Syalis dan Neith seperti biasanya berlatih sihir secara senyap di sebuah hutan yang tidak jauh dari kediaman Syalis. Untung betul keluarganya tidak hairan dengan kehilangan gadis itu untuk seketika.
Sejak Neith berjanji mahu mengajar Syalis, gadis itu telah berlatih bersungguh-sunguh untuk melakukan sihir. Bagi Syalis, sihir tidaklah susah. Dia sudah dapat buat pelbagai jenis sihir, seperti sihir penyembuhan dan sihir pertahanan.
Dan untuk Neith pula, dia tidak pernah merasa rugi mengajar Syalis. Gadis itu sangat berbakat dan kalau bakatnya tidak dicungkil itu adalah hal yang sangat rugi.
Lihat dari segi kebolehan Syalis itu, dia dapat menjangka bahawa Syalus mungkin boleh mencipta satu lagi sejarah di menara sihir dengan kekuatannya. Dia sangat kuat dan kuasa itu tiada tandingan dengan sihir kesucian yang lain. Mungkin itu kerana Syalis mendapat keberkatan dewa pelindung.
"Cik Syalis, saya rasa sihir penyembuhan cik semakin bagus. Cik bukan sahaja boleh sembuhkan luka manusia malah haiwan dan tumbuhan layu juga cik boleh lakukan," puji Neith kepada gadis itu.
Syalis sedikit malu terhadap pujian itu tetapi sangat berterima kasih. Lelaki yang seumur dengan putera Noir itu memang sangat bagus menjadi gurunya. Semua benda senang difahamkan.
"Kalau boleh, saya mahu berlatih sampai saya boleh tolong sembuhkan kakak Irene," ujar Syalis.
"Kakak Irene?" Neith memandang pelik ke arah Syalis.
"Ya, penyihir kegelapan Irene. Dia selalu sakit dan cedera bila nak tolong saya. Jadi kalau boleh saya mahu sembuhkan sakit dia," tulus Syalis berkata dari hati.
Neith yang mendengar itu terasa sejuk hati terhadap sikap baik Syalis, namun Syalis masih tidak tahu tentang sihir kegelapan menentang sihir kesucian.
"Saya hargai niat cik untuk menolong penyihir kegelapan Irene, tapi saya rasa itu agak mustahil," Neith berterus terang. Lebih baik dia ceritakan awal daripada Syalis terus tidak tahu.
"Kenapa pula?" Syalis tidak faham.
"Sihir kegelapan menentang sihir kesucian, jadi sihir kesucian tidak dapat menyembuh seseorang yang mempunyai mana kegelapan di dalam badan dia dan kalau dilakukan juga, seseorang itu mungkin akan lebih sakit."
Syalis yang baru tahu akan hal itu terasa agak terkejut. Patutlah selama ini ketika dia mahu menolong Irene, Irene selalu menolak.
Rupanya niat baiknya selama ini ada kesan buruk. Nampaknya dia memang tidak berguna untuk kakak tirinya itu.
Dirinya terasa agak sedih. Niat utama dia mahu berlajar sihir adalah untuk menolong Irene tetapi rupanya dia tidak dapat lakukan semua itu.
Neith yang melihat muka sedih gadis itu terasa agak bersalah kerana mengatakan hal tadi. Dia bukan mahu melemahkan semangat Syalis tetapi dia hanya mahu Syalis mengetahui perkara sebenar sebelum dia terus berharap.
"Walaupun cik tak dapat sembuhkan dia, cik mungkin dapat mempertahankan dia. Sihir kesucian boleh dikatakan sihir terkuat dalam pertahanan," Neith cuba memujuk Syalis.
Syalis yang agak sedih tadi tersenyum semula. Dia akhirnya mempunyai cara lain untuk menolong Irene. Kalau dia tidak buat selamatkan, jadi dia akan lindungi Irene.
"Kalau begitu, marilah kita mulakan kelas ini semula," ujar Syalis dengan penuh gembira.
Neith tersenyum nipis. Sekurangnya Syalis sudah agak bersemangat sekarang.
"Memandangkan cik Syalis sudah belajar sihir pelindung, apa kata kita belajar sihir lain lagi?" Cadang Neith.
"Kalau macam tu, apa kata awak ajarkan saya sihir telepotasi!"
Neith agak terkejut. Mengejar sihir terkuat itu pada gadis yang baru mula belajar sihir ini agak mustahil.
Sedangkan dia juga jarang guna sihir telepotasi. Kalau putera mahkota selalulah dia lihat gunakan sihir itu. Tapi kalau dirinya agak sukar dan hanya akan gunakan bila dalam keadaan genting sahaja.
"Ajarkanlah saya sihir telepotasi," Syalis memohon.
Melihat muka yang sangat memohon itu membuat dirinya sukar menolak. Nampaknya dia terpaksa menerima.
"Saya akan ajarkan cik, tapi kalau terjadi apa-apa pada cik, saya akan berhenti mengajar sihir itu," ujar Neith.
Syalis mengangguk faham. Di dalam hatinya sangatlah seronok ada orang mahu mengajarnya sihir yang berguna itu.
Tujuan dia mahu belajar sihir itu adalah untuk dia berjumpa dengan Irene. Kalau ia berkata maka dia tidak perlu menghantar surat undangan lagi. Dia boleh sahaja terus pergi dan paling seronok pergi tanpa pengetahuan orang lain.
"Dalam sihir telepotasi, cik kena mempunyai mana yang kuat. Jadi cik bertenang dan cuba rasakan aliran mana dalam badan cik," ajar Neith.
Syalis yang mendengar semua itu terus cuba melakukannya. Dia menutup matanya dan cuba merasakan mana yang mengalir di tubuh badan dia.
"Kemudian, cik cuba bayangkan tempat yang cik mahu pergi dan dalam masa telepotasi itu, cik tidak boleh bergerak supaya cik tidak tersasar ke tempat lain."
Syalis yang cuba merasakan mananya tadi, tiba merasa badannya menjadi sungguh ringan. Satu lingkaran sihir mengelilingi Syalis dan Neith yang berdekatan dengan gadis itu.
Dan tiba-tiba...
Bruk!
Mereka terus berpindah ke tempat lain sehingga membuat dua orang itu jatuh ke tanah. Neith agak terkejut. Gadis itu boleh membawa orang lain sihir telepotasinya tanpa menyentuh orang itu.
Syalis yang terjatuh itu juga agak terkejut kerana dia berjaya melakukan sihir itu dengan sekali cuba sahaja. Tapi persoalannya, sekarang mereka dia mana?
Tadi Neith kata cuba bayangkan tempat yang dirinya mahu pergi tapi apa yang dia bayangkan tadi adalah wajah Irene. Jadi macam mana mereka boleh sampai ke sini?
"Syalis?" Tiba dia mendengar suara lembut tetapi dingin menyebut namanya.
Dia tahu asal suara itu. Dia menoleh ke belakang dan alangkah terkejut dia melihat Irene bersama seorang lelaki berambut hitam itu.
Muka Irene hairan melihat Syaljs yang tiba-tiba sahaja keluar dari lingkaran sihir di udara tadi.
"Ka-kakak!" Syalis mula berdiri dan membetulkan bajunya. Neith juga turut begitu.
Mata merah Irene menyala melihat tubuh badan Syalis yang mengeluarkan aura sihir yang sungguh banyak itu. Irene berfikir bahawa gadis itu menggunakan sihir telepotasi tadi. Kalau bukan sihir itu, mustahil Syalis boleh tiba-tiba ke sini.
"Kamu kenal ke?" Lelaki disamping Irene menyoal.
"Tak!" Selambar Irene menjawab dan terus berjalan. Dia malas mahu masuk campur urusan Syalis itu.
Ryzel yang melihat peragai Irene itu hanya boleh menggelengkan kepalanya. Baginya gadis itu memang semakin hari semakin dingin terhadap keluarga Duke Kylo. Dia tahu Syalis adalah adik tiri Irene.
"Kakak, nanti dulu," ucap Syalis berlari lalu memberhentikan langkah Irene.
Irene mengeluh pasrah dan menoleh ke arah gadis itu.
"Apa kau nak?" Soal Irene dingin.
"Saya sebenarnya-"
Belum sempat Syalis menghabiskan katanya tadi, tiba Irene menarik gadis itu ke arahnya dan satu anak panah tepat menghala ke tempat dia tadi. Kalau Irene tidak menariknya rasanya anak panah tadi sudah terkena pada kepalanya.
"Anak panah! Ada penyerang!" Jerit Neith yang berada di belakang Syalis.
Dia cuba mengambil pedangnya namun tiada kerana dia lupa bahawa dia tinggal pedang itu di hutan ketika melatih Syalis tadi. Sekarang dia tiada senjata mahu melindungi mereka.
"Keluar!" Irene memandang ke arah semak samun di tepi jalan ini.
Kepada yang pelik kerana aku guna nama sihir kegelapan dan sihir kesucian itu, sini aku nak jawab.
Dalam bahasa eng, nama itu disebut:
Dark magic and Light Magic.
Kalau dark magic aku masih boleh translate sebagai sihir kegelapan (dark).
Tapi kalau Light magic, tak akan aku nak translete sebagai sihir kecahayaan pula. Pelik sangat bunyi tu. Jadi sebab itu aku tukar nama jadi sihir kesucian. Ada macam sedap lagi dibaca.