"Bella sedia nak balik." Tangan yang laju memotong lobak terhenti. Rihana berpaling memandang Nabila yang setia menyiang ikan bilis.
"Betul ni?" Soal Rihana ragu. Tak ada angin, tak ada ribut. Seminggu wanita ini mendiamkan diri. Tiba-tiba hari ini mengatakan dia mahu pulang.
"Bella tak nak buang masa lagi. Cukup 5 tahun Bella terbuang dulu. Bella tak nak ulang lagi." Rihana terdiam. Baru dia perasan pakaian Nabila lain dari kebiasaannya. Dah bersiap untuk balik rupanya.
Rihana tersenyum lebar.
"Akak bangga dengan adik akak. Ingat, jangan biar emosi mengatasi segalanya. Bella nak akak hantar bila?"
"Eh tak perlu, kak. Bella balik sendiri. Kereta Bellakan ada lagi dekat luar." Nabila balas senyuman Rihana. Benar kata kakaknya itu. Dahulu pun, emosi mengatasi akal warasnya dam begitu sahaja waktu bersama kesayangannya dibazirkan.
"Betul ni?"
"Betul, kak. Lagi pun...Bella ada rancangan lain." Nabila mengenyit matanya. Rihana agak ragu namun dia percaya tiada perkara buruk akan berlaku.
"Ummi tak suka. Yang kamu pergi dekatkan Zahra dengan perempuan tu kenapa?" Hakim pejam mata erat. Sekali dia memandang ke arah pintu dapur. Moga-moga Erina tidak ke sini.
"Mi, dia tunang Akim. Mestilah Akim kena bagi Zahra terbiasa dengan dia. Tolonglah, ummi." Ujar Hakim merayu. Entah apa lagi yang perlu dia lakukan untuk melembutkan hati ibunya. Dahulu, ibunya mengatakan Zahra takut dengan orang asing. Jadi, dia cuba eratkan hubungan Zahra dan Erina. Sekarang...
"Ambilah si Nisreen tu! Helok orangnya. Dia pun dah lama tunjuk minat dengan kamu. Yang kamu berminat sangat dengan ibu anak satu ni kenapa?!"
"Ummi juga yang benarkan dulu..."
"Sebab ummi ingat Tiara yatim. Rupanya budak tak ada nama bapak!" Hakim ketap bibir. Bukan Tiara yang pinta dilahirkan begitu.
"Yang pastu ummi tak suka. Nanti tak pasal-pasal Zahra meliar macam dia."
"Meliar macam mana?" Hakim terkedu. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya.
"Ina..." Melihat sinar mata wanita itu, Hakim terasa takut. Dia tak dapat membaca apa di sebalik pandangan itu.
"Liar macam mana, aunty?" Sekali lagi Erina bertanya namun hanya decitan yang diterima.
"Biadap. Siapa yang ajar curi-curi dengar perbualan orang?" Erina disindir, sinis.
"Saya tak curi dengar. Jelas suara aunty sampai ke ruang tamu. Telinga Zahra boleh jadi saksi." Tanpa nada Erina berkata.
"Maaf Ina. Ummi–"
"Kejap, Akim. Biar Ina yang bercakap." Hakim menutup mulut, sesuai permintaan wanita itu.
"Pertama, Tiara. Betul, Tiara tidak berbinkan sesiapa. Tetapi dia bukannya hina. Dan dia lahir bukan dari perempuan liar. Cuma saya tiada bukti dan saya juga dah penat nak mempertahankan diri. Saya faham kalau aunty tak percaya saya sebab keluarga saya sendiri pun tak percaya saya. Tapi satu perkara yang saya yakin. Allah akan bantu orang-orang yang sabar. Jadi, saya sabar dan yakin yang suatu hari nanti kebenaran akan terungkap. Saat itu, saya akan pastikan bukti itu dipersembahkan di hadapan aunty." Ummi hanya berdiam diri. Matanya juga tidak sudi memandang Erina.
"Kedua, saya. Saya terima Hakim seikhlasnya, aunty. Begitu juga Hakim. Kami hanya mahu membina masjid. Tapi... Saya tak mahu masjid yang dibina tidak direstui." Kali ini jantung Hakim berdebar kencang.
"Ina, please–" Baru Hakim mahu mencelah, Erina menunjukkan isyarat supaya dia berdiam diri.
"Tapi, saya tak akan mengalah. Janji saya pada Hakim, saya tunaikan. Selagi dia tak berputus ada dengan saya, selagi itu saya akan usaha. Jadi, selagi saya bernyawa, restu aunty akan tetapi saya buru." Ummi masih tidak memberi sebarang riak.
"Kalau aunty tak mahu berbicara dengan saya sekarang, tak mengapa. Tapi suatu hari nanti, saya janji yang saya akan pastikan aunty yang memohon untuk saya berbicara dengan aunty. Saya minta diri dulu. Terima kasih untuk makanannya." Erina terus keluar dari ruang dapur. Beg tangannya diambil sebelum dia mengucup dahi Zahra sekilas.
"Akak balik dulu, ya?" Zahra diam. Sebenarnya dia masih memproses kata-kata ibunya. Adakah ini bermakna Erina seorang yang jahat?
"Kak Ina saaaayang Zahra." Ujarnya sebelum mengangkat Tiara yang sudah terlena. Kaki diatur ke arah kereta.
Hakim pula terkocoh-kocoh membawa kunci kereta. Tahulah dia yang Erina mahu pulang dengan segera.
"Ina, Akim minta-maaf. Akim akan baiki–"
"Inilah halangan yang Akim cakap Akim akan selesaikan sendiri tu?" Hakim pejam mata erat. Dia mengangguk perlahan. Alasan inilah yang membuat dia hampir melepaskan Erina kepada Saif dahulu.
"Akim tak nak Ina tahu sebab Akim takut Ina tinggalkan Akim." Hakim menunduk. Sebolehnya, dia mahu rahsiakan hal yang satu ini. Namun, pelbagai perkara sudah dia lakukan untuk restu seorang ibu. Masih tiada hasilnya.
"Akim tak akan berjaya selesaikan sendiri." Erina tersenyum tipis.
"Biar Ina yang tunjuk diri Ina kepada ummi. Akim hanya boleh cakap. Tapi buktinya hanya ada pada Ina." Hakim mengangguk. Betul juga kata Erina. Bukan mudah mempercayai kata-kata tanpa bukti. Kalau dia kata Erina kaya, mestilah ummi percaya kerana bukti sudah di depan mata. Dia digaji oleh Erina. Tapi kalau dia kata Erina baik hati, pastinya sukar dipercayai tanpa dilihat oleh mata sendiri.
"Mulai hari ini, kita akan mulakan projek baru."
"Projek? Eh Akim bodyguard je. Mana reti buat projek." Erina tergelak mendengar pengakuan polos Hakim.
"Kita buat projek mudah je. Projek memikat ummi." Erina kenyit mata sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Hakim yang terkebil-kebil tadi muka mengukirkan senyuman.
Nampaknya, Erina benar-benar menunaikan janji.
BANGUNAN lapan tingkat itu diperhatikan dengan teliti. Kali terakhir dia datang ke sini, huru-hara jugaklah tempat ini. Nabila tergelak perlahan. Dengan yakin dia melangkah masuk. Bekal yang sempat dimasak di rumah Rihana tadi sedia menemaninya di tangan.
TEET! Error. Please touch again.
Nabila mengerutkan dahinya. Kad aksesnya tidak dapat dibaca. Sekali.lagi dia mencuba namun tiada yang berubah.
Pelik.
Dia sememangnya mempunya kad akes tersendiri. Walaupun tidak bekerja di sini, dia ada memegang sedikit bahagian yang dalam syarikat ini. Asalnya ia milik Encik Usman dan ayah mentuanya itu memberi sedikit kepadanya. Alisya juga ada menerima sedikit bahagian. Kata Encik Usman, ianya sebagai aset simpanan untuk ibu-ibu cucunya. Cuma jumlah pemilikannya sangat rendah memandangkan dia tidaklah melabur secara terus di sini. Hanya nama ditukar. Pelaburan tetap dilakukan oleh ayah mentuanya.
Oleh itu, sedikit sebanyak ada juga hal syarikat yang diambil tahu. Dia juga ada akses keluar masuk. Disebabkan ini jugalah walaupun dia memang teringin untuk mengenakan Nadira, dia masih membuat simpanan fail.
"Maaf. Boleh periksa kad saya? Saya tak boleh akses." Nabila hulur kadnya kepada pengawal keselamatan di situ.
"Sekejap ya." Pengawal itu mencuba sekali lagi. Apabila masih gagal, dia membawanya ke bilik keselamatan berhampiran.
"Maaf puan. Akses puan disekat."
"Apa?"
"Boleh saya tahu tujuan puan ke sini?" Nabila mengecilkan matanya. Biar betik pengawal ni?
"Saya isteri ketua eksekutif awak. Dan saya nak jumpa suami saya. Saya dah bagitau jadi...boleh bukakan pintu?" Pengawal itu kelihatan agak terkejut.
"Sekejap ya puan." Nabila mengeluh sekali lagi apabila pengawal itu kembali ke bilik kawalan.
"Maaf, puan. Kad ini memang tidak sah. Saya tak boleh benarkan puan masuk untuk tujuan apa pun." Nabila menghela nafas berat.
"Saya isteri Encik Iqbal. Saya nak jumpa suami saya. Bahagian mana yang awak tak faham." Pengawal tadi menunduk.
"Apa yang berlaku?" Nabila memandang figura yang melangkah ke arahnya. Dia tersenyum senang.
"Abang Mad. Kad Bella rosak!" Samad, pengawal keselamatan yang sudah lama bertugas di situ mengerutkan dahi.
"Rosak?" Jarang kad rosak. Selalunya hilang je.
"Saya dah check, bang. Dia tulis akses disekat." Lama Samad berdiam diri sebelum dia tersedar sesuatu.
"Maaf, puan. Kami sebenarnya diarahkan untuk tidak membenarkan puan masuk. Oleh itu, kad Puan pun disekat." Nabila tercengang. Dia dilarang?
Adakah arahan Iqbal?
Kalau benar, memang suaminya baru isytiharkan perang antara mereka. Tak akanlah sebab dia tak terima Nadira, sampai begini dia dimalukan?
"Arahan siapa?" Soal Nabila, cuba bertindak rasional.
"Arahan pihak atasan." Samad menunduk. Dia juga terkejut apabila mendapat pekeliling itu.
"Pihak atasan bukan dua ketul! Ramai! Siapa?"
"Maaf, saya tak tahu. Saya mohon beredar, puan. Maafkan saya." Ujar Samad serba-salah. Sudahlah Nabila sangat baik terhadap dirinya selama ini. Tetapi tanggungjawab tetapi tanggungjawab. Dia juga risau jika pihak atasan melihat Nabila di sini.
"Saya report Kak Jun! Hmmph!" Sempat Nabila mengugut sebelum beredar. Samad hanya mampu garu telinga. Sudahlah Jun isterinya itu memang kamcheng dengan Nabila. Pasti dia yang dibebel nanti
Sepanjang perjalanan ke kenderaannya, Nabila mengomel sendiri. Baru rasa nak berbaik, dah jadi macam ni. Aku bawa lari anak kau baru tau!
"Dah dapat yang sebiji muka macam aku, sedaplah mengganti. Ini kalau bukan Iqbal, mesti ayah. Ayah pun satu hal. Tak akan tak ingat dia mohon surat beranak untuk dua manusia dulu. Mentang-mentang dah jumpa yang sulung, kita ni dibuatnya tak wujud. Kalau ibu tahu ni–auch!" Kerana terlalu fokus membebel, dia tidak sedar pula dia sudah masuk laluan orang.
"Maaf maaf. Saya tak sengaja." Kalut lelaki yang melanggarnya meminta-maaf.
"Auuu... Sakit." Nabila mencebik.
"Cik? Sakit sangat ya? Saya bawa ke klinik?"
"Sakit..." Tanpa dapat dikawal, air matanya mengalir. Sikit sahaja pun, tapi tak dapat kawal. Mood membebel tadi terus bertukar menjadi sedih. Sampai hati mereka sekat aku dari situ. Baby ni pun satu. Tak baik buat emosi mama macam ni tau!
Lelaki tadi sudah garu kepala. Terus menunduk.
"Maaf, cik. Saya betul-betul tak..." Kebetulan Nabila mengangkat muka.
"...sengaja." Keduanya terkedu.