Deomena berada di puncak gunung, memandang naga yang berada di situ. Di sebelahnya,bola kristal yang menunjukkan BoBoiBoy dan kawan-kawan mengalahkan Rock King.
Deomena: ......
Barrala mendarat di hadapannya dan menyimpan sayapnya. Dia duduk atas batu di hadapan Deomena dan bersandar pada batu di belakangnya.
Barrala: Jadi? Apa khabar manusia yang kau tengah hendap tu?
Deomena: Mereka takde buat apa. Mereka cuma berehat buat sementara waktu. Dan aku tak hendap mereka.
Barrala: Hm.....kau tahu tak ke mana yang lain pergi?
Deomena: Mereka pergi buat hal mereka. Kau tahukan kita tak kisah sangat siapa buat apa?
Barrala: Ya. Tapi aku rasa kau patut tengok benda ni.
Barrala letak tanduk berwarna merah hijau di hadapan Deomena. Deomena memeriksa tanduk tu dan dapati,tanduk tu dah hampir reput.
Deomena: Tanduk ni....
Barrala: Aku dapat masa aku pergi ke Naldadema. Nampaknya raksasa yang berada di sana,semuanya dalam keadaan yang tak baik.
Deomena: Tapi....kenapa tanduk ni nampak macam dah nak reput?
Barrala: Ada seseorang yang buat sesuatu pada mereka. Mereka semua nampak agak....teruk jugaklah.
Deomena: Apa sebenarnya yang jadi di Naldadema?
Ada seekor naga mendarat tak jauh dari mereka. Naga tu bertukar menjadi manusia dan melompat ke arah mereka dan duduk di sebelah Barrala.
Iragan: Yo!
Barrala: *facepalm* Hebat,budak tak matang ni dah datang.
Iragan: Hei!
Deomena: Dah! Kenapa kau datang ke sini?
Iragan: Aku datang nak jumpa korang! Aku nak tahu,manusia mana yang berjaya tarik perhatian kau? Hm~?
Deomena: Kau nak aku baling bukit dekat kau ke apa?
Iragan: Hahahahaha! Sabar! Aku bergurau je!
Deomena: *sigh* BoBoiBoy dan kawan-kawan dia. Yaya,Ying,Gopal dan Fang.
Iragan: Oh~ Itu ke nama mereka? Apa jadi sebenarnya?
Deomena: Takde apa. Kau tahukan naga hitam yang kita bincangkan sebelum ni?
Iragan: *nod*
Deomena: BoBoiBoy kalahkan dia dengan sekali serangan. Seorang diri.
Iragan: Woah! Hebatlah! Aku nak pergi-
Deomena: Kau tak payah pergi jumpa mereka! Mana kau bukannya sikit! Kalau manusia di sana mati sebab kau macam mana?!
Iragan: Alah...!!!! Aku tahulah nak kawal mana aku! Bukannya aku pergi lawan Dragon Butcher pun!!
Barrala: Oh ya? Habis hutan kat sana tu dah jadi tanah gersang sebab apa?
Iragan: Err.....
Deomena: Kau tak boleh pergi jumpa mereka. Tak keseorangan.
Iragan: Fuh~!
Deomena: Kau kena bawak aku,Barrala atau Gramus kalau nak pergi.
Iragan: Kalau macam tu mari kita pergi!!
Deomena: Bukan hari ni,bengap!
Iragan: *pout* Tch..!!
SKIP TIME
Deomena terbang di udara,melepasi sempadan kerajaan Naldadema dan pergi sebuah gunung terletak jauh di dalam hutan. Dia mendarat dan bertukar menjadi manusia.
Deomena: Jadi di sinilah tempat yang Barrala cakap tu.
Deomena dapat hidu mana yang ada di situ. Dia dapati banyak raksasa dah tiada di habitat asal mereka.
Deomena: "Apa yang jadi di sini?"
Deomena menggunakan matanya dan lihat keadaan di sekelilingnya. Dia dapat lihat aliran mana yang tak dapati dilihat orang lain. Kelihatan seperti mana di sekitarnya mengalir bagaikan sungai menuju ke suatu tempat.
Deomena: Hm.....
Deomena berlari ikut arah aliran mana. Dia berhenti dan nampak ada sekumpulan manusia bersama mesin yang digunakan untuk menyerap mana di hutan,menjaga mesin itu dengan ketat.
Deomena: Mesti sebab mesin tu. Baiklah...
Deomena menarik nafas perlahan-lahan dan hembus. Serpihan kristal terhasil dari hembusan nafasnya dan memusnahkan kawasan manusia tu berada bersama mesin mereka.
Deomena: Dah. Masa untuk balik.
Deomena terbang meninggalkan hutan tu dan kembali ke Lembah Naga.
Deomena: "Kenapa mereka sedut mana di hutan tu? Apa yang mereka nak buat dengan mana tu semua?"
Tiba-tiba,Deomena terdengar suara dalam kepalanya.
Gramus: "Deomena! Kau kat mana?"
Deomena: "Aku dalam perjalanan balik dari Naldadema. Kenapa?"
Gramus: "Kita kena berkumpul sekarang! Ada sekumpulan naga dihapuskan di barat Gahanaka!!"
Deomena: "Barat Gahanaka?"
Gramus: "Ya! Balik sekarang!!"
Deomena: "Baiklah!!"
Deomena terbang dengan lebih pantas menuju ke Lembah Naga.
SKIP TIME
Deomena tiba di Lembah Naga dan sertai Drago Rex lain. Kelihatan semua naga berkumpul di hadapan mereka untuk membincangkan isu naga dari Lembah Naga yang dihapuskan.
Gramus: Beberapa jam yang lepas, ada sekumpulan naga di barat Gahanaka dihapuskan! Kami percaya ia kerja Dragon Butcher!!
Deomena: Kita ada bukti ke yang dia yang hapuskan mereka?
Gramus: Tengok sendiri!
Gramus hulurkan tangan ke hadapan dan buka. Ada sayap naga terputus bersama kaki naga yang rabak di tapak tangannya.
Gramus: Kalau bukan Dragon Butcher siapa lagi?!?
Deomena: "Mungkin BoBoiBoy dan kawan-kawan dia...."
Iragan: Apa kita nak buat sekarang? Nak pergi ke Rivanoa dan serang mereka?
Deomena: Tak! Kita akan hantar beberapa naga muda untuk siasat perkara ni sebagai manusia! Kamu semua,jangan sesekali masuk campur dalam hal ni! Atau keadaan akan jadi lebih buruk!!
Barrala: Macam mana dengan manusia yang kau sibuk hendap tu?
Iragan: Ooh~!
Deomena: Tunggu aku baling bukit dekat korang. Mereka tak ada kaitan dengan hal ni. Saya boleh jamin, BoBoiBoy dan kawan-kawan dia takde kaitan langsung.
Gramus: Hmm.....baiklah kalau kau cakap macam tu.
Selepas itu,Drago Rex berkumpul dan berbincang sesama mereka tentang kejadian yang menimpa naga di barat Gahanaka.
Gramus: Betul ke manusia tu takde kaitan dalam hal ni?
Deomena: Ya. Dari apa yang aku lihat, mereka sekarang tengah bina rumah mereka.
Barrala: Rumah?
Deomena keluarkan bola kristal dan tunjukkan pada mereka. Bola kristal menunjukkan Gopal,Ying dan Yaya yang tengah gali tanah manakala BoBoiBoy dan Fang masak makan tengahari.
Iragan: Apakah....
Gramus: Hm? Rumah apa macam tu? Aku tak pernah tengok rumah macam tu sebelum ni.
Barrala: Dan bahagian dalam rumah mereka.....nampak pelik.
???: Hmm.....menarik jugak mereka ni....
Deomena: Kau pun tertarik dengan mereka Kaxelis?
Kaxelis,salah satu Drago Rex yang jarang cakap dan lebih suka menyendiri. Kaxelis memandang BoBoiBoy dan dia tersenyum lebar.
Kaxelis: Manusia dengan topi jingga tu,siapa nama dia?
Deomena: BoBoiBoy.
Kaxelis: BoBoiBoy ya....
Deomena: Kenapa?
Kaxelis: Takde apa. Saja tanya.
Iragan: Kenapa kita tak pergi jumpa je mereka dan tanya? Kan lagi senang dari duduk tak buat apa?
Gramus: Hmm....kalau boleh dah lama kita pergi. Masalahnya,mana kita terlalu kuat untuk manusia biasa. Silap sikit,mereka boleh mati.
Iragan: Aaaaah! Apa kita nak buat?!?
Barrala: Kita boleh je panggil mereka ke sini.
Deomena: Ke Lembah Naga? Kau tahukan Rivanoa dengan Lembah Naga jauh?
Barrala: Kau boleh pergi ambil diorang dan terbang balik ke sini.
Deomena: Hm.....betul jugak tu....
Gramus: Kalau seorang dari kita yang pergi,rasanya takde masalah.
Kaxelis: Bagus! Aku nak jumpa manusia BoBoiBoy ni dulu!
Tanpa mereka sedar,Iragan pergi dari situ senyap-senyap dan terbang pergi. Dia terbang menuju ke Rivanoa sementara Drago Rex yang lain masih berbincang.
Iragan: Haha! Aku akan jumpa mereka dulu!!
SKIP TIME
Yaya apungkan ketulan batu dan letak di tepi. Dia masukkan paip besi ke dalam tanah dan Ying ketatkan skru pada paip tu dan periksa tekanan air.
Ying: Hm......tekanan air nampaknya normal. Takde masalah kebocoran pun.
Yaya: Baguslah kalau macam tu. Tak sia-sia kita berjaga malam siapkan paip ni.
Ying: Yalor! Dapat jugak kita mandi air panas!
Yaya: Dalam tab mandi yang luas!
Y&Y: Yeay!!!
BoBoiBoy berjalan keluar dengan apron oren corak polkadot. Dia memandang paip yang berada dalam tanah dan mereka berdua yang comot dengan kesan tanah.
BoBoiBoy: Korang berdua dah lama buat kerja ni. Rehatlah.
Yaya: Takpe BoBoiBoy. Sikit je lagi, lepas tu kami berhenti.
BoBoiBoy: Hm. Asalkan korang puas. Eh?
BoBoiBoy terdengar bunyi jeritan dari arah bandar. Kelihatan orang ramai menjerit dan melarikan diri dari pintu masuk bandar.
BoBoiBoy: Ada masalah!!
Yaya terbang ke arah bandar untuk lihat apa yang berlaku. Dia nampak seorang budak kecik berjalan masuk ke dalam bandar dan berlari menuju ke arah rumah mereka.
Yaya: Budak kecik?
Yaya mendarat dan beritahu apa yang dia nampak di bandar.
BoBoiBoy: Ada budak lari datang ke sini....pelik....
Ying: Kenapa budak tu datang sini? Dia nak tengok rumah kita ke?
Yaya: Rasanya....
Iragan tiba di hadapan rumah BoBoiBoy dan kawan-kawan. Dia teruja melihat rumah yang tak pernah dilihatnya yang agak berbeza dengan rumah biasa.
Iragan: Wah! Cantik jugak rumah ni! Macam mana diorang bina rumah ni?
Yaya: Tu! Itu dia budak tu!
Mereka bertiga memandang satu sama lain dan periksa status dia.
Drago Rex Iragan
Bangsa: Undead Dragon Lord
Status: {Pemerintah Lembah Naga}
Magik:
[Nafas Naga]
[Leluhur Naga]
[Konduktor Magik]
Senjata:
Primordial Necromancy Staff(SS)
Encroaching Night Eye(SS)