Dryan Wyatt✔️

By sweetiecupcakee

413K 38K 7.1K

You make me weak but uhh whatever Dryan Wyatt. Budak nakal yang sering ditakuti ramai. Manusia yang suka mem... More

1 | Starbucks
2 | Dryan Wyatt
3 | I.F.L.Y
4 | Roti
5 | Kolam
6 | Wyatt
7 | Hoodie Hitam
8 | Rahsia
9 | Masak
10 | Isha
11 | Tunang
12 | Luka
13 | Gambar
14 | Curang
15 | Husbaby
16 | Happy Birthday
17 | Itali
18 | A day with him Part I
19 | A day with him Part II
20 | Darah
21 | Kuda
22 | Takut
23 | Mimpi
24 | Or... Death
25 | Aunty Mia
26 | Kotor
28 | Garlic bread
29 | Sugar
30 | Liar
31 | Risau
32 | Reen
33 | Sayang

27 | Bilik Stor

9.8K 1.1K 481
By sweetiecupcakee

Maaf bab ni agak tergesa >_< and hambar...

JAM 3 pagi. Aku menutup mata kembali setelah puas merenung ke arah jam digital di kabinet kecil. Aku dah cuba untuk tidur dengan nyenyak tapi gagal. Setiap jam mahupun minit pasti terjaga.

Tanganku jatuh pada lingkaran kemas di pinggang aku. Dryan Wyatt memang sangat suka tidur sambil peluk aku dari belakang. Kadang dia rehatkan bawah dagunya di atas bahu aku dan kadang belakang aku ditekup rapat dengan wajah dia. Gaya tidur dah macam manja tapi di luar tu mengalahkan beruang kutub.

Mata yang sebam ditekup dengan sebelah tangan aku lagi. Aku dah puas menangis dengan semua yang terjadi petang tadi. Orang yang aku fikir akan marah dan sakitkan aku bila tiba saat genting tapi rupanya dia juga yang tenangkan aku. Sungguh aku salah faham dan berdosa dengan Dryan. Naifnya aku, Tengku Nuryn Delisha.

Pegangan pada pinggang aku sangat erat, seolah dia tidak mahu lepas. Dia... memang tak akan lepaskan aku kan? Bibir aku tersenyum sendiri. Sanggup datang ke sini semula dan cari aku. Kahwin dan jaga aku sebaik yang dia boleh. Dia rendahkan ego dengan minta maaf tak jaga aku sebaik mungkin.

Keras dan dinginnya Dryan Wyatt di hadapan orang lain tapi hangatnya pelukan dia hanya beberapa orang boleh rasa. Dia kuat memberontak dan suka buat hal tapi hakikatnya aku nampak yang dia cuba cari perhatian keluarga dan orang lain. Dia cuba isi kesunyian yang dia dengan membuat bising. Dia... Dia cuba yang terbaik untuk keluarganya pandang walaupun mereka semua sibuk dan tiada masa. Air mata aku jatuh. Aku minta maaf, Dryan. Aku sepatutnya faham kau. Aku jahat, Dryan.

Semua ini jadi sebab aku degil dan takut. Aku akan cuba biasakan diri dalam dunia kau, aku janji. Aku minta maaf, Dryan. Nafasku bagai teresak, sudah jadi begini baru nak menyesal. Memang padan dengan muka aku.

"Are you crying, Bella?" Suara garau tapi lembut itu berbisik di tepi telinga. Aku tak boleh tahan diri dari menangis sampai terjagakan dia pula, aduhai. Bella... Dah lama aku tak dengar panggilan tu.

Ah, diam Reen. Pura-pura tidur. Aku pejam mata kembali sampai tak rasa ada pergerakan dari dia. Tunggu Dryan tidur balik baru aku nak sendu.

Aduh, tiba-tiba aku terpegang perut sendiri. Lapar! Kenapa tiba-tiba dia nak buat konsert tiga pagi ni? Boleh tanya lagi kan, Reen? Aku hanya bersarapan pagi ni.

"Lapar, huh?"

Eh, tak tidur lagi?

Pelukan Dryan dilonggarkan seolah bagi peluang untuk aku mengiring menghadap dia.

"Tak, tak lapar. Ala nanti hilanglah tu dengan mengantuk." Bibir aku tersenyum walaupun nampak dalam samar-samar kerana lampu malap itu jauh. Wanginya cologne Dryan. Makin rapat aku tekup wajah pada dia, hangat dan selasa.

"Manjanya budak ni." Aku cebik. Excuse me, sir. Kita ni sama umur, okay? Walaupun beza bulan tu banyak tapi sama! Aku mula nak memberontak dengan gaya aku tapi hidung sudah dipicit dengan jari runcing Dryan.

"Mesti lah! Mrs Wyatt!" Aku angkat kepala, terasa ada mata yang memerhati dengan lama walaupun samar. Pipi aku rasa dielus lembut.

"Mrs Wyatt..." Mungkin Dryan tergamam sebab aku sendiri yang keluarkan. Aku dah terima kenyataan dan tak boleh dari takdir lagi. Sebenarnya aku sendiri yang tak mahu. Aku nak stay dengan Dryan. Dia jaga aku dan aku pastikan dia tak sunyi lagi.

"Yes?"

"Aku sayang kau sangat, Reen." Terjerit aku saat ditarik kasar Dryan agar lebih rapat lagi pelukan. Dia terharu. Aggressive, huh? Aw, I like it! Sudah, Nuryn Delisha!

Uh, yeah it's me, again. Me and my dirty mind. Bawa cuci otak kau dengan air zam zam, Reen!

"Dryan... Kalau kau buat benda macam tu jangan tunjuk depan aku, tahu? Aku takut... Tapi... Tapi aku janji! Aku tak tinggalkan kau. Aku sayang kau juga." Aku ketawa kecil entah kedengaran seperti kekok. Suara berjanji itu sudah seperti budak kecil berjanji.

"And kau janganlah rasa ada sesiapa dengan kau. Aku ada ni ha. Aku nampak kau. Orang yang kau sayang tak akan pergi." Dryan merungkaikan pelukan. Dia sedikit menjauh dengan tiba-tiba dan lampu bilik dibuka terang.

"Uh, hm janji?" Terkejut aku... Aku ingatkan dia yang ego dan sukar nak tunjuk perasaan sebenar ni nak acah menafi tapi kali ini siap hulur jari kelingking lagi. Dengan kulitnya merah-merah baru bangun tidur, argh... Comel!

"Janji!" Aku balas.

Dia senyum. Indahnya...

"Okay, jom kita turun. Aku nak masak untuk kau. Kau nak makan apa?" Eh, rezeki betul. Seronok nyah ada suami pandai masak ni, aduh duh jantung aku.

"Betul ke? Tak menyusah?"

Dia berdeham.

"Mana boleh biar Isha aku lapar. Nak pergi cuci muka." Hidung aku dipicit lagi oleh Dryan. Dia yang nak pergi tapi kenapa sekali dengan aku yang diangkat? Eh eh Dryan angkat aku! Lain macam ceria aku pagi ni sebab berbaik dengan dia!

"Kita sama-sama cuci muka dengan gosok gigi."

Itu yang aku dengar tapi kenapa mesti termasuk perang air sejuk pagi buta seperti ini? Aduhai, aku sayang dia.

.

READERS POV

"AKU berlakon bergaduh dengan kau sebab nak Reen nampak aku jadi hero tapi Dryan menyibuk lagi. Semak betul lah dia tu." Tangan dikepal ketat-ketat lalu dihentak geram ke meja.

Rayden hanya memandang dengan kosong, dia pun tidak tahu nak buat apa lagi. Tak pasal masuk hospital hanya kerana dipukul Dryan Wyatt sehingga pengsan. Ya, dia tidak habis melepaskan marah lagi ketika di hadapan Reen. Sebelum pulang dari sekolah, Dryan mencari dia lagi.

"Teruk aku kena pukul dengan dia sebab kau. Kalau kali ni tak berjaya lagi, kau ikut idea aku. Kau dah janji dengan aku kan?"

Ariq mengangguk perlahan.

"Reen tolak lagi ajakan aku jadi kali ni aku nak dapatkan bukti jelas lagi. Bilik stor sekolah. Kau kena tolong aku. Kita kongsi."

Sepertimana yang dia janji. Langsung tidak kisah asalkan Reen jadi miliknya. Mama dia pun tidak peduli kerana Reen memang sesuai dibuat menantu. Dia gadis yang cantik, tersenyum manis di hadapan orang dan peramah. Sudah lama dia kenal dan berkenan dengan Reen.

"Bila?" Rayden terukir senyuman sendiri tatkala mata mereka terpandang ke arah susuk tubuh Tengku Nuryn Delisha dari jauh. Dia sibuk membawa fail guru yang banyak ke blok tingkatan enam di belakang. Kawasan yang sunyi dan sesuai untuk rancangan mereka.

"Sekarang." Ariq terus bangun dari kerusi pondok. Kebetulan kawasan itu berdekatan dengan bilik stor untuk pakaian kadet beruniform sekolah. Mereka menunggu dari dalam dan segera menarik lengan Reen sewaktu gadis itu berjalan.

"Sakitlah!" Dia menjerit, terkejut. Wajah terus menjadi cuak apabila melihat dua orang manusia di hadapan dia. Kenapa Ariq boleh ada di sekolah? Dia yakin yang dia nampak nama dia dan Rayden di papan tidak hadir hari ke sekolah yang terdapat di luar kelas mereka.

"Kahwin dengan aku, Reen. Kau dah lupa ke apa yang jadi antara kita." Dia... Bukan Ariq yang lama lagi. Panggilan dan kata-katanya sudah keras dan lantang. Reen cuba menarik tangannya yang dicengkam kuat, sakit.

"Kau dah gila ke, binatang? Kau fikir kau ugut aku macam tu boleh buat aku setuju ke, gila?" Kaki diangkat seolah menendang kuat. Senak, wajah dia berkerut sakit.

"Pandai berlawan sudah my future ni, hm? Awak suka bad boy kan Reen sayang? Aku tengah jadi demi kau!" Baju sekolah Reen ditarik seperti mahu dikoyak kasar. Rayden mengundur, pintu bilik stor dikunci.

Dia tetap melawan.

"Kau nak buat apa lagi dengan aku, Ariq? Aku ni isteri orang! Lepaslah!"

Lelaki itu ketawa, terhibur dengan jenaka bekas kekasihnya.

"Awak fikir saya nak percaya awak dah kahwin dengan umur macam ni? Kalau macam kita ni tak apa lah ada sebab. Jaranglah orang nak kahwin sebab sengaja."

Reen terus memijak kasutnya dengan kuat. Argh, apa lagi dia nak buat dengan aku? Dasar manusia gila! Hati Reen berdesis sendiri dengan marah.

"Aku dah kahwin, Ariq. Sumpah, aku dah jadi isteri Dryan Wyatt. Tolonglah jangan ganggu aku lagi!" Suara Reen lantang, mengharapkan ada orang yang berjalan di kawasan ini.

"Saya tak kisah, Nuryn Delisha! Ikut suka awak lah kalau betul awak isteri dia sekali pun. Kalau dia tahu apa yang jadi antara kita, awak fikir dia nak terima?"

Pang!
Laju tangan Nuryn menampar pipi lelaki yang cukup dia benci.

"Dryan tak akan percaya semua benda bodoh yang kau buat. Aku benci kau, Ariq Farhan! Kau ugut aku!" Dia hanya biarkan gadis itu menampar pipinya. Sakit terasa tetapi hati rasa layak. Dia tidak mahu lukakan hati Reen tetapi terpaksa. Hanya Reen yang dia mahu.

"Kalau dah ingat tentang tu, bagus. Awak tak setuju, saya sebar. Senang cerita." Dia mengeluarkan telefon di hadapan Reen. Skrin yang memaparkan grup tingkatan lima tahun ini terpapar di skrin dengan pilihan gambar.

Mata aku sudah bertakung... Tunggu tangannya menghantar... Dryan... Mana dia?

"Sekarang ini lebih baik kalau awak rela saya dan Rayden nak buat apa pun? Saya janji saya padam lepas semua selesai." Menggigil badan gadis itu dibuatnya.

.

REEN'S POV

Aku tersedar air mata mengalir setitis dua. Tidak, aku tak akan pernah rela membuat perkara terkutuk itu. Namun gambar aku...

"Aku tak akan pernah setuju dengan kau orang! Gila! Sebar lah, aku tak peduli!" Mata dipejam rapat, betul ke apa aku buat? Tapi aku tak mahu apa yang mereka nak buat ini. Ketawa Ariq menghancurkan hati aku lagi.

"Sayangnya awak dapat dua-dua!"

Serentak bunyi koyakan baju aku dengan pintu dipecahkan.

"Woih sampah!" Jerkahan Dryan yang kuat lantang dan bergema dalam bilik stor ini buat bahu semua orang terhinjut. Terkejut, ya sangat.

Bertambah terkejut lagi aku apabila Izz dan Kimi muncul dan menarik Rayden keluar, kasar.

"Kau ni memang suka menyibuk kan, Dryan?!" Baju aku dilepaskan, dia berjalan pantas ke arah Dryan. Tangan dikepal kuat lalu dihayun laju.

Dryan mengelak, siap dengan ketawa. Psycho...

"Lembik macam kau nak tumbuk aku?" Tawa dia pecah lagi sebelum tangan itu meragut kasar kolar baju pengawas Ariq.

Buk!

Sebelah tangannya menghayun beberapa tumbukan yang tidak dapat Ariq elak.

Pedih.

"Kau pukul lah aku macam mana sekali pun, kau tetap tak boleh ubah kenyataan yang aku dah sentuh dia. Reen milik aku selamanya." Bibir itu masih tersenyum sinis walaupun pecah, mengalirkan darah. Aku makin menggigil, tangan pegang baju yang terkoyak sedikit tadi.

Trauma.
Ariq gila, memang gila. Aku tahu Dryan tak akan percayakan dia.

"Bodoh, aku fikir otak aku macam kau?" Baju Ariq dilepaskan, laju kaki Dryan menyepak dia hingga terjatuh di tepi dinding. Dryan terlalu... Kasar dan penuh kebencian. Dingin dan ego sampai Ariq yang cuba melawan pun tak boleh.

Aku pula di sini tergamam.

"Aku punyalah sayang Reen sangat sampai tak sanggup nak unboxing dia, ikut suka hati kau je ugut dia macam tu. Kepala timun kau lah!" Kaki dia menghentak kasar ke arah dada Ariq dengan kuat.

Badan itu dipijak berkali-kali tanpa belas kasihan. Kepala... Timun?

Belum Ariq sempat bersuara, kaki dia menyepak wajah yang cukup aku benci itu beberapa kali sampai kepala Ariq berdarah dek hantukan pada dinding.

"Ugh... Sakit..."

"Dryan... Jangan... Bunuh orang dekat sini..." Teragak-agak aku berkata tatkala dia nampak seperti tidak mahu berhenti. Macam dia pula yang kena ugut dengan Ariq. Sebenarnya aku tak kisah tapi aku fikir juga keadaan sekarang. Pasti heboh di sekolah nanti.

Dryan berhenti, dia toleh ke arah aku. Sangat merah wajah dia, marah. Telefon Ariq dirampas oleh Dryan. Jari jemari dia lincah menekan sesuatu, mungkin padam. Aku tak tahu...

"Tak guna kau padam. Aku dah email kan gambar tu ke simpanan aku. Aku dah simpan segala tempat untuk bukti! Argh... Email tu tak ada dalam telefon ni tapi aku dah set kan untuk hantar ke orang jam 6 petang nanti!" Dalam keadaan tak bermaya pun mulut dia lancar berkata-kata tentang rancangan. Tubuh aku bungkam, apa lagi aku nak katakan?

Ariq gila! Dia memang dah rancang nak sebar semua ini. Dia tak kisah beritahu Dryan sebab email itu tiada kaitan dengan telefon sekarang. Licik... Aku sudah... tergamam. Apa yang aku boleh buat? Merayu atau pecah masuk ke dalam rumahnya untuk cari telefon atau komputer lain?

Mata hijau Dryan merenung Ariq, tidak lama untuk tapak kasut sekolah Dryan melekat pada wajah Ariq Farhan dengan sekali pijak.

"Kau sengaja cabar aku, sampah? Kau akan terima padahnya. Kau berani cabar, neraka dunia aku bagi dekat kau!" Perut Ariq dipijak dan ditekan dengan kasutnya hingga termuntah darah. Seram tapi aku percayakan Dryan...

"Reen, kau boleh ikut Izz dan Kimi untuk perhatikan cikgu. Aku nak orang orang aku bawa dia keluar secara senyap dari sekolah."

Dia mengerling ke arah sini lagi, dingin dan menakutkan. Aku hanya mampu mengangguk laju. Tak berani membantah.

.

MASA berlalu dengan pantas, tinggal beberapa minit lagi sebelum berganjak ke nombor enam petang.

Dryan hanya duduk selamba di sebelah aku sambil mencuci gitarnya. Dia nampak sangat rilek manakala aku dah macam kucing hilang anak.

"Jadi Ariq ada dalam bilik sana?" Aku pun tak pasti lokasi bilik itu di hadapan kediaman Wyatt ini kerana sangat besar. Kata Dryan, di situ rupanya tempat mereka menyeksa orang. Aku pun tak akan berani nak pergi.

"Yea... Dia tengah sibuk buat pengambaran. Jangan kacau." Bibir Dryan terukir senyuman sinis, buat mata aku membulat. Apa yang dia buat dengan Ariq? Kenapa Dryan nampak sangat tenang malah tak mencari telefon atau alat elektronik lain yang ada akaun email Ariq tu?

Jam enam. Tiba-tiba banyak mesej masuk ke dalam grup batch buat aku berdebar. Benarkan dia email kan gambar itu ke akaun batch aku?


"Gambar apa ni, Reen? Ariq yang..."

Mesej dari Fyna dibaca aku dengan gementar tak terhingga. Ramai yang hantar fail itu masuk ke dalam grup. Ya Allah, kenapa.... Fail itu tertera nama aku.

Takut untuk aku membukanya... Kerana ada nama aku? Jadi betul lah... Aku nak menangis...

"Dryan... Gambar tu..."

Dia pandang ke arah aku, selamba.

"Cuba buka, Isha."

Aku akur sebab tertanya. Aku punyalah sampai nak menangis tapi dia sangat rilek.

Hidung aku kembang kempis melihat gambar Ariq di atas katil yang hanya berseluar tanpa baju. Ada dua orang perempuan... Erk... Ni perempuan ke lelaki yang baring sebelah dia. Nampak macam lelaki... Bibir aku ternganga.

Ya Allah.

Tawa Dryan semakin kuat, dia dah tak tahan gelak lagi.

"Nak bergambar sangat kan dia? Ambil lah. Berani nak malukan Isha aku." Ariq ditiduri... hmm... Idea Dryan ni kan sumpah pelik-pelik. Sudahlah dia kejam, tak ada rasa kasihan buat macam tu.

Dia, Dryan Wyatt.
Aku menghela nafas lega.

"Hebat kan uncle aku?" Air mata aku mengalir sambil mengangguk. Terharu.

"Thanks... Dryan." Mata hijau dia perhati aku dengan lama, penuh minat. Tak lama kemudian, jari dia mengesat air mata aku yang setitis dua mengalir.

"Anything for my bella."

Hati aku tenteram...
Aku tak kata apa yang dia buat sepenuhnya betul tapi dia selamatkan maruah aku dan keluarga. Dia... Terima aku walaupun apa yang terjadi dan dia... sayang aku.

Ya اللّٰه, I love him.
The one name in my heart.
Dryan Wyatt.

- TO BE CONTINUED -

MAAF HAMBAR. DIHARAPKAN DAPAT MENINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. THANK YOU❤

Continue Reading

You'll Also Like

10.7M 242K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...
10.9M 261K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
5.1M 202K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...
425K 20.7K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...