Hai yeorobun! Sorry sis unpub story ni haritu tapi sis publish balik okey. Jangan risau, jalan cerita dia sama je sis tak ada ubah apa-apa😊
-----------------------------------------------------------
Kring...kring....
Saat jam locengnya mula berbunyi, gadis berambut hitam itu mula menyelak selimutnya yang menutup seluruh tubuhnya semasa tidur. Satu tabiatnya ketika tidur ialah memastikan selimutnya menutup semua anggota badannya kerana dia menganggap selimutnya adalah pelindung dirinya ketika tidur.
Kakinya menyentuh lantai bilik tidurnya dan dia langsung menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya yang sudah berbau. Tidak lupa tuala mandi yang tersidai dengan elok di penyangkut tuala sebelah bilik mandinya. Selepas 10 minit berada di dalam bilik airnya, kini Jeongyeon sudah siap untuk memakai uniform kolejnya dan pergi berangkat ke kolej dengan menaiki bas.
Sedikit intro untuk gadis bernama Jeongyeon atau nama sebenarnya Yoo Jeongyeon adalah gadis yang berasal dari daerah Suwon. Jeongyeon tinggal seorang diri di Seoul setelah dia berkeputusan untuk menyambung pelajarannya di ibu negeri Korea Selatan itu. Jeongyeon dibesarkan oleh keluarga angkatnya yang menetap di Fukuoka, Jepun. Jeongyeon tidak mempunyai adik-beradik lain selain dari adik lelaki angkatnya yang juga turut menetap di Seoul. Namun, dengar sahaja mereka berada di negara yang sama, daerah yang sama, tetapi Jeongyeon jarang sekali bertemu mata dengan adik lelakinya itu kerana dia sibuk dengan jadualnya sebagai seorang idol di salah sebuah syarikat idol yang sangat terkenal di Seoul itu.
Beralih kepada cerita Jeongyeon, dia diambil menjadi anak angkat kepada keluarga Watanabe sejak dia berumur 9 tahun dan kini dia sudah menginjak usia kepada 20 tahun. Jeongyeon sudah memasuki tahun kedua di kolejnya dan dia hanya mempunyai seorang kawan baik iaitu Mina yang berada di dalam jurusan yang sama dengannya. Secara kebetulan atau tidak sengaja, gadis itu juga berasal dari negara Jepun dan itu salah satu sebab Jeongyeon boleh rapat dengannya sehingga kini.
"Jeongyeon-ah! "
Terdengar namanya dipanggil oleh gadis berambut panjang sehingga bahu itu. Dengan senyuman yang selalu manis dilihat di bibirnya, gadis itu berlari ke arah Jeongyeon.
"Oh, Mina-yah! "
Gadis yang memanggil Jeongyeon itu adalah Mina, teman rapatnya Jeongyeon di kolej tempat mereka belajar.
"Dah makan pagi? "tanya Mina.
Jeongyeon menggeleng.
"Jom pergi makan. Sempat lagi ni sebelum masuk waktu Ms. An. "kata Mina.
Jeongyeon menerima ajakan teman baiknya. Kini mereka berdua di dalam kafe yang terdekat dengan lokasi kelas mereka yang akan bermula sebentar lagi.
"Nak makan apa? "tanya Jeongyeon.
"Tak tahu lagi. Kau? "tanya Mina pula.
"Entah. Kita tengok la apa yang ada dekat depan. " kata Jeongyeon yang kemudian mendapat anggukan dari Mina.
Tidak lama selepas itu, Jeongyeon dan Mina mengambil tempat di meja yang berhampiran dengan tingkap. Sekadar makluman, kafe mereka berada di tingkat 3 dan kafe ini tidak selalunya penuh maka kerana itulah Mina dan Jeongyeon memilih kafe ini.
Tiba-tiba, kafe itu berbunyi dengan sangat meriah dan bising sehingga menarik banyak perhatian pelajar yang sedang mengambil sarapan pagi di sana.
"Ada apa tu? "tanya Jeongyeon kepada Mina.
Mina mengangkat bahu tanda tidak tahu. Setelah melihat ke arah sekeliling, kini Mina sudah tahu dari mana punca bunyi bising itu datang.
"Patutlah bising, diorang datang kafe. " kata Mina sambil menunjuk ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang terdiri daripada 13 orang lelaki yang sememangnya menjadi pujaan ramai pelajar perempuan di kolej itu.
Jeongyeon memandang ke arah yang ditunjuk Mina.
"SEVENTEEN? " tanya Jeongyeon.
Mina mengangguk.
Seventeen adalah kumpulan pelajar lelaki yang terkenal di kolej mereka dengan panggilan 'idol 'kerana mereka sangat berbakat dalam menyanyi, menari dan setengah dari mereka pandai bermain alat muzik. Mereka ialah Seungcheol, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon dan Dino. Di antara mereka, cuma empat orang sahaja yang mengambil jurusan yang sama dengan Jeongyeon iaitu Jun, Hoshi, Wonwoo dan Woozi.
Namun, Jeongyeon tidaklah begitu mengenali mereka kerana Jeongyeon lebih suka mencari 'circle' yang kecil kerana baginya yang kecil itu lah yang sentiada ada dengannya.
"Aku pergi letak pinggan dulu. " kata Jeongyeon lalu mengambil pinggannya dan berjalan ke arah tempat yang telah disediakan untuk meletak pinggan-pinggan dari kafe.
Selepas menyelesaikan urusannya, Jeongyeon terus ke meja makan mereka tadi kerana takut Mina menunggu lama.
"Eh, cepat? " tanya Mina saat melihat Jeongyeon sudah berada di hadapannya.
Jeongyeon senyum sahaja pada ayat Mina. Kini waktu Mina pula yang meletakkan pinggannya. Mereka bergilir-gilir kerana salah satu dari mereka perlu menjaga barang yang dibawa.
Khusyuk Jeongyeon membaca nota di buku nota yang dicatatnya, terdengar suara seorang lelaki datang menyapanya.
"Kelas Ms. An kan kejap lagi? "
Jeongyeon memandang ke arah pelajar lelaki itu. Dia berasa terkejut kerana pelajar lelaki yang datang menegurnya adalah Hoshi dari kumpulan Seventeen.
"Ha-ah. Ye. " jawab Jeongyeon saat ditanya oleh Hoshi.
Hoshi memejamkan matanya sambil tangan kanannya menepuk kepalanya dengan geram.
Perlakuan Hoshi dilihat oleh Jeongyeon dan tidak lama Mina juga tiba di meja mereka.
"Ada apa ni? " tanya Mina.
Jeongyeon membuat muka tidak tahu.
Saat sedar dirinya menjadi perhatian dua gadis itu, Hoshi pun meminta maaf kepada Jeongyeon dan Mina lalu berlalu meninggalkan meja mereka dan beralih ke meja kumpulannya.
"Dia tanya apa dekat kau? " tanya Mina. Kini mereka berdua telah keluar dari kawasan kafe dan menuju ke kelas Ms. An.
"Dia tanya pasal kelas Ms.An tu. " jawab Jeongyeon.
Mina berpaling ke arah Jeongyeon.
"Habis tu kenapa nampak dia pukul kepala dia tu tadi? " tanya Mina.
"Aku syak dia tak siapkan kerja yang Ms.An bagi minggu lepas. " teka Jeongyeon.
Mina tergelak mendengar jawapan Jeongyeon. Jeongyeon ni memang kalau bab meneka nombor satu.
-----
Setelah Hoshi kembali ke meja kumpulannya, kehadirannya seperti dialu-alukan oleh kumpulan Seventeen itu.
"Pergi mana Hoshi? " tanya Dokyeom.
Hoshi mengambil tempat di hadapan Dokyeom bersebelahan Wonwoo di kanannya dan Jeonghan di kirinya.
"Pergi mengorat awek lah tu! " bukan Hoshi yang menjawab tetapi Mingyu yang duduk di hadapan Wonwoo.
Salah seorang ahli yang terkenal di dalam kumpulan itu dengan rupa parasnya.
"Haish, tak ada lah. Dia tu coursemate aku. Satu jurusan dengan Jun, Woozi dan Wonwoo. " cerita Hoshi.
"Eoh, aku tak pernah nampak pun. " kini lelaki yang berada di hadapan Jeonghan bersuara, Jun.
"Nama dia apa? " tanya Woozi sekadar ingin mengenal coursemate yang selama ini dia tidak pernah kisah.
"Jeongyeon. "
Belum sempat Hoshi membalas soalan Woozi, Wonwoo terlebih dahulu memintas Hoshi.
Kesemua perhatian dan mata menuju ke arah Wonwoo terutamanya. Terkejut kerana lelaki yang boleh dikatakan seorang yang tidak pernah mengambil kisah dengan hal lain selain kumpulan dan kerjanya dapat mengetahui nama Jeongyeon.
"Macam mana kau tahu nama dia? " tanya Hoshi masih lagi terkejut.
Respon yang sama diterima oleh Wonwoo saat kawan-kawannya yang lain bertanyakan kepadanya.
"Dia satu course dengan aku dalam elektif. "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#12/5/2021