MILIK TUAN LUTH ISKANDAR

By Sugawa80

19.8K 333 57

BLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB AKHIR

BAB 4

714 15 1
By Sugawa80

Sejak dari perselisihan faham aku dengan Sasya tempoh hari, Sasya semakin menunjukkan sifat sebenarnya padaku.

Kesabaran aku sentiasa diuji dengan pelbagai cara. Aku cuba bertahan kerana aku masih baru di situ. Mana mungkin aku nak tutup periuk nasi aku sendiri. Susah payah aku cari kerja, aku takkan ikut cara Sasya. Selagi aku boleh sabar, aku akan sabar.

Satu hari aku bersama-sama staff lain sedang tunggu lift. Elok saja pintu lift terbuka, aku rasa beg aku ditarik ke belakang menyebabkan aku hampir terjatuh. Aku tak pasti siapa pelakunya, ketika semua orang sudah memenuhi ruang dalam lift, pintu lift tertutup.

Di dalam lift, ada seseorang sedang meraikan 'kemenangan' dan bangga dengan perbuatannya.

"Padan muka, siapa suruh cari pasal dengan aku."
Sasya senyum sinis.

****

Rasa kesal dalam hati. Siapalah yang busuk hati buat macam tu tadi. Aku tengok jam di tangan, aku ada dua pilihan sama ada tunggu lift atau guna tangga. Perasaan aku berbelah bagi.

"Ahh guna tangga je lah."

Bila aku nak gerakkan kaki, baru aku terasa sakit.

"Ahhh sudah." Panik seketika. Aku jalan terhenjot-henjot ke tepi dinding dan bersandar di situ.

Tak boleh jadi ni. Kakiku sebelah kanan sakit sangat. Mungkin terseliuh ketika badanku ditarik kasar tadi.

Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku dah tak boleh nak menampung badan dengan kaki yang sakit tu. Kena cari tempat untuk duduk sekejap. Melilau mataku mencari tempat yang sesuai, dan akhirnya aku terpandang ada sebuah bangku kecil.

Perlahan-lahan aku bergerak.

"Kenapa dengan awak ni?"

Satu suara menegur aku dari belakang.
Aku rasa aku kenal suara tu. Tuan Luth.

Aku pusing belakang.

"Eh Tuan rupanya, tak ada apa tuan."

"Kenapa dengan kaki awak?"
Matanya tertumpu ke kakiku yang sedang terjinjit.

"Errrr....saya jatuh tadi, terseliuh agaknya."

Aku dah tak boleh nak berdiri dengan betul, kena cari tempat duduk sekarang. Bangku kecil tadi menjadi arah tujuanku.  Tanpa hiraukan Tuan Luth yang masih berdiri di situ, aku bergerak dengan kudrat yang ada.

"Awak nak ke mana?"

"Saya nak cari tempat duduk, kaki saya tak boleh nak berdiri lama. Maaf ye Tuan."

"Tak nak ke klinik ke?"

"Kejap lagi saya pergi klinik, nak hilangkan rasa sakit ni kejap. Dah ok sikit nanti, saya pergilah."

Mata Tuan Luth masih tertumpu pada aku, rasa kurang selesa bila diperhatikan begitu.

"Mari saya hantar ke klinik."
Tegasnya lagi.

"Erk? Tak apa tuan, saya boleh pergi sendiri je. Saya ambil grab."

"Tak payah nak buang masa, kena check kaki awak tu."

"Saya..."
Kata-kataku dicantas lagi.

"Sekarang!" Tuan Luth berdiri tegak menghadap ke arahku dengan kedua-dua tangan dalam poket seluarnya.

"Ye....ye....baik."
Nak tak nak, terpaksalah juga mengalah. Nanti dikatanya aku megada-ada pula. Bukan boleh nak agak pemikiran orang lelaki ni. Lain yang kita rasa, lain pula yang dia fikirkan.

Aku baru je nak duduk sekejap untuk hilangkan sakit tapi terpaksalah tahan dulu. Tuan Luth dah hilang dari pandangan.

"Eh...ke mana pula dia pergi? "
"Macam chipsmore, kejap ada...kejap tak ada."
"Arkk....adoii..."
Tak boleh, aku dah tak boleh nak jalan. Kakiku sakit sangat dah ni.

"Aish....awak kenapa kat sini?"
Datang pula si Haris dengan soalan yang sama.
Aku cuma senyum kelat sambil menahan sakit.

"Awak ok ke tak ni? Tak sihat ke?"

Aku geleng kepala.

Pin!! Bunyi hon kereta. Aku dan Haris serentak pandang ke arah bunyi hon itu. Rupanya Tuan Luth pergi ambil keretanya. Dia keluar dari kereta, berjalan menuju ke arah kami.

Haris terkebil-kebil, sekejap tengok aku lepas tu tengok Tuan Luth bersilih ganti.

"Selamat pagi tuan."
Ucap Haris sebaik saja Tuan Luth di depan kami.

"Ermm...pagi."
"Mari ke klinik." Matanya tepat padaku.

"Awak sakit ke Aish?"
Muka Haris berkerut.

Aku anggukkan saja.

Tidak menunggu lama, Tuan Luth memapah sebelah tanganku supaya aku boleh gerakkan kaki. Tindakannya yang tiba-tiba itu membuat aku rasa sedikit kaget.

"Slowly....just hang on with me."

Perasaanku masa itu, tak usah cakaplah. Berdebar-debar rasa seperti jantung ni nak terkeluar dari tempatnya.

Haris pula dah jadi macam tugu negara menyaksikan aku dan Tuan Luth. Mungkin dia rasa tercabar, Haris tiba-tiba saja ikut kami.

"Biar saya temankan Aish."

"It's okay, no need to worry. She will be fine."
Gaya Tuan Luth seperti tak mahu lepaskan aku.

"Tak apa Haris, sikit je ni. Jangan risau ye."

"Aish...kalau ada apa-apa, call saya ye."

Aku senyum dan angguk.

Haris yang masih tercegat memerhatikan aku dalam kereta. Reaksi wajahnya tu, aku kurang faham.

*****

Dalam kereta kami hanya diam seperti sebelum ni. Aku tak tahu apa nak cakap dengan Tuan Luth. Mukanya sentiasa nampak serius, aku tilik muka dia.
Hidung mancung, ada jambang nipis rapi. Berkulit cerah, memang cukup pakej. Untung siapa yang jadi isteri dia nanti. Tapi aku tak tahu berapa umur dia.

"Dah habis tilik muka saya?"
Tegurnya membuat aku malu sendiri. Hish anak dara apa ni merenung lelaki sampai tak berkelip.

"Errr...tak.....saya..."
Aku dah mula gelabah lalu aku buang pandanganku ke luar tingkap. Fuhhhh...panas muka aku walaupun aircond terpasang.

Aku kipas-kipas tangan ke muka secara tiba-tiba.

"Panas sangat ke?"
"Kalau panas, saya bukakan tingkap ni."
Nampak segaris senyuman di bibir Tuan Luth.

Tapi aku tak pasti dia bergurau atau serius.

'Tak... tak... sejuk.....sejuk sangat-sangat."
"Jauh lagi ke nak sampai klinik?"

"Ermm..." Jawabnya sepatah.

Tak sampai seminit lepas aku tanya, keretanya masuk parkir.

"Eh, tadi kata jauh lagi." Getus hatiku. Aku pandang Tuan Luth.

"Kenapa? Ada apa-apa kat muka saya?
Ke tak habis tilik lagi?"

Kalini pandangan mata kami saling bertembung. Tapi cepat-cepat aku tunduk, tak sanggup lagi aku nak lawan mata dengan dia. Takut terbawa dalam mimpi, nanti susah.

"Errr dah sampai klinik ke?"

Terdengar dia lepaskan keluhan.

"Tu...tak nampak? Ke rabun?"
Dia tunjuk ke arah signboard besar di sebelah kiri.

Tuan Luth keluar dan masuk ke dalam klinik tersebut, aku yang masih dalam kereta perlahan-lahan nak angkat kaki. Aku tengok kakiku, terkejut dibuatnya. Dah bengkak rupanya.

Tiba-tiba pintu sebelah aku dibuka dari luar. Tuan Luth berdiri bersama sebuah wheelchair.

"Come, slowly."

Aku rasa macam tak percaya, betul ke ni? Macam dalam mimpi je.

"Tak boleh gerak ke? Ke nak saya dukung?"

"Hah?? Boleh, kejap."

Haishhh susahnya nak keluar. Terkial-kial aku nak berpaut.

Rasa bersalah pula aku sidai Tuan Luth tengah panas. Mukanya yang putih dah kemerah merahan terkena cahaya matahari. Beg aku pula sengaja buat hal, zip terbuka masa aku nak tarik tali. Habis terkeluar isi dari beg.

Tuan Luth dah mengeluh entah berapa kali aku dengar.

"Eh.....eh......apa ni?"
Badanku terasa terangkat. Baru aku sedar yang aku berada dalam dukungannya.

"Tuan....apa tuan buat ni. Turunkan saya. Orang tengok tuan."
Badanku dah kejung, malu tak usah cakaplah.

"Diam....kalau malu, buat-buat pengsan."
Katanya mendatar macam tak ada perasaan.

Terbeliak mataku. Betul ke ni boss aku yang selalu serius 24jam tu? Lain betul kelakuan dia ni.

Nasiblah masa tu tak ada pesakit lain yang menunggu. Dia terus bawa aku ke bilik doktor.

"Here we go." Barulah aku diturunkan di atas katil rawatan.

Dia nak jadi doktor pula ke? Selamba je masuk bilik doktor buat macam bilik dia sendiri.

Tiba-tiba seseorang berjubah putih masuk.

"Sejak bila kau jadi assistant aku ni?"
Tegur doktor itu. Seorang wanita berkaca mata, cantik sekali orangnya.

"Kau dukung dia ke? Wow....so romantic." Wanita tu gelak.

"Abaikan saja dia. Buat pekak je."
Jawab Tuan Luth sambil jeling ke arah doktor wanita tu.

"Aku keluar dulu, dah siap nanti kau bagitau aku."

"Yelahhhh...."
Doktor wanita itu nampaknya seperti sudah lama kenal dengan Tuan Luth.

"Don't worry, he's my cousin."

Aku angguk. Tak tahu nak cakap apa.

"I Marina. You girlfriend Luth ke?"

"Eh tak.....saya staff Tuan Luth."
Cepat-cepat aku nafikan sangkaan doktor Marina.

"Staff je? I don't think so."
"Kalau staff takkan la boss you tu nak susah payah hantar you siap pakej dukung lagi. Jealous I tau. Husband I pon tak pernah buat macam tu."

Ahh habis la.

"Betul puan, saya cuma staff Tuan Luth. Baru je masuk kerja tak sampai sebulan."
Panjang lebar aku terangkan supaya dia tak salah faham.

Sambil tangannya buat kerja, mulutnya juga masih lagi tak berhenti cakap.

"Tapi macam pelik, I tak sangka Luth si air batu tu boleh buat macam tu. Ke air batu dah cair."
Doktor Marina tergelak lagi.

"Ni boleh buat bahan ni, tak sabar I nak bagitau husband I."

"Don't you dare, Marina."
Tiba-tiba Tuan Luth masuk.

"Kau ni merawat pesakit ke mengumpat orang?"

"Eleh...bila masa aku mengumpat kau. Tak ada kan."
Marina jungkit keningnya padaku.

Aku anggukkan saja.

"Really?" Kalini Tuan Luth pula naikkan kening sebelah. Dah macam gaya The Rock pula.

"Err... saya tak dengar apa-apa."

"Hahahaha...."
Akhirnya Marina tergelak mendengar jawapanku.

"Eh...lawak ke?" Pelik aku dengan dua orang makhluk depan aku ni.

"She's so funny. But wait."
Marina pegang kedua-dua belah pipiku. Lama dia tenung sambil berkerut-kerut kening.

"You ada kembar ke?"

Tanya Marina sambil membelek-belek mukaku.

"Luth...kau tak perasan ke?"

"Saya tak ada kembar tapi saya ada seorang kakak. Kakak saya tu dah tiga tahun meninggal."
Aku sebenarnya masih lagi rindukan arwah kakak sulongku.

"What's her name?"
Luth hampiri aku dengan riak ingin tahu.

"Nama dia, Ain Ariana."

Luth berundur ke belakang beberapa langkah lalu keluar. Air wajahnya berubah.

Marina diam seketika, bila aku sebut nama arwah kak Ain.

"Doktor....kaki saya dah siap ke?"

"Oh, sekejap ye."
Aku juga perasan wajah Marina turut berubah tak seceria tadi.

"Kenapa doktor tanya pasal arwah kakak saya? Doktor kenal dengan arwah kakak saya?"

Tangan Doktor Marina terhenti seketika, dia pandang aku.

"Ye, kami berkawan rapat."

Aku angguk perlahan.

"Ok.. dah siap, tapi you kena hati-hati sikit bila berjalan. Atau you nak guna tongkat?"

"Eh...tak apa... boleh je ni. Terima kasih, doktor."

"You tunggu sini kejap. Jangan ke mana-mana."

******

"Luth...."

Luth sedang merenung jauh entah ke mana.

"Are you ok?"

Luth cuma senyum segaris.

"Dah siap ke?"

"Dah...dia tunggu kat dalam."

"Marina....kau ada cakap apa-apa pada dia?"

"Tak....aku cuma bagitau dia, aku kawan arwah Ain."

"Ok, thanks."

******

"Jom."
Tuan Luth masuk bawa wheelchair.

Tak bercakap banyak, aku terus duduk.

"Be careful." Pesan Marina padaku.

"Luth...take care of her."

Tuan Luth tolak aku keluar hingga ke pintu kereta.

******

Tuan Luth hantar aku ke rumah.

"Terima kasih, tuan."

"Ermm...jangan masuk kerja selagi kaki awak tak betul-betul baik. This is an order."

"Baik.."

Terus dia pergi macam tu saja.

Masuk ke rumah, aku cuba ingat balik situasi di klinik tadi.

Tuan Luth berubah wajah selepas dia dengar nama arwah kak Ain.
Kenapa agaknya ye?
Dia kenal ke dengan arwah kakak?

Aku buka galeri telefon dan tengok gambar-gambar aku bersama arwah.
Memang wajah kami hampir seiras hinggakan ada yang cakap kami ni kembar. Sedangkan jarak umurku dengan arwah beza empat tahun.

"Kak....aku rindu kak, cepat sangat kau tinggalkan aku. Aku dah tak ada kawan nak gaduh, nak ajak jalan-jalan."

Sedang belek-belek gambar arwah, aku tertidur.

Continue Reading

You'll Also Like

442K 18.3K 48
[COMPLETED] Badboy? Dengar saja gelaran itu pasti kita boleh membayangkan tingkah lakunya bagaimana. Mestilah seseorang yang sering melakukan masalah...
1.3K 252 25
He came and he never go away #1 in parkminyoung
846K 37.2K 42
Orang tua selalu kata, ada beberapa pantang antara lelaki dan perempuan. Antaranya, jangan gaduh kerap sangat. Nanti ketemu jodoh. Dan kata kata itu...
88.3K 2.9K 41
Pertemuan yang tidak disengajakan, Takdir ataupun kebetulan telah menemukan Adryna Sofea Azkayra dengan Adryan Hafidz Akmal. Setiap kali pertemuan me...