ALEXANDER mengerakkan badannya sesuai rentak lagu sambil mulutnya tidak henti-henti meneguk air arak di dalam gelas yang berada selamat di dalam genggamannya. Sekali-sekala senyuman manis diberikan kepada para gadis-gadis yang melirik ke arahnya.
"Wohoooo enjoy the night." Laungnya kuat sehingga membuatkan ramai menyahut ucapannya. Gelas kaca yang sudah kosong dilayangkan ke udara bersama jeritan kuat. Ramai yang turut mengikuti tingkahnya.
Terasa bahunya disentuh.
"Rilex, dude . You are going to pass out if you keep going like this." Seorang lelaki yang memakai jaket kulit berwarna hitam menegurnya. Alexander menggeleng menafikan, lelaki yang baru dia kenal tidak sampai beberapa jam lalu dipandang bersama senyuman.
"You need to learn to enjoy the night, Xavier." Lelaki bernama Xavier itu tertawa perlahan. Pantas dipimpin Alexander kembali ke meja mereka semula. Botol arak yang masih terlihat baru diambil lalu dituangkan ke gelas kaca Alexander yang sudah kosong.
"I know that heartbroken is suck, but dude, you are not going to mess up your life just for one girl, right?" Awal pertemuan mereka, Alexander terlihat seakan menyendiri. Awalnya niat Xavier hanya menegur dan beramah mesra namun selepas itu Alexander terus meluahkan segala kekecewaannya mengetahui bahawa wanita yang disukainya sudah berkahwin kepada Xavier. Dari niat sekadar menegur, sekarang mereka sudah seakan kenal lama.
"She's different. She's pretty. She has this type of eye that, when you lay your eyes on her, you will never be able to take it off. Her eyes have this kind of magic that will keep luring you to look at her." Bicara Alexander seakan seorang pujangga cinta. Wajah manis Orked terngiang-ngiang di fikirannya. Xavier sekadar mendengar sambil terangguk-angguk kecil. Sangkal hatinya mungkin perempuan yang dibicarakan Alexander benar-benar cantik.
"I bet even an angel can't be compared to her." Seloroh Xavier yang mendapat anggukan setuju dari Alexander.
"Yes! You're right, Xavier. If you meet her in person, I'm sure you'll fall in love with her as well." Sekali teguk, sisa baki air arak di dalam gelasnya dihabiskan. Kepalanya yang terasa berpinar membuatkan pandangan Alexander terasa seakan kabur.
"Yeah, yeah. I think you should stop right now. It's almost 2 a.m. right now. Go home, dude." Gelas kaca di tangan Alexander dirampas lalu diberikan kepada salah seorang pelayan yang sedang lalu-lalang. Alexander sekadar mengangguk akur. Baru sahaja dia ingin bangkit, kakinya terasa seakan lemah membuatkan dia hampir rebah namun sempat ditahan oleh Xavier.
"You are wasted, dude. Seriously." Alexander sekadar menayangkan sengihan sehingga terlihat jelas barisan gigi putihnya. Dibiarkan sahaja Xavier yang memimpinnya keluar dari bar.
"Thanks dude. You're so kind to me." Bahu bidang Xavier ditepuk sebagai tanda terima kasih. Meskipun mereka tidak kenal lama tetapi Xavier memiliki peribadi yang baik. Orang Melayu memang tinggi budi bahasanya, sempat diselitkan pujian di dalam hatinya.
"Sayang..." tegur seorang gadis berambut pirang membuatkan langkah Xavier mati. Alexander mengosok kelopak matanya saat gadis yang sedang menapak ke arahnya terlihat seakan kabur.
"Eh baby..."
"You buat apa dekat bar ni? You cakap you cakap ada meeting dengan rakan kongsi you." Wanita berambut pirang itu sudah berpeluk tubuh. Wajahnya sudah kelat. Xavier yang terlalu buntu memikirkan idea segera menunjukkan Alexander.
"Inilah rakan kongsi I. He just got wasted so kitorang baru habis sahaja habis minum, sekarang I nak tolong hantar dia balik." Bohongnya, Alexander yang tidak mengerti langsung pembicaraan mereka berdua sekadar diam. Gadis berambut pirang itu terdiam sebelum merapatkan lagi kedudukan, saat wajah sang gadis sudah berubah menjadi jelas. Alexander terlebih dahulu melepaskan Xavier lalu kakinya menapak menuju ke gadis itu.
"Eloise..." serunya. Kedua-dua mereka sama-sama tersentak saat Alexander mengenali gadis yang merupakan kekasih hatinya.
"Do I know you?" Soal Eloise, jari telunjuknya dihala ke tubuhnya.
"Why do you have to get married to someone else?" Sepasang anak mata berwarna biru itu menatap anak mata Eloise yang terlihat mengenakan kanta lekap berwarna hazel. Eloise berkerut mendengar ucapan lelaki tampan itu, dia langsung tidak mengerti bait ucapan lelaki itu. Siapa yang berkahwin? Dia baru sahaja bertunang dengan Xavier.
Xavier pantas menahan bahu Alexander saat terlihat lelaki itu seakan mencengkam bahu kekasihnya.
"Chill, dude. I know you just got heartbroken, but this is not your Eloise. She's my girl, my fiance." Alexander merenung Xavier bersama gelengan.
"No, she's my Eloise."
"Dude..."
BLARGH!
Belum sempat Xavier menghabiskan kata-katanya, lelaki bermata biru itu terlebih dahulu muntah ke atas jalan raya. Untungnya hanya mengenai sedikit kasut kulit yang dipakai Xavier.
Eloise membuat raut wajah geli melihat tindakan mengejut rakan kongsi kekasihnya. Sebaik jarak di antara mereka tidak terlalu rapat jadi dia selamat dari mengenai muntah tersebut.
"What the fuck, dude?" Alexander merasakan pandangannya mulai berubah kelam sebelum akhirnya dirinya rebah namun sempat disambut oleh Xavier. Semakin berbakul carutan Xavier dengan sikap lelaki yang baru dikenalinya ini.
"Apa masalah dengan rakan kongsi you, sayang? Macam mana dia boleh kenal I?" Soal Eloise sambil berpeluk tubuh, sempat rambut yang jatuh mengurai diselitkan ke belakang telinga.
"I guess dia salah orang. He's probably mentioned another Eloise. Lagipun, dia tengah mabuk. He can imagine things, right? Sometimes drunk people create these unexisting things just to satisfy their own desires." Balas Xavier sambil dibantu pimpin lelaki itu menuju ke kereta sport miliknya. Jawapannya langsung tidak terlihat seakan ragu-ragu dengan ucapan Alexander sebentar tadi. Dia yakin bahawa Alexander hanya mabuk dan berkhayal itu sahaja.
"Uhmm I guess so. So, sayang... you nak hantar dia balik dia dulu?"
Selepas selamat meletakkan Alexander di tempat bangku duduk hadapan, Xavier segera mendapatkan kekasih hatinya.
"Yes. I akan hantar dia balik. Nanti I pandai-pandailah uruskan dia." Kedua belah pipi putih bersih Eloise dipeluk mengunakan kedua-dua telapak tangannya. Gadis itu sudah tersenyum manis, sejak kebelakangan ini mereka jarang bertemu memandangkan dia sendiri sibuk menguruskan butiknya. Jika terserempak sebegini dan dia dapat meluangkan masa bersama Xavier sebentar, Eloise sudah merasakan bahagia.
"I miss you baby." Ucap suara garau itu ikhlas, meskipun di belakang Eloise, dia seringkali mencari belaian wanita lain namun hatinya masih pada gadis yang bergelar kekasih hati. Entah mengapa, cintanya tidak pernah bertukar arah walaupun hubungan mereka tidak seindah dahulu.
"I miss you too, sayang. Rindu tau," Eloise menarik Xavier ke dalam pelukan. Kepalanya disandarkan ke dada bidang milik lelaki itu lama. Kata-kata pun tidak mampu menjelaskan rasa rindunya kepada lelaki berdarah kacukan cina Sepanyol ini.
"Hujung minggu ni... clear your schedule. I datang ke rumah you. I pun rindu nak jumpa nenda you, Dahlia." Eloise mengangguk bersama senyuman lebar.
"Okay sayang. Jangan mungkir janji pula." Wajah kekasihnya dipandang bersama bibir yang sudah dicebikkan. Dia tidak mahu sekiranya lelaki itu bertindak akan membatalkan perjanjian mereka mendadak seperti sebelum ini.
"Of course kali ini I janji I akan datang, my beautiful Dahlia." Hidung sang gadis dicuit kasih membuatkan Eloise tersenyum suka.
"Okay. I pegang janji you."
"Kalau macam itu, I gerak dulu. You cepat-cepat balik tau baby." Sempat dikucup dahi bersih kekasihnya. Gadis itu turut memberikan kucupan pada pipinya sekilas sebelum mereka saling mengucapkan selamat tinggal.
"Bye sayang." Lambaian terakhir diberikan sebelum kereta sport kekasihnya laju membelah laluan. Eloise mengeluh, rindunya hanya mampu diluahkan sebentar.
"Miss D, ramai dah tunggu miss ni." Teguran salah seorang pekerjanya membuatkan Eloise tersedar dari lamunan jauhnya. Pantas kasut tumit 4 inci itu menapak laju menuju ke arah gadis yang berkerja sebagai model butiknya.
"I'm sorry."
"It's fine, miss D."
"Let's get inside."
AWAL pagi lagi wajah Alexander sudah kelat. Lelaki itu tidak bersemangat seperti selalunya, wajah tampannya masih ada sisa baki mabuk semalam. Matvei yang sedar dengan perubahan cucunya segera membuka bicara.
"What's wrong Alex? Did something bad happens to you? Okhrannik skazal, chto kto-to otpravil vas domoy segodnya pochti v tri chasa nochi. Ty nazhralsya. (Guard cakap ada orang hantar kamu pulang hampir pukul 3 pagi ke rumah semalam. Kamu mabuk teruk.)" Alexander meraup wajah bersama gelengan.
"Nothing happens, grandpa. I'm okay." Balasnya, nada suara mendatar. Pita suaranya terdengar sedikit garau berbanding biasanya. Mungkin kerana kesan dari mabuknya masih tersisa.
"Are you sure you okay?"
Hanya anggukan diberikan.
Mattheo yang mengerti perubahan sepupunya sekadar menarik senyuman kecil di bibir merah delimanya sebelum matanya kembali ralit membaca salah satu koleksi buku philosophynya.
"You sound like you just got yourself your first heartbreak." Mikayla menegur, niat hendak mengusik sepupunya seperti selalu.
"I'm not in the mood, Kayla." Tegas sahaja nada suara Alexander menandakan lelaki itu serius.
"Fine! You're so serious, Alex." Alexander tidak membalas sebaliknya menikmati sup bayam di hadapannya. Dek kerana semalam dia minum bagai tiada hari esok, hari ini tubuhnya harus menanggung seksa sedikit. Kepala yang terasa berpinar diurut perlahan.
"I will ask the maid to bring medicine for you." Alexander sekadar menjatuhkan kepalanya. Tulang punggung diangkat dari kerusi bersalut warna emas putih tersebut.
"I think I will get some rest right now. Can you tell the maid to bring it to my room?" Dek kerana rasa sakit kepala yang mencengkam membuatkan Alexander tidak lagi berselera hendak makan. Matvei yang khuatir dengan keadaan cucunya sekadar mengangguk.
"Do you want me to call my private doctor, bro?" Soal Mattheo selepas lama menyepikan diri.
"Nah, it's fine. I think I will be better after getting some rest." Tolak Alexander sebelum kaki diatur menapak pergi. Sempat dipicit dahinya terasa berpusing.
"Theo, nanti kamu suruh mana-mana maid untuk hantarkan ubat buat Alex. Nampaknya dia macam tak sihat." Arah Matvei yang hanya mendapat anggukan dari Mattheo. Sudah semestinya dia akan menghantar Susanti untuk memberikan ubat kepada sepupunya.
"Grandpa, bila tiket flight you balik ke Russia?" Kini giliran Mikayla pula bersuara, lama lelaki tua itu terdiam sebelum membalas.
"I think it will be on Sunday at 1 p.m. Kayla. Why?" Soalnya kembali. Aneh dengan soalan cucu perempuannya. Balasannya membuatkan Mikayla terangguk-angguk kecil sebelum aplikasi kalender di telefonnya dibuka lalu ditandakan sesuatu pada hari sabtu.
"Alright. I rasa I sempat dapatkan something for you untuk bawa balik ke Russia." Ujar Mikayla jujur yang membuatkan Matvei tersenyum tipis. Pipi bersih cucunya dicubit kasih.
"Takde hadiah pun tak mengapa, yang penting atuk rasa gembira dapat luang masa seminggu bersama cucu-cucu atuk ni." Laju sahaja mendapat gelengan dari Mikayla.
"Mana boleh macam itu grandpa, grandpa datang Malaysia ni bukan selalunya. Jadi, kenalah bagi something special untuk grandpa sebelum grandpa pulang ke Russia." Matvei tertawa kecil. Kepalanya digeleng perlahan mendengar jawapan gadis berambut pirang itu. Ada-ada sahaja balasannya.
"Iyalah, ikutlah cucu kesayangan grandpa ni." Mikayla tersengih senang saat mendapat gelaran cucu kesayangan Matvei.
"Iyalah, Kayla seorang je kesayangan atuk." Mattheo bersuara mengusik. Sempat dia melirik ke arah datuknya sekilas sebelum hujung bibirnya naik mencarik senyuman kecil.
"Semua cucu-cucu atuk, kesayangan atuk." Mikayla merengus kesal, wajah tampan Mattheo dipandang geram. Bibirnya sudah mencebik panjang. Abangnya selalu sangat menganggu saat-saat dia bermanja dengan Matvei. Selalu sahaja dengki dengannya.
"Kan dia dah merajuk tu atuk." Sindir Mattheo membuatkan bibir beroles gincu merah itu semakin terjuih ke hadapan. Segera roti bakar dimakan bersama jelingan tajam diberikan kepada sang abang. Lelaki itu sekadar mentertawakannya.
"Alololo cucu kesayangan atuk seorang ni," kepala Mikayla digosok perlahan membuatkan gadis itu segera membuat wajah comelnya ke hadapan Matvei. Lengan Matvei ditarik ke dalam pelukan sebelum kepalanya disandarkan ke lengan lelaki tua itu.
"I cucu kesayangan atuk seorang kan,"
"Iya, Kayla seorang je."
Pantas dijelirkan lidah ke arah Mattheo sambil tersengih senang. Lelaki bermata kelabu itu sudah mengulingkan bebola matanya ke atas sebelum pandangan dibuang kembali pada buku yang dipegang. Malas hendak melayan perangai kebudak-budakan Mikayla!
***
Bersambung.