Zack mengeluarkan kamera yang digunakan sebentar tadi. Beberapa foto dibelek satu persatu.
Jarinya terhenti pada satu gambar yang menarik perhatiannya. Lama matanya memerhati gambar tersebut. Mungkin ada sesuatu yang boleh memberi maklumat pada mereka.
Gambar tersebut menunjukkan view diatas meja yang tertampal satu kertas. Kertas yang menunjukkan pelbagai gambar peralatan dan nama peralatan tersebut.
Dibahagian bawah sekali kertas itu, tertulis dengan jelas satu laman web.
" Guys, aku jumpa sesuatu " Zack menunjukkan kepada mereka foto tersebut.
" Kau tunjuk apa ni ? Aku tahu lah tu lab equipment. Kau tunjuk ni kenapa ? " Zack belum bersuara, Evans sudah menyampuk.
" Ish ! Jangan menyampuk boleh ? " sempat Zack memarahinya.
" Kenapa Zack ? " tanya Faevio dengan penuh kesantunan.
" Cuba tengok kat bawah gambar ni. Ada satu laman web. Mungkin pasal lab ni "
Gambar berkenaan di zoom in supaya nampak dengan lebih jelas.
www.inventionallab/47eks.com.my
Tulisan tersebut jelas dan tertera pada gambar. Kini giliran Faevio pula membuka laptopnya untuk membuat research tentang lab berkenaan. Tidak lama kemudian laman web tersebut mengeluarkan sesuatu.
Carta organisasi dan beberapa folder dinyatakan pada ruang utama laman web itu. Namun carta organisasi tersebut sudah dikosongkan.
Folder yang tertulis 47IL itu hanya ada satu laporan bertulis mengenai projek eksperiment ke 47.
Laman web itu juga nampak seperti sudah lama tidak dikemaskini sejak 10 tahun yang lalu.
" Takde apa apa pun dalam ni " kata Evans dengan nada bosan.
" Sebab takda apa apalah something wrong somewhere " Xylon berpeluk tubuh memandangnya.
" Maksud kau ? " soal Zack yang masih blur memandang carta organisasi kosong itu.
" Cuba kau fikir, kenapa carta organisasi ni kosong dan semua tentang lab ni tak ada dalam laman web ni " kata Faevio pula.
Mungkin dia mempunyai fikiran yang sama dengan Xylon.
" Informasi tentang tempat yang pernah beroperasi sepatutnya takperlu dipadamkan pun.. Ada laman web sendiri tapi takda apa yang dipamerkan ? Tak pelik ke ? " sambung Xylon.
" Dan lokasi lab tu pun macam tersembunyi. Macam ada sesuatu yang disorokkan " sarkastik suara Faevio menjawab seolah seorang detektif.
" Wow ! Hebatnya gabungan leader dan hacker " Evans memandang Zack.
" Ingatkan silent killer je, rupanya ada vibes detective conan jugak " Zack bertepuk tangan memandang mereka berdua dengan rasa kagum.
" Dah, pergi buat kerja. Aku nak pergi tido. Penat aku layan korang ni " Faevio mula melangkah keluar dari bilik itu.
" Ehh aku pun nak tido jugak. Penat belasah orang tadi " Zack juga mengikutinya dari belakang.
" Rishh ! " laungan itu bergema di foyer jabatan kolej mereka.
Suara yang sangat dikenali.
Rish berpaling pada suara itu. Mel sedang berlari anak ke arahnya. Setelah sekian lama dia berdiri disitu menunggu sahabatnya.
" Akhirnyaa.. Sampai jugak " kata Rish dengan penuh sopan.
" Hehe sorry lewat sikit. Macam mana tangan kau ? Dah okey ? " Tanya Mel dengan rasa prihatin.
" Okey dah sikit. Kelas cancel. Kita nak pergi mana ? "
" Cafe nak ? Taknak ke cerita dekat aku sape yang selamatkan kau tu "
" Nanti lah "
" Janji tau ! "
" Kalau aku cerita nanti jangan kau terkejut pulak "
Ayat Rish membuatkan dahinya berkerut. Semakin curious dengan apa yang terjadi terhadap sahabatnya itu.
" Hi korang " tegur Ken sambil tangan melambai ke arah mereka berdua. Dua lelaki dibelakangnya hanya membatu.
" Hii ! " dengan bersemangat Mel menyahut.
" Nak pergi mana ? " Tanya Ken.
" Nak pergi LN Cafe, situ je best melepak " jawab Mel teruja.
" Oh yeke.. Saya nak beli air jugak ni.. Kami ikut boleh ? "
Dengar sahaja perkataan Kami, mereka berdua dibelakangnya memandang sesama sendiri.
Kenapa perlu libatkan mereka sekali ?
Aleeq dan Leon sudah menahan rasa dibelakang. Mungkin sudah bersedia untuk menyepak lelaki itu dari belakang.
" Kau ajelah pergi, kitorang ada kerja lah " bantah Aleeq tak puas hati.
" Menipulah kau ada kerja, Ikut ajelah.. Kita pergi minum, aku belanja "
" Aa kalau yang tu aku setuju, dah jom ! " kata Leon pula, bila orang belanja laju aje bersetuju.
Setelah memesan air di kaunter, mereka mengambil tempat duduk disudut rak bacaan. Masing masing memandang muka sesama sendiri.
Awkward.
" Err.. Kau cakap kau ada cerita tadi kan ? " Mel memandang Rish dengan senyum misteri di bibir.
" Cerita apa ? Eh tangan awak okey ke ? " Tanya Ken prihatin. Mata memandang lengan Rish yang berbalut bandages.
" Aaa cerita pasal kejadian tangan dia lah " Rish yang ditanya, Mel yang menjawab.
Selepas mendengar kata kata Mel, mereka semua memandang Rish supaya menceritakan kejadian sebenarnya.
" Saya hampir kena langgar haritu, lepastu ada seorang lelaki yang selamatkan saya, orang yang sama selamatkan saya dulu "
Mereka berempat hanya mengangguk faham.
" Lepastu, laki tu bawa saya balik rumah dia. Ada doktor yang rawat saya kat situ. Dia dan kawan kawan dia yang tolong saya dalam diam selama ni "
Meluas mata Mel mendengar luahan sahabatnya.
" Laki yang pakai topeng lepastu pakai motor kat mall dulu ? " Tanya Mel yang masih tak percaya apa yang didengari.
Mungkin dia masih ingat dengan lelaki yang menyelamatkannya dahulu.
" Awak cam muka mereka ? Mereka ada buat apa apa kat awak ? " Tanya Leon setelah lama berdiam diri.
" Mereka tolong saya dan hantar saya balik dengan selamat, saya takdapat cam muka mereka sebab mereka semua pakai topeng "
Rish memandang Aleeq yang memeluk tubuh bersandar pada kerusi. Gaya lelaki itu nampak spontan dan santai. Seperti tiada apa apa yang berlaku disekelilingnya.
" Aleeq "
Lelaki itu memandangnya dengan muka ingin tahu selepas namanya diseru.
" Awak kenal Faevio ? "
Pertanyaan Rish yang mengejut itu membuatkan mereka memandang Aleeq. Muka Aleeq tidak beriak apabila ditanya soalan itu.
" Sape Faevio ? " Tanya Mel.
" Laki yang selamatkan aku tu " jawab Rish dengan mata masih memandang Aleeq.
Aleeq hanya menjongket bahunya sekali.
Rish memandangnya dengan dahi berkerut. Reaksi lelaki ini sama seperti Faevio apabila ditanya soalan yang sama.
" Saya ni nampak macam kenal dia ke ? " jawabnya selamba kerana gadis itu masih memandangnya.
" Habistu, macam mana awak tahu kita diekori masa tu ? Dan.. Awak bagi saya warning masa kat dalam kereta. Seolah ada yang menyuruh awak lindungi saya "
" Just listen to me, awak akan tahu bila tiba masa nya. Ni ayat awak dulu. Awak macam tahu sesuatu " sambung Rish.
Dia sudah mula curiga dengan lelaki ini.
Muka Mel juga nampak makin keliru. Dia hanya terkebil kebil disisi Rish mendengar kata kata gadis itu.
Leon dan Ken juga memandangnya. Apa agaknya lelaki ini akan jawab.
" Saya yang drive masa tu, saya tahulah kita diekori " kata Aleeq dengan yakin.
Walaupun dirinya tidak sangka dapat soalan mati akal dari gadis ini, dia cuba untuk tutup rasa gugup.
" Tak lama lagi kita nak cuti midsem, korang ada rancangan apa apa tak ? " tanya Ken yang cuba menukar topik. Dia tahu Aleeq tidak dapat menjawab soalan KBAT itu.
" Err saya dengan family ada pergi vacation kat Sabah " kata Mel teruja.
" Cuti ni saya nak cari mereka balik " kata Rish secara tiba tiba.
" Siapa ? " Tanya Leon ingin tahu.
" 4 Jejaka bertopeng "