Dia, Zayn Raffael

By hayysfarisya

40.1K 2.9K 202

"Berhenti lah menjadi pelangi untuk saya yang buta warna." -MAWAR NASUHA "Mawar bukan buta warna... cuma aban... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29

Bab 11

971 84 6
By hayysfarisya

"ASSALAMUALAIKUM isteri abang..."

Mendengar suara lunak sang suami menerjah gegendang telinga, Mawar celik mata. Perlahan kepala diangkat menoleh ke arah tubuh tinggi Zayn yang masih lengkap berseragam loreng digital sedang menghampirinya.

Jam dinding dikerling. Zayn sudah pulang dari kerja. Dia pula selepas naik daripada makan tengah hari bersama Puan Zahra, Fara dan Fahad tadi terus terperap di dalam bilik. Itu saja caranya untuk dia cuba mengelak dari bertembung dengan Fahad lagi. Masuk hari ini, sudah tiga hari. Sepanjang itulah, Fahad tidak habis habis cuba mencari peluang.

"Mawar okey?" Zayn duduk di birai katil. Kata mama, Mawar tidak berapa sihat.

"Mama cakap dekat abang, dua tiga hari ni isteri abang ni tak banyak bercakap. Senyum pun dah susah nak nampak. Mawar sakit ke?" tanya Zayn. Plastik makanan diletak di atas tilam.

"Apa tu?" Mawar jenguk sedikit ke depan ingin melihat isi di dalam plastik lutsinar yang dipegang Zayn sedari tadi.

Zayn senyum segaris. "Bukalah, tengok."

"Takoyaki?" Mawar menahan riak keterujaan yang hampir terpamer pada wajah.

Mendengar suara Mawar begitu, Zayn sudah lepas gelak. Walaupun Mawar cuba sembunyikan riak keterujaan, tapi melihat saja mata si isteri yang membesar itu cukup meyakinkannya, Mawar suka. Mawar sukakan makanan. Comel!

"Jom, turun makan!" ajak Zayn. Baru saja dia berura-ura hendak bangkit dari birai katil, iphone milik Mawar berdering membatalkan niatnya. Dikerling sekilas nama yang tertera pada skrin.

Raff <3

Sekali lagi matanya sempat menangkap wajah terkejut Mawar bila melihat sebaris nama itu. Ini kali pertama Raffael menghubunginya selepas dia mendirikan rumahtangga.

"Angkatlah," kata Zayn sepatah, memberi izin bila melihat Mawar memandang wajahnya.

Butang hijau digesek ke kiri. Mawar mengubah posisi, membelakangi Zayn.

"Raff..."

"I-I... I minta maaf Raff."

"Betul Raff... I cintakan you, tapi..."

"Raff? Raff? Hello... Raff!"

Tangan Mawar naik mengesat birai mata yang mula basah.

Zayn tunduk memandang plastik makanan di riba. Telinga menangkap bunyi air hidung yang ditarik oleh sang isteri di belakang. Mawar menangis lagi? Penumbuk dikepal menahan perasaan. Siapa pun pemilik nombor telefon di sebalik talian, jika berada di depan matanya ketika ini, pasti pecah wajah itu dia kerjakan.

Nafas dihirup dalam sebelum berpaling memandang Mawar yang duduk bersila membelakanginya.

"Mawar... ni abang belikan untuk Mawar ni. Nanti dah sejuk tak sedap tau?" Lembut suara garau itu memujuk si isteri dengan menggunakan makanan sebagai umpan.

"Awak turunlah dulu." Tidak berjaya menahan perasaan, getaran suara Mawar jelas kedengaran.

"Abang takkan tinggalkan isteri abang menangis sorang-sorang. Nak menangis, menangis dengan abang. Abang pun boleh menangis kalau isteri abang nak." Ibu jari kasar Zayn naik mengusap air mata jernih Mawar yang perlahan mengalir menimpa pipi.

Mawar ketap gigi. Melihat air mata Zayn yang turut bertakung di birai mata, Mawar larikan pandangan. Tangannya laju naik menghapuskan air mata sendiri. Dada bidang milik suami ditolak perlahan menjauh. Kenapa Zayn perlu menangis bersama dia?

Tidak. Zayn menangis kerana terluka. Kau yang bodoh, Mawar!

"Abang letak makanan ni dekat dapur. Nanti Mawar turun makan, ya?"

Tidak menerima sebarang jawapan balas dari isteri, Zayn bingkas bangkit berlalu keluar.

*

"MAKAN, bang. Ni saya beli untuk semua. Yang Mawar saya dah simpan," kata Zayn dengan senyuman tak lekang dari wajah.

"Oh, ini yang Mawar nak kan?" Tiba-tiba nada suara Puan Zahra naik sedikit tinggi. Bekas makanan ditilik.

"Fara nak tahu tak haritu kan..."

"Mama..." Selar Zayn. Menegah mama dari membuka aibnya di hadapan kakak dan abang ipar. Malulah dia!

Puan Zahra tahan tawa.

"Apa ma? Cerita je! Mesti kelakar kan?" Kaki Fara yang berjuntai disofa naik memasang sila. Makin semangat hendak mendengar bila Zayn menegah.

"Haritu kan, Zayn..."

"Mama....!"

Puan Zahra ketawa mengekek.

Tangan Fara naik menekup kedua telinga Puan Zahra. "Hiraukan dia, mama!"

"Sayang..." Suara garau Fahad menyapa gegedang telinga, melarang.

Fara mencebik. Dijeling pada Zayn yang sudah menjungkit kening berulang kali. Seronoklah tu kena back up dengan abang ipar.

"Pergi mandilah! Busuk tahu! Ke tengah tunggu bini mandikan ni?" bidas Fara.

"Zayn memang hari-hari pakai baju ni eh? Ke ada seragam lain?" Suara Fahad tiba-tiba memotong mengubah topik. Sengaja mahu berbasa-basi.

Zayn yang tadinya sedang lentok bersandar di sofa, membetulkan postur tubuhnya. "Saya duduk bahagian pembangunan, jadi memang saya banyak pakai baju ni."

"Oh, Zayn duduk office lah?"

"Yalah bang, dia ni nanti nak berkepit dengan bini tak bolehlah kalau tak duduk bahagian pembangunan," sakat Fara. Bibir mencebik seraya tersenyum mengusik.

"Mama, tengok kakak!" Zayn merengek seperti kebudak-budakan.

"Hahaha! Buruklah perangai hoi!" Meledak besar tawa Fara saat telinganya menangkap suara mengada Zayn. Menyampahnya!

"Maksudnya baju berbeza mengikut tugas ke macam mana tu?" tanya Fahad, dengan topik yang sama. Kaki kiri diangkat menindih peha kanan. "Abang bukan apa, abang memang suka tengok anggota unit beruniform ni."

Zayn ketawa suka. "Sejujurnya, bergantung pada situasi dan tugasan. Ada masa kami tukar tukar atau pakai satu set sehari. Kalau buat operasi, memang pakai uniform tempur warna hitam atau kelabu. Kalau menjaga VIP di function dinner, baju batik. Kalau event melibatkan Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, akan pakai bush jacket dan bersongkok."

"Kalau VIP pergi jogging? Kau orang pun jogging lah ya?" selar Fara lalu tertawa lucu.

"Ya, betul. Kami akan pakai pakaian sukan dan ikut jogging sekali," jawab Zayn tenang. Apa nak kata, memang itu tugas utama sebagai operatif Unit Tindakhas. Menjadi pengiring orang-orang kenamaan.

"Itu yang Zayn cerita, yang dia tak cerita, banyak lagi yang kita tak tahu, yang. Zayn ni handle kes berprofil tinggi, kes berat, kes melibatkan operasi serang hendap, tahu?"

Fara mencebik sebelum lengan si suami disiku perlahan. "Kita tahulah abang, itu adik kita," jawab Fara dengan sedikit nada tidak puas hati. Mestilah dia tahu bagaimana kehidupan Zayn sebelum ini.

Sebelum Zayn bertukar ke bahagian pembangunan, mana dia sempat bersua mata lama lama seperti sekarang. Setahun, jumpa tak sampai sepuluh kali. Sekarang, senanglah sikit. Zayn pun tidak sesibuk dulu. Kalau tidak, sampai ke tua lah dia tidak merasa ada adik ipar.

Zayn hanya sekadar senyum melihat dua gelagat suami isteri itu. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh Mawar di anak tangga.

Baru saja Mawar hendak memutar tubuh ingin melangkah naik semula, Zayn laju meluru ke arahnya. Bibir digigit perlahan. Dia fikir, Fahad dan Fara sudah tiada. Rupanya mereka sedang rancak bersembang di ruangtamu. Cuba dia seorang saja yang tiada.

"Mawar... jom makan."

"Nantilah... saya naik dulu." Sekali lagi Mawar ingin melangkah, terhalang dengan pegangang Zayn di lengannya.

"Zayn!" tegas Mawar, hampir berbisik. Mata dicerlung garang. Rimas bila dipaksa begitu.

"Kenapa ni?"

"Saya nak pergi buat air." Tangan suami di lengan ditepis perlahan sebelum langkah dibawa ke dapur.

"Kenapa tu Zayn?" Fahad menghampiri, ingin ke dapur mencuci tangan.

"Biasalah bang, mood perempuan. Baru bangun tidur tu." Ringkas jawapan Zayn. Kemudian kaki melangkah kembali ke ruang tamu.

"Hai, buatkan air untuk I ke?"

Terangkat sedikit bahu Mawar, tersentak dengan suara garau yang berbisik betul-betul di belakangnya.

"Nak sikit."

"Tak payah sibuklah! I buat air untuk I sendiri. Jangan nak perasan sangat boleh tak?" Butang air panas ditekan.

"I rindukan you Rose."

Baru sahaja tangannya bergerak ingin melingkar di pinggang ramping itu, Mawar lebih laju berpusing dan menyimbah air panas yang sudah terisi separuh gelas ke tangan kanan milik Fahad.

"Arghhh!"

"Padan muka! Rimas betul aku orang tua ni," bidas Mawar geram. Selamba dia berjalan ke arah sinki.

"Abang? Kenapa ni?" Meluru Fara berjalan mendapatkan si suami yang memegang pergelangan tangan yang sudah kemerahan itu.

"Kenapa tu? Fahad?" Puan Zahra dan Zayn turut muncul.

Mawar sorok senyum. Kemudian kepala menoleh ke arah Fahad yang sedang mengerang sakit. "Ya Allah, saya minta maaf. Saya tak sengaja! Wallahi tak sengaja!" Mawar bulatkan mata, meyakinkan semua orang di situ.

"Macam mana boleh jadi ni?" soal Fara kerisauan. Tangan suami ditilik. "Kena letak kicap ni bang."

"Tadi saya tengah buat air, saya pusing belakang terkejut tengok Abang Fahad ada. Apa lagi, terus tertumpah dekat tangan dia. Abang Fahad, saya minta maaf ya?" ujar Mawar dengan riak serba salah yang cuba dipamerkan pada wajah.

Fahad pejam mata rapat, menahan pedih.

"Ni, Fara... bawak Fahad pergi klinik," suruh Puan Zahra.

"Jom, bang." Lengan suaminya dipimpin berlalu dari ruang dapur.

"Ma-Mawar tak sengaja, abang..." Mawar angkat kepala memandang tubuh tinggi si suami.

Zayn menggeleng kecil. Kepala Mawar ditarik ke dada lalu diusap berulang kali. "Isteri abang tak sengaja kan?"

Mawar mengangguk kecil. Terbit senyum jahat di wajahnya. Puas hati.

Fahad beruntung, kerana bukan asid yang dia pegang.

Continue Reading

You'll Also Like

2.5M 117K 90
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yan...
18.7K 1.5K 30
HANUM WARDHA × ARYAN DANISH Bakal muncul perang dunia ketiga tatkala dua insan ini bertemu. Setiap kali berjumpa tidak pernah berdamai. Sindiran dan...
1.5K 195 31
Tengku Ezriq Eiyad x Hanessa Elvira Hanessa Elvira. Entah bagaimana dia tersangkut dengan satu jejaka dingin. Berkerja di rumah Tengku Eric membuatka...
2.8K 253 51
Neyva Delysha. Sejak ayahnya menceraikan ibunya, hidup mereka serba kekurangan. Dia yakin, jika dia mencari kerja, dia akan mendapat sedikit sebanyak...