HARAM, project: high council

By J0ANOFARC

4.2K 124 37

"Biar rasa ini, Hanya sekadar engkau tahu; Aku ada bila perlu." abdul kahar x fem!oc More

۵ salam kenal ۵
001 | Halaman Baharu |
002 | High Council |
003 | Blacklist |
004 | Colour Apa, Qaseh? |
005 | Settle |

006 | Memori |

482 21 5
By J0ANOFARC

TW// attempted SA

━━━

EZALEA TERASA KAKU.

Sampai nya dia di dorm, gadis itu terus baring dan menyembunyikan diri di bawah selimut. Maya masih di bilik isolasi, jadi Ezalea memang sendirian dalam bilik itu.

Dalam keadaan berselimut itu, gadis itu tertidur. Dan bila matanya terbuka kembali, Ezalea sedar dirinya sedang bermimpi.

Mimpi yang ngeri. Mimpi yang sebenarnya memori yang telah lama dia cuba lupakan.

Ezalea yang pada waktu itu di tingkatan tiga sedang berjalan pulang dari pusat sumber. Yalah, exam dah nak dekat. Dia belajar sehingga tak sedar pun hari dah gelap. Cikgu yang bertugas terpaksa menyuruhnya pulang ke dorm kerana hendak balik ke rumah.

Ezalea pun memulakan perjalanan pulang ke dorm dengan buku-buku yang disimpan ke dalam tote bag. KEMBOJA kan asrama perempuan, jadi dia tidak berapa risau untuk berjalan bersendirian.

How naive, Zalea.

Baju sweatshirt dan seluar trek yang dipakainya memang labuh, tambah lagi dengan cuaca musim hujan— kononnya dapatlah tahan sejuk.

Terdengar bunyi siulan dari belakang. Langkahnya terhenti sejenak. Ezalea memandang sekilas dari bahunya dan terlihat sekumpulan pelajar KUDRAT berjalan ke arahnya.

"Fuh, barang baik malam ni mat!"

"Rezeki kita hari ni, wey."

"Adik cantik, nak ke mana tu sorang-sorang?"

Langkahnya makin laju menghala ke dorm. Langkah mereka turut menjadi laju mengekorinya. Ezalea membelok ke kanan, hanya untuk hampir melanggar seorang pelajar lelaki yang sengaja memotong jalannya.

Empat orang lelaki.

Dia seorang saja.

"Tumpang lalu, eh bang? Nak balik dorm ni," Ezalea cuba untuk berlalu pergi namun lengannya digenggam dan dia ditolak ke belakang.

Mereka membuat bulatan mengelilinginya. Tiada jalan keluar untuk dia. Panik mula menyelubungi diri dan mereka pula makin merapatkan jarak.

"Takpelah, lepak lah sekejap," kata salah seorang daripada mereka sambil bermain dengan ikatan rambutnya.

"Kita have fun dulu la," sambung rakannya pula yang merampas beg Ezalea dan membalingnya ke tepi.

Dia dikepung ke sudut kecil tepi blok.

"Abang, apa benda ni bang? Dahlah, saya nak balik dorm je ni," Ezalea cuba menahan getaran suaranya namun jelas terlihat keresahan gadis itu.

Lemah. Dia lemah sangat di waktu itu.

"Kenapa nak berebut? Kita orang nak have fun je, takde apa pun," kata seorang daripada mereka dengan senyuman sinis.

Ini bukan gurauan di antara teman.

Ini setan-setan yang terlepas kandang.

Ezalea lantas menyepak lelaki dihadapannya yang terus menunduk menahan sakit. Namun tiga orang yang lain terus mencapai dan menahannya daripada lari. Sekuat mana pun Ezalea mencuba, dia tidak ada kekuatan tiga orang lelaki bergabung.

Jadi the next best thing— dia menjerit.

Mulutnya ditekup namun dia sempat menggigit tangan itu dan menjerit lagi.

"Lepaslah sial!"

Kakinya terangkat-angkat untuk menyepak dan cuba meloloskan diri namun tidak berjaya juga.

"Hoi!"

Sergahan itu membuat semua pergerakan mereka terhenti sejenak. Dalam kelalaian mereka, Ezalea menolak genggaman mereka dan lari keluar dari sudut kecil itu.

Dadanya naik turun dengan laju dek kerana nafasnya yang tak keruan. Degupan jantungnya terasa seperti dah naik ke telinga. Sebelahnya bajunya yang dah tertarik sehingga menunjukkan bahunya ditarik semula ke atas dan rambutnya yang dah lama terburai diraup ke belakang.

Kelibat beberapa pelajar form 5 KUDRAT membuat pelajar lelaki tadi sedikit gerun namun mereka cuba untuk menyembunyikan nya.

"Adik?" Arshad, budak form 5 yang baru sampai dengan tiga orang rakannya menyapa Ezalea terlebih dahulu namun mengekalkan jaraknya. "Adik okay?"

Gadis itu memandangnya kosong. Nafasnya masih tercungap dan matanya berair. Tangannya menggeletar dan apabila mereka berempat melihatnya dengan lebih jelas— mereka tahu apa yang hampir terjadi.

Arshad— dan rakan-rakannya; Hadi, Irfan dan Kimie— menjeling kasar empat lelaki tadi.

Yang mengepung Ezalea budak form 4. Yang datang tepat pada masanya pula High Council pada tahun itu.

Hadi merupakan Kapla tahun itu. Lelaki itu mengetap rahangnya tatkala melihat keadaan gadis yang hampir sahaja teraniaya tadi.

"Shad, Kimie," Hadi memanggil. Suaranya membuat semua orang terdiam. "Bawa adik ni balik dorm dia. Make sure dia sampai dalam selamat."

Kedua mereka mengangguk. Kimie mengutip bag yang di atas lantai— bag Ezalea yang dibaling sebentar tadi— dan mengemas buku yang terkeluar. Dia menyandang bag itu ke bahunya dan Arshad mengajak Ezalea pergi.

Gadis itu was-was. Mereka faham mengapa. Namun kedua mereka memberinya senyuman lembut dan ikhlas dan memastikan untuk mengekalkan jarak mereka agar dia boleh selesa.

Akur dengan arahan Kapla mereka, Ezalea sampai ke pintu dormnya dengan selamat. Bagnya diambil semula dan dia sempat mengucap terima kasih dengan suara yang masih bergetar.

Keesokan harinya, empat orang pelajar form 4 itu dipulau. Hadi dan Irfan dah habis bantai mereka malam sebelumnya. Berjalan pun tempang olehnya.

Ezalea pula masih dalam keadaan trauma. Maya dan Cecilia belum lagi tahu apa yang jadi, dan mereka juga tidak memaksanya untuk bercerita. Biarlah dia beritahu dalam masa dia sendiri.

Ahli High Council tahun itu memerhati gerak geri Ezalea. Malahan, Hadi telah pergi ke meja tiga orang gadis itu dan duduk makan dengan mereka.

Memang bergoncang KUDRAT dan KEMBOJA bila mereka sedar yang ahli High Council tahun itu bermesra dengan gadis-gadis junior.

Sepanjang tahun itu, Ezalea, Maya dan Cecilia berada di bawah jagaan High Council. Persahabatan mereka terjalin walaupun Hadi, Arshad, Irfan dan Kimie telah habis sekolah.

Sejak kejadian itu, Ezalea meminta Hadi mengajarnya seni mempertahankan diri. Bila Hadi tidak sibuk dengan kerja sekolah atau High Council, dia akan mengajar Ezalea berlawan.

Boleh tahan cepat juga dia belajar. Gadis itu enggan menjadi lemah lagi. Dia enggan membiarkan dirinya terpaksa menunggu bantuan orang lain.

Sejak kejadian itu jugalah, Ezalea mula berjinak dengan tradisi High Council.

━━━━━━

Ezalea yang telah bangun dari mimpi ngerinya itu membawa diri ke dewan makan untuk makan petang.

Langkahnya perlahan dan lemah sahaja. Belum sempat dia menjejak kaki ke dewan makan, Naim pula menghentikan nya.

"Zalea! Kau ada tetamu kat garden," dia memberitahu.

"Berebutnya," usik Ezalea. "Sampai salam pun tak bagi."

Lelaki itu tertawa kecil dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sorry... assalamualaikum," Naim berkata.

"Waalaikumussalam," sahut Ezalea dengan senyuman. "Siapa yang datang?"

Lelaki itu mencebik dan mengangkat bahunya. "Entah, family kau kot."

Family?

Suara hati Ezalea kuat membantah. Takkan. Buat apa dia nak datang jauh-jauh?

"Okaylah, thanks Naim," Ezalea berkata dan menepuk bahu lelaki itu sebelum menukar haluan ke garden.

Tak sampai dua minit dia dah sampai. Terlihat sosok tubuh yang sangat dikenali di dalam salah satu pondok di situ. Ezalea menelan air liur dengan kasar. Lengan baju jaket nya ditarik untuk menutup tangannya dan dijadikan sesuatu untuk dimainkan tatkala dia gelisah. Dengan berat hati dia melangkah naik ke pondok itu.

"Assalamualaikum, papa," sapanya.

Ezalea teragak-agak sebelum dia melabuhkan punggung untuk duduk bertentangan dengan papanya.

"Waalaikumussalam," jawabnya ringkas.

Luqman Amin duduk dengan buku lali kaki kanannya diletakkan di atas lutut kirinya. Baju sut nya kemas sahaja dan topinya tidak pernah ditinggalkan.

Ezalea tertanya-tanya; bila pula papanya datang dari Sarawak?

"Bila papa sampe?" tanyanya terlebih dahulu dalam dialek Sarawak.
[Subtitle: Bila papa sampai?]

"Malam marek," jawabnya. "Macam sik suka jak nangga papa sitok. Sik rindu kah?"
[Malam kelmarin. Macam tak suka ja tengok papa sini. Tak rindukah?]

Ezalea tertawa kecil. Dia senyum kepada papanya.

"Sik lah pa, gila sik rindu?" Dia menyahut. "Berapa lamak papa stay sitok?"
[Taklah pa, gila tak rindu? Berapa lama papa stay sini?]

"Papa pindah terus."

Ezalea tersentak.

"Pindah terus?"

"Aoklah," sahut papanya. "Bolehlah papa dekat sikit ngan anak bongsu papa tok. Kelak cuti, papa embak Zalea balit rumah baru. Okay?"
[Yalah. Bolehlah papa dekat sikit dengan anak bongsu papa ni. Nanti cuti, papa bawa Zalea balik rumah baru. Okay?]

Luqman memerhati anaknya yang seperti runsing memikirkan sesuatu. Dia menghela nafas panjang. Lelaki itu tahu, mesti Ezalea berfikir tentang ibunya.

"Mun cuti panjang-panjang, boleh juak balit Kuching. Sikda hal ya," pujuk Luqman lagi.
[Kalau cuti panjang-panjang, boleh juga balik Kuching. Takde masalah tu.]

Ezalea memaksa dirinya mengukir senyuman. Belum sempat dia menyahut kata-kata itu papanya menyambung lagi;

"Lagikpun, kakak kitak ada juak sorang sitok. Boleh kita jenguk nya kelak-kelak, mesti Erina rindu kitak juak."
[Lagipun, kakak kamu ada juga seorang kat sini. Boleh kita jenguk dia nanti, mesti Erina rindu kamu juga.]

Pudar terus senyuman Ezalea.

Dia tertawa kecil.

"So papa pindah sebenarnya mok dekat ngan Erina lah? Bukannya untuk kamek pun, nak?" soalnya.
[So papa pindah sebenarnya nak dekat dengan Erina lah? Bukannya untuk saya pun, kan?]

Luqman mengeluh.

"Zalea—"

"No, it's okay," Ezalea memotong kata-katanya. "Zalea paham. Benar, Zalea paham. Sikpalah, kelak waktu cuti kita jumpa."
[Zalea faham. Betul, Zalea faham. Takpelah, nanti waktu cuti kita jumpa.]

Dia berdiri dan mendekati papanya. Kedua-kedua tangannya dihulur dan tangan papanya disalam.

"Zalea," Luqman menggenggam tangan anaknya sebelum dia sempat untuk menarik. "Papa sayang kitak, tauk? Kitak sorang jak harapan papa kinek tok. Jangan nak layap jak ngan hal lain— belajar mena-mena."
[Papa sayang kamu, tahu? Kamu seorang je harapan papa sekarang ni. Jangan nak leka dengan benda lain— belajar betul-betul.]

Mata Ezalea tertumpu pada tangan mereka yang masih berpegangan. Gadis itu menarik nafas panjang, dan dengan senyuman yang dipaksa untuk kelihatan ikhlas— dia mengangguk.

Pipi papanya dicium cepat sebelum dia meminta diri.

━━━━━━ coretan ☄. *. ⋆

rindu ngan korang hehe

baru lepas tgk amir kat tiktok awards tadi pheww hot gila 😫🙈

anyways, his kahar hair is back HAPPY NA AKU

ok, so we masuk ke dlm trauma and backstory zalea sikit kat sini a glimpse into her family (yes, she org sarawak). harap² ok lah ya

vote and comment! <3

Continue Reading

You'll Also Like

99.6K 2.8K 23
IN WHICH, they'd have really good bed chem social media x real life
215K 12.4K 97
Reborn in the Naruto world, Shin Uzumaki finds himself in the doomed Land of Whirlpools. As a member of the Uzumaki Clan! Trapped in a world filled w...
524K 22.2K 108
╔═════════╗ ❝𝐅𝐈𝐒𝐓𝐒 𝐎𝐅 𝐅𝐈𝐑𝐄❞ ╚═════════╝ ‿︵‿︵୨˚̣̣̣͙୧ 𝐲/𝐧'𝐬 𝐰𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐬𝐡𝐢𝐟𝐭𝐬, 𝐬𝐞𝐨𝐮𝐥'𝐬 𝐬𝐭𝐫𝐞𝐞𝐭𝐬 𝐡𝐞𝐫 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 �...
177K 16.4K 56
Jungkook had always felt unlucky. Nothing ever went according to his plans. But time travel was not something he'd ever imagined. In 2024, Jungkook...