Setelah mengambil masa lebih kurang 50 minit di atas jalan raya.Akhirnya sampai juga,satu keluhan dilepaskan.Sebenarnya masa yang perlu diambil hanya 40 minit namun disebabkan kesesakan lalu lintas.Perjalanan 40 minit menjadi 50 minit.Tentang itu Harleen tidak menyoal lebih kerana dari awal dia sudah menjangka perkara seperti ini akan terjadi.Boleh dikatakan jalan raya di ibu negara ini tidak akan pernah putus dengan kenderaan bergerak.
Minyak kereta ditekan perlahan sebaik sahaja tiba di sebuah pondok keselamatan.Sudah menjadi kebiasaan bila terdapat satu pondok di kawasan ini.Kondo ini disediakan untuk orang-orang kaya jadi tahap keselamatan haruslah diperketatkan.Dalam pada masa yang sama minda berkerja mencari alasan apa yang patut digunakan waktu sekarang.Alasan itu haruslah muhasabah.
Tapi.....mahu ke pengawal keselamatan tersebut melepaskan dia masuk ke dalam.
Namun disaat cermin kereta di tempat penumpang diturunkan,kening gadis itu berkerut.Menjadi persoalan apabila pondok keselamatan itu kosong!...Sangat-sangat aneh.Mana mungkin pengawal membiarkan tempat ini tidak dijaga.Dalam kesibukan berfikir,jam tangan berbunyi.Menyentakkan Harleen dari terus mencari jawapan.Dilihat sekilas jam tangan itu sebelum mata terbuntang besar.
Sudah pukul 10!
Tanpa menunggu lama terus minyak kereta ditekan.Memecut masuk ke dalam perkarangan kondo mewah itu.Kereta diparking di tempat yang agak jauh dari pondok keselamatan.Mana tahu penghuni kondo ini akan menyedari kereta murahnya.Dari segi penglihatan semua kereta yang di parking disini mewah-mewah belaka.Semuanya berjenama.
Kemudian tangan dipanjangkan mencapai bunga ros yang berada di seat belakang.Keluar dari perut kereta dan terus bergerak ke arah pintu lif.Kedudukan lif berada di tengah-tengah tempat parking ini.Kesejukan tempat ini menambahkan lagi perasaan takutnya.
Sejuk hingga sampai ke tulang.Butang menuju tingkat atas ditekan.
Bebola mata bergerak memandang keadaan sekeliling sementara dia sudah berada di dalam keadaan bersedia.Bukan bersedia untuk berlawan tapi bersedia untuk berlari jika diserang atau dikacau makhluk halus.Tidak sampai 5 minit pintu lif sudah terbuka luas,memandangkan sudah hampir lewat malam jadi kadar kegunaan lif berkurang.
Kaki diangkat masuk ke dalam.Kosong,tiada manusia selain dirinya.Butang tingkat yang mahu dituju ditekan.Sepantas itu pintu besi tersebut tertutup.Tanpa Harleen sedari,setiap gerak gerinya sudah diperhati oleh seseorang.Akibat menyorok di tempat gelap jadi kerana itulah Harleen tidak menyedari akan kehadirannya.
Bibir mengherot sinis.Kepala digelengkan.Tidak sia-sia dia mengubah 2 orang lelaki memukul pengawal keselamatan yang bertugas pada malam ini.Kemudian tunuh pengawal tersebut dibuang ke tempat pembuangan sampah.Telefon bimbit diseluk keluar dari poket seluar.Nombor seseorang didail.
Agak lama menunggu panggilan tersebut diangkat sebelum.....
"Hello...saya nak buat aduan tentang pasangan bukan muhrim berada di dalam satu rumah bersama...Kebetulan pula saya baru balik dari kerja dan saya ternampak kejadian itu.........."Dia meneruskan memberi penjelasan dan maklumat.Apa yang ditanya dia menjawab dengan tenang sehinggakan pihak disana meminta alamat rumah.
**************************
Sambil kaki bergerak,sambil itu anak mata sibuk mencari dan memerhati nombor di muka pintu.Kali ini sudah 2 kali dia tersilap masuk lorong dan untuk kali ini dia berharap supaya tidak tersilap lagi.Agak payah untuk mencari rumah gadis itu kerana di setiap lorong mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 buah rumah.
Ternyata usaha tidak mengkhianati hasil.Hilang segala penat lelah selepas berjaya mencari rumah gadis.Kedudukan rumah ini agak jauh dari orang dan paling hujung.Suram sahaja.Baru sahaja dua langkah diambil,tiba-tiba Harleen berhenti.Perasaan itu datang lagi..
Perasaan yang sama dia rasa sebelum datang kesini..Hati kurang enak.Peluh membasahi wajah.Meskipun terasa berat sahaja mahu melangkah,Harleen tetap teruskan.Sampai sahaja,loceng berada di dinding ditekan.
Selepas menghantar bunga,terus balik dan berehat.Itulah rancangan Harleen selepas ini.Harap-harap menjadi....
Gadis bertudung itu merengus geram.Berkali-kali menekan loceng namun tiada manusia pun keluar.Untuk sekalian kali,loceng ditekan lagi.Kalau kali ini tiada orang pun yang keluar,dia akan terus pulang.Bunga ini pula ditinggalkan sahaja.Perlahan-lahan bibir merah itu mengulumkan satu senyuman tatkala pintu tersebut terbuka.
KLIK
Namun senyuman bahagia itu mati.Digantikan dengan wajah berkerut,bingung dan keliru.Dapat dirasakan nafas tersekat di celah kerongkang.Tidak boleh menarik ataupun menghempuskan satu nafas sekalipun.
Terkelip-kelip kelopak mata bergerak melihat sosok tubuh yang muncul di hadapannya.
Bukannya seorang gadis tapi lelaki!...
Peratus terkejut melihat jantina hanya 20% dan yang lebihnya terkejut tatkala memandang wajah lelaki tersebut.
KU GIBRAN!!
Reaksi Ku Gibran juga sama seperti Harleen.Lidah yang pada awalnya mahu mengeluarkan kata-kata kesat kepada gerangan manusia tidak henti-henti menekan loceng rumah menjadi beku seperti ais.Hilang habis amarah diri.Baru sahaja mahu menyembur manusia itu namun dirinya yang terlebih dahulu diam tidak berputik.
Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain sebelum jam tangan Harleen berbunyi.Secara tak langsung,mereka berdua tersedar.
"Buat apa kau datang dekat sini?Macam mana kau tahu alamat rumah aku?Dan yang paling penting,macam mana kau boleh lepas dari pondok guard dekat bawah?!"Bertalu-talu Ku Gibran menyerang tanpa henti.Keras dan garang suara lelaki itu.Mata helangnya memandang tajam wajah Harleen.Setelah sekalian lama tidak melihat wajah itu,akhirnya gadis itu sendiri muncul.
Masih sama seperti dulu....Cantik
"Er.....Saya datang dekat sini sebab nak hantar bunga."Jawabnya perlahan.Takut dan segan bercampur baur.Takut mendengar suara Ku Gibran.Sangat keras,tidak seperti sebelum ini.Sebelum-sebelum sama juga tapi tidaklah sampai menengking.Dalam masa yang sama,Harleen berusaha mengalihkan pandangan dari terus memandang hadapan.
Pemandangan sangat tidak indah dan menyeksa mata.Ku Gibran tidak langsung tidak menyarungkan sehelai pun pakaian selain seluar pendek paras betis.Itu pun sangat ketat.Habis boleh nampak lengkuk-lengkuk seksinya.
"Bunga?Aku tak ada order bunga pun dengan kau.For your informatin,sepanjang aku hidup belum pernah aku beli bunga.Kalau aku nak sangat pun aku boleh pergi beli sendiri lah"
Panggung kepala.Wajah Ku Gibran ditatap keliru.Ingin mencari sama ada lelaki itu bercakap bohong atau tidak dan...Ye!,wajah lelaki itu tersangatlah serius.Lelaki itu tidak berbohong.Sel-sel otaknya masih lagi tidak boleh mencerna apa yang terjadi sekarang.
"Tapi saya dapat order dari seorang gadis dan gadis itu arahkan saya supaya hantarkan di alamat rumah ini"Satu persatu dia menerangkan.Langsung tiada ketinggalan ataupun berbohong.Mana mungkin dia pula yang tersilap kerana bulat-bulat dia mengikut alamat tersebut.
Lelaki itu tersenyum senget.Tidak perduli akan tubuhnya yang terdedah.Dengan selamba tangan naik memeluk tubuh seraya bersandar di muka pintu.
"Tchh...Bodoh betul kau kan?Untuk pengetahuan kau.Rumah ini rumah aku dan aku seorang sahaja tinggal disini.Perempuan mana yang kau sebut ni?"Penuh mengejek Ku Gibran bertanya.Dia sudah faham rentak permainan perempuan ini.Datang ke sini dengan alasan menghantar bunga padahal mahu berjumpa dengannya tapi tidak sangka pula gadis seperti Harleen berani.
Harleen terdiam seketika.Adakah perasaan tidak enak yang dirasai di rumah tadi disebabkan perkara ini.
Dia kena tipu ke?
"Tapi sumpah saya tak tipu!Saya sendiri yang terima pesanan ni!Takkan saya nak tipu pulak!"
"Hye perempuan!Tak payah nak bermain dengan sumpah!Aku tahu kau tengah berbohong sekarang.Entah-entah kau terima pesanan ni masa tengah khayal.Itu yang sekarang nampak macan bodoh!"Habis terkeluar sikap sebenar Ku Gibran.Gadis ini ingat dia seorang boleh tengking-tengking.
Menggelegak darahnya apabila ditengking depan-depan.Seperti firasatnya,gadis ini terlalu berani dan sangat berlainan dengan perempuan diluar sana.Reaksi terkejut ditayangkan.Cara percakapan Ku Gibran sangat jauh berbeza dari sebelum ini.
"Okay kalau kau cakap kau tipu,aku nak tanya nama gerangan yang pesan bunga ni?."Mulut terkatup rapat.Soalan itu seperti soalan maut.Tiada jawapan untuk soalan itu.Selang beberapa minit,Harleen baru tersedar satu hal.
Tentang gadis misteri itu.
Tidak pernah terlintas di fikiran mahu bertanyakan nama gadis itu.Sekurang-kurangnya mengetahui nama sahaja sudah memandai.Dia hanya bertanyakan soal alamat rumah dan jenis bunga yang menjadi pilihan gadis itu.Gadis itu pun seperti tidak berminat mahu mendedahkan namanya.
"Er...."Belum sempat mulut terbuka sepenuhnya.Terasa badannya terapung di udara.Mata terbuntang luas.Pinggang rampingnya dirangkul oleh satu tangan kekar.Ditarik masuk ke dalam rumah.
Tindakan tersebut berlaku sangat pantas.Sedar-sedar sahaja mereka berdua sudah berada di dalam rumah lelaki ini.
"Hei awak dah kenapa?!!"Rangkulan di pinggang dilepaskan sedikit kasar.Sebelum ini kedudukan mereka tersangatlah rapat sehingga boleh merasai dadanya berlanggar dengan dada bidang Ku Gibran.Melihat lelaki itu mara satu langkah,automatik Harleen berundur satu langkah ke belakang.
"Tak payah nak jerit lah perempuan,aku tahu yang kau sengaja datang sini sebab rindukan aku.Yelah dah berbulan-bulan kita tak jumpa.Sebelum ni aku selalu datang kacau kau tapi sekarang tidak.Jadi kau rindu nak dengar suara aku,rindu nak tengok senyuman aku atau lebih tepat kau dah angaukan aku?."Kata-kata itu dibisikkan di tepi telinga Harleen yang ditutupi dengan sehelai kain.Tidak tahan dengan haruman dari Harleen,tudung tersebut dicium sekilas.
Wangi!!
Mengigil satu badan dek kerana tindakan jijik lelaki itu.Sedar tak sedar tubuh Ku Gibran ditolak kasar.
"Awak jangan nak perasan eh,tak hingin saya nak datang dekat sini semata-mata nak jumpa dengan awak dan lagi satu jangan nak kurang ajar dengan saya.Kalau awak tak suka saya pun sekurang-kurangnya hormatkan saya sebagai perempuan bertudung.Memang saya dapat pesanan dari seorang gadis dan alamat penerima ialah alamat rumah ini"Amaran keras diberi kepada Ku Gibran meskipun dia tahu amaran itu bagaikan angin lalu.
"Murah betul kau kan?Sudahlah pakai tudung tapi datang rumah jantan dengan alasan nak hantar bunga.Cakap jelah kau nak jual tubuh kau dekat aku.Kalau macam tu kita mudahkan kerja.Cakap je berapa harga tubuh kau untuk satu malam,aku boleh bayar walaupun mahal."
PANG!!!
Sebaik sahaja habis berkata satu tamparan hinggap di wajah lelaki itu.Terteleng kepala Ku Gibran ke sebelah kanan.Terkelip-kelip mata lelaki itu.Kebas-kebas pipinya.Sakit tapi tidak boleh lawan sakit di hati.Lebih kepada marah sebenarnya.
Satu titik air mata jatuh mengalir.Mendengar tuduhan Ku Gibran terasa maruahnya dipijak-pijak.Sangat murah harga dirinya di mata lelaki itu.
"Tolong jaga mulut awak Gibran!Saya masih waras untuk buat perkara seperti itu.Saya belum bodoh untuk menjual diri saya kepada lelaki macam awak.Jangan sesekali hina saya macam tu!Saya bukan perempuan yang mudah untuk awak beli."Tanpa pedulikan pandangan maut Ku Gibran.Kaki diangkat melangkah keluar.Bungkusan cantik bunga ros itu dilemparkan ke lantai.Baginya bunga secantik itu sudah tidak bermakna.Tiada lagi seri.
Tidak tahulah apa salahnya sampaikan gadis itu mengambil keputusan untuk menipu dirinya.Jika memalsukan pesanan dia masih boleh menerima tapi ini sudah melampau.Dia lebih rela alamat tersebut ialah tanah perkuburan berbanding rumah Ku Gibran.
"Leen tunggu!!."Telinga dipekakkan tatkala mendengar jeritan dari belakang.Langkah dipercepatkan.Air mata yang sudah mencomotkan wajahnya dilap kasar.Sungguh ini kali terakhir dia membuat penghantaran bunga.Selepas ini semua urusan penghantaran akan diberikan kepada kawan baiknya.Tombol pintu dipulas lalu dikuak kasar.
Jeda....
Kalau tidak berpegang di dinding pasti dia sudah jatuh pengsan.Bermacam-macam perkara negatif bersarang di fikiran dan Harleen tahu ini ialah petanda buruk.Di hadapan kelihatan 5 orang lelaki berkopiah putih sedang berkumpul ramai-ramai.
"Leen tunggu!"Larian berhentikan secara mendadak apabila sudah berhenti dan berdiri di sebelah Harleen.Tubuh yang hanya tersarung seluar pendek ketat terasa seram sejuk.Angin malam menampar di setiap inci wajah mahupun tubuh namun bagi Ku Gibran tamparan angin malam itu bukan sebab kenapa dia berasa sejuk melainkan pandangan mata disapa dengan 5 orang lelaki berkopiah putih.
Air liur ditelan kasar.Wajah Harleen ditatap sekilas.Sangat pucat seperti tiada darah mengalir.
"Tak guna kau perempuan"