AFFAN_ADRA | In Editing

By MissHumairah27

403K 16.2K 438

'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang b... More

Pengenalan
Prolog
Part 1
Part 2
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Part 60
Part 61
Part 62
Part 63
Part 64
Part 65
Part 66
Part 67
Part 68
Part 69
Part 70
Part 71
Part 72
Part 73
Part74
Part 75
Part 76
Part 77
Part 78
Sweet confession
Part 79
Part 80
Part 81
Part 82
Part 83
Part 84
Part 85
Part 86
Part 87
Epilog
Special chapter i
special chapter ii
Special chapter iii

Part 3

6K 245 7
By MissHumairah27

Sebaik saja kereta Affan memasuki rumah dua tingkat itu, matanya menangkap tubuh kanak-kanak berbaju tidur tiger sedang elok bercekak pinggang menatapnya dengan pandangan geram.

Anggun Mikayla.

Affan sengih. Enjin kereta dimatikan. Setelah memastikan kesemua beg plastik barangan dapur telah diambil, Affan keluar dan mendekati Anggun.

"Kenapa anak walid muncung-muncung ni? Panas ke? Nak cendol?" Usik Affan. Beg plastik diletakkan di sisi. Lalu kasut dibuka dan kedua lutut dijatuhkan untuk menyamai ketinggian Anggun.

"Walid janji dengan Anggun pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? Anggun lapar tau Walid." Bibir dicebik. Berpeluk tubuh menatap wajah Affan yang redup memandangnya.

"Minta maaf Anggun walid lambat. Jalan jem." Affan senyum sambil ubun-ubun Anggun diusap lembut.

"Sini, Walid nak kiss sikit anak cengeng walid ni." Affan lantas tunduk berura2 ingin mencium pipi Anggun. Lebih kepada mengusik Anggun.

"Eeee...Anggun dah besarlah walid. Walid pergilah cari orang lain." Bibir Affan, Anggun tolak dengan kedua tangannya. 

Affan pula seolah-olah tak mahu mengalah. Lagi ke depan wajah Affan sehingga hampir jatuh anak dara itu.

"Walid..." Anggun menjerit geram. Hampir nak terjatuh dia. Mujur tangan Affan sempat sambut belakang tubuh dia.

"Ya Allah, along. Ingat ini drama hindustan ke. Dari dapur umi dengar suara Anggun. Tak habis di kacau si Anggun tu." Puan Aida muncul bersama senduk di tangan. Siap dengan pakej cekak pinggang. 

Pap..

Tak semena, senduk itu mengenai lengan Affan. "Ouchh, umi." Mengadu Affan.

Puan Aida mencerlung tajam. Padahal bukan sakit pun dia ketuk. Affan saja yang mengada-ada.

"Itulah tokumi. Penatlah Anggun nak layan perangai tak matang Walid ni." Anggun berpeluk tubuh.

"Amboi, mengata Walid. Awak tu dah cukup matang ke?" Affan angkat kening, menyoal.

"Eee..kalau bercakap dengan walid ni memang takkan menang lah Anggun."

"Sudah. Jom ke dapur. Dah nak masuk magrib. Abah dah lama tunggu nak makan sekali. Nanti lambat abah kamu nak ke masjid pula."

Affan bangun dan beg plastik yang diletakkan di atas lantai tadi diambil semula. Ketiga-tiga beranak itu berlalu ke dapur. Encik Fathi yang mendengar celoteh tiga beranak itu sempat berpaling sebelum dia meneruskan kerja semula.

Affan dan Anggun, masing-masing melakukan tugas seperti biasa. Affan sudah terbiasa di didik dengan melakukan kerja di dapur. Manakala, Anggun tanpa perlu disuruh juga berbuat hal yang sama. Beg plastik yang Affan letak di table top diambil lalu Affan mengeluarkan barang-barang kering dari plastik dan disusun di dalam kabinet. Anggun pula tidak kekok kerana dia tahu tugasnya menyusun segala sayur-sayuran, buah-buahan serta kotak minuman di dalam peti sejuk.

"Ida, bihun goreng ni abang perlu letak dalam bekas bulat ni atau dalam bekas leper ni?" Encik Fathi bertanya. Untuk makan malam ini, dia yang menyediakan bihun goreng.

"Dalam bekas leper pun tak apa, abang. Air belum buatkan abang? Kejap Ida buatkan untuk abang." Laju tangan Puan Aida ingin mengambil cawan yang terletak di rak yang telah disediakan.

"Eh, tak payah. Setakat secawan air tu abang boleh buat sendiri. Awak bawak bekas bihun ni ke depan, yang lain nanti abang buat." Laju saja Encik Fathi mengambil cawan yang dipegang oleh Puan Aida.

"Baik, abang." Tidak membantah, bekas berisi bihun goreng bertukar tangan lalu tubuh Puan Aida menghilang ke ruang makan. Encik Fathi pula membuat air sendiri dan tidak lama juga membontoti langkah si isteri. Ingin membantu apa yang patut.

Anggun mahupun Affan sudah biasa melihat permandangan begitu. Namun dalam senyap Anggun turut memerhati tingkah Affan. Seperti Affan ada menyembunyikan sesuatu. Anggun walaupun dia baru berusia 6 tahun tapi otak dia cerdik. Bukan hanya petah berkata-kata namun juga memerhati dalam diam. Anggun seorang yang cepat belajar dengan keadaan sekeliling.

"Walid, nak macam tokbaba dengan tokumi, cepatlah bagi Anggun kawan." Anggun bersuara sebaik saja pintu peti ais ditutup. Tugas dia sudah selesai.

"Ishh, merepek Anggun ni. Daripada walid bagi kawan untuk Anggun, baik untuk walid." Plastik kosong yang diisi barangan dapur tadi dilipat dan di simpan di dalam laci.

Ting...

Affan mengecil pandangan memandang Anggun. Macam ada yang salah.

"Eee, walid ada perasaan jugak rupanya." Anggun ketawa galak.

"Betullah tu, kawan untuk Anggun tu baby kecik. Kalau ada baby kecik, memang kena ada kawan untuk walid sekali." Usik Anggun sambil dikenyitkan mata.

"Anggun Mikayla..." Jerit Affan geram. Tak sempat apa-apa Anggun sudah larikan diri.

Encik Fathi dan Puan Aida yang sedang menyusun pinggan di ruangan makan hanya menggeleng pasrah. Adalah tu yang dua beranak itu gaduhkan.

Affan turun semula setelah selesai solat Isyak. Lewat sedikit kerana dia selesaikan kerja terlebih dahulu. Setelah itu, dia menapak ke arah Encik Fathi dan Puan Aida yang duduk santai sambil menonton televisyen di ruang tamu. Anggun pula tidur di atas sofa berangkai tiga.

"Along, tak payahlah nak diangkat Anggun tu. Biar dia tidur dekat sini dulu. Nanti abah kejut. Dari kecik sampai besar berdukung lagi." Tegah Encik Fathi. Dari kecik lagi Anggun sudah terbiasa dimanjakan oleh anaknya itu. 

"Betul cakap abah tu, along. Ibu dengan abah pun belum nak tidur lagi. Biar dia tidur lama sikit dekat sini." Kata Puan Aida turut bersetuju dengan Encik Fathi.

"Eh, tak apalah abah umi. Anggun ni kalau tidur susah nak bangun. Biarlah along angkat." Affan tunduk lalu tubuh Anggun, Affan gendong dan dia memijak tangga untuk ke bilik. Kemudian, langkah dibawa ke bilik yang terletak bersebelahan biliknya.

Pintu bilik dibuka dan katil Anggun dihampiri. Dengan perlahan, tubuh Anggun diletakkan di atas katil. Saat Anggun merengek kecil, belakang tubuh badan Anggun ditepuk lembut.

Beberapa potong surah pilihan Affan baca lalu dihembus di ubun-ubun Anggun. Tidak cukup dengan itu, dahi luas Anggun, Affan kucup lembut. Lama. Menyalurkan kasih sayang kepada anak kecil itu.

"Maafkan walid, Anggun." Ucapan itu tidak pernah putus dari bibir Affan. Wajah Anggun mengingatkan Affan dengan seseorang. Rindu. Sedar tidak sedar, Anggun Mikayla sudah membesar dengan baik. 

Tidak mahu terlalu larut dengan perasaan, selimut Anggun dibetulkan sambil mendodoikan Anggun.

"Walid..." Angkat wajah, matanya bersambung dengan mata Anggun. Anggun kelihatan segar saja. Membulat mata Affan. Adakah selama ini dia dipermainkan?

"Peace?" Anggun angkat dua jari sambil tersengih. Tidak lama, terkekeh dia melihat wajah blur Affan.

"Jadi, Anggun tak tidur?"

"Ada hari Anggun tidur, ada hari Anggun buat-buat tidur dengar luahan walid." Anggun sengih lagi.

Memerah pipi Affan. Tak sangka boleh terkantoi. Affan sunyi jadi kadang-kadang dia akan buat sesi luahan ketika Anggun tidur. 

Tangan besar Affan Anggun bawa mendekat. Lalu, dengan penuh lembut belakang tangan Affan Anggun kucup lembut.

"Anggun, aishh dah macam bini walid pulak!" Membulat besar mata Affan dengan kelakuan Anggun.

"Takpa, praktik awal-awal tak kalut." Pipi Anggun diletakkan di tangan Affan. Terpejam mata Anggun merasai hangatnya tangan Affan.

"Eeee.. budak ni lah. Kalau sehari tak menyakat walid, bukan Anggun namanya." Affan pasrah saja biarkan tangannya di dalam genggaman Anggun.

"Kira acilah. Lepas ni walid boleh menyakat isteri walid pula." Pandai pula Anggun menjawab.

"Baiklah tuan puteri. Patik mengalah. Mari patik dodoikan tuan puteri." Seloroh Affan mengundang tawa Anggun.

"Walid, nak hug..." Anggun depakan tangan. Dia sebenarnya rindukan pelukan seorang ayah.

"Sini, sayang walid." Tubuh kecil Anggun disauk masuk ke dalam pelukan. Erat dan kejap.

"Walid..."

"Hmmm...."

"Terima kasih sudi jaga Anggun."

"Tapi, Anggun dah besar. Tak perlulah jaga Anggun lagi."

"Aipps, tak mau cakap macam tu!"

"Anggun sayang walid tau!"

"Tahu... Kalau tak sayang walid, memang walid babap jugak budak ni!"

Anggun ketawa sehingga bergegar tubuh kedua mereka.

"Walid..."

"Apa lagi sayangku..."

"Nak Anggun carikan kawan tak?"

"Bukan kawan Anggun banyak ke dekat sekolah tu?"

"Ishh, bukan untuk Anggunlah. Untuk Walid."

"Tidurlah sayang walid, mimpilah sayang walid..."

Anggun ketawa lagi. Kalau Affan dah keluarkan nyanyian dia maksudnya Affan malas sudah melayan.

Affan nyanyi kecil sambil tubuh digoyang kiri dan kanan. Kalau gaya macam ini bila boleh Anggun tidur agaknya.

"Ingat macholah nyanyi macam itu." Anggun menguman geram. Sudahlah dia hanya pasrah dengan Affan sehingga tanpa sedar Anggun lena dalam pelukan Affan.

Affan tersenyum nipis. Badan Anggun direbahkan semula dengan berhati-hati tidak mahu lena Anggun terganggu. Selimut dibetulkan. 

'Anggun Mikayla, amanah yang akan dia jaga hingga akhir hayat'

Bisik hati kecil Affan. 

Continue Reading

You'll Also Like

15.5K 745 6
Segalanya telah Orked Husna berikan pada Tengku Ian Qaleef. Hatinya, dirinya, cintanya, kasihnya, jiwa dan raganya, lalu apa lagi yang tinggal untuk...
1M 34.8K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...
15.7K 684 22
"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumah...
58.9K 1.8K 47
KAU TU HIDUP SEBATANG KARA JELAH-maryam eiliya Pengkhianatan keluarga tiri itu luka yang dalam bagi seseorang YA ALLAH,TAKDIR APA YANG KAU TURUNKAN...