Lidah seakan kelu. Tidak tahu ingin membalas apa. Amalia senyum hambar untuk membalas. Dia mengangguk lagi. "Terima kasih. Mal pergi dulu ya? Nak tengok sekeliling."
Pakcik itu mengangguk. Tangan diangkat lambat untuk melambaikan tangan. Amsyar di belakang Amalia tadi, datang mendekati pakcik Afnan pula. Kaki dilipat melutut sama paras dengan pakcik itu. Amsyar menghulurkan tangan kanannya untuk menyalam. Tangan pakcik Afnan dikucup lembut.
Amalia sibuk menegur sapa dengan warga yang lain. Pelukan, cuitan mereka berikan pada Amalia. Ada yang ingat, ada yang lupa pada Amalia. Dulu, Amalia hanyalah seorang budak kecil yang degil, suka ketawa, ceria selalu bersama ibunya. Kini, wajah Amalia jauh berubah. Lebih matang dan cantik berseri. Persis ibunya, Intan.
Amalia terhenti langkah. Dia mengerutkan dahi seketika. Rasa seperti ada sesuatu yang lain. Eh, Amsyar! Dia memusingkan tubuhnya mencari mana jejaka itu. Lupa pula dia dengan mamat sengal itu. Leka berbual dengan yang lain.
Dia tertancap satu figura. Amsyar yang sibuk bermain 'mini love' dengan pakcik Afnan dan rakannya. Alahai, kau. Amalia memanggil Amsyar berbisik. Amsyar ketawa halus mempamit ke arah warga tua itu sebentar dan berjalan mendekati Amalia.
"Kau ajar diorang bukan-bukan ek?"
Amsyar ketawa lagi. "Mana ada...saja berbual dengan diorang."
"Eh, Amalia. Jap, jap." Gelabah Amsyar menyeluk poket baju dan poket seluar yang ada. Seakan mencari sesuatu. Amalia pun terpinga-pinga melihat Amsyar yang seperti kehilangan sesuatu.
"Kenapa?"
"Nah," Ibu jari dan jari telunjuk disatukan. Membentukkan 'mini love' diberi pada Amalia dengan senyuman lebar. Amsyar ketawa kecil selepas dia mengusik.
Tak semena-mena wajah Amalia naik berona. Dia memalingkan wajah ke tempat lain. Pura-pura tidak nampak. Bibir dirapatkan.
Jejaka itu tersenyum segan. Wajah merah membahang Amalia itu membuatkan hatinya tidak memberi pujian. Comel.
Amalia berdehem kuat. "Arh... aku nak jumpa seseorang sekejap. Dalam bilik sana. Kau boleh tunggu kan?" Soal Amalia. Mengelak wajahnya dari bertemu dengan mata Amsyar. Menukar topik lain. Sebuah bilik yang tertulis nama pemilik bilik itu sendiri ditunjuk.
Amsyar mengangguk dengan senyuman comelnya. Tunggu awak sampai bila-bila pun saya sanggup Amalia. Asalkan menunggu seseorang bernama Amalia Narnia. Hati berbicara yang belum dapat dia ungkapkan.
Kaki mereka melangkah dekat. Pintu bilik itu ditenung. Amalia menelan air liur kesat. Entah kenapa dia rasa takut bertemu dengan wanita itu. Mungkin lama sudah mereka tidak bersua selepas berbelas tahun. Orang yang sangat rapat dengan ibu dan orang yang sangat menjaga Amalia dengan kasih sayang suatu ketika dahulu.
"Awak nak saya bukakan?" Amalia tidak menjawab. Wajah tenang Amsyar hanya dipandang. Empat mata bersabung, Amsyar mengukirkan senyuman manisnya. Tombol pintu digenggam.
Kening Amsyar diangkat. Seolah menanyakan patutkah dia teruskan. Amalia mengangguk, mata menekur lantai. Menerima arahan Amalia, Amsyar mengetuk beberapa kali. Kemudian, menguak perlahan.
Seorang wanita separuh abad yang sedang ralit membaca buku di atas katil melihat mereka. Amalia menyampaikan senyuman lebar, terserlah jua baris giginya yang putih bak mutiara. Wanita yang bernama Zaiton itu tersentak kecil.
Buku diletak ke tepi. Masih tidak tergagah melontarkan kata. Hanya mata bertemu berbicara. Masya Allah...
Langkah demi langkah, Amalia mendekati. Dia duduk di penjuru katil. Satu, dua, tiga. Zaiton menarik pantas Amalia ke pelukan erat. Seolah meluahkan rindu sesama sendiri. Beberapa titik air jernih membasahi pipi tua kerut Zaiton. Allah...syukur Engkau makbulkan doa ku.
"Jangan lah nangis, ummi..." Panggilan istimewa itu hanya disebut pada orang yang tertentu sahaja. Panggilan yang memberi maksud hubungan yang pimpin tersangat akrab. Belakang tubuh Zaiton diusap lembut.
Ibu dan Zaiton rapat sangat. Seakan dilahir dengan sama darah. Rapat bagai adik beradik. Disebabkan itu lah, Zaiton sudah menganggap Amalia seperti anak kandung sendiri. Intan pergi membawa kesedihan dalam hidup Amalia dan juga mereka di sini. Amalia seakan persis cilik Intan. Dari segi rupa dan personaliti mereka.
Kisah hidup Amalia juga Zaiton selalu curi mendengar dari media. Entah bagaimana rahsia tentang kejadian itu diketahui ramai. Dia tahu pasti Amalia disakiti dan dibenci ramai. Dia kesal tidak dapat berbuat apa untuk menjaga Amalia dari situ. Dia tidak dapat maafkan diri sendiri untuk itu. Aku minta maaf Intan.
Pelukan dilepaskan. Muka yang penuh dengan air mata berjurai dipandang sayu. "Ummi sihat? Mal rindu..." Amalia tersenyum lagi.
Air mata di pipi dikesat lembut. Kenapalah dia terlalu emosional hari ini. "Ummi sihat. Mal sihat?"
Amalia mengganguk, bertanda ya. "Mal minta maaf Mal...jarang datang jenguk. Mal ada kerja." Alasan. Dia tidak mahu Zaiton tahu yang dia dulu sedang menderita. Dek risau akan itu dia simpan sendiri. Rasa bersalah menguasai diri. Bukan kerna dia tidak rindu. Dia sangat rindu.
Zaiton menggeleng perlahan. "Tak apa...ummi faham. Mal okay?" Bibir diketap rapat. Dia menekur ke lantai. Dia tahu Zaiton ingin menanyakan tentang keadaan hidupnya. Tapi, entah kenapa dia belum ada kekuatan dan kegagahannya untuk menjawab.
Tangan Amalia diusap perlahan. Matanya tertangkap satu figura lelaki yang elok kacak tersenyum berdiri melihat mereka. Jejaka itu menghadiahkan senyuman lagi pada Zaiton. Dia melihat Amalia dan Amsyar silih berganti. "S-suami Mal ke ni?"
Mata Amalia berkelip beberapa kali. Aduhai, berapa banyak dah orang tanya soalan itu. Mata dilarikan dari pandang mata Amsyar. Dia menggarukan kening yang tidak gatal.
"Erh...kawan. Dia kawan Mal je." Jawab Amalia tergagap-gagap. Entah kenapa dia menjawab tersipu-sipu, padahal mereka memang dalam hubungan 'kawan'. Wajah Amsyar dipandang sekilas. Seolah memberi isyarat untuk dia menambahkan jawapan lagi.
Amsyar mengangkat kening. Kemudian, dia faham juga maksud Amalia. "Oh, belum jadi suami lagi."
Mulut dibentuk 'O' tanda faham. Zaiton mengangguk dan perlahan dia memalingkan wajahnya kepada Amalia. Belum lagi? Maksudnya akan bergelar suami lah kan?
Amalia membulatkan matanya mendengar jawapan Amsyar. Ya Allah, mamat sengal ni dah kenapa? Menyesal je minta tolong. Senyuman diukir ummi dapat ditafsir. Ah, mesti ummi minta dia ceritakan tentang hubungan mereka nanti. Iya lah, Amalia mana pernah dekati sesiapa. Lelaki pun tak berani nak mendekatinya.
Tiba-tiba mamat sengal itu datang. Sesuatu yang menarik. Getus Zaiton dalam hati.
***
Selepas puas mereka berborak dengan Zaiton di dalam bilik. Dia memberi ruang pada Amalia melepaskan rindu pada wanita itu. Amsyar boleh nampak sisi lain yang Amalia tujukan pada Zaiton. Sisi yang Amsyar sendiri terperanjat melihat.
Selalunya, Amalia hanya akan bersikap dingin dengannya. Langsung tidak membalas lawak hambar yang diberi pada gadis itu sendiri. Tidak selalu tersenyum apatah lagi ketawa.
Berbeza dengan Amalia bersama Zaiton. Seolah tidak mahu berpisah. Manja, lembut, tawa riang. Tunggu sahajalah masa yang sesuai, Amsyar sendiri akan mengekalkan sifat itu pada Amalia kembali. Amalia yang dulu penuh dengan riang akan datang lagi pada suatu hari nanti. Itu janji Amsyar.
Senyuman manis dipasangkan bersama eye smile. Amsyar seakan terpaku melihat kesempurnaan seketika. Lantas dia tertanya, apa sahaja kekurangan yang Amalia ada? Baginya, langsung tiada cacat cela.
Doa ajalah jalan yang baik untuk menyatukan mereka bersama. Doa ajalah yang membuat Amsyar terus membantu Amalia untuk sembuh. Doa ajalah yang dapat dia berikan untuk Amalia.
Bangku yang terletak di taman kecil itu diduduk. Amsyar menghelakan nafas panjang. Hari berganti hari, dia dapat perhati keceriaan Amalia. Satu kebahagiaan yang terindah buatnya. Melihat Amalia tersenyum walaupun tipis di hadapannya cukup membuat hatinya berdegup kencang. Apatah lagi senyuman manis yang tidak pernah dia dapat bayangkan. Harap awak tak buat saya cair selalu, Amalia.
"Eh? Encik ini siapa? Melawat siapa?" Suara seorang wanita bersuara di gegendang telinga. Amsyar memalingkan wajahnya kemudian berdiri menundukkan kepalanya sedikit.
"Erh, saya Amsyar. Kawan Amalia."
Wanita itu mengangguk. Dia juga baru tahu dari Sofi, anaknya yang menyampaikan berita tentang kehadiran Amalia ke mari. Dek terkejut sakan, terjatuh juga lah kopi ditangan dia tadi. Nasib tak melecur.
Amalia yang tidak pernah datang menjenguk selama 14 tahun. Tiba sahaja datang menanya khabar. Bukan sahaja mereka sekeluarga yang rindu, warga emas yang pernah meluangkan masa bertahun bersama Amalia jua rindu akan gadis itu. Mendapat berita tentang kematian Intan, salah seorang yang terpenting dalam pusat penjagaan ini sangat menghambat perasaan sedih.
"Eh, duduk lah. Berdiri pula." Wanita bernama Safina itu menjemput Amsyar untuk duduk kembali. Tidak berbicara banyak, Amsyar melabuhkan punggung lagi di tempat yang sama.
"Berapa lama kenal Amalia? Lebih dari kawan ke apa?" Soal Safina tiba-tiba. Tak ada lapis, laju memecut. Amalia bukan tak ada orang minat, banyak aje. Tapi saja jual mahal.
Nak dekat dengan lelaki pun susah apatah lagi berkawan. Hari ini, muncul pula Amalia. Dengan seorang lelaki yang bukan main helok lagi. Anak Safina, Sofi tadi sempat juga mencerita tentang jejaka itu padanya. Pandangan Amsyar pada Amalia itu 'lain macam' katanya.
Amsyar ketawa dulu sebelum menjawab. "Kami satu universiti. Kitorang...masih kawan." Jawab Amsyar sedaya upaya ingin nampak tenang. Tangan pun dah mula berpeluh dek soalan yang banyak kali sudah ditanya.
Bukan apa cuma dia segan. Entah kenapa dia malu pabila orang mengaitkan dia dan Amalia. Suka.
Safina mengangguk. "Eh, nama apa tadi? Lupa nak tanya."
"Oh, hehe. Nama saya Amsyar Neezreeq. Panggil Amsyar pun boleh." Balas Amsyar mesra. Safina pun boleh dapat rasakan aura positif dari lelaki itu. Beradab sopan sahaja.
"Amsyar Neezreeq? Nama dekat sama dengan nama Amalia Narnia." Bermula dengan huruf A dan N. Jodoh mungkin? Kata hati Safina.
Amsyar tersengih segan. Dan disebabkan itu jua lah mereka pernah bertengkar tentang itu. Tetapi, Alhamdulilah. Allah menjadikan ia satu permulaan untuk Amsyar mendekati Amalia. Dan membantu gadis itu. Syukur Ya Allah.
Sepanjang mereka berbual minit ke minit, Safina dapat tangkap sikap Amsyar yang rendah diri, hormat orang tua dan cepat membuat orang lain selesa dengannya. Tidak ada pada semua orang, hanya sesetengah yang mampu membuat kita rasa seperti itu.
Senyuman, tawa dan kata Amsyar juga dapat membuat dia terasa senang. Nyaman aja.
"Amsyar...suka Mal ek?" Akhirnya, soalan itu tercetus jua dari mulut. Siapa sahaja tidak nampak dari mata jejaka itu. Seolah ada suatu yang bersinar dari matanya bersama Amalia.
Jelas kelihatan. Wajah pun hampir sama. Amsyar baik, Amalia baik. Mungkin tidak lama lagi dia akan mendapat berita baik dari mereka. Amboi, belum apa-apa dah nak doakan yang itu.
Tangan Amsyar naik menggaru tengkuk yang tidak gatal. Aduhai, nampak sangat ke? Kau memang tak pandai sorok kan, Amsyar. Perlahan dia juga mengangguk malu.
Safina meletuskan tawanya melihat perlakuan Amsyar. "Tak apa lah. Makcik tak bagitahu Mal pun. Tapi, makcik tahu yang Mal sendiri akan sedar nanti. Dah kahwin jangan lupa ajak makcik tau." Diiringi tawa dia berkata.
Doakan ajalah yang terbaik untuk mereka. In Syaa Allah sudah tertulis yang terbaik untuk mereka di Luh Mahfuz.
"Jaga Mal elok-elok tau. Makcik, semua orang dekat sini sayangkan Amalia. 14 tahun Mal tak jenguk sini. Kitorang tau yang Mal berduka di luar sana. Lagi-lagi, bila orang tak henti salahkan Mal. Dia...langsung tak salah. Mereka sahaja cepat menghukum tanpa berfikir panjang." Bertukar nada sayu Safina menuturkan kata.
Sejak Amalia 12 tahun, dia banyak menderita. Sedih pabila ayahnya sendiri tidak pedulikan Amalia. Mereka di sini sentiasa membuka luas pintu untuk Amalia datang berteduh. Tetapi, mereka sedar. Mereka bukan sesiapa. Amalia kini sudah besar, Amalia layak mengangkat apa yang dia simpan bertahun itu.
Sesiapa sahaja berhak menyuarakan derita mereka. Jika itu baik untuk mereka, keluarga, hati, agama. Teruskan. Orang luar tak akan faham ujian diberikan pada kita ini. Jadi, jangan biarkan kata hodoh mereka menterbalikkan kata fikiran kita. Biar kita berbicara untuk kita. Bukan mereka.
Thinking is difficult. That's why most people judge.
"Jangan risau, Amsyar sendiri akan jaga Mal. Sayang, cinta, peluk dan beri apa yang dia selayak menerima. Puan jangan risau. Amsyar janji." Safina tersenyum terharu. Alangkah indahnya, jika semua orang bersikap seperti kamu, Amsyar.
Dan dari situ jua, Safina sendiri lihat. Banyaknya ujian diberikan pada Amalia, akan ada sesuatu yang menunggu. Iaitu kebahagiaan dan ketenangan yang didoa lama. Mungkin kehadiran Amsyar salah satunya. Syukur Ya Allah.
"Puan...Amsyar nak tanya boleh?" Lembut Amsyar menyoal terlebih dahulu. Wajah Safina dipandang. Menunggu jawapan.
"Boleh, tanyalah."
"Mal dan Ummi Zaiton dah lama kenal ke? Macam mana diorang boleh kenal?" Safina tersenyum kecil mendengar soalan Amsyar.
Dia memperbetulkan posisi duduknya sebelum menjawab tenang. Taman hijau penuh dengan flora ditenung lembut. "Ibu Amalia, Puan Intan. Dia seorang inspektor yang pernah membantu menyelesaikan kes di kawasan sini. Dalam masa sibuk bekerja, dia tiba-tiba datang menjenguk ke sini."
"Dalam pada masa yang sama, kitorang ada masalah kewangan. Semakin banyak barang keperluan yang perlu dihantar ke sini. Katil, bilik pun tak cukup. Masa itu pusat baru lagi dibina. Ibu Amalia yang bayar dan hulurkan bantuan. Alhamdulilah, rezeki Allah."
Amsyar tersenyum lebar mendengar Safina bercerita. Indahnya akhlak.
"Sejak dari tu juga, dia selalu datang ke sini. Sampai lah dia rapat dengan Cik Zaiton. Macam adik beradik. Lepas
tu, Amalia pun muncul. Hari-hari Intan bawa Amalia ke sini. Jadi, Amalia pun mula rapat dengan semua orang. Masa tu, Amalia comel sangat."
"Tersenyum riang. Sebiji macam arwah ibu dia. Senyuman mereka. Malah, perangai pun dia ikut. Degil, manja. Lepas je, Intan...meninggal. Amalia tak datang singgah dah. Cik Zaiton pun tak macam dulu. Tapi...duit bulanan untuk kami di sini sentiasa ada. Amalia yang bagi setiap bulan. Untuk menandakan yang dia sentiasa rindui kami."
Tidak dapat dia balas pengorbanan dan jasa anak dan ibu itu. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Amalia seakan Intan yang versi kecil. Hati yang mulia membuatkan dia nampak bersinar. Banyak pahala yang mereka sudah dapat dari menolong mereka.
"Amsyar beruntung dapat Amalia. Dan Amalia beruntung dapat Amsyar. Jaga hati masing-masing itu lebih baik." Ucap Safina lembut. Dengan hati yang tulus dia berkata. Dia mahu Amalia dapat kebahagiaan di dunia ini walau sementara.
Orang yang baik, ramai sayang. Amsyar tersenyum, mengangguk perlahan. Sentiasa, dia akan sentiasa menjaga Amalia. Bertambah pula dia menanyakan, apa kekurangan Amalia? Hati dan akhlak yang baik sudah membuktikan yang dia layak menerima kebaikan dunia ini. Syukur Ya Allah.
***
"MaSyaaAllah...cantik macam biasa." Ucap Amalia tanpa mahu berhenti. Tangan elok dilipat ke dada, berdiri di taman kawasan rumahnya. Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik itu ditatap tidak berkalih. Dia suka melihat ciptaan alam sekitar Allah. Semua ciptaanNYA cantik. Sangat cantik.
Amsyar yang baru habis menolong membantu ummi di dalam rumah itu berdiri di sebelah Amalia. Turut tidak lepas mata memandang dongak ke langit. Percayalah, jika kita mulai seseorang. Kita hanya mampu melihat kelebihan daripada kekurangan. Kekurangan itu juga dipandang sebagai keajaiban. Semua itu ciptaan Allah, jadi ucap lah syukur padaNYA. Dengan menyebut MaSyaaAllah...
"Nah," Amsyar menoleh melihat Amalia yang menghulurkan sesuatu padanya. Dia mengangkat kening ke atas seakan tidak faham. Bungkusan hadiah itu bertukar tangan.
Segan Amalia ingin mengucap. Dia melihat ke tempat lain. "Hari ini, hari jadi kau kan?"
Amsyar membuat riak terkejut. Ma-macam mana Amalia tahu? Dia langsung tidak memberitahu Amalia apa apa tentang dirinya. Tarikh hari jadi juga.
"A-awak tahu?"
Amalia berdecit. Pura-pura menyampah. Padahal wajah Amsyar pun tak dapat ditatap lama dek segan membahang. "Buat apa jadi kawan, kalau tarikh lahir kau pun aku tak tahu."
Amsyar mengangguk. Bibir di bawah dibasahkan lalu digemam. Haih, rupanya Amalia tahu yang hari ini hari jadi dia. Tahun ini...tahun yang sungguh bermakna untuknya.
"Selamat hari jadi, Amsyar. Aku...doakan yang terbaik untuk kau." Amalia mengukir senyuman tipis sesaat kemudian hilang. Berpura-pura seakan tidak terlalu kisah. Pagi tadi, dia berniat ingin menjemput Amsyar di rumah dia untuk meluangkan bersama memandangkan hari ini hari jadi jejaka itu. Tapi, tak sangka pula Amsyar dah tunggu dia dekat rumah.
Elok lah tu, tak lah nampak sangat yang dia ini nak keluar dengan Amsyar. Padahal itu memang niat utama dia. Tidak terkira sudah pengorbanan dan kebaikan yang Amsyar berikan padanya. Tidak dapat dia balas, setidaknya hari ini dia boleh buat Amsyar tersenyum.
Tanpa Amalia tahu, Amsyar sentiasa tesenyum bersama dia. Tidak kira mana dan bila. Amsyar sentiasa senang bersamanya. Mendengar nama Amalia Narnia pun sudah membuat hatinya berdegup dan berbunga. Tidak berlaku pada wanita lain. Kerana dia, Amalia adalah gadis pilihan hati Amsyar.
"Terima kasih. Ini hadiah paling bermakna untuk saya."
"Eh, eh. Jangan buka dulu. B-buka bila aku dah pergi. B-bye." Halang Amalia pabila melihat Amsyar ingin membuka bungkusan hadiah itu betul-betul di hadapannya.
"Eh eh, cik gadis. Awak nak pergi mana?" Soalan Amsyar ditinggal sepi. Amalia sudah berura-ura berlari masuk ke dalam rumah. Seperti dikejar anjing.
Amsyar menggelengkan kepalanya perlahan. Alahai, cik gadis. Tangan masih perlahan membuka bungkusan hadiah itu. Tidak sabar. Lantas Amsyar mengukir senyuman tatkala dia melihat hadiah yang diberi oleh Amalia.
Dua kotak susu. Kegemaran Amsyar. Peha kanan dipukul kuat, segan. Comel betul awak ni, Amalia. Lutut seakan lemah, mencair. Satu kad itu dia capai dan membaca isinya perlahan
Happy Birthday.
一緒にずうっと居てください
Senyuman terpapar hilang, kening dikerut rapat. Ayat terakhir itu membuat Amsyar bertanya tidak faham. Ha? Apa maksud ni?
***
Word ni dengki auu!!! Asyik banyak je bila idea muncul. Btw habis di sini jelah kisah bab ni. HOHOHOHO ❤️🌹
double update tak apo kann?❤️ tahu ke apa maksud Amalia tu? Cuba search...
How's this chapter going? ❤️🌹
Maaf atas kekurangan semua <33 take care of yourself bcause you are important than anythg❤️
•••
buat lah baik sepuasnya sebelum ajal tiba
di akhirat nanti kita sudah tiada masa. Jika anda merasakan ia tidak dihargai, ingatlah kebaikan anda masih banyak yang memerlukan. Bukan pada dia tapi pada mereka.
- A R Y