Mata merah aku menatap buku sihir yang berada di tangan aku kini. Buku ini adalah buku arwah ibu aku tinggalkan sebelum dia pergi.
Dari buku ini sudah banyak sihir yang aku belajar tetapi tidak pernah sekali pun aku belajar sihir memutarkan masa. Aku masih tertanya bagaimana aku boleh berada di jangka waktu ini.
Sihir memutarkan masa itu memang ada tetapi ianya terlalu sukar dilakukan menjadi sihir itu tidak pernah diperlajari oleh sesiapa pun. Sedangkan aku yang merupakan penyihir kegelapan paling kuat sekarang pun masih belum cukup kuat menahan sihir memutarkan masa.
Mana aku mungkin boleh habis dalam sekelip mata jikalau aku cuba melakukannya.
"Norn!" panggil aku dan dalam sekelip mata kelibat iblis bawahan aku itu hadir di hadapan aku.
Awalnya dia adalah iblis ibu aku namun setelah ibu aku pergi, aku menjadi tuannya. Norn juga seorang iblis yang cekap, hanya dengan memanggil nama dia, dia akan datang ke arah aku tanpa menunggu sesaat pun.
"Ada apa-apa laporan tentang menara sihir baru-baru ini?" Soal aku.
"Tidak ada cik," balasnya.
Tidak ada bermakna hanya aku seorang sahaja yang tahu akan kejadian ini. Kalau ada penggunaan mana yang berlebihan mesti menara sihir akan mengetahui lebih awal.
Boleh jadi aku kembali ke masa lalu disebabkan seseorang menggunakan sihirnya untuk ke sini tetapi membawa jasad aku sekali. Kalau teori aku betul, aku mesti menemui orang itu.
Bam!
Tiba pintu bilik ini dihempas kuat. Beberapa orang pengawal masuk tanpa kebenaran aku. Mereka ini mamang sudah tidak menghormati aku lagi.
Mereka tahu semua ahli keluarga aku menbenci aku sehingga membuang aku ke sini, tetapi aku tetap juga ahli keluarga terbesar Argechi. Jadi mereka harus hormat aku walaupun keluarga aku semua tidak pernah menganggap kewujudan aku.
Di masa lalu, biasanya aku akan membunuh mereka semua kerana berkelakuan begini, namun masa ini aku mahu berubah.
"Tuan besar Argechi mengarahkan cik untuk datang makam malam di kediamannya hari ini," ujar salah seorang pengawal tersebut.
Duke Kylo Argechi.
Ayah aku yang tidak pernah menganggap aku sebagai anaknya. Memang lelaki yang tak berguna. Di hari kematian aku dahulu pun, dia hanya menatap aku dengan tatapan kosong tanpa ada satu pun belas kesian.
Di kehidupan pertama aku dulu, memang aku bodoh cuba mendapatkan perhatian sehingga aku sanggup berbuat apa sahaja, namun sekarang jangan harap aku akan lakukan lagi. Aku tahu, sebanyak mana aku cuba, akhirnya aku mesti tidak akan kecapi juga.
"Itu sahaja pesanan tuan besar Argechi. Kami minta diri," pengawal aku terus berundur tanpa memberi satu pun penghormatan kepada aku.
Aku mengeluarkan sihir hitam aku dan...
Zush!
Sihir hitam itu terus mengena pengawal tadi sehingga membuat mereka terlempar di dinding rumah ini. Diri mereka menanggung kesakitan dan aku pula hanya menatap kosong ke arah mereka.
"Kalau nak masuk sini, sila hormat aku. Kali ini aku mungkin akan lepaskan kamu semua tetapi selapas ini, kamu akan lihat darah mengalir dari tubuh kamu," ujar aku untuk menakutkan mereka.
Memang aku kata aku mahu berubah tetapi aku tidak pernah kata aku tidak akan berhenti menyiksa orang seperti mereka. Kali ini aku buat demi amaran supaya jangan sesekali merendahkan aku. Mereka masih tidak tahu berapa kuatkan sihir kegelapan ini.
Pengawal yang ketakutan akan amaran aku tadi, terus berlari keluar dari kediam aku. Memang itu aku mahukan. Selepas ini mereka mesti akan melaporan hal tadi kepada ayah aku lalu pada malam ini aku akan dimarahi olehnya.
"Norn, aku nak kau cari siapa pengguan mana terkuat di negara ini," arah aku.
"Baik cik."
"Dan Lexu!"
"Ya, cik!" Iblis kedua aku terus mendatangi aku dengan sihirnya.
"Aku nak kau perhatikan sihir pertahanan negara ini. Laporkan kepada aku, sekiranya ada apa-apa terjadi."
"Baik cik!"
Selepas aku memberi tugas kepada kedua-dua iblis itu, mereka terus menghilangkan diri mereka di balik bayang hitam. Aku seterusnya berjalan keluar dari bilik itu.
Kaki aku melangkah menuju ke bilik arwah ibu aku. Dalam perjalanan aku, tempat ini memang tidak kedengaran satu pun suara.
Aku memang berhak mendapat tempat begini walaupun aku adalah anak Duke Kylo Argechi. Dia membenci aku dan ibu aku sehingga dia melarang kami untuk tinggal di kediamannya.
Walaupun rumah ini besar, namun kesunyian itu memang sungguh terasa. Apatah lagi setelah ibu aku pergi. Aku tidak lagi mendengar suara ibu aku dan aku juga mula berubah menjadi seorang yang sungguh suram.
Tok! Tok!
"Ibu, Irene masuk ya," ujar aku sendiri.
Aku tahu tidak ada orang akan menjawab itu, namun aku akan tetap lakukan kerana aku hormat ibu aku walaupun dia sudah tiada.
Pintu bilik tersebut dibuka perlahan oleh aku. Pandangan bilik yang sederhana besar itu tetasa nostalgia. Sejak kematian ibu aku dulu, aku tidak pernah sekali pun masuk ke bilik ini.
Dan sekarang aku berfikir mahu masuk kerana di kehidupan lalu aku, aku tidak pernah dapat peluang untuk melakukannya.
Kaki aku dengan perlahan memasuki bilik yang tidak berpenghuni tersebut. Mata aku memandang sekeliling tempat itu. Memang tidak berubah satu pun sejak kejadian itu.
Kertas kerja ibu aku pun masih kelihatan bersepah di atas mejanya kerana tidak ada orang yang memasuki bilik untuk mengemasnya.
"Ibu, Irene nak tidur sini boleh?"
"Boleh, mari sini, tidur sama ibu."
Teringat aku memori indah aku bersama ibu aku dulu. Katil besar yang memuatkan aku dan ibu aku ini memang menyimpan banyak memori bersama.
Dulu aku seorang yang penakut mahu tidur seorang diri, jadi ibu selalu akan tidur bersama aku. Tetapi sejak kepergian ibu aku, aku terus menjadi seorang yang tidak memiliki perasaan.
Setelah menatap katil yang tidak berpenghuni itu, aku terus menuju ke meja tidak jauh dari katil tersebut. Dapat aku lihat satu kotak yang didalamnya adalah satu anting-anting kesayangan milik ibu aku.
Anting tersebut diambil oleh aku lalu aku memakainya. Di masa lalu aku, aku tidak berkesempatan memakai anting-anting ini kerana aku tidak mahu mengusik barang kepunyaan ibu aku.
Namun sebelum ibu pergi, dia pernah kata dia akan berikan anting-anting ini kepada aku apabila aku mencapai umur 17 tahun. Dan sekarang adalah umur itu.
Aku menatapkan di dalam hati bahawa aku akan gunakan semua barang yang tidak pernah aku guna selama aku hidup dahulu.
Nampaknya malam ini lelaki yang membenci aku itu akan melihat bayangan ibu aku sekali lagi.
Memang itu rancangan aku. Aku akan biarkan lelaki itu tersiksa melihat sosok wanita yang paling dia benci sekali lagi dan kali ini aku tidak berharap mendapatkan cinta seoarang ayah darinya.
(Delina) - ibu Irene
(Norn)
(Lexu)