CINTAI AKU SEADANYA

By nurfatihahaa

260 43 3

More

Bab 2
Bab 3

Bab 1

148 20 0
By nurfatihahaa

Matanya tak lepas memandang wajah sang tunang yang sedang leka makan. Apa ingat perempuan je ke yang suka makan, lelaki pun sama okey. Apabila sang tunang terasa diperhatikan segera lelaki itu mengangkat kepala memandang tepat ke arahnya, wanita itu hanya mampu melemparkan senyuman manis.

"Why?"soal Iskandar apabila Mawar memandangnya tanpa berkelip.

"Takde lah. Saya cuma rindu awak, 3 bulan tak jumpa."jawab Mawar lembut.

"Ala, sweetnya tunang saya ni. I miss you too, baby. Tapi awak okey ke tunang awak ni kulit dah tanned macam ni?"soal Iskandar sekadar bergurau.

"Sayang, saya tak kisah pun lah rupa awak macam mana. Asalkan awak setia dengan saya je."ujar Mawar.

"Insya Allah, sayang. Hati saya milik awak sorang."

Tersenyum manis Mawar mendengar ayat manis yang keluar dari mulut Iskandar. Perutnya seakan ada rama-rama yang berterbangan. Lelaki itu pandai mengambil hatinya. Mana lah dia tidak jatuh cinta hari-hari dengan lelaki itu.

"Sudah sayang. Cepat makan tu, nanti teman saya ke kem sekejap okey."tutur Iskandar lagi. Dia mahu ke kem untuk menyelesaikan tugasnya sebentar.

"Sorry, sayang."

Mawar tersengih sebelum meneruskan suapannya yang terhenti. Iskandar juga turut melakukan hal yang sama. Mereka makan dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Mawar hanya menunggu Iskandar di dalam kereta, sudah hampir setengah jam lelaki itu di dalam kem. Sementara menunggu sang tunang menyelesaikan tugas, Mawar membuka Ipad miliknya untuk memeriksa emel dari setiausahanya.

Telefon yang ada di tempat pemandu segera dicapai setelah kedengaran bunyi notifikasi WhatsApp. Terus sahaja Mawar membuka aplikasi tersebut sebelum chat dari sang ayah dibuka.

My king
Angah, dekat mana?

Me
Ada dekat kem bah. Kenapa tu?

My king
Kamu tak ke pejabat ke? Nasib lah abah tak kesana dengan mama tadi.

Me
Hehe, tak abah. Akak half day. Harini Is balik. Jadi akak keluar dengan dia. Ada apa abah?

My king
Oh, nanti ajak dia ke rumah. Dinner sekali malam ni. Tu je lah, nanti malam baru abah bagitau kamu.

Me
Baiklah abah. Roger and out.

Terus sahaja Mawar keluar dari aplikasi tersebut. Tak lama kemudian, Iskandar membuka pintu kereta sebelum memboloskan diri kedalam perut kereta.

"Done with your work, sayang?"soal Mawar sambil menutup Ipad yang berada di atas pahanya itu.

Iskandar sekadar mengangguk.

"Who texted you?"soal Iskandar datar.

"Abah, yang. Dia ajak dinner malam ni."jawab Mawar.

Iskandar mengangguk tanda faham.

"Nak ke mana lepas ni?"soal Mawar.

"Mana-mana je sayang."tutur Iskandar sebelum kereta dipandu keluar dari kawasan kem.

"Window shopping, please."pinta Mawar sambil mengerdip matanya beberapa kali.

"Anything for you, baby."

_______

Malam itu riuh rumah keluarga Mawar apabila kesemua ahli keluarganya berkumpul. Habis sahaja kerja petang tadi kesemua adik beradik Mawar berkumpul di rumah ayah mereka. Sempat mereka menunaikan solat maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh Iskandar.

Usai sahaja selesai solat maghrib, mereka menuju ke arah ruang makan untuk menjamu selera. Puan Mastura menyediakan nasi hujan panas, ayam masak merah, acar jelatah, papadom dan kari daging. Berselera sungguh mereka menjamu selera pada malam itu. Riuh juga di meja makan dengan suara kanak-kanak yang berceloteh itu dan ini.

Lepas sahaja makan malam, mereka duduk di ruang tamu. Iskandar turut tak ketinggalan. Dia sakan berborak dengan Encik Saiful, Shahril dan juga Shahrul. Sesekali terdengar suara sang lelaki tergelak besar.

"Asyik borak-borak ni abah lupa nak tanya hujung minggu ni kamu free Is?"soal Encik Saiful.

"Erm, free abah. Kenapa tu?"soal Iskandar semula. Hanyra yang cuba memanjat paha Iskandar segera didukung sebelum dia meletakkan anak perempuan itu di atas pahanya dengan berhati-hati.

"Dekat IPK ada buat majlis persaraan. Jadi abah nak bawa semua anak menantu abah. Tu yang abah tanya kamu tu."

Iskandar mengangguk tanda faham.

"Insya Allah abah, Is tak sibuk masa tu. Majlis tu pukul berapa? Dress code macam mana abah? Bebas ke?"

"Erm, abah kalau boleh nak kita satu keluarga pakai hitam. Macam mana yang lain?"soal Encik Saiful pada kesemua ahli keluarganya yang duduk di ruang tamu itu.

"Along okey je abah."balas Shahril.

Shahril sempat ingin mengambil anak daranya yang masih setia duduk dengan Iskandar. Hanyra yang perasan segera memeluk leher bakal bapa saudaranya itu. Memicing mata Shahril memerhati lagat anaknya itu.

"Adik pun okey."jawab Shahrul. Nayra yang sedang bergerak aktif di dalam walker dipandang sekilas.

"Bagus lah macam tu."kata Encik Saiful.

"Eh, budak. Turun sekarang, wah kemain eh duduk atas riba pak ngah."tiba-tiba Mawar muncul sambil bercekak pinggang. Kecil besar sahaja dia melihat kerenah anak saudaranya itu.

Kaum hawa yang lain baru sahaja masuk ke ruang tamu setelah menyelesaikan tugas di dapur. Aina, si kakak ipar sedang menatang dulang yang berisi kopi o panas, manakala Dania, si adik ipar sedang membawa piring yang terisi marble cake buatan Puan Mastura.

"Phew, ada bau-bau orang jeles kat sini."sakat Shahril sebaik melihat wajah cemberut Mawar.

"Along, angah tengah takde mood ni."rengus Mawar sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Puan Mastura.

"Ecece, angah dah hilang mood. Bang Is, pergilah pujuk buah hati pengarang jantung, hati, limpa, paru, hempedu abang tu."gurau Shahril. Suka betul lelaki itu menyakat kakaknya ini.

Iskandar hanya tersenyum manis.

"Bukan tak nak, dik. Nanti takut abah, mama marah pula abang."Iskandar turut tak melepaskan peluang menyakat si tunang.

Hanyra pun seakan faham, makin dimanjakan lagi pelukannya di leher Iskandar. Terbeliak biji mata Mawar melihat aksi itu.

"Jangan minta mak ngah beli mainan atau jajan."

"Baba dengan acu boleh belikan untuk Hanyra."bidas Hanyra tanpa pelat.

Semua di ruang tamu itu tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hanyra.

"Fine!"jeling Mawar pada Hanyra.

"Kuat sangat jeles dengan anak buah sendiri,"sampuk Aina yang dari tadi diam.

"Angah tak jeles lah. Saja je."ujar Mawar tersengih siap tunjuk jari peace.

"Behave yourself, Mawar. Dah nak kahwin ni perangai ubah sikit."tegur Puan Mastura pula.

"Entah, ngah. Tak kesian ke dekat abang Is nak layan kerenah angah tu."tutur Dania pula.

Terdiam Mawar sebentar. Dia terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut adik iparnya itu. Teruk sangat ke perangai dia.

"Nah it's okey. I love her. Dan sebab perangai manja dia tu lah yang buatkan Is sayang dan cintakan dia. Tak fake."datar suara Iskandar membela cik tunang.

Dia nampak wajah gadis itu berubah setelah ditegur oleh si adik ipar. Dia tidak menyokong perbuatan wanita itu, kerana bagi Iskandar perbuatan itu agak keterlaluan. Nak tegur biar ada cara, jangan tegur di hadapan orang ramai walaupun keluarga sendiri.

Dania menjeling apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar.

'Gedik.'getusnya di dalam hati.




........
Hi guysss... sorry saya tukar jalan cerita. This time jalan cerita ni ada kaitan dengan saya. Tapi tak semualah🙂
Enjoy korang

Love,
Nurfatihah
30 September 2024

Continue Reading

You'll Also Like

48.8K 1.6K 41
بنت ديره تُعجب بأحد الاشخاص وتمثّل عليه بأنها في مدينته ، تزوّر اسمها وعمرها وتفاصيل حياتها ، بس عشان يُعجب فيها احد الاغنياء عبدالعزيـز بن سلطـان...
32.3K 699 48
You were just an average transfer student at CHS who secretly have magic until you met a girl that came from some kind of mysterious portal. Disclai...
600K 14.5K 86
Amazing cover by Anel_Graphics Gabriella De'Luca is a cold fifteen year old girl, who has had to go through extreme hardships everyday of her life. C...
256K 24.1K 138
The universe gave me another chance after life screwed me over. My second life brought me to a world where people breath fire, walk on water and some...