UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE]

By Raymirae

41K 2.4K 214

UNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudarany... More

CAST
UAZ 1🍃
UAZ 2🍃
UAZ 3🍃
UAZ 4🍃
UAZ 5🍃
UAZ 6🍃
UAZ 7🍃
UAZ 8🍃
UAZ 9🍃
UAZ 10🍃
UAZ 11🍃
UAZ 12🍃
UAZ 13🍃
UAZ 14🍃
UAZ 15🍃
UAZ 16🍃
UAZ 17🍃
UAZ 18🍃
UAZ 19🍃
UAZ 20 🍃
UAZ 21🍃
UAZ 22🍃
UAZ 23🍃
UAZ 24🍃
UAZ 25🍃
UAZ 26🍃
UAZ 27🍃
UAZ 28🍃
UAZ 29🍃
UAZ 30🍃
UAZ 31🍃
UAZ 32🍃
UAZ 33🍃
UAZ 34🍃
UAZ 35🍃
UAZ 36🍃
UAZ 37🍃
UAZ 38🍃
UAZ 39🍃
UAZ 40🍃
UAZ 41🍃
UAZ 42🍃
UAZ 43🍃
UAZ 44🍃
UAZ 45🍃
UAZ 46🍃
UAZ 47🍃
UAZ 48🍃
UAZ 49🍃
Author Note🥳
UAZ S2 🙀 BIAR BETIK!

TAMAT

604 27 15
By Raymirae

        Keheningan malam membuatkan azielah terbuai dengan ciptaannya. Mata tak lekang memandang luar tingkap sambil memikirkan perbualan pihak polis bersama bob petang tadi. Misi pencarian zafran masih tidak dapat dikesan, walaupun seminggu sudah berlalu.

"macam mana, ada jejak tak?!"

"Pihak kami masih mencari mangsa beliau. Setakat ini tiada sebarang jejak yang kami kenal pasti. Kami harap puan, abang, dan adik bersabar. Sekiranya ada maklumat kami akan beritahu dengan segera!"

Tiba-tiba air mata menitis membasahi pipi. Dia tidak kuat untuk menghadapi sekali lagi. Cukup saja peristiwa kehilangan ibu dan bapa menghantui dirinya. Jangan perkara ini berulang sekali lagi. Dia tak akan biarkan ini berlaku.

Tak akan.

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan pintu membuat azielah tersedar dari lamunan. Kaki diatur ke pintu lalu membuka dengan perlahan. Kelihatan wajah umi yang sedang membawa dulang makanan dan segelas susu. Semenjak kehilangan zafran, bob memutuskan untuk membawa azielah tinggal bersama-sama ibu zafran. Waktu pertama kalinya, umi memang tidak bersetuju dengan pendapat bob tetapi memandangkan dia juga kesunyian dan berasa berat hati mendengar kehilangan zafran.

Hati merasakan kecewa dan menyesal segala perbuatan yang dilakukan oleh dirinya ke atas anak sendiri. Kalau diberi pilihan mahu saja dia memeluk zafran seerat-eratnya. Tetapi semuanya sudah terlambat, dia tidak boleh memutar semula masa.

Umi memberikan senyuman manis ke arah azielah. Sedia maklum, melihat azielah lebih seminggu juga tidak makan dan minum malah tidak pernah langsung keluar daripada bilik. Dia lebih selesa mengurung diri.

"boleh umi masuk?"

"boleh je umi. Mari sini dulang tu azielah bawa" tangan mahu mengambil dulang malah umi tidak mengendahkan. Umi hanya masuk ke bilik dan meletakkan dulang ditepi katil.

"azielah mari sini duduk. Umi dah sediakan bubur dan susu untuk kamu. Umi minta tolong sangat dengan kamu, jangan seksa diri kerana orang lain. Umi tahu kamu tak boleh lupakan apa yang jadi tapi kamu kena ingat diri kamu perlukan tenaga. Lebih seminggu kamu tak makan. Please dengar cakap umi!"

Azielah berlalu ke arah katil. Tangan umi dipaut lalu dia didakap erat. Air mata dilepaskan sepuas-puasnya. Tersedu-sedan menahan nafas. Azielah sangat sakit hati dengan semua ini. Kenapa semua musibah harus terjadi pada dirinya. Kenapa harus dia yang menanggung segalanya. Sakit!

"shuu... Sabar ye umi faham. Umi pun rasa sebak dengan semua ni. Kenapa allah takdirkan zafran hilang. Umi pun tak tahu nak cakap apa, cuma umi rasa umi dah banyak buat dosa dekat dia..." air mata tiba-tiba menitis membasahi pipi. Lantas, air mata dilap menggunakan belakang tangan.

" tsk, tsk azi... azielah terlalu sayangkan dia umi. Kalau boleh azielah tak nak kehilangan dia seperti orang yang azielah sayang tinggalkan azielah selama ni. Kenapa zafran buat azielah macam ni umi. Kenapa?"

Umi hanya mampu mendiamkan diri mendengar luahan gadis ini. Sebelum ini, dia memang tidak tahu asal usul gadis ini daripada mana. Maklum ada bob menceritakan segala-galanya. Pada mulanya, hati sungguh tak percaya bahawa anak sendiri mempermainkan seorang wanita.

Umi menolak bahu azielah perlahan untuk menghadapnya. Azielah dengan wajah yang agak merah akibat menangis lantas mengelap segala air mata yang tidak habis-habis keluar.

"azielah minta maaf ya umi sebab nangis depan umi. Azielah cuma..."

"tak apa, umi faham. Kamu nangis sajalah selagi kamu rasa nak lepaskan. Umi tak akan larang kamu tapi sekarang kamu kena berhenti menangis sebab kamu kena makan. Lebih seminggu kamu tak keluar bilik dan tak isi perut. Tengok wajah kamu cengkung dan tak bermaya"

Tanpa sebarang bantahan azielah mengambil makanan tadi. Bacaan doa makan dan bismillah dimulai lalu nasi disuap tanpa menghiraukan umi yang duduk disebelahnya.

"erm sedap umi masak" wajah gembira azielah terpamer sehingga umi juga tersenyum suka melihat senyuman itu kembali terukir dibibirnya.

   

                BOB ke pusat tahanan untuk melihat keadaan abang zafran iaitu faiz yang sedang dimasukkan ke dalam penjara. Bukan untuk mengambil simpati tetapi untuk menyampaikan sesuatu pesanan buat lelaki itu sebelum zafran hilang.

"boleh saya jumpa dengan muhammad faiz bin encik abdullah rahman?"

"boleh sekejap ya!" soal polis tersebut.

"encik boleh pergi ke ruang menunggu ya" katanya lagi.

Bob menganggukkan kepalanya lalu ke ruang menunggu. Tidak lama kemudian, muncul figura faiz dengan muka yang agak tidak terurus dan pipinya kebiruan. Mungkin akibat  tumbukan zafran kesannya masih belum hilang. Dahsyat juga zafran menumbuk ya.

Faiz dengan muka selamba dan serius memandang wajah bob tidak puas hati. Tiba-tiba bibir tersenyum senget.

"kau pahal datang sini arh. Tak cukup lagi kau dan adik aku sumbat aku dalam penjara. Korang berdua suka kan?!"

"aku datang sini bukan nak bergaduh dengan kau. Aku kesini cuma nak sampaikan satu pesanan dari adik  kau sebelum dia hilang." bob hanya memandang figura faiz atas bawah sahaja. Geram pula tengok wajah dia ni, macam nak tumbuk.

Riak wajah faiz terkejut. Mulut ditutup menggunakan tangan, lantas ketawa secara tiba-tiba.

" Hahahaha... Wow amazing. Bila dia hilang. Good job aku suka!" tangan disilang ke dada sambil kaki naik ke atas paha.

"seminggu yang lalu. Selepas sahaja kejadian pencerobohan kerja kotor kau dengan xi xiang. Aku syak kau yang buat adik kau hilangkan. Baik kau mengaku?!"

Faiz merasa tidak puas hati apabila bob menuduh tanpa menyiasat terlebih dahulu.

"kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan. Aku tak ada kaitan dengan kes kehilangan dia. Kes ni ada kaitan dengan xi xiang. Aku dengar khabar dia pun hilang. So, apa motif kau nak tuduh aku tanpa bukti?" suara mula bertukar dingin.

"masa aku selamatkan budak perempuan tu. Kau dan zafran sama-sama bergaduh. Lepas sahaja kejadian tu, aku tak tahu apa jadi kau dan zafran. selepas tu, aku dengar khabar kau dah kena tahan oleh polis manakala zafran dan xi xiang hilang.

"Aku dah kata aku tak kaitan dengan kes ni. Kalau kau nak bukti bukan dekat aku tapi dekat orang tua kerepot tu!" meja dihentak kuat sambil mata menikam tajam mata bob.

"Tak apa aku tahu kalau orang tu menipu dia tak akan mengaku diri dia yang buat. Oh lagi satu aku lupa, adik kau zafran minta aku sampaikan berita ni. Bila sahaja kau dilepaskan daripada penjara dia nak kau tolong jaga umi. Sekarang ni pun umi tak berapa sihat."

"apa function kau jadi bodyguard dia. Tak guna langsung?!" bebola mata diputarkan ke atas.

"kurang ajar. Lebih baik aku balik daripada tengok muka kau. Macam sampah!" Bob lantas bangun daripada duduk dan beredar daripada situ.

5 tahun kemudian....

selepas sahaja habis bacaan tahlil arwah zafran, azielah membersihkan rumah. Maklumlah keluarga dan jiran tetangga
juga turut hadir ke majlis tahlil tersebut. Bob juga sebagai wakil menghadiri majlis ini sambil membantu umi dan azielah.

"Assalamulaikum hye zielah."sapa bob sambil memegang plastik sampah.

Azielah memandang bob lalu memberikan senyuman manis. "waalaikumsalam hai bob. Awak apa khabar?"

" Alhamdulillah sihat. Azielah sihat?"

" sihat juga alhamdulillah. By the way, boleh azielah tanya sesuatu dekat bob? "

Bob hanya mengangguk tanda mahu mendengar.

"azielah nak tanya apa tu?"

"bob bila nak kawin." seloroh azielah sambil menekup mulutnya menahan tawa.

Soalan yang agak susah sikit nak dikatakan. Tapi sudah ditanya kita jawab je lah. Bunyi macam perli orang single pula. Tapi tak apa nasib sayang.

" jodoh belum sampai, macam mana nak kahwin"

"kalau macam tu biar azielah tolong carikan. Bob tak teringin ke nak ada isteri?" soalan apa pula aku tanya ni. Makin sendu pula nanti, tak pasal-pasal nangis tepi bucu katil.

"eh tak payah nanti bob cari. Lagipun sekarang bob belum rasa nak kahwin lagi. bob tengah tunggu seseorang."

"wow azielah tak tahu pun dalam diam ada crush rupanya. Siapa orangnya boleh azielah tahu?" azielah cuba mengorek rahsia.

"adalah mana boleh tahu. Azielah tu cakap bob tak kahwin lagi, azielah pula sampai bila nak membujang?" soalan maut ditanya semula.

Azielah  juga hanya mampu tersenyum. Impiannya dengan seorang lelaki yang dicintainya dulu mahu membina mahligai bahagia bersama, tetapi allah lebih memilih kebahagiaannya di sana. Azielah hanya pasrah sahaja dengan semua yang terjadi. Mungkin yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

"azielah nak jaga umi dulu. Kalau jodoh tu datang azielah kahwin juga. Jangan risau. Okaylah bob azielah nak ke dapur nak tengok umi." sengaja menamatkan perbualan kalau tidak sampai ke esok tak habis cerita kahwin.

"iyalah bob ke depan sekejap. Bye!"

"bye"

Umi yang sedang sibuk memasukkan lauk-pauk ke dalam bekas tuppware tiba-tiba disergah azielah daripada arah belakang.

"bah!!"

"mak kau terbang!" nasib lauk tidak terbang, kalau tidak habis kotor  lantai. Terpaksa membersihkan lagi semula.

Azielah ketawa terbahak-bahak melihat telatah umi yang terkejut. Wajahnya juga sangat lucu.

"puas ketawakan umi. Bukan main kamu ya azielah. Nasib umi tak ada sakit jantung. kalau tak, umi terbaring dah dekat sini..." dada diusap perlahan-lahan supaya kesan kejutan hilang.

"alah umi bukan selalu azielah buat macam tu dekat umi. Azielah kan sayang umi." tangan umi dipeluk erat oleh azielah.

"banyaklah kamu sayang. Tu dekat ruang tamu tu kamu dah kemas tak?" soal umi sambil memasukkan lagi lauk-pauk yang masih berbaki sedikit ke dalam tuppware.

"dah umi. Umi... Boleh tak azielah nak masuk bilik zafran kejap?" nada suara bertukar meleret.

"nak buat apa masuk bilik dia?"

"adalah umi boleh tak?" azielah membuat muka seposen agar diberi masuk ke dalam bilik zafran.

"hmm... Iyalah. Kejap umi ambil kunci bilik dia" umi berlalu ke sinki lalu mengambil kunci bilik arwah zafran di dalam laci almari.

"nah ni kunci dia. Umi tak nak kamu sepahkan barang dekat bilik tu tau. Nanti lepas settle semua ni umi nak kita kemas-kemas barang dia apa yang patut."

"baik umi. Terima kasih umi. Sayang umi"
Azielah berlalu pergi menaiki anak tangga menuju ke bilik zafran.

      

             PINTU bilik dikuak perlahan-lahan. Mata azielah melilau persekitaran bilik bilik yang kelihatan gelap sedikit. Suis lampu dibuka terpancar seluruh kawasan bilik tersebut. Azielah berjalan ke seluruh pelusuk bilik zafran. Terbayang-bayang kenangan yang dilalui saat bersama lelaki itu.

Dia masih ingat lagi masa mula-mula zafran culik dia. Langsung dia anggap dirinya seperti perempuan pelacur. Sungguh kecam waktu tu. Dia layan dirinya seperti haiwan tak berperikemanusiaan. Tapi bila diingatkan semula kenangan ini lah membuatkan diri rindu yang sangat mendalam kepada zafran.

Azielah berjalan ke  katil lelaki itu lalu menghempaskan punggung untuk berehat seketika. Tiba-tiba tangannya gatal mahu membuka laci almari tersebut. Perlahan-lahan dia buka, azielah melihat satu frame di mana terdapat satu gambar family. Terdapat dua orang dewasa iaitu satu orang lelaki dan seorang perempuan manakala dua orang lelaki yang didukung oleh lelaki dan perempuan itu.

Azielah melihat seorang budak lelaki yang didukung oleh lelaki muda. Azielah bertanggapan kemungkinan ini zafran. Comel sahaja wajahnya. Iras wajah zafran sama seperti wajah lelaki muda itu. Mungkin ayah dia.

Azielah menyimpan semula frame di dalam laci. Dia baru sahaja mahu keluar tetapi tiba-tiba kakinya seperti terlanggar sesuatu. Dia menunduk ke bawah melihat dibawah katil terdapat satu kotak sederhana berwarna coklat dan dihiasi reben dan bunga ros merah. Tapi bunga ros tersebut sudah menjadi layu dan hitam.

Kotak dicapai lalu dibuka. Alangkah terkejutnya azielah melihat isi yang berada dalam kotak tersebut. Terdapat satu kotak kecil berbentuk merah hati. Manakala ada beberapa keping gambarnya dan dua lagi dia bergambar bersama zafran. Dia melihat satu persatu gambar tersebut. Air mata tiba-tiba mengalir tanpa dipinta.

Mata azielah terarah satu surat dilipat bentuk love. Dibuka perlahan lalu dibacanya.

Dear love,

You want marry me. Oh i know maybe this is first time i confess with you. Aku minta maaf sebab tak dapat cakap depan kau. Haritu masa kita  date, aku nak luah tapi hati aku tak bersedia lagi. Hari demi hari hati aku semakin kuat untuk ungkapkan yang aku sayangkan kau tapi banyak masalah yang aku tak boleh halang. Dengan cara ni, saja aku mampu sampaikan dekat kau. Aku harap kau terima aku untuk jadi imam kau...

By the way, aku tak pandai sangat sweet-sweet ni. Hadiah ni saja aku mampu bagi dekat kau supaya kau terima aku. Aku sebenarnya fikir dua tiga kali juga nak bagi kau ke tak hadiah ni tapi kalau kau dah dapat hadiah ni tolong simpan tau. Maybe kau reject aku sekalipun tolong simpan.

And last you are my first and last in my heart❤️

Your prince charming
Zafran💞

Azielah menggenggam erat kotak tersebut sambil menangis tidak henti-henti.

"ke... Kenapa awak tinggalkan saya zafran. Kenapa?!" azielah memeluk erat kotak tersebut dan baring di katil.

Pengorbanan dalam sesebuah perhubungan bukanlah terletak pada harta dan kemewahan tetapi terletaknya pada hati yang tulus ikhlas mencintai seseorang...

Kadang-kadang cinta tak semesti dimiliki di dunia tetapi bila  besarnya cinta kita pada sang pencipta itu akan lebih menguatkan perhubungan kita lagi di akhirat apabila kita lebih mengingati pada yang maha esa...

Seseorang yang hadir dalam hidup kita takkan selama ada bersama kita. Mereka akan pergi sama ada atas ketentuan allah atau atas kehendaknya sendiri...

° Dengan lafaz bismillahirahmanirahim ungku aqiel zafran menutup tirai°

[ TAMAT]

©HAK MILIK CIPTA RAYMIRAE

27/2/2022

Sorry ye readers 😂🙏. Jangan nangis tau. Scene sedih buat kali ke dua tak menjadi. Maafkan author ye🥺.

Don't forget to vote and comment ❤️👇

Continue Reading

You'll Also Like

141K 9.6K 64
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa ap...
141K 6.6K 53
Kelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Le...
112K 4K 60
Auni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan tak...
214K 9.1K 69
Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu...