Faer mengerling jam tangan yang berlilit kemas dipergelangan tangan kirinya itu.Tidak lama kemudian, matanya di halakan pula ke skrin telefon bimbit.
Sama seperti tadi, gelap!
Jam sudah menginjak keangka tujuh, Elyana masih belum lagi mengirimkan apa - apa pesanan kepadanya.Sudah dua jam berlalu sejak Elyana meminta izin daripadanya.Takkan gadis itu belum pulang - pulang lagi? Jauh sangat ke kedai yang dia pergi tu? Bukan kat simpang perumahan mereka je ke?
Entah mengapa, hatinya tiba - tiba saja menjadi gusar.Fikiran menjadi kacau.
"Bos, bos pasti ke tak nak tangguh meeting ni pergi esok? Bos memang nak sambung terus ke hari ni?"tanya Irdina yang duduk didepan Faer itu.Pada ketika itu, mereka sudahpun duduk menunggu didalam restoran hotel lima bintang untuk perjumpaan mesyuarat yang seterusnya bersama wakil syarikat Lucky Holding.
Sejujurnya, dia juga sudah terlalu penat untuk meneruskan meeting itu.Bayang kan, satu hari ini saja, sudah lima perjumpaan yang mereka hadiri.Tak apa lah kalau mesyuarat tu semuanya diadakan disyarikat mereka sendiri.Tapi tak, setiap mesyuarat pasti akan bertukar tempat.Mahu putus kakinya berjalan sana sini dengan heels tiga inci itu.Belum lagi cerita dengan make - up nya! Entah sudah berapa kali dia betul kan.Habis berminyak mukanya!
Tapi kalau dia nak merungut pun, siapa lah dia kan? Dia pun hanya pekerja bawahan yang dibayar gaji setiap bulan.
Jadi, terima saja lah..
"Haah...Maybe."balas Faer yang sudah sedikit goyah dengan keputusannya.Dahi nya berkerut seribu.Cuba untuk berfikir perkara - perkara positif tentang Elyana dan menjauhi segala benda negatif.
Irdina memasang raut pelik.Maybe? Apa maksud majikannya itu? Kenapa kata - kata lelaki itu kedengaran tidak yakin dipendengarannya? Bukan dia ke yang berkeras nak habiskan semuanya hari ni juga sebab nak luangkan masa dengan bini dia? Ada apa - apa yang jadi ke?
"Kenapa pula bos kata macam tu?"
Faer memandang Irdina.Namun begitu, fikirannya masih saja menerawang jauh memikirkan isterinya.Riak risau jelas terpasang pada wajahnya.Bercampur - baur dengan riak kepenatannya.
"Aku nak tanya kau something."ujar Faer serius.Tiada secalit pun senyuman pada wajahnya.Badan ditegakkan.
"Apa dia, bos?"soal Irdina dengan dahi yang berkerut hairan.Kenapa dengan bos dia ni? Nak tanya apa? Nak tanya berapa bonus dia nak ke untuk bulan ni?
Faer berdehem.
"Contohnya teman lelaki kau nak pergi jauh dari kau..Lepastu, kau ada pesan untuk chat kau bila dia dah sampai nanti..Tapi dah berapa jam berlalu, dan teman lelaki kau masih lagi belum bagitahu apa - apa..Kau rasa kenapa?"
Irdina menggaru hujung keningnya.
"Em, mungkin telefon dia habis bateri? Ataupun, tempat yang dia pergi tu tak ada line? Or, dia lupa?"jawab Irdina sebaik mungkin.Nanti kalau silap cakap sikit, kena potong pula gajinya! Bercakap dengan bos ni memang tak boleh main - main.Apatahlagi dengan Faer Mahfuz!
Faer diam.Kepala ligat memikirkan kata - kata pekerjanya itu.Habis bateri? Setahu nya, Elyana memang tak suka tengok telefon pintarnya kehabisan bateri.Tiada line? Kawasan perumahan mereka, bukannya dipedalaman.Lupa? Mungkin..
"Oh, ada lagi satu kemungkinan."
Faer memandang wajah Irdina semula.
"Mungkin juga, teman lelaki saya tu tengah hadapi masalah kat sana..Macam kemalangan kecil ke, ataupun besar."ujar Irdina.Setelah dia berfikir lagi, dapat juga dia memikirkan kemungkinan itu.
Walaupun sedikit menakutkan, tetapi kalau Allah dah tetapkan macam mana juga kan? Nasib lah dia single!
"Kemalangan?"sebut Faer perlahan.Dada nya sudah berdebar hebat.Nafas bagai tersekat diruang pernafasan.Takkan lah..
Telefon Faer yang berada dipegangannya itu bergetar menandakan ada seseorang sedang memanggilnya.Panggilan tersebut pantas saja disambutnya sebaik melihat nama si pemanggil.Elyana!
Irdina sekadar menjadi pemerhati.
"Hello, Elyana..Kau baru sampai rumah ke ni? Kau buat apa je sampai dua jam kat kedai tu? Nak borong-"
Faer terhenti berkata - kata apabila telinganya dapat menangkap deru nafas Elyana yang laju dihujung talian itu.Macam baru kena kejar pun ada!
"Awak..Tolong saya.."
"Kau kenapa Elyana? Kau kat mana sekarang ni? Apa yang dah jadi?"kalut Faer bersuara.Dia juga sudah berdiri dengan telefon pintar yang masih melekap pada telinganya.Pandangan dari pelik pelanggan - pelanggan lain yang ada di restoran itu tidak dia hiraukan langsung.
"Awak cepat datang sini.."rayu Elyana tanpa menjawab persoalan Faer.Suara nya juga jelas bergetar ketakutan.
Faer menggenggam buku limanya.
"Tunggu aku."
✪✪
"Nenek berdiri belakang saya."ujar Elyana seraya menarik tangan wanita tua itu agar bersembunyi di balakang tubuhnya.Sejurus selepas itu, pandangan nya dihalakan kewajah lelaki didepan mereka itu.Riak ketakutan pada wajah nya cuba untuk dikawal sebaik mungkin.
"Lebih baik kau tak masuk campur, perempuan! Ini urusan aku dengan nenek aku..Tak ada kena mengena pun sengan kau lah, bodoh!"tempelak lelaki itu dengan bengang sekali.Sesekali dia menggaru kepala serta anggota badan nya yang lain dengan kasar.Sehingga ada yang sampai luka berdarah pun ada!
"Kau ingat aku nak biarkan je ke kau pukul nenek kau ni? Memang tak lah! Cuba kau sedar diri sikit! Bukan sebab kau terdesak sangat nak duit, kau sanggup sakiti nenek kau! Dan duit tu kau nak beli apa? Nak beli dadah tak berfaedah tu kan? Kau gila ke?!"geram pula dia dengan lelaki itu.Sudahlah buang duit beli dadah, menyusahkan neneknya yang menjaga dia sejak kecil pula tu! Memang tak kenang budi!
"ARGH! KAU DIAM!"jerit lelaki itu sekuat hati sambil menarik rambutnya yang sudah kusut - masai tidak terurus itu.
"Nizan, sudah - sudah lah tu nak..Cuba ingat Allah, ingat Allah! Istighfar.."pujuk nenek dibelakang Elyana lembut meski dalam esakannya.Sungguh, dia cukup tidak sampai hati melihat keadaan cucu kesayangannya pada masa itu.Pilu!
Lelaki yang dipanggil Nizan itu merengus kasar.Matanya mencerlung tajam kearah Elyana dan neneknya.Rasa benci jelas terbias pada wajahnya.
"Sekarang ni kau nak bagi aku duit atau tak?"soal Nizan dengan buku lima yang sudah digenggam erat.Sumpah, dia cukup geram pada saat itu.Apatahlagi keinginannya pada dadah sudah meningkat.Sungguh menyiksakannya!
"Nenek tak ada duit, Nizan..Nenek tak tipu kamu..Duit nak beli barang - barang ni pun nenek pinjam dari Husin."kata nenek itu dengan jujur.Memang betul pun apa yang dia katakan itu.Semua duit nya termasuk duit tabungannya sudah habis diambil Nizan membuatkan dia terpaksa meminjam sedikit wang dari jiran tetangganya untuk membeli makanan.Lagipun sudah hampir empat hari perutnya kosong tidak diisi.
Elyana mengusap lengan wanita tua itu.Tanpa sedar, air mata sudahpun berlinangan di tubir matanya.Kasihan mengenangkan kisah hidup nenek itu.
"TIPU! KAU TIPU AKU!"
"Kalau nenek kau cakap tak ada tu, tak ada lah! Susah sangat ke untuk kau nak faham?!"hambur Elyana masih terkawal ayatnya.Kalau diikutkan hatinya yang kian panas, sudah berbakul sumpah - seranah dia lontarkan kepada lelaki tak guna itu.Tapi memandangkan yang nenek lelaki itu turut ada disitu, maka ditahan saja niatnya.Hati wanita itu juga patut dia jaga.Walaupun lelaki itu cukup menyusahkan dunia, tapi dia tetap cucu wanita itu.Dan siapa saja yang sanggup melihat darah dagingnya dimaki kan?
Nizan menampar wajahnya berulang - ulang kali cuba untuk menzahirkan rasa geram dalam hatinya.Tidak lama kemudian, perbuatannya itu terhenti.Wajah Elyana dipandang dengan tajam sekali.
"Kau memang nak kena betina!"jerkah Nizan sebelum berlari laju merapati Elyana.Serpihan botol kaca yang ada diatas jalan raya itu sempat dicapai.
"Ya Allah, Nizan!!"
Tanpa membuang masa, Elyana pantas saja menolak tubuh nenek itu menjauhi dirinya sebelum badan dipusingkan semula menghadap lelaki itu.Rasa takut mulai menguasai diri apabila melihat lelaki itu sudahpun hampir dengannya.
Allahuakbar!
"Rasakan, penyibuk!"tanpa berkira - kira lagi, serpihan botol kaca yang agak lebar dan panjang itu lantas dihumban kearah Elyana.Lengan gadis itu menjadi sasaran.
"Auch!"Elyana menekup hujung lengan nya yang sudah mengeluarkan banyak darah darah itu.Baju yang dia pakai di kawasan itu juga sudah koyak.Air mata mengalir tanpa semena - menanya.Perit!
"Nizan! Sudah lah tu!"larang nenek itu dengan separuh menjerit.Namun seperti biasa, kata - katanya langsung tidak di pedulikan oleh Nizan.Dia tak berdaya!
Nizan ketawa puas.Suka betul dia melihat Elyana yang sudah menggelupur kesakitan itu.Puas hatinya!
"Itu padahnya kalau masuk campur dalam urusan aku!"getus Nizan dengan sisa tawanya.Tidak lama selepas itu, tangan kanannya pula naik, cuba untuk menampar Elyana.Rasa geram dan benci dalam hatinya belum terubat lagi!
Elyana memejamkan mata rapat.Tidak sanggup menyaksikan tangan lelaki itu menyentuh kulit wajahnya.Faer..
"WOI!"
Semua mereka lekas menoleh kearah suara itu.Kelihatan seorang lelaki dengan wajah berangnya sudahpun berlari mendapatkan mereka bertiga.
"Awak!"Ya Allah, syukur Alhamdulillah! Rasa lega mulai menyelinap masuk ke dalam hati Elyana sebaik melihat wajah si suami.Menggantikan rasa takut tadi.
Faer menolak tubuh Elyana untuk berundur sedikit sebelum kolar baju lelaki yang ingin menampar wajah isteri nya itu dicekak kuat.Tanpa menunggu lebih lama, satu tumbukan padu terus dilepaskan pada wajah serabut itu
"Kau siapa bangang?!"marah Nizan! Wajah lelaki dihadapannya itu ditatap tajam.Tak, kenapa semua orang nak sangat masuk campur urusannya ini?!
Dia hanya mahukan duit saja lah!
Faer tidak memedulikan soalan lelaki itu melainkan menghadiahkan satu sepakan kuat pada perut lelaki itu.Setelah itu, rambut lelaki itu pula ditarik kasar.
Sampai menjerit kesakitan lelaki itu dibuatnya!
"Berani kau nak sentuh isteri aku? Kau memang nak kena, shit!"bisik Faer keras ditelinga lelaki itu.Satu tumbukan di berikan lagi pada perut lelaki itu.Rasa marah masih membuak - buak dalam dirinya.Lengan baju disinsing keatas.
Sumpah, ingin saja dia seret wajah cengkung itu diatas jalan raya.Sakit betul hatinya bila mengingatkan yang lelaki itu hampir saja menampar Elyana.
Kau memang cari nahas!
Tengah risaukan watak baru ke tu? Tak pe jangan risau okay? Author ni baik tau? Sekurang - kurangnya biar lah dulu Faer dengan Elyana bahagia kan? Heheh! Btw, Faer tak lama lagi dah nak confess!! Wish good luck!
To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️