Enchanted [COMPLETED]

By daisyyiest

192K 9K 1.2K

'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepad... More

ENCHANTED
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 30
BAB 31
BAB 29
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
THANKYOU
ANNOUNCEMENT: ENLIGHTEN

BAB 24

2.8K 136 20
By daisyyiest

"PETANG ni kau dah boleh discharge.."

Kata kata itu dibalas dengan anggukan kecil dari Qaira. Sebenarnya kalau diikutkan, dia cuma perlu ditahan wad selama dua hari sahaja kerana kata Doktor, luka jahitan boleh dirawat dirumah.

Tetapi disebabkan oleh kesihatan mentalnya, dia perlu ditahan di wad selama seminggu dan baru sekarang dia dibenarkan pulang.

"Hai Qaira.." sapa Husna bersama senyuman sambil mendekati katil adik sepupunya itu. Dia Husna, anak perempuan Datin Rose.

Melihat sahaja kehadiran perempuan itu, Hadif meminta diri untuk keluar dari wad agar dapat memberikan ruang privasi kepada mereka berdua.

"Ibu minta Husna yang bantu Qaira kat sini. Tolong apa yang patut.. sebab manager baru Qaira tu kan lelaki jadi adalah lebih baik kalau Husna bantu sikit sikit"

Qaira hanya memekakkan telinga. Kenapa beria sangat tunjuk baik sedangkan mereka langsung tidak rapat? Didepan semua orang, Husna memang terlihat lembut dan baik namun sebenarnya dia lah yang paling suka play victim.

Dan aku lah yang sentiasa dijadikan kambing hitamnya terutamanya sewaktu persekolahan kami. Lagipun senanglah kerja dia sebab mana ada yang percayakan aku. Aku kan biadap, jahat, kasar..

"Hensem lah doktor tadi. Kenapa tak try minta nombor" bisik Husna gedik.

"Suami orang"

"Mana Qaira tahu? Belum tanya dah assume macam macam.."

Qaira menjulingkan matanya keatas. Tangan bertindak memeluk tubuh. Tak habis habis menggedik sebab lelaki. Menyampah !

"Sebabtulah Qaira single. Takde siapa nak kalau tak ada usaha." Bidas Husna.

"Husna pun single juga kan? Tak laku jugak ke walaupun dah berusaha banyak kali?" Hujung bibir Qaira ternaik sedikit menayangkan senyum sinis.

"Excuse me? Kita tak sama. Husna dah couple banyak kali berbanding Qaira yang tak pernah bercinta langsung."

"Bangga ke dengan dosa? Bercinta tanpa ada satu ikatan yang sah itu sesuatu yang patut dibanggakan ke?" Tatapan serius dipamerkan.

Husna tayang muka menyampah. "Jangan nak kaitkan dosa pahala kat sini eh? Qaira ingat lawan cakap orang tua tu tak berdosa ke?"

Qaira senyum sinis lagi. "Ya, Qaira tahu. Tapi Qaira tak pernah berbangga buat macamtu, I am not like you that will feel proud making those sins.."

Husna mengetap bibir, geram. Sebelum sempat dia membalas kata kata pedas tersebut, suara lelaki datang menyapa mereka.




"CIK, saya dah selesaikan semua urusan kat kaunter. Nanti pukul 3, baru saya pergi discharge kat kaunter balik. Cik nak makan apa apa ke?"

"Tak apa, saya tak lapar lagi." Jawab Qaira. Tatkala Husna disebelah katinya sudah tergamam memandang wajah hampir sempurna Darwish Adrian. Matanya tidak lepas dari memandang sosok wajah lelaki itu.

Freaking handsome!

"Cik ni siapa?" Tanya Darwish kehairanan memandang gadis yang tidak berkelip menatapnya.

"Dia kakak sepupu saya, anak Datin Rose." Qaira menjawab soalan tersebut bagi pihak Husna memandangkan gadis itu masih lagi tergamam.

Darwish mengangguk faham. Dia agak kurang selesa apabila gadis itu masih belum mengalihkan pandangannya.

"Saya Husna. Awak?" Tangan Husna dihulurkan kearah lelaki itu untuk berjabat tangan.

"Darwish." Balas Darwish pendek. Huluran tangan itu tidak dihiraukan. Ya, sebelum ini, tanpa mengira lelaki perempuan dia akan berjabat tangan. Namun tidak selepas dia mengenal Qaira, dia mula menjaga batas pergaulannya.

Husna tersenyum lebar. Tangan dijatuhkan saat dia sedar bahawa lelaki itu tidak mahu berjabat tangan. Limited edition ni !!

"Manager Qaira eh?" Tanya Husna teruja.

Darwish memberikan senyum nipis sambil mengangguk. Hairan juga dia melihat gadis itu tidak henti henti menatapnya.

Husna juga tidak berhenti bertanyakan soalan seolah olah ingin meneruskan perbualan mereka. Qaira pula hanya fokus menskrol laman Instagramnya. Langsung tidak berminat untuk masuk campur.

"Eh, baru Husna teringat. Husna ada tertinggal something lah dekat pejabat. Sebab tadi lepas habis kerja terus rushing datang sini sebab nak jenguk Qaira. Risaulah kalau dia seorang diri kat sini, kan.. Erm Husna naik grab je datang sini. Erm boleh ke kalau Darwish tolong tumpangkan Husna ke pejabat sekejap. Dalam 20 minit je dari sini." luah Husna yang entah betul entah tidak itu.

Qaira hanya sekadar diam. Dia sudah fasih dengan agenda gadis talam dua muka itu.

Manakala Darwish pula sudah tayang muka bingung. Dia teragak agak untuk membuat keputusan. Jam di tangan menunjukkan pukul 2petang. Sempat ke?

"Boleh la, please... Sekejap je." Rayu Husna. Muka kesian sengaja ditunjukkan untuk meraih simpati.





KERUSI RODA ditarik mendekati katilnya. Perlahan lahan dia cuba mengalihkan badannya ke kerusi roda dengan menggunakan kudratnya sendiri.

Jangan ditanya kemana Husna dan Darwish. Husna kalau nampak lelaki memang menggedik lah dia meminta tolong itu ini. Darwish pula mudah sahaja diperdayakan dengan permintaan palsu dari gadis sangkak itu.

Dia tu pengurus aku ke pengurus Husna ni? Bodoh betul, tinggalkan aku demi perempuan tu.

"Erhhh.." berkerut muka Qaira saat berdiri. Dia masih belum boleh mengawal rasa sakitnya.

"Aipp, sabar sabar. Duduk dulu." Suara itu menerpa sistem pendengarannya. Lantas dia terduduk semula ke katilnya.

Rifqi?

"Hesyy kenapa buat seorang diri? Nurse tak ada ke untuk tolong kau ni? Nak kena report kat Hadif ni.." gurau Rifqi.

Gurauan itu bukanlah sekadar gurauan yang tiba tiba terlintas di fikirannya, namun gurauan tersebut adalah untuk menghiburkan hati gadis itu. Dapat dia lihat dengan jelas, air mata jernih sedang bertakung di kelopak mata gadis cantik itu.

Sejak kebelakangan ni, dia sering melihat air mata Qaira. Apakah sebabnya? Dan mengapa?

"Kau okay?" Soal Rifqi sambil merebahkan lututnya ke lantai untuk menyamakan paras kedudukan kepala mereka. Tisu diatas meja ditarik sehelai lalu diberikan kepada Qaira.

"Kita kan kawan. Kalau ada apa apa nak share, bagitahu je aku eh? Now, bagitahu je.. kau okay tak?"

"Sakit.." luah Qaira. Tisu diambil dari tangan Rifqi lalu dia lap air matanya sebelum sempat jatuh menitis ke pipi.

"Dah makan ubat belum?"

Qaira menggeleng perlahan.

"Patutlah sakit, awaknyaa. Kejap eh." Laci ditarik lalu ubat dikeluarkan beberapa biji. Sebotol air mineral yang berada diatas meja dicapai dan dibukakan penutupnya sebelum dihulurkan pada Qaira.

"Nah.. Bismillahirrahmanirrahim..."

Mulut Qaira turut membaca Bismillah juga lalu dia menelan beberapa biji ubat tersebut diikuti dengan air yang diteguknya perlahan.

"Good girl, Qaira.." puji Rifqi seperti memuji anak kecil. Tangan ditepuk beberapa kali.

Qaira tersenyum sedikit. Dia agak terhibur dengan cara Rifqi melayannya. Layanannya berbeza dengan papa atau orang lain. Jika mereka tahu yang aku tidak mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan preskripsi, pasti mereka akan memarahi aku terlebih dahulu.

"Dah nak balik kan? Mana manager kau?"

"Entah." Qaira malas mahu bercerita apa yang dah jadi. Dia terlalu penat untuk mengeruhkan keadaan.

"Kalau macam tu, biar aku jelah yang hantarkan kau balik. Sekarang ni, aku nak panggilkan nurse, tolong papah kau ke kerusi roda."

"Tak payah." Bantah Qaira.

"Kenapa awaknya? Nanti kalau kau jatuh kan lagi susah.."

"Tadi saya dah halau diorang.." Qaira menggigit bibir.

"Halau?" Sebelah kening Rifqi terangkat sedikit.

"Ha'ah, saya halau diorang masa diorang nak bantu saya naik wheelchair ni.." Qaira segan. Bila dengan Rifqi je segan. Dengan Rifqi je, urat malu ada function.

Tergelak kecil Rifqi mendengarnya. Comel je Qaira ni. Ada ke patut halau nurse yang nak bantu dia?






NOTIFIKASI mesej tidak henti henti keluar dari skrin kunci telefon milik Hadif. Lelaki itu juga hanya buat buat bodoh dan tidak mempedulikan langsung sebarang notifikasi mesej yang masuk.

"Kau ni dah kenapa? Merajuk dengan bini ke?" Soal Ghazrin. Dah terang lagi bersuluh, kesemua mesej yang keluar tidak henti henti itu dihantar dari Reanna Haneesya, isteri Hadif.

Hadif hanya mendiamkan diri. Dia sengaja menyibukkan tangannya dengan menulis laporan kesihatan pesakit pesakitnya.

"Hadif.. dulu kau yang beria juga kan? Hantar mesej kat dia, spam itu ini. Kenapa berubah?"

Pen dijatuhkan ke meja. Tatapan Ghazrin dibalas balik dengan pandangan bekunya.

"Aku bukan berubah, aku cuma tawar hati."

"Tawar hati? Sebab apa..? Sebab dia tak ada disaat Raisya perlukan dia?"

Hadif diam lagi. Meja direnung lama.

"Sakit sebenarnya menahan rindu. Tapi lagi sakit menunggu harapan yang tak pasti. Aku rasa macam aku je yang beria pertahankan perkahwinan kami."

Kini, Ghazrin pula yang terdiam.

"Penat.. macam macam usaha aku buat tapi nampak macam semuanya sia sia. Rasa macam nak tergelak tengok diri sendiri terlalu beria untuk sesuatu yang hampir mahu roboh. Mungkin salah aku, aku suami yang gagal. She deserves someone better.. It's just me that couldn't move on.." air mata yang hampir jatuh itu dikesat dengan tangannya.

"Heip janganlah cakap macamtu. Kau dah buat yang terbaik. Selebihnya kita serahkan pada takdir Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk korang." Pujuk Ghazrin lalu bertindak untuk bangun dan mengusap bahu kawannya itu.

Matanya ditekup dengan telapak tangan. Dia tidak mampu mengawal air matanya yang sudah luluh itu.

Tujuh tahun dia bertahan, mampukah lagi dia bertahan untuk tahun tahun yang berikutnya....

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Maksudnya: "dan aku sentiasa
menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

(Al Ghafir, 44)





"ADUH, Tertinggal phone lah pulak. Husna, pinjam phone boleh tak? Nak call cik Qaira, minta dia tunggu sekejap. Dah pukul 3 lebih dah ni." Sewaktu memandu dalam perjalanan pulang ke Hospital, barulah dia sedar yang telefonnya tidak berada bersamanya.

Husna mencebik sebaik sahaja mendengar nama Qaira keluar dari mulut lelaki itu.

"Sorry lah wak. Phone Husna dah habis bateri. Powerbank pun tak bawak ni" bohong Husna. Diam diam dia mematikan telefonnya.

Darwish mengeluh panjang. Habislah dia. Macam mana kalau Qaira terasa hati dengan tindakannya itu? Dah lah Tuan Qayyum dah pesan minta dia hantarkan Qaira pulang lepas habis discharge. Kalau Qaira balik seorang diri memang teruk dia kena.

Husna ni pun satu. Ingatkan emergency betul, rupanya dia cuma terlupa mengambil tumbler di pejabat nya. Jalan pula dah jammed.

Bagus! Bagus betul tindakan aku harini !!

Kenapalah aku tak tolak je permintaan Husna tu tadi? Kononnya kesian padahal aku cuma nak tunjuk baik depan Qaira.

Plan goes wrong.

"Alang alang kita pun akan terlambat, kita singgah makan je lah eh?" Cadang Husna. Sambil menyelam kita minum air sekali. Lemas atau tak fikir kemudian je.

"Tak boleh lah Husna. Saya ni kena hantar cik Qaira pulang dulu."

"Tapi, dia kan boleh balik sendiri.."

"Tapi itu tanggungjawab saya. Itu amanah saya sebagai pengurus dia. Dia tu tak sihat lagi. Apa apa jadi nanti susah."

Husna berdecit. Benci lah Qaira ni. Kacau je aku nak dating dengan mamat ni. Panas pula hati !!

Continue Reading

You'll Also Like

991K 41.9K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
3M 31.9K 44
Prak! "My phone!" "RIP for your phone." "Encik! Hei! Telefon saya siapa nak ganti?" "What? Not my problem, dude." Bermula dengan pertemuan yang...
1.8M 94.2K 60
-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling...
37.4K 1.1K 58
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...