selang beberapa kali helaan nafas, tangisan mak su bertambah lebat. Seperti hujan pada musim tengkujuh.

"Mak su... big girl don't cry," pujuk aku guna tajuk lagu Bahasa Inggeri yang pernah famous pada suatu masa dulu. Sambil itu, hujung jari telunjuk aku mengesat air mata mak su.

Aku bukan nak potong mood sedih mak su. Aku hanya tak suka tengok air mata mak su. Takut diri sendiri pun tumpang menangis sama.

"Delina..." seru mak su dalam tangisan yang masih bersisa. Tetapi dalam masa yang sama, senyuman tipis mula menghiasi di wajah mak su. Itu tandanya mak su dah terpujuk dengan ayat ringkas aku.

"Walaupun hidup Del menderita di tangan lelaki, tapi Del hidup bahagia di tangan mak su dan Nani. So, fair and square kan?" Aku sambung pujuk mak su guna ayat yang lebih puitis dan menenangkan perasaan.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil. Cuma manusia yang tak pernah reti untuk bersyukur. Bila rasa syukur kurang, memang hati takkan pernah tenang. Sentiasa dahagakan sesuatu yang lebih besar.

Terangguk-angguk kepala mak su bersama bibir yang terkunci rapat. Tiada lagi olahan yang datang daripada pihak mak su. Agaknya perasaan sayu masih lagi menguasai jiwa mak su.

"Janganlah menangis, mak su." Aku kesat air mata mak su yang bercucuran di pipi seraya tersenyum tipis.

"Walaupun satu dunia benci Del, mak su tetap akan sayang Del sehingga hujung nyawa mak su."

"Del tahu, mak su. Del pun sayang mak su sangat-sangat." Aku tunduk dan kucup tangan mak su. Kucupan yang berlangsung lebih dari seminit.

"Terima kasih kerana mak su sudi terima Del ketika semua orang buang Del dulu. Terima kasih, mak su."

Itu ucapan terima kasih yang terpacul keluar dari bibir sebaik saja aku angkat kepala dan pandang wajah bujur sirih mak su. Ini muka yang sentiasa ada dengan aku sejak dulu lagi.

Aku boleh bertahan sampai sekarang hanya kerana mak su dan Nani. Tanpa mereka berdua, mungkin aku akan terus menyendiri dan kesepian. Bernyawa, tetapi tiada matlamat hidup.

Continue Reading

You'll Also Like

373K 21.2K 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, di...
166K 17.3K 37
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
13.5K 1K 23
Teruntuk dia yang bernama Mawar, aku gelarkan dia sebagai cinta. Buat pertama kalinya perasaan ini ku rasa, Maka pada-Mu Tuhan aku meminta, Jadikan...
1K 252 30
[Complete] Story1_ Tengku Marham Asyraf x Khaidama Az-zahra ............................................................................ Khaidama ha...