" Abang " tegur Hayfa sambil tangannya menghulurkan segelas air kepada Rizwan yang sedang duduk di birai katil. Amarah lelaki itu masih belum hilang.
Rizwan meneguk air kosong yang dihulurkan Hayfa. Dia masih berbaju istiadat selesai majlis tadi.
" Abang okay? " soal Hayfa.
" Awak rasa saya okay ke? Kakak dengan abah saya hampir hilang nyawa tau "
Hayfa sedikit terkejut apabila Rizwan melepaskan marah kepadanya. Hayfa mengurut perlahan lengan Rizwan menenangkan lelaki itu.
" Kak Hanis macam mana? " soal Rizwan kepada Hayfa pula.
" Tengah rehat dalam bilik " jawab Hayfa perlahan. Rizwan memicit sekejap pelipisnya sebelum berpusing memandang Hayfa.
" Sorry. Saya marah awak pula " ucap Rizwan. Hayfa tersenyum dan menggeleng. Dia juga terkejut akan kejadian siang tadi selepas majlis mereka selesai.
" Abang nak keluar sekejap " kata Rizwan lalu bangkit dari duduknya.
" Abang nak pergi mana? " soal Hayfa risau. Dia juga berdiri. Risau pula kot suaminya itu naik angin tah dekat siapa.
" Abang nak pergi kem sekejap "
" Mandilah dulu. Lepastu baru pergi "
Rizwan memandang Hayfa. Redup sahaja. Dadanya berombak kencang. Menahan amarah sedari tadi. Hayfa memeluk pinggang Rizwan. Menenangkan lelaki itu.
" Siapkan baju abang. Abang mandi sekejap " kata Rizwan. Suaranya dingin tetapi Hayfa senyum. Rizwan terus mengambil tuala lalu meloloskan diri dalam bilik air. Hayfa mengeluarkan baju t-shirt dan seluar slack lalu diletakkan di atas katil.
Selesai mandi, Rizwan memakai baju yang telah disiapkan oleh Hayfa. Kemudian dia mengambil kunci motornya yang dibawa ke rumah Hanis oleh sepupunya Emir.
" Abang, hati-hati " pesan Hayfa. Rizwan tersenyum lalu menghulurkan tangannya kepada Hayfa. Hayfa menyambut tangan itu lalu diciumnya. Selepas itu, baru Rizwan keluar dari bilik bersama Hayfa menuju ke bilik Hanis melihat keadaan kakaknya yang sedang berbaring dalam pelukan Zakri. Dipujuk oleh si suami.
" Hanis macam mana? " soal Fattah yang masih berbaju istiadat itu. Rizwan melepaskan nafas berat.
" Zack tengah tenangkan dia " jawab Rizwan perlahan. Fattah juga mengeluh perlahan. Dia menyuruh Ariana masuk menenangkan Hanis. Rizwan juga menyuruh isterinya memujuk Hanis juga. Ariana dan Hayfa mengetuk pintu perlahan dan masuk setelah Zakri membenarkan.
" Aku dah agak dah sejak rehearsal semalam. Adam memang dah aim dia lah sial " rengus Fattah geram. Rizwan juga menggenggam penumbuk.
" Ni kau nak pergi mana? " soal Fattah apabila melihat kunci motor di tangan Rizwan.
" Aku nak pergi kem sekejap "
" Aku ikut "
Rizwan dan Fattah memandang Zakri yang sedang berdiri di belakang Rizwan dengan wajah tegang.
" Akak macam mana? " soal Rizwan. Fattah juga bersungguh-sungguh memandang Zakri.
" Dah okay sikit. Dia tengah tenangkan diri dia " jawab Zakri.
" Komander? " soal Fattah pula.
" Balik kem " jawab Zakri. Zakri kembali masuk ke bilik semula untuk mengambil kunci motor juga lalu turun ke bawah.
" Along " panggil Badrul. Zakri memandang sahaja Badrul dan Zafirah yang datang mendekatinya.
" Kak Hanis macam mana long? " soal Zafirah risau. Zakri tidak menjawab dan sekadar merenung ibunya lama. Syuhada sedikit pun tidak memandang wajah bengis Zakri. Dia sekadar memandang lantai. Di sisinya ada Hawa.
" Ibu, along nak ke kem. Balik nanti along nak berbincang "
Zakri terus melangkah keluar menghidupkan enjin motornya sebelum memecut laju menuju ke kem sungai besi. Rizwan dan Fattah juga menyusul ke sana juga.
" Mirah? Kau nak apa-apa tak? " soal Ariana. Hanis menggeleng.
" Abah aku mana? " soal Hanis.
" Dia dekat kem. Kau okay tak ni? Nak pergi hospital? " jawab Ariana. Sekali lagi Hanis menggeleng.
" Akak, cuba akan cerita dekat kitorang, apa yang akak ingat masa tu? " Hayfa cuba mengumpan Hanis untuk bercerita. Hanis memicit pelipisnya sedikit dan bangun dari baringnya. Dia duduk bersandar di kepala katil.
Hanis cuba mengingati namun kepalanya sakit. Ariana menahannya.
" Takpe. Kalau tak ingat, kau rehat dulu. Kepala kau sakit ni. Panadol kau letak mana? " Ariana menyuruh Hanis baring semula. Hayfa pula membantu mengurut kepala Hanis.
" Zack mana? " Ariana dan Hayfa berpandangan antara satu sama lain sebelum menjawab soalan Hanis.
" Dia pergi kem. Fattah dengan Rizwan pun pergi sekali " Ariana memegang lengan Hanis.
" Abah aku? "
" Pun dekat kem "
Hanis melepaskan nafas berat. Dia cuba memejamkan matanya. Ariana dan Hayfa membawa diri keluar dari bilik Hanis membiarkan Hanis berehat. Hanis membuka matanya semula memandang siling. Tangannya bergerak ke atas perut sebelum diusap perlahan.
Ya Allah, selamatkanlah anak dalam kandunganku ini. Lindungilah dia. Semoga bila dia lahir, jadikanlah dia seorang yang kuat sebagaimana dia kuat bertahan untuk lahir ke muka bumi ini.
---------------------
Kakinya melangkah mendekati katil di mana isterinya sedang berehat. Punggung dilabuhkan di birai katil sebelah isterinya. Tangan membawa ke atas kepala wanita itu lalu mengelus perlahan rambut hitam yang lembut lurus itu.
" Erm bila awak balik? " soal wanita itu.
" Baru je. Awak dah makan? " balasnya.
" Belum. Awak? " Hanis bangun dari baringnya dan duduk bersandar di kepala katil. Zakri menggeleng. Fikirannya penat. Matanya memandang isteri yang sedang merenungnya. Wajah Hanis kelihatan sedikit pucat.
" Jom turun makan " ajak Zakri. Hanis tidak menjawab.
" Mama ada bawa nasi minyak kenduri tadi dekat bawah. Jom jamah sikit " Zakri meraih tangan Hanis lalu dikucupnya lembut.
" Abah macam mana? " sedari tadi Hanis risau akan keadaan Malik. Dia juga perlukan penjelasan.
" Abah dengan ibu dah balik Bangi dah "
" Abah Malik lah! " terus tangan Hanis mencubit pinggang Zakri. Orang tanya lain, dia jawab lain. Dijelingnya suami apabila lelaki itu gelak.
" Abah ada dekat bawah. Alhamdulillah abah takde apa-apa " Zakri tersenyum apabila berjaya membuat isteri ada mood sedikit walaupun pinggangnya menjadi mangsa. Hanis menghadiahkan pula jelingan tajam kepadanya.
" Dah jom turun " Zakri menarik lengan Hanis membantu wanita itu bangun. Kemudian mereka turun bersama ke bawah. Mata Hanis mencari Malik.
" Abah! Abah okay tak? " soal Hanis lalu berlari mendekati Malik yang sedang duduk di meja makan rumahnya itu. Malik mengangguk.
" Abah okay " balas Malik sepatah. Wajahnya langsung tak berekspresi dan tidak memandang Hanis langsung.
Hanis kemudiannya mengambil tempat duduk sebelah Malik. Zakri pula duduk di sebelah Hanis. Mereka menjamah makanan.
" Rizwan, lepas ni nak tinggal mana? " soal Malik. Dia sedang duduk di ruang tamu sambil diurut badan oleh Hawa selepas makan.
" Wan tengah proses nak beli rumah. Buat sementara, tinggal dekat rumah akak ni dulu. Zack pun bagi " jawab Rizwan. Malik memandang Zakri dan Zakri mengangguk.
" Wan beli rumah dekat mana? " soal Malik lagi.
" Kawasan taman depan tu. Bukan apa, dekat sikit dengan kem " jawab Rizwan kemudiannya menghirup air kopi yang dibuat oleh Hanis.
" Wan, abah nak pesan sikit ni " Malik memandang ke dapur, Hanis dan Hayfa sedang berbual bersama.
" Hayfa tu muda lagi. Jangan bagi expectation tinggi sangat pada dia. Kesian pada dia. Wan tu lagi tua dari dia. Wan lebih matang. Fikir rasional sebelum buat apa-apa keputusan. Fikir juga perasaan dia " nasihat Malik. Rizwan melepaskan nafas berat. Macam tak percaya, dia kini sudah menjadi suami seseorang.
" Ni, Dato Megat dengan Firdaus kirim salam " mendengarkan itu, terus Rizwan memutarkan bebola matanya. Menyampah pula dengar nama itu. Dalam hati, jawab juga salam yang dikirim itu.
" Abah " Malik memandang ke arah Zakri yang menyerunya.
" Saya nak naik atas dulu " kata Zakri. Malik mengangguk. Matanya menghantar Zakri yang melangkah naik ke atas. Banyak perkara yang Zakri simpan.
" Hanis " seru Malik pula. Hanis memandang Malik.
" Pergi naik. Zakri dah naik dah tu " Hanis mengangguk mendengar arahan Malik lalu melangkah juga naik ke atas. Hayfa pula menyertai mereka di ruang tamu.
Hanis menolak pintu bilik dan melihat Zakri yang sedang membuka bajunya sebelum melangkah untuk baring di atas katil. Kemudian Zakri perasan Hanis yang baru masuk ke dalam bilik itu.
" Dear " tegur Zakri. Hanis duduk di atas katil di sebelah Zakri yang sedang baring. Zakri membuka tv.
" Awak "
Tiada jawapan dari Zakri.
" Awak "
Tetap tiada jawapan dari Zakri.
" Abi "
" Ye "
Hanis sudah membuat muka pada Zakri. Mengada betul.
" Saja je kan " marah Hanis geram. Zakri tersengih-sengih.
" Kenapa? " soal Zakri.
" Saya nak bagitahu awak " Zakri menunggu sahaja ayat seterusnya daripada Hanis.
" Pasal apa yang jadi siang tadi. Saya rasa mungkin boleh bantu awak " Zakri terus duduk menghadap Hanis. Meraih tangan si isteri untuk meneruskan cerita. Hanis menarik nafas dalam sebelum membuka mulut untuk bercerita.
Zakri memeluk Hanis sekejap. Memberi kekuatan.
" Sebenarnya, masa tu memang Adam ada panggil saya keluar. Dia kata ada tetamu nak jumpa keluarga pengantin. Kebetulan masa tu mama dengan abah sibuk sebab dah nak balik kan. Saya pun ikut lah dia, nak tengok siapa. Sampai dekat tangga nak turun dari dewan tu, saya rasa macam kena tolak "
Zakri menggenggam tangan Hanis.
" Saya sempat paut pada something. Saya sempat tengok belakang, rupanya abah. Lepastu abah tolong saya bangun. Lepas saya dah berdiri sendiri, abah kena ambush dari belakang dan hampir jatuh. Baru je saya nak tolong abah, saya pun rasa macam kena pukul dari belakang. Lepas dari kena pukul tu, saya terus tak rasa apa-apa "
Zakri melepaskan nafas berat.
" Saya minta maaf. Sepatutnya saya ajak awak keluar sekali tapi saya... "
" Dah dah. Benda dah jadi. Sekarang ni benda yang penting, keselamatan awak " Zakri menenangkan isterinya.
" Saya ingat, masa saya kena tolak tu, saya rasa cincin. Cincin tu dekat jari telunjuk "
" Saya dah tahu siapa. Sekarang ni yang penting, saya risaukan keselamatan dan kesihatan awak. Saya sayang awak sayang "
Hanis memandang mata Zakri.
" Awak sayang saya kan? " Hanis memegang kuat lengan Zakri. Zakri mengangguk bersungguh-sungguh. Sudah tentu. Dia terlalu sayang dengan wanita itu. Terlalu mencintai hingga tahap dia tak sanggup untuk melepaskan wanita itu. Jika benar wanita itu ingin pergi, dengan jiwa-jiwanya sekali akan pergi.
" Kalau awak sayang saya, tolong cerita pada saya. Apa kaitan saya dengan semua yang jadi ni? "
Zakri mengeluh memandang lantai.
" Awak, bagitahu saya. Please. Kenapa semua ni berlaku? Ada kaitan ke dengan perkahwinan kita? " soal Hanis lagi. Mendesak Zakri untuk bersuara.
" Sayang, saya.. "
" Tolonglah explain kenapa semua ni jadi pada saya. Kenapa? " soal Hanis lagi merayu meminta dijelaskan semua.
" Sayang, saya minta maaf. Saya tak boleh nak beritahu awak. Saya betul-betul minta maaf "
Zakri mencium tangan Hanis. Hanis kemudiannya menarik tangannya.
" Awak tipu "
Zakri memandang Hanis yang sedang memandangnya tajam.
" Awak tipu saya "
" Apa yang saya tipu awak? "
Zakri terpinga-pinga. Tidak faham akan tuduhan oleh Hanis.
" Awak kata awak jujur dengan saya. Tapi awak tipu! "
" Dear, saya... "
" Enough with all your dear or sayang, abang!! "
Zakri terpempan sendiri. Kenapa dengan awak ni, sayang?
" Kenapa ibu boleh ada dekat situ? " soal Hanis. Zakri terkejut.
" Kenapa ibu boleh ada dekat situ?!! "
" Sayang... "
" Saya nak tanya awak, kenapa awak kahwin dengan saya? "
Zakri terdiam. Kenapa soalan ini pula yang terbangkit? Otak sudah betul-betul pening.
" Ibu cuba nak bunuh saya kan? "
Terjegil mata Zakri mendengar tuduhan daripada mulut Hanis.
" Ibu memang tak suka saya! Ibu taknak pun saya kahwin dengan awak! Sebabtu Intan tolak saya, cuba nak bunuh saya. Sebab nakkan saya pergi dari hidup awak!! "
" Hanis Amirah! " kini Zakri pula yang menaikkan suaranya. Hanis sedikit gerun dengan keadaan Zakri sekarang tetapi diberanikan diri juga.
" Jangan awak tuduh ibu saya yang bukan-bukan. Dia ibu saya, yang melahirkan saya " keras suara Zakri tegas memberi amaran.
" Saya tak tuduh! Saya sendiri yang rasa. Layanan dia macam mana pada saya. Layanan neraka! Semua saya yang rasa! Awak tak pernah ada, masa saya kena marah, kena hina, kena caci, kena keji dengan ibu! Memang dari dulu lagi orang tua tu tak suka pada saya! "
Dada Zakri semakin kuat berombak.
" Kena lempang, sudah! Kena pukul pun sudah! Tapi saya senyap je!! "
" Dia tuduh saya macam-macam!!! Saya betina tak ada maruah? Saya jual diri saya pada awak? Saya anak luar nikah? Saya pembawa malang? Semua benda ni, keluar dari mulut puaka ibu awak!! "
" Hanis!! "
Pangg!!
Terteleng kepala Hanis ke kanan. Hanis memegang pipinya yang merah akibat dilempang oleh Zakri. Zakri terkejut sendiri. Tak percaya dengan apa yang dia dah buat pada isterinya sendiri.
Air mata Hanis, laju mengalir. Hanis memusingkan kepalanya memandang Zakri semula.
" Sayang..., abang.... "
Hanis menarik nafas dalam.
" Terima kasih... " ucap Hanis perlahan. Suaranya bergetar. Zakri mendekati Hanis dan cuba meraih lengan Hanis namun Hanis lebih cepat menjauhkan dirinya.
" Terima kasih, sebab sedarkan saya. Saya sedar, siapa saya dalam hidup awak "
" Sayanggg " Zakri meramas rambutnya ganas. Dia cuba lagi untuk mendekati Hanis tetapi Hanis yang menjauhinya.
" Saya sedar, saya cuma perempuan hina yang layak dicaci maki oleh ibu awak "
Zakri meraup wajahnya. Air mata lelakinya jatuh.
" Saya minta izin, nak balik rumah abah " ucap Hanis lalu menyarungkan tudung sarung. Dia mengambil kunci kereta dan beg duitnya sebelum berlari turun ke bawah. Zakri mengejar isterinya.
" Kak, aku- " Rizwan tak sempat nak habiskan ayatnya apabila Hanis laju melintasinya dan keluar dari rumah. Menghidupkan enjin kereta volvonya sebelum laju memecut meninggalkan rumah agam atas bukit itu.
Zakri tak sempat nak mengejar Hanis yang sudah memecut laju meninggalkannya itu. Dia terjatuh melutut di tengah-tengah perkarangan rumah.
" Zakri, kenapa ni? " soal Malik. Zakri meraup wajahnya. Air matanya masih tak henti mengalir. Dia melihat tangan kanannya. Tangan itulah yang hinggap mengasari pipi Kapten Hanis. Isterinya.
" Zack, kenapa ni? " soal Rizwan juga risau.
" Abah, Hanis ada kunci rumah abah? " soal Zakri kepada Malik.
" Ada " balas Malik.
" Bagi saya kunci rumah abah. Malam ni, abah dengan mama, tidurlah sini. Saya dengan Hanis tidur dekat rumah abah " pinta Zakri. Malik terpinga-pinga tak faham. Zakri meminta kunci daripada Malik. Malik mengeluarkan kunci dari poket seluarnya lalu diberikan kepada Zakri.
" Saya tidur rumah abah ye " beritahu Zakri sebelum melangkah masuk ke dalam kereta Audi RS7nya dan memandu keluar dari rumahnya menuju ke rumah Malik. Malik dan Zakri berpandangan antara satu sama lain.