PAGI. Aku tahu benda ini tak elok dan baik tetapi aku buat keputusan untuk sambung tidur kembali. Mengantuk walaupun aku sudah mandi. Jarum jam sudah berganjak ke angka lapan. Lewat bangun tapi selesa. Makin erat tangan aku memeluk Dryan Wyatt.
Dia pun tak nak bangun, mungkin selesa begini. Entah apa jadi malam tadi, aku tak berapa nak ingat. Aku dan dia menonton movie dari Netflix dan mungkin aku tertidur. Bangun awal pagi tadi pun masih blur apatah lagi sekarang.
"Kau dah bangun ke, Reen?" Suara serak itu membuatkan bibirku terukir satu garis. Are you lost, my colt?
Haih, suara pun dah... Sebelah tangan dia masih erat memeluk sekeliling belakang dan lengan aku dipegang. Bilik sejuk tapi pelukan hangat. Mananya aku nak bangun kalau macam ni, Dryan.
Muka aku tekup rapat. Tak mahu bangun. Seperti tidak percaya pula esok ialah hari sepatutnya aku dan Dryan pulang ke Malaysia semula. Ya, tidak boleh berlama-lamaan di sini kerana aku masih sedar diri. Aku tidak mahu mama bising sebab abaikan sekolah.
Berat betul dugaan aku. Kaki tak mahu ke sekolah tetapi aku tak boleh terus berada di sini. Aku rindu kawan-kawan di sana. Mungkin dah habis SPM nanti, baru aku dan Dryan untuk datang ke sini pula. Sedih betul bila terpaksa pulang.
"Isha, aku tahu kau dah bangun." Tangan itu terasa berganjak tempat ke arah kepala aku. Rambutku digosok lembut.
"Bangun, princess. Aku nak bawa kau jalan-jalan." Auto segar-bugar mata aku bila dengar ayat itu. Dryan nak bawa aku keluar dari kediaman Wyatt kan?
"Kita nak pergi mana, Dryan?" Mata aku membulat saat jauhkan sedikit badan dari dia. Wajah mengantuk dia dipandang dengan minat. Mata dia masih tertutup jadi batu emerald itu tidak pula aku nampak.
Bibir nipis berwarna pudar itu hanya mengukirkan senyuman manakala sebelah tangannya lagi menutup hidung dan matanya. Dia pakai hoodie warna kelabu. Comel.
"Hmm satu tempat je aku nak bawa kau sebab... Bahaya. Kes beberapa hari lepas tak selesai lagi. Sebenarnya daddy tak benarkan aku bawa kau keluar dengan keadaan sekarang tapi kesian pula princess aku ni. Esok dah nak balik. Nak datang balik tu mesti tunggu cuti panjang."
Nak tahu kenapa aku suka bad boy? Mereka akan buat apa-apa pun untuk seseorang itu walaupun dengan melanggar peraturan mahupun larangan. Tak kisah asalkan orang yang mereka suka akan dapat apa yang dia nak. Itu sisi lain selain melindungi.
Akan tetapi aku suka bad boy yang nakal dan dingin macam Dryan. Bukan bad boy yang di luar sana. Maksud aku... Panas baran dan kaki pukul. Hm mungkin cederakan orang? Kenapa aku rasa ganjil bila katakan benda ni? Dryan pun cederakan orang bila bergaduh tapi... Uhm mungkin Dryan hanya bergaduh biasa... Budak sekolah kan? Ah, biarlah. Aku merelakan diri untuk bangun.
AKU memerhati ke arah banyak bangunan seperti di atas bukit dan berhadapan laut membiru. Sungguh cantik pemandangan di sini. Bayu segar masuk ke dalam rongga hidung, nyaman. Sudah hampir satu jam melepak di lereng bukit ini tetapi aku tidak bosan untuk bergambar ciptaan Tuhan. Sungguh menarik perhatian apatah lagi pada laut jauh di sana. Membiru dengan setenang lautan hati.
Tenang. Aku ulang lagi kata ini. Kenapa hanya aku yang rasa perasaan ini? Aku toleh ke manusia sebelah. Dia memang akan selalu jadi serius di luar ke? Muka tu dari tadi lagi asyik ketat. Ini nak bawa aku jalan-jalan atau nak tanam mayat? Lirikan mata hijau dia yang kadang-kadang perhati sekeliling tajam.
"Ada masalah ke, Dryan?" Dia mengeleng perlahan tetapi masih memandang ke belakang seperti ada sesuatu. Bahaya... Tapi dia bawa aku keluar juga. Aku tertanya bahaya dari apa.
Bang!
Terangkat bahu aku sekilas. Tiba-tiba bunyi seolah tembakan dilepaskan. Saat aku ingin berpusing ke belakang, tubuh aku ditarik kuat dengan tangan Dryan. Dia segera pusingkan badan seolah bertukar kedudukan dengan aku. Benda yang berlaku terlalu pantas sampai otak aku tak sempat proses!
Bang!
"Ugh..."
Dryan! Dia kena tembak ke? Ya Allah, berdebar aku. Jantung berdegup laju. Apa yang terjadi? Kenapa tiba-tiba? Badan terus menggigil, aku tak pernah dengar bunyi pistol secara realiti. Itu ikut ingatan aku...
"Dryan? Kau okay? Kenapa ni? Lepaskan aku..." Makin aku cuba meronta, makin kuat pegangan dia. "Diam, Reen." Tiba-tiba aku rasa gelap seolah ada orang lain yang melindungi aku dan Dryan. Mungkin para pengawal.
Dengan pantas, kaki aku hanya mengikut mereka berjalan. Aku memang tak nampak sebab Dryan tekup wajahku dengan badan dia sangat rapat. Nak bernafas pun susah.
"Duduk diam, jangan keluar." Wait, what? Dia nak duduk sini? Aku pula yang terkedu saat dipaksa masuk ke dalam kereta. Kepala digeleng laju. Tak, aku tak nak. Dryan kena masuk sekali! Bahaya.
"Jangan pusing belakang, Reen. Jangan buat kalau kau sayang aku." Pipi aku ditarik lembut sebelum pintu kereta ditutup. Seorang pengawal pantas mengunci pintu kereta. Badan tidak habis menggiggil lagi. Apa yang terjadi? Wajah diraup berkali-kali. Kenapa dia suka bahayakan diri?
Dryan... Aku tak berani nak tengok. Tiba-tiba badan jadi trauma. Kenapa dengan aku? Kenapa dengan keadaan sekarang?
Aku dengar bunyi rintihan, dengusan dan bunyi orang seolah bergaduh. Bunyi dentuman itu buat aku beranikan diri untuk intai. Degil! Kelihatan Dryan menarik kasar kolar baju seolah lelaki lalu menolak lelaki itu jatuh pada hadapan kereta.
Buk!
Buk!
Buk!
Setiap tumbukan sangat kuat hingga lelaki itu terbatuk darah. Ya Allah... Berkali-kali aku mengucap. Ya, aku tahu Dryan suka bergaduh tetapi bukan ini yang aku nampak. Amarah dan ego yang sedang lepaskan seperti bukan Dryan...
Tidak cukup dengan dia seorang, pengawal lain juga sedang bergaduh dengan sekumpulan mereka yang asing. Pandangan aku disajikan seolah filem pergaduhan berlakukan secara realiti.
Mata aku terbuka luas saat tangan yang pernah genggam tangan aku mencari sesuatu dari poket belakang seluarnya. Sebelah tangan lagi mencekik lelaki lebih tinggi dari dia yang sudah lemah. Dia masih tak lepaskan manusia tu? Tak walaupun sudah nyawa-nyawa ikan?
Air liur aku telan, aku nampak Dryan pegang pistol. Tepi kepala lelaki itu jadi sasaran. Dia main-main... kan? Tubuh aku kaku. Mana dia dapat pistol tu? Dari pengawal dia?
Bang!
Tubuh aku tersentak. Jadi batu. Tembakan dilepaskan tepat pada tepi kepala lelaki itu. Darah percik pada baju putih Dryan. Dia... Dia tembak orang? Badan aku makin menggigil. Tangan itu mula melepaskan badan lelaki tadi, jatuh terkuyai layu. Ya Allah, Dryan baru bunuh orang ke? Soalan apa yang aku tanya ni? Tapi aku seolah tak percaya!
Pipi sendiri ditampar, Aku tengah mimpi ke? Makin kuat aku tampar. Sakit... Apa semua ni, Dryan? Senyuman yang terbit di bibir nipis dia hampir jantung aku terhenti. Sinis dan tidak menyesal dengan apa yang dia buat.
Sepucuk pistol itu diangkat menghala ke arah seseorang.
Bang!
Tangan dia beralih ke arah orang asing yang lain pula.
Bang!
Tulang leher dibetulkan, kasar. Wajah dia memberi isyarat ke arah tiga orang pengawal. Mereka mula mengeluarkan pistol. Ya Allah... Apa yang aku sedang lihat ini? Badan tidak berhenti mengiggil lagi. Aku dah tak sanggup nak teruskan. Badan pantas kembali ke tempat asal.
Aku takut.
Aku takut.
Aku takut...
Airpods segera diambil dan disumbat rapat. Mata dipejam, cuba untuk lupa peristiwa beberapa minit yang berlaku tadi. Terlalu cepat... Terlalu pantas... Aku mimpi berangkali. Aku nak bangun, sungguh. Aku tak percaya apa yang mata aku nampak.
Beberapa belas minit berlalu, pintu kereta dibuka. Aku nampak Dryan masuk dengan wajah tegang. Dia... Tak berbaju. Aku tak pasti ke mana baju dia, mungkin sebab percikan darah... Sudah semestinya lebam di wajah dia bertambah.
Jadi selama ini... Dia bukan... Gaduh biasa. Apa semua ni... Dryan Wyatt? Kau cakap kau lain...
Penipu.
"Sorry, Reen. Aku tak sangka boleh rosakkan suasana kau." Aku pura-pura tidak dengar ayat dia. Tangan itu tiba-tiba menyentuh bahu aku.
Tak sengaja aku tempis, terkejut.
"Dryan... Erk... Kau baru masuk? Maaf aku tak sedar." Airpods dicabut dari telinga seolah-olah tadi aku mendengar lagu. "Kuat sangat lagu ni sampai tak sedar." Tuhan sahaja tahu betapa seksanya aku tahan badan dari mengiggil. Aku takut, Ya Allah. Aku takut akan Dryan Wyatt. Aku takut dengan keluarga dan pekerja mereka.
Kejam. Kejam. Kejam.
Pembunuh. Penipu.
Aku pejam mata rapat.
"Kau okay ke tak ni, Reen? Muka kau nampak pucat." Aku pantas geleng seolah trauma dengan Dryan.
"Dryan... Aku nak balik. Aku takut orang tadi." Aku juga takut kau... Tangan dia seolah menarik lengan aku agar tubuh makin rapat namun kepala aku geleng laju. Mata dibuka sekilas, tidak berani bertentangan mata hijau dia.
"Dryan... Kau tak pakai baju. Tak nak lah..." Bibir aku ukir senyuman kekok. Aku nak balik... Aku nak balik Malaysia.
"Kau ni alahai... Okay lah... Reen... Kau tak pusing belakang pun kan?" Aku tidak berani pandang mata dia lagi. Nada itu seakan serius. Kenapa? Dia nak bunuh aku ke kalau aku nampak? Apa semua ni, Dryan? Kalau aku tak pandang pun, kau fikir airpods ini cukup dengan berdas-das bunyi tembakan tadi? Makin aku ingat, makin loya tekak aku kerana darah memancut keluar tadi.
"Nampak... Nampak apa? Kau bergaduh? Tak nak lah. Aku tak suka tengok orang bertumbuk."
Ataupun... Membunuh...
"Dryan... Aku nak balik Malaysia secepat mungkin, boleh? Aku rindu mama dan papa." Aku cuba pandang wajah dia tetapi tidak pada mata. Aku takut.
"Semestinya, Reen. Buat masa sekarang, lagi selamat." Jari dia bergerak ke arah hidung aku. Ingat cuit tetapi aku spontan mengelak. Ugh aku takut dengan dia! Lagi-lagi sentuhan dia.
Dryan... Aku minta maaf.
"Pakailah baju. Ugh, tak malu."
Pura-pura tukar topik. Apa yang aku tahu, jejak sahaja kaki aku nanti... Aku nak kemas barang dan pakaian. Nafas ditarik dalam, dihembus. Tenang, Reen. Sekurangnya selepas pulang ke Malaysia semula.
.
AKU menghempaskan badan ke atas katil. Comforter ditarik menutupi tubuh. Perjalanan yang panjang untuk kembali ke sini dan tibanya di rumah ibu bapa aku pasti katil yang aku cari dulu selepas berjumpa mama dan papa.
Rasa menyusah pula sebab sekarang jarum sudah berganjak melepasi nombor 12 dan langit sememangnya gelap. Ya, kami tiba pada lewat malam dan aku berkeras untuk pulang ke sini.
Dryan tidak banyak bunyi, dia tidak kisah. Aku masih cuba jauhkan diri dari dia walaupun dalam jet peribadi tadi.
Sebab... Aku... Aku tak boleh... Terima semua ni.
"Kau dah tidur ke, Reen?" Aku segera pejam mata dengan rapat. Terasa comforter ditarik dan katil bertambah berat. Hidung aku terhidu bau cologne Dryan. Wangi dan aku suka apatah lagi selepas dia mandi malam. Segar tapi aku tak terasa nak peluk dia.
Tangan dia... Aku masih ingat lagi peristiwa itu. Argh, aku tak boleh berhenti fikir tentang kejadian tu! Aku takut dengan Dryan. Kalau dia betul-betul marahkan aku, mesti dapat nasib yang sama.
Sekarang aku tak pelik lagi kalau Dryan ada tatu dekat belakang dia. Aku dah tak hairan kenapa dia pulang dengan cedera teruk tempoh hari. Sampai luka berdarah... Aku dah tak ada perasaan ganjil lagi bila dia cakap rahsia dan aku tak perlu tahu. Ini sisi Dryan Wyatt yang aku tak kenal selama ini...
Sisi gelap dia.
"Reen, aku tahu kau tak tidur lagi." Badan aku kaku. Rasa terkunci dengan pelukan tangan dia dari belakang. Dia sudah menghimpit aku ke hujung katil kerana aku cuba untuk jauhkan diri dari dia. Gigil, badan aku tak boleh gerak.
Kehangatan yang aku suka sudah hilang. Mata aku berair, aku takut dengan dia. Berkali-kali aku ulang, langsung tidak penat. Aku tak suka Dryan yang macam aku baru kenal ini. Dia bahaya, sangat.
Dia bukan bad boy lagi. Dia bukan bad boy yang aku kenal. Dia jahatnya lain, bukan hanya nakal semata-mata. Kejam.
"Sayang, aku ada buat salah ke? Kau menjauh betul dengan aku." Bisikan dia, aku makin rapat pejam. Dahi berkerut.
"Dryan... Lepas... Please? Aku rasa rimas... Sebab aku tengah... Yeah kau tahu... Hal perempuan. Sakit. Sebab tu perangai aku tak menentu." Aku tipu dia, argh. Ini alasan yang aku boleh fikir sekarang. Perlahan-lahan tangan dia melepaskan aku tetapi seperti tidak rela.
"Patutlah. Kenapa tak beritahu? Bolehlah aku sediakan tempat tidur kau lebih selesa lagi. Esok sebelum subuh, aku sediakan mandian untuk kau." Terasa ada tangan yang gosok rambut hadapan aku. Hati aku keluh. Sukar untuk aku terima kenyataan sisi Dryan.
Mana mungkin aku boleh bertahan...
"Thanks... Dryan... Selamat malam."
Aku tak boleh, Dryan. Aku minta maaf.
- TO BE CONTINUED -
MAAF HAMBAR🥺🥲 Makin nak ending makin merepek jadinya. Thank you untuk vote dan komen💕🍭
Nah spoiler:
"Ariq tak salah, Dryan! Sudah."
"Okay kalau kau benci aku. Biar aku tunjuk siapa Dryan Wyatt yang sebenarnya."
Bye💃🏻