Temu

By athiwrites

1.5K 187 17

Cerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya... More

Wikipedia
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42

Bab 31

25 4 0
By athiwrites

a/n: Tekan bintang dan komen!

Hujung minggu itu Faradhiya tidak kemana-mana. Dia hanya memilih untuk di tinggal di rumah dan menghabiskan kerjanya. Cik Jah juga diberikan cuti, hari ini dia akan masak untuk makan tengah hari dan makan malam. Pak Mad juga dibenarkan pulang awal selepas membeli barang basah. Selepas apa yang berlaku kebelakangan ini, dia yang sering pulang lewat, dia mahu luang sedikit masa dengan Ghaz Ukasyah.

Lagi pula, esok cukup sebulan usia perkahwinan mereka. Faradhiya semakin bersyukur kerana dia benar-benar dikurniakan lelaki yang baik sebagai suami. Sabar dengan kekurangannya, pertuturan yang lembut dan ikhlas menyayanginya. Teringat dengan jawapan suaminya kepada media apabila disoal tentang Faradhiya. Buat dia tersenyum depan skrin telefon sendiri. Makin lembut hati dengan suami sendiri.

"Encik Ghaz, apa perasaan bernikah dengan perempuan seperti isteri encik? Tak rasa takut ke?" soalan keluar tajuk itu di soal kepada Ghaz Ukasyah.

Sepatutnya sesi temu bual ini untuk membincangkan tentang pencapaian Ghaz Ukasyah dalam dunia perniagaan, tapi ada juga soalan peribadi yang keluar di hujung sesi.

"Takut?"

"Tak takut ke kalau isteri encik ego? Diakan bukan orang biasa-biasa. Berpendidikan, ada pangkat, ada harta, wanita jenis dia ni selalu ego tinggi. Tak takut ke kalau dia yang jadi ketua rumah? Apa orang kata? Beras dia yang beli?" Makin banyak minyak yang dituang ke dalam soalannya dengan harapan Ghaz Ukasyah akan menunjukkan reaksi.

Tidak kiralah apa jenis reaksi sekali pun, namun waris tunggal Armada masih lagi tersenyum tenang. Soalan-soalan pedasnya juga dijawab dengan sopan.

"Saya lelaki. Tugas saya adalah memimpin dan melindungi isteri. Kalau saya gagal, kalau saya tak dihormati isteri, saya bukan lelaki. Hanya lelaki pengecut, lelaki rendah diri sahaja yang akan ada rasa seperti itu. Wanita itu fitrahnya lembut, kalau dia terpaksa menjadi keras walaupun setelah berkahwin, maksudnya lelaki itu yang gagal. Lemah. Perempuan akan rasa percaya, boleh bergantung dengan lelaki yang kuat sahaja. Jadi saya tak perlu takut, kerana saya tahu saya mampu. Saya yakin."

Klip temu bual itu tular di sosial media sehingga Faradhiya dan Ghaz dikenali oleh orang ramai. Tidak fasal-fasal syarikat mereka dapat publisiti percuma. Ramai golongan remaja dan awal dewasa 'cair' dengan jawapan Ghaz Ukasyah. Hasilnya, ramai yang mula ambil tahu tentang mereka. Video perkahwinan mereka juga bertambah jumlah tontonan.

Namun, Faradhiya tidak berapa selesa dikenali dengan cara begini. Dia bukan pempengaruh atau artis. Dia hanya orang berniaga. Sudah cukup dengan perhatian yang dia dapat dalam politik perniagaan, tidak mahu perhatian lain lagi. Jika sesuatu yang tidak baik berlaku, cukuplah sedikit yang tahu. Tidak mahu terlalu ramai.

Bunyi deringan telefon mematikan lamunan Faradhiya. Berangan fasal suami sendiri.

"Assalamualaikum, Uzair." sapa Faradhiya sebaik sahaja dia menjawab panggilan.

"Waalaikumusalam. Kakak tengah buat apa?" Ada suara lelaki bersembang dan bunyi air kuat.

"Baca emel. Awak tu kat mana? Isnin depan dah masuk office kan." soal Faradhiya.

"Keluar camping dengan kawan-kawan. Ya, orang tak lupa lah." Dia dapat rasa yang Uzair sedang golek bola mata, mengejeknya.

"Balik esok ke?"

"Balik petang ni, 2 hari 1 malam je. Nak tengok tak?"

"Tak pakai tudung." Balas Faradhiya. Adiknya mesti mahu tukar panggilan ke mod video.

"Kakak jangan lah buka camera."

"Yelah." Setelah itu Faradhiya tekan fungsi panggilan video dan tutup kameranya. Uzair terus sahaja menunjukkan pemandangan air terjun di hadapan.

"Cantik."

"Kan? Cantik kan? Nanti dah kerja tak tahu bila pulak dapat datang." Nada teruja Uzair bertukar jadi sayu. Seakan bila dia kerja nanti dia tak boleh bercuti lansung.

Faradhiya juih bibir, meluat. Walaupun adiknya tak boleh nampak dia buat juga untuk kepuasan sendiri. Laju sahaja dia menjawab. "Macam lah tak ada cuti."

"Takut jadi macam kakak." Kamera kini menunjukkan muka adiknya. Uzair dengan rambut yang basah, ada juga dua tiga orang kawannya yang kelihatan. Masing-masing melambai.

"Bukannya awak tu ambil kerja kakak."

Sengih sahaja Uzair bila mendengar sindiran kakaknya. Terus dia mahu ubah topik sebelum kena dengar leteran kakaknya. "Abang mana?"

"Abang?" hairan Faradhiya. Sejak bila dia dan adiknya ada abang?

"Laki kakak lah! Abang Ghaz." Muka kecewa dan gelengan adiknya buat Faradhiya terhibur.

"Sejak bila Uzair panggil dia abang?" soal Faradhiya ingin tahu.

"Dah lama lah. Uzair dengan abang Ghaz memang dah brotherhood." bangga betul nada suara Uzair. Seronok dah ada geng dalam keluarga.

Faradhiya juih mulut lagi. Namun dia jawab juga. "Ada dekat gym."

"Pergh, idola." Ucap Uzair sambil tumbuk-tumbuk dada dengan muka kagum.

Faradhiya senyum sahaja melihat tingkah adiknya. "Dah lah, nak sambung buat kerja."

"Ye lah. Kirim salam kat abang. Assalamualaikum!" Faradhiya mematikan panggilan sebaik saja dia selesai menjawab salam. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Monitor dimatikan, meja dikemas. Dia perlu ke dapur.

Faradhiya masuk ke dalam bilik untuk tukar pakaian, tak selesa memasak pakai baju lengan panjang. Bunyi pancuran air kedengaran, suaminya sedang mandi. Mungkin suaminya naik sewaktu dia tengah bersembang dengan Uzair. Sun dress lengan pendek dan labuh paras betis berwarna pink cair dipakai. Cepat-cepat dia salin dalam ruang baju di dalam bilik mereka, risau kalau suaminya keluar waktu dia sedang salin pakaian.

Di dapur dia terus mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menu tengah hari. Mulutnya bersenandung perlahan sambil tangan cekap memotong bawang dan sayur-sayuran. Untuk tengah hari dia mahu masak nasi ayam panggang. Ayam yang telah di perap oleh Cik Jah di masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Sekarang dia hanya perlu sediakan nasi, sup, dan lauk sayur sahaja.

Sayur bok choy yang akan di rebus sehingga layu dengan kuah sos tiram dan bawang putih rangup, taugeh goreng kicap, dan timun Jepun sejuk. Sup pula akan ada bebola ayam dan lobak merah. Dia juga mahu sediakan sos hijau disamping sos cili dan kicap. Air pula jus buah raspberi yang telah disediakan oleh Cik Jah.

Asyik mengacau sos hijau di dalam periuk, dia tidak sedar kehadiran Ghaz Ukasyah di ruang dapur itu. Hampir terpelanting senduk bila dia rasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. "Ya Allah! Awak! Terkejut saya." Senduk dilepaskan, tangan perlahan mengurut dada sendiri.

"Fokus betul sampai tak perasan abang kat dapur." Ujar Ghaz Ukasyah. Lama juga dia berada di dapur. Masa mula-mula masuk tadi dia kena ambil masa untuk hadam kecantikkan isteri sendiri pakai dress yang tak pernah dia lihat. Hampir sedu lagi.

"Awak lapar ke?" Permukaan dapur elektrik itu ditekan, haba dimatikan. Tangan Ghaz Ukasyah yang masih melingkari pinggangnya dileraikan. Dia menuju ke singki untuk membersihkan tangan. Mahu lari sebentar dari lelaki itu, tenangkan jantung. Tak tahu jantungnya laju sebab terkejut atau sebab kena peluk.

"Lapar lah juga." Sebaik sahaja jawapan itu keluar dari mulut Ghaz, terus sahaja ketuhar berbunyi. Ayam panggangnya sudah siap.

"Boleh dah nak makan, tunggu saya nak hidang kejap."

"Makan dekat sini je lah." Ghaz Ukasyah maksudkan island table mereka. Memang mereka lebih kerap menggunakan meja itu berbanding meja makan di ruang makan. Ruang makan itu terlalu besar untuk mereka yang hanya berdua. Selalunya mereka akan makan malam sahaja di situ kerana telah di hidang oleh Cik Jah.

"Awak tolong keluarkan ayam boleh?" minta Faradhiya kepada Ghaz. Tangan siap menghulurkan glove tebal, pinggan dan pengepit. Pantas sahaja diturut oleh Ghaz.

Faradhiya pula menghidang lauk pauk mereka. Pinggan disusun, minuman dituang. Air sejuk juga ada. Buah tin segar yang telah siap di potong juga turut di hidangkan. Suaminya hadir dengan pinggan yang terisi ayam panggang. Dua ketul ayam dengan potongan L.

Doa makan di bacakan sebelum mereka minum segelas air sejuk sebelum menjamah buah tin. Ghaz mencedok nasi ke dalam pinggan Faradhiya kemudian ke pinggannya sendiri.

"Hmm, sedap!" puji Ghaz sebaik sahaja suapan pertama ditelan. Lebar senyuman Faradhiya bila mendengar pujian suami.

Usai makan tengah hari, Faradhiya masih di dapur. Menyediakan Snickers kurma. Kurma yang dibuang biji, di letakkan mentega kacang di dalamnya dan di celup ke dalam coklat kemudian disejukkan. Snek kegemarannya dari zaman universiti, Ghaz Ukasyah juga sudah jatuh suka. Kurma ini selalu jadi pilihannya bila mahukan makanan manis. Cik Jah akan buat stok baru setiap 3 hari, namun selepas dia lihat hanya tinggal 2 biji kurma di peti sejuk, terus dia buat sendiri.

"Sayang, dah siap." lapor Ghaz Ukasyah kepadanya. Suaminya basuh pinggan dan periuk. Faradhiya menjeling singki. Bersih. Pinggan dan periuk juga sudah dimasukkan ke dalam dish washer untuk dikeringkan.

"Thank you. Awak nak buah lagi tak?"

"Dah kenyang, saya tunggu dekat depan." Ciuman ringan singgah ke mahkota kepalanya sebelum suaminya melangkah ke arah ruang depan. 

Continue Reading

You'll Also Like

170K 3K 43
Mengisah sepasang suami isteri yang tidak mendapat persetujuan daripada nenda Tengku Sarah. Tengku Riyad Mirza seorang suami yang setia walaupun iste...
108K 9K 66
2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa h...
181K 18.2K 38
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
45.6K 3.7K 32
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih...