Mrs. Danish Rayyan (C)

By Ikahkamar

119K 2.7K 168

Dua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekol... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Comeback?
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Special chapter

Bab 49

852 25 20
By Ikahkamar

     "Kenapa abang Danial nak jumpa Nisha? Ada hal yang penting sangat ke sampai abang cari Nisha dekat sini?" Nisha terus melontarkan soalan setelah dia masuk ke dalam kereta lelaki itu. Dia melihat Raykal di sebelahnya yang sudah mula fokus memandu.

     "Sebelum abang jawab soalan Nisha tu, apa kata Nisha pakai seatbelt dulu? Abang tak nak kita berdua kena saman." Raykal cuba sedaya upaya mengelakkan diri dari menjawab soalan Nisha. Kalau boleh dia mahu mereka berdua berbincang di tempat yang selesa.

      Nisha mencebik bibir tetapi dia menurut juga kata lelaki itu. Dia tahu lelaki itu cuba mengelak untuk menjawab soalan ya tetapi dia sudah tidak sabar mahu mengetahui tujuan lelaki itu datang ke rumah sahabatnya tadi. Nisha memeluk tubuh dan hanya memandang ke luar tingkap. Dia malas mahu bertanya soalan lagi.

     Raykal tersenyum melihat kebisuan gadis itu. Dia tahu gadis itu pasti sudah malas mahu bertayakan soalan kepadanya kerana dia tidak akan jawab sebelum sampai ke destinasi.

     Setelah beberapa minit mereka berdua mendiamkan diri di dalam kereta, akhirnya sampai juga di tempat kegemaran Nisha.

      "Nisha, jom kita dah sampai. Nisha masih merajuk lagi ke dengan abang?" Dahi Raykal berkerut kehairanan apabila dia tidak mendengar suara gadis itu.

      Dia menoleh ke sebelah dan hampir tertawa melihat muka Nisha ketika gadis itu tengah tidur. Walaupun mulutnya hampir separuh ternganga namun ia tetap tidak mencacatkan kecomelan gadis itu.

        "Nisha, bangun...kita dah sampai ni. Hei sayang, bangun." Raykal cuba mengejutkan gadis itu dari tidur. Setelah beberapa kali cuba, akhirnya Nisha bangun juga dari tidurnya.

         "Ermmm abang, kita ada kat mana ni?" Nisha menggosok matanya sambil melihat tempat di sekeliling mereka.

          "Kita dah sampai tempat favourite Nisha. Sebelum Nisha keluar, make sure muka tu bersih dulu sebab takut ada orang tengok." Hampir terlentus tawa Raykal melihat wajah blur Nisha.

          Dia terus keluar sebelum gadis itu bertukar menjadi singa. Hampir ternganga mulut Nisha mendengar kata lelaki itu. Dia terus membelek mukanya di cermin solek kepunyaannya dan dia menghela nafas lega apabila dia melihat tiada apa-apa di wajahnya.

        Nisha membuka pintu dan menghadiahkan jelingan tajam kepada lelaki itu. Dia memandang ke arah lain dan berlalu pergi meninggalkan Raykal. Raykal hanya menggeleng melihat sikap gadis itu dan dia sudah biasa dengannya. Dia cuba mengejar langkah gadis itu yang semakin jauh.

     Nisha terus tarik kerusi setelah mereka berdua masuk ke dalam restoran. Dia meneroka sekeliling dan sudah lama dia tidak datang ke sini setelah dia pulang dari Australia. Nisha memandang semula ke depan apabila dia mendengar deheman dari lelaki itu.

      "Abang sebenarnya ada sesuatu nak tanya pada Nisha. Itu pun kalau Nisha tak keberatan la." Raykal menggosok belakang lehernya bagi mengurangkan rasa gelisahnya. Tidak tahu kenapa tiba-tiba mulutnya berasa berat untuk bertanya.

       "Abang nak tanya apa sebenarnya? Macam susah sangat nak tanya soalan tu dekat Nisha." Danisha hampir hilang sabar melihat lelaki itu masih teragak-agak mahu bertanya soalan kepadanya. Apa yang susah sangat sehingga membuatkan lelaki itu sukar untuk membuka mulut?

      "Abang nak tanya, kenapa Nisha tinggalkan adik abang dulu? Apa salah dia dekat Nisha?" Raykal mula bertanya dengan nada yang serius. Kali ni dia tidak akan main-main lagi seperti tadi.

        Nisha terdiam mendengar soalan Raykal. Dia menelan air liur dengan payah dan sedaya upaya untuk kelihatan lebih tenang.

         "Abang, Nisha ada sebab kenapa Nisha tinggalkan Danish dulu. Nisha bukan sengaja nak tinggalkan dia." Nisha mengetap bibir dan melawan pandangan lelaki itu.

          Raykal tersenyum sinis dan memeluk tubuh. Dia agak tidak berpuas hati dengan jawapan gadis itu. "Tak sengaja nak tinggalkan dia? Alasan Nisha tak masuk akal." Raykal ketawa mengejek mendengar jawapan Nisha tadi.

         "Abang ingat Nisha tengah buat alasan ke sekarang ni? Nisha terpaksa tinggalkan Danish sebab Nisha kena ugut." Ketawa Raykal terhenti apabila mendengar kata gadis itu. Matanya mula mencari kejujuran pada anak mata gadis itu dan ternyata Nisha memang bercakap benar.

        "Siapa yang ugut Nisha? Nisha beritahu dekat abang sekarang!" Dada bidang Raykal naik turun menahan rasa geram. Tidak sangka ada juga yang berani mengugut gadis itu.

        "Abang betul ke nak tahu siapa yang ugut Nisha?" Wajah gadis itu hanya kosong dan tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Raykal mengangguk laju kerana dia sudah tidak sabar ingin tahu gerangan yang berani mengganggu hubungan Danish dan Nisha.

       

     

Continue Reading

You'll Also Like

856K 41K 48
Enrique was transmigrated into a Trashy TL Novel, and he became the Villain's father/mother who was equally a Trashy father/mother. Always wanting to...
436K 7.3K 72
***COMPLETED*** Rising pop star meets cheeky formula one driver: What could possibly go wrong? In which famous singer Gabrielle Bosko has a one night...
205K 8.6K 114
Author: Yu Xiaoba Status: Complete Status in COO: 113 Chapters Jing Tong Xiao, who turned into a pure human, had no choice but to lead his many "bro...
256K 6.5K 90
Safiya Ameera',seorang anak yatim piatu.Papa dan mama Ameera meninggal dunia sejak umurnya 12tahun.Kini dia menjadi seorang gadis yang sungguh cantik...