Aku bersama putera Noir melangkah keluar dari kampung ini bersama beberapa pengawal yang di arahkan tuan Kovu tadi untuk menunjukkan kami jalan yang ingin kami pergi.
Seperti yang dijanjikan, hari ini aku dan putera akan pergi menyiasat dan menguruskan masalah serangan goblin dan serigala liar itu.
Kami awal pagi lagi sudah berangkat kerana dikatakan serangan selalu bermula ketika matahari terbit. Tidak tahu pula seawal ini. Biasanya malam akan berlaku serangan tetapi ini terbalik pula.
2 orang pengawal yang menunjukkan jalan kepada kami tadi membawa kami masuk ke satu hutan. Di dalam hutan ini, aku dapat rasakan aura haiwan liar. Bukan 1 tapi banyak. Mereka juga seakan sedang bergerak sekarang.
"Kita sudsh sampai. Sini tempat serangan terakhir berlaku," kami berhenti di sebuah pokok di dalam hutan ini.
Aku melihat kawasan terakhir serangan itu berlaku. Di dahan pokok dapat aku lihat satu tanda cakaran kuku tajam. Itu mesti hasil dari serigala liar itu.
Tidak cukup dengan itu, di tanah pula terdapat bunga-bunga kecil sudah rosak seperti dihempap sesuatu. Rasanya orang yang terakhir sekali menerima serangan itu tidak dapat berlari lagi sehingga dia diserang di sini.
Cakaran di pokok itu dapat buktikan bahawa orang itu dikerjakan oleh serigala liar.
"Bila serangan terakhir ini berlaku?" Soal putera Noir.
"4 hari lepas dan orang itu sudah mati," jawabnya.
4 hari lepas. Itu masa yang cukup lama. Aku hairanlah kenapa kampung ini tidak meminta bantuan daripada pihak berkuasa. Mereka boleh tolong kalau diberitahu. Dan masalah ini boleh cepat selesai.
"Ada yang pelik tak dengan mayat itu?" Soal putera lagi.
"Tak ada yang pelik. Dia terluka cukup parah sampai dia tiada peluang lagi untuk hidup."
"Tapi, saya ada lihat beberapa barangan dia hilang," sambung rakannya yang satu lagi.
"Barangan hilang? Barangan macam mana?"
"Barangan seperti duit, senjata dan buruan dia."
Tunggu dulu. Ada yang pelik dengan kes ini. Kalau ini adalah serangan goblin dan serigala liar, tetapi kenapa barangan seperti hilang.
Buruan aku faham kenapa ianya hilang, tetapi senjata dan duit itu bagaimana boleh hilang. Bukannya goblin dan serigala liar boleh guna pun.
"Kamu berdua pengawalkan. Kamu berdua boleh berlawan?" Tiba putera Noir menanyakan soalan itu.
Dua orang pengawal tadi mengangguk kepala mereka.
"Kalau begitu, saya nak kita berpecah dua kumpulan. Kamu berdua akan pergi ke sebelah sana. Kami berdua pula aku menuju ke situ. Kalau ada nampak apa-apa jerit sahaja," perintah putera.
Pengawal tadi tidak melawan dan hanya terus berjalan menuju ke arah tadi. Aku rasa putera Noir arahkan mereka melakukan semua itu ada bersebab.
Satu ialah putera tidak ingin mereka terluka kerana arah yang mereka pergi tiada langsung aura haiwan liar. Demi menghalang mereka daripada ikut berlawan sama kami lebih baik hantar mereka ke tempat yang selamat.
Dua putera mahu lihat pergerakan aura haiwan itu. Kalau haiwan itu bergerak menuju ke arah pengawal tadi, itu bermakna haiwan itu ada dapat mengesan keberadaan manusia.
"Mari kita pergi," ucao putera itu kepada aku.
Aku mengangguk kepala lalu mengikutinya masuk ke dalam hutan tersebut. Semakin lama kami berjalan semakin kuat aku dapat rasakan keberadaan haiwan itu.
"Putera, kenapa kampung ini tidak meminta bantuan daripada kerajaan tentang masalah ini?" Soal aku.
"Kampung itu sebenarnya agak berbeza dengan kampung lain. Walaupun kampung ini dibawah kerajaan Verish tetapi ada perjanjian antara tuan Kovu bersama raja dimana kampung ini tidak akan masuk campur urusan politik negara. Jadi negara ini tidak perlu ambil tahu tentang mereka dan biarkan mereka hidup sendiri. Hasilnya beginilah. Kampung ini hanya ada di negara ini atas nama sahaja, bukan sebab politik."
Pelik juga kampung ini. Jangan cakap putera katakan kampung ini istimewa kerana hal itu. Sudah cukup istimewa bagi aku kerana mereka apat terus maju tanpa batuan orang lain. Mesti tuan Kovu seorang ketua kampung yang sangat bijak.
"Apa nama penuh tuan Kovu?" aku baru teringat. Selama ini aku tahu nama depan sahaja. Nama keluarga aku tidak tahu.
"Awak tak tahu ke? Nama penuh dia Kovu Maverick."
Oh, itu nama penuh dia.
Eh! Kejap!
Maverick!
Itu bukan nama keluarga penyihir terkuat yang hilang itu ke. Jangan cakap tuan Kovu ialah itu.
Aku sudah ingat kembali, dulu ada seorang penyihir dari menara yang dikatakan sudah berhenti. Semua orang tidak mahu dia keluar dari menara itu dan orang itu termasuklah Duke Kylo.
Penyihir itu dikatakan adalah bekas guru kepada Duke, jadi Duke sangat tidak mahu dia pergi. Kenapalah aku bodoh sangat tak perasan dia orang itu!
Memang patutlah aura sihir dia kuat semacam sahaja. Rupanya dia adalah penyihir menara terkuat itu. Rasa bodoh tidak perasaan kehadiran dia.
Bukan itu sahaja, malah aku tidak perasan tentang identiti Lieve, cucunya. Kalau dia datang dari tuan Kovu bermakna nama panjang Lieve ialah Lieve Maverick.
Itu adalah nama seorang alchemist yang sangat terkenal di masa hadapan. Ketika di kehidupan pertama aku, Lieve dikatakan alchemist termuda yang dapat mengalahkan alchemist negara ini pada umur yang sangat muda.
Disebabkan itu juga, Lieve dimasa hadapan dikatakan pendamping Lieve di menara sihir. Memang dia bukan penyihir namun kebijaksanaan Lieve sangat berguna untuk Zeev sebagai penyihir negara.
Seingat aku cita-cita dia masuk ke akademi untuk jadi penyihir tetapi bagaimana boleh berubah menjadi alchemist pula. Tak faham aku apa yang jadi pada dia ketika bersekolah nanti.
"Irene, nampaknya musuh kita sudah bersedia untuk menyerang," ujar putera.
Aku yang hilang dalam fikiran aku tadi tersedar kembali. Tidak perasan aku bahawa musuh kami, iaitu serigala liar sudah menanti di hadapan kami.
Bilangan serigala ini tidak banyak bermakna ada yang masih belum keluar.
Grarrrr!
Serigala itu kelihatan marah. Aku hairan, apa yang mereka marahkan sangat. Bukannya kami ada menyerang pun.
Kami berdua melangkah sedikit ke hadapan dan mereka semakin marah. Aku dapat lihat ada beberapa sudah sedia untuk menyerang kami bila-bila masa sahaja.
Grarrr!
Seekor serigala itu cuba menyerang aku namun gagal apabila kepalanya dahulu hilang dipotong oleh putera. Kagum aku dengan kecepatan putera.
Selepas satu ekor tumbang, rakannya yang lain juga turut menyerang. Aku mengangkat tangan aku lalu muncul satu akar berwarna hitam dari tanah menangkap serigala yang cuba menyerang aku.
Terperangkap sahaja serigala tadi, putera Noir terus membelah badan mereka menggunakan pedangnya. Sekarang aku bertugas sebagai penahan dan putera penyerang. Sesuai betul strategi ini untuk aku.
Beberapa saat serigala tadi mati di tangan putera, datang lagi beberapa serigala lain. Kali ini jumlahnya lebih banyak. Hutan ini memang banyak seriagala ya.
Sihir tadi aku hentikan dan aku mengubah kepada sihir lain. Kerana aku mahu semua ini selesai dengan cepat, aku terpaksa gunakan mata iblis aku.
Mata aku ditutup seketika untuk mengaktifkannya. Selepas beberapa saat kemudian, aku terus membuka mata aku dan semua serigala yang menyerang aku tadi terus lenyap menjadi debu.
Itulah mata iblis pembinasa. Mata iblis yang aku dapat daripada Lexu. Aku kadang-kala takut juga guna mata iblis ini kerana terlalu kuat. Apa yang sahaja aku tengok mesti akan hancur menjadi debu sekelip mata. Memang sangat kuat.
"Nampak semua sudah selesai," ujar putera.
Aku yang sudah hentikan mata iblis tadi, berjalan menuju ke salah satu bangkai serigala yang mati tadi. Aku cuba memeriksa bangkai itu kerana aku ada rasakan sesuatu yang pelik tadi.
Tangan aku menyentuh kepala serigala yang sudah terpisah dari badannya itu. Aku dapat rasakan satu aliran mana di kepala ini.
Semua benda hidup ada mana tersendiri termasuklah haiwan tetapi aliran mana ini seperti ada yang mengganggu pergerakan. Kalau difikirkan tadi ketika berlawan aku seakan ada melihat satu aura yang sangat berbeza dari aura lain.
"Putera ada sesuatu yang pelik dengan serigala ini," lapor aku.
"Apa yang pe-"
"Tolong!" Tiba aku terdengar suara pengawal yang mengikuti kami tadi menjerit.
Alchemist ni kerja ni lebih kepada orang yang membuat ubat or racun.
Nak tahu lebih sila Google.