"Shah!!!" Jerit Is.
Is menjerit memanggil nama Shah. Shah memandang ke belakang dan ketika itu Is menarik tangan Shah ke belakang, Is kemudiannya memeluk Shah🙂.
"Tengoklah kiri kanan!!" Kata Is sambil menangis dalam pelukan Shah.
"Hei,dah2. Saya ok kan. Thanks sayang." Kata Shah lalu menenangkan Is.
"Err kalau nak bersweet, aku rasa bukan kat sini kot. Dahlah nak bersweet tu depan kami,tahulah korang tu dah kahwin." Kata Farid.
"Dah jom masuk kereta kita gi TC nak" kata Karl.
"Nak2" kata Aina&Syirah serentak.
"Dah jom masuk kereta." Kata Shah lalu menarik tangan Is.
Dalam kereta.
"Dahlah,nangis lagi ke. Tak comel dah isteri saya ni." Kata Shah.
"Awak tahu tak,tadi tu awak hampir nak kena langgar tahu tak. Saya tak sanggup nak hilang orang yang sayang buat kali kedua." Kata Is.
"Dah2,kita gerak ea. Diorang dah gerak tu." Kata Shah.
"Hmm. Jom." Kata Is.
"Kali kedua? Maksudnya dia pernah disakiti sebelum ni. Tapi dengan sape,dia pernah suka dekat sape?"kata Shah dalam hati.
Teluk Cempedak.
"Yeay,finally sampai jugak kat sini." Kata Aina.
"Awak suka pergi pantai ea." Kata Farid.
"Haah" kata Aina.
"Lepas ni saya bawak selalu gi pantai" kata Farid.
"Serius, love you." Kata Aina.
"Hehe. Love you too" kata Farid.
"Allah. Shah dengan Is drama kat depan hotel, kau dengan Aina drama kat sini habis aku nak drama kat mana?" Kata Karl.
"Kat sekolah. Hahhaha" kata Shah yang baru sampai bersama dengan Is.
"Otak kau." Kata Karl.
"Dah kita berpecah ea." Kata Farid.
"Harus!!!!" Kata Aina,Syirah dan Is.
Is kembali ceria bila ada gurauan dari Farid,Karl dan suaminya.
"Eah orang tu dah bercakaplah." Kata Farid ingin mengusik Is.
"Diamlah kau" kata Is.
"Hahaha. Yelah aku diam. Asallah aku tak ambik gambar masa drama korang tadi." Kata Farid.
"Kau dah lama hidup?" Kata Is dan Shah serentak.
"Ok,ni dah lama korang tak cakap serentak. Ni kelakar. Hahaha" kata Karl.
"Apa yang kelakarnya." Kata Aina pelik.
"Takde apa. Dah jom." Kata Karl.
Mereka semua berpecah secara berdua2. Is&Shah menuju ke pantai.
"Shah, ambik gambar please. Lama saya tak aktif ig" kata Is lalu memghulurkan phone dia.
"Hmm,boleh. Tapi kita ambik gambar berdua. Kita takpernah ambik gambar berdua." Kata Shah.
"Tapi saya nak letak kat ig" kata Is.
"Takpe, diorang mesti cakap kita couple." Kata Shah.
"Ok fine." Kata Is.
Shah ternampak Karl lalu di situ. Dia menyuruh Karl memgambil gambar mereka berdua.
1200 other
Bercuti di Kuantan❤. Kita habiskan cuti sekolah 3 minggu di sini
✌🏻.
Frid_15 woi kami tak tag,kurang ajar. Kitaorang pon ikut ok😤.
4ina@Frid_15 relaxlah,biarkan diorang. Diorang dah lupa kita🤧🤧
Karl_47 aku photographer tu😤. Aku tuntut payment ea😏
Other what!!! Korang dua ni couple ke?
Others comment wait korang couple. Ig @Fahrin_ShIs dia bagitau kat situ.
Is membaca komen2 dari kawan2nya dan followers dia. Dia berasa pelik bila salah seorang dari followersnya memtion ig Shah. Dia pergi ke ig Shah, dia terkejut melihat caption ig Shah.
Maaf ya muka hero tak sama macam pengenalan watak. Jadi,abaikan dua gambar 👆🏻👇🏻. Herolah😅. Teruskan membaca semua.
2500 other
Ada orang tu pandang kitalah. Tahulah boyfriend awak ni handsome @Ismanim_03. Janganlah curi2 pandang.🤣😅. Love you😘
4ina handsome lah sangat🤢🤮
Ins_r4h yelah tu Is curi2 pandang🤣.
Other what!!! No where Bella. We want you and Bella couple.
Others comment @Ismanim_03 lagi sesuai dengan @Fahrin_ShIs bolehlah buat channel grup gabungan nama korang dua😍🥰. Dua2 cantik and handsome. Sesuai korang dua couple dari @Bella_cute.
"Shah, gila ke" kata Is.
"Biar je." Kata Shah selamba.
"Biar? Nampak tak tadi ada fans2 Bella tu tak suka." Kata Is
"Tapi ramai yang comment suka kita dua couple kan,so pedulikan fans2 Bella tu." Kata Shah.
"Fine." Kata Is.
"Jom kita naik kat jambatan tu." Kata Shah.
"Ha,taknak2" kata Is.
"Kenapa tak nak? Jom je tak putus pon."kata Shah.
"Tak nak,kita pergi tempat lain." Kata Is.
"Hmm yelah jom." Kata Shah.
Mereka berjalan2 di pantaI Teluk Cempedak. Tepat pukul 12 tengah hari mereka semua berkumpul di depan kereta Farid, mereka sedang berbincang untuk memilih destinasi makan tengah hari mereka. Akhirnya Is memutuskan mereka makan di restoran berdekatan dengan mereka. Mereka semua bersetuju. Selesai makan tengah hari dan solat Zohor,mereka bertolak ke Kuantan City Mall. Lagi sekalikan,😅
"Korang nak beli apa? Kalini kami belanja" kata Karl.
"Hmm entah" kata Syirah.
Ting!!!!
Telefon mereka berenam berbunyi bermaksud ada mesej masuk.
Grup Kelas 5 Gigih
Cikgu Mastura
Assalamualaikum anak2.
Cikgu nak bagitahu, lusa kita sekolahkan.
Jadi cikgu nak kamu semua study bermula lusa sehingga jumaat ni😊.
Minggu seterusnya akan ada percubaan.
Buat yang terbaik💪🏻💪🏻🙂
Cikgu percaya semua boleh.
Siapa yang sedang bercuti tu jangan happy sangat sampai lupa study.
Ingat kerja saya ya😁😉.
Aiman
Percubaan!!!!
Baik cikgu.
Arfan
Baik cikgu
Aina
Baik cikgu
"Memang pon wei, percubaan minggu seterusnya. Bagus." Kata Syirah.
"Apa yang bagus" kata Is
"Baguslah,aku kena study hard dari minggu ni" kata Syirah.
"Leklah. Bukan minggu depan." Kata Shah.
"Kau takpelah relax. Kau dengan Is ni pandai,bukak buku sekali terus masuk. Aku bukak 10 kali pon belum tentu masuk wei" kata Syirah.
"Otak kau. Kau ingat aku robot ke,aku pun study berpuluh kali jugak baru masuk. Cuma aku ada formulalah nak ingat." Kata Is.
"Ha share2. Apa formula tu." Kata Farid.
"Otak kau nak share." Kata Is.
"Dah jom gi shopping,esok dah nak balik" kata Shah.
Mereka berenam shopping buat kali terakhir di Kuantan.
Di hotel.
"Wei, esok gerak sama2 ke" kata Karl.
"Kita jumpa kat loby dulu pastu baru masing2 gerak." Kata Farid.
"Setuju" kata Shah.
"Ok. Kita jumpa kat loby." Kata Farid.
Dalam bilik Is&Shah.
"Saya mandi dulu ea." Kata Is.
"Hmm. Nanti kejut." Kata Shah lalu memejamkan matanya.
Selesai Is mandi,dia mengejut Shah yang sedang dibuai mimpi. Shah bangun lalu masuk ke bilik air, setelah beberapa minit Shah siap mandi. Dia menunaikan solat bersendirian kerana Is masih belum boleh solat.
"Is, besok nak gerak pukul berapa" kata Shah.
"Erm,pukul 8? Kalau kita sampai awal boleh rehat." Kata Is
"Ok. Kalau pukul 8 kita sampai dekat2 dengan asar." Kata Shah.
"Hmm ok" kata Is.
Keesokannya.
Mereka berenam berkumpul di loby sepertimana yang dibincang semalam.
"Wei korang gerak kol bape" kata Aina.
"Sama macam korang,pukul 8" kata Is
"Kami pukul 9" kata Karl.
"Wuish, kau nak pergi mana" kata Farid
"Adalah,sibuk je " kata Karl.
"Yelah diorang nak dating tu." Kata Aina.
"Jomlah gerak,Shah korang gerak pukul 8 kan jom. Dah pukul 8 ni " kata Farid.
"Haah. Jom Is" kata Shah.
"Jom. Bye Syirah jumpa kat sekolah" kata Is.
Di rumah.
"Assalamualaikum, mama" kata Is.
"Waalaikumussalam, ha dah balik dah. Best honeymoon" kata mama.
"Apa mama ni. Kitaorang holidaylah dengan kawan2, bukan honemoon" kata Is.
"Samalah tu,cuma ada kawan je. Dah2 pergi naik mandi pastu rest." kata mama.
"Ok. Kitaorang naik dulu ma" kata Is.
Dalam bilik.
"Shah, awak nak mandi dulu ke " kata Is.
"Awak mandi lah dulu." Kata Shah.
Is masuk bilik air. Selepas beberapa minit kemudian Is keluar lalu mengejut Shah supaya mandi. Beberapa minit kemudian Shah keluar, Is&Shah menunaikan solat asar. Selesai mereka solat masing2 baring di atas katil, tanpa mereka sedar mereka tertidur akibat kepenatan. Menjelang maghrib Is terjaga,dia mengejut Shah. Mereka solat maghrib, mereka tunggu masuk waktu isyak. Selesai menunaikan solat isyak,mereka berdua turun ke bawah.
"Ha turun dah, mari makan" kata mama.
"Is macam mana,best tak" kata papa.
"Best tapi banyak sangatlah papa transfer" kata Is.
"Takpe,nanti lain kali boleh guna." Kata papa.
"Apa ni papa, along takde" kata Along.
"Takde,kamu kena kerja betul2 kat Imran's Holding dulu baru papa transfer" kata papa.
"Baik bos." Kata along.
Di depan tv.
"Is,minggu depan exam percubaan kan"kata mama.
"Haah" kata Is.
"Do the best Is,Shah" kata papa
"Thanks pa" kata Shah.
"Is naik dulu,nak study. Assalamualaikum good night." Kata Is.
"Good night" kata Mama,papa,along dan Kak Sarah.
Dalam bilik.
"Is, dah pukul 10 ni. Tak nak tidur lagi ke" kata Shah.
"Tak nak lagi, saya tak ngantuk lagi. Lagipun dah biasa" kata Is.
"Ok,jangan tidur lambat sangat besok awak bertugas jaga pintu dewan." Kata Shah.
"Ha, seriuslah. Tak nak!!" Kata Is.
"Nak ke, tak nak ke. Tetap kena nak, tapi saya tak boleh nak teman awaklah saya jadi MC esok." Kata Shah.
"Hmm,takpe." Kata Is.
"Ok,good night" kata Shah.
"Good night" kata Is lalu sambung mengulang kaji.
Is melihat jam sudah tepat 12.00 pagi. Dia membuat keputusan untuk tamatkan sesi ulang kajinya itu, lalu dia tidur.
Diamond Highschool.
"Cepat sikit masuk dewan" kata Is kepada pelajar2 yang masih berjalan2 di luar dewan.
"Is, Shah kata 7.30 tahan budak2 lambat." Kata Farid.
"Ok." Kata Is.
Is melihat jam di tangannya,tepat pukul 7.30 pagi. Is menahan pelajar2 yang datang lambat, semakin lama semakin ramai peljar yang beratur di luar dewan tidak terlepas juga pelajar bernama Danish. Danish mendekati Is.
"Hai pretty girl, your hero takde ke." Kata Danish.
"Danish!! Kau masuk barisan sekarang" kata Is tegas.
"Ala,tak payahlah garang sangat. Makin cute nanti." Kata Danish.
Shah melihat dari atas pentas, dia ternampak Danish sedang kacau Is. Shah memberi isyarat kepada Farid dan Rykarl supaya pergi dekat Is. Farid dan Karl hanya mengangguk lalu mereka berdua menuju ke pintu.
"Woi, Danish masuk barisan. Dahlah lambat." Kata Farid.
"Eah ada hero kedua pulak, hmm bukan dua tapi hero ketiga pon ade jugak." Kata Danish.
"Hero ke heroin ke kau masuk barisan sana sekarang!!!" Kata Karl tegas.
"Eleh, acah je lebih korang ni. Depan cikgu je baik,entah belakang perangai macam aku jugak. Hahaha, klah aku masuk barisan aku ya" kata Danish lalu menuju ke barisannya.
"Ish, ada yang dapat penumbuk aku harini." Kata Karl.
"Karl, sabar. Mesti Shah yang suruh korang oergi kat sinikan." Teka Is.
"Haah, dah kau masuk biar kitaorang jaga budak2 ni." Kata Farid.
"Takpelah,korang masuk." Kata Is.
"Haihh, degil betul bini Shah ni. Aku kata masuk" kata Farid.
"Woi,perlahan sikit perkataan tu bangang" kata Is.
"Kalau kau tak nak aku cakap kuat2, kau masuk. " kata Farid geram dengan sifat degil Is.
"Fine aku masuk." Kata Is akhirnya mengalah.
Is masuk ke dalam lalu menjga barisan di belakang. Shah tersenyum bila melihat Is masuk ke dalam dewan.
"Haih, macam manalah si Shah ni layan perangai degil Is tu, kita pon dah naik geram tadi." Kata Karl
"Tulah, nasib aku tak tinggi suara kat dia. Takut jugak aku kalau aku tertinggi suara kat dia tadi." Kata Farid.
"Kutuk aku nampak" kata Is yang kononnya melihat barisan tingkatan 1 perempuan.
"Mana ada." Kata Karl
"Kau ingat aku tak tahu." Kata Is.
"Yelah, tapi bukan kutuk kitaorang cakap pasal perangai degil kau tu" kata Farid.
"Ouh ok." Kata Is.
"Dah pergi sana, sebelum aku suruh Shah mention nama kau. Hhaha" kata Karl.
"Otak kau." Kata Is lalu pergi menjaga barisan lain.
"Sebelum perhimpunan pada hari ini tamat, ada cikgu2 nak sampaikan sesuatu ataupun peringatan." Kata Shah.
"Saya." Kata Cikgu Mastura.
"Silakan cikgu." Kata Shah lalu memberikan mic kepada Cikgu Mastura.
Shah melihat muka2 pelajar kelas 5 Gigih, semua kelihatan berdebar. Farid dan Rykarl yang berada di pintu dewan, masuk ke dalam bila mendengar suara Cikgu Mastura.
"Assalamualaikum, saya nak bagitau sikit saja. F5 minggu depan kamu semua exam percubaan, jadi cikgu sebagai wakil guru kelas daripada 3 cikgu kelas tingkatan 5. Cikgu nak kamu semua study, kamu dibenarkan study di library,kantin, dalam kelas atau dimana2 tempat yang kamu selesa. Cikgu bagi mata pelajaran f5 juga tidak masuk, mereka memberi kamu semua masa untuk study. Gunakan masa yang ada untuk study, jangan ada yang ponteng sekolah. Itu saja dari saya, sekian terima kasih assalamualaikum." Kata Cikgu Mastura lalu memberi semula mic kepada Shah.
"Terima kasih cikgu, ada lagi cikgu nak bagi ucapan" kata Shah.
"Kalau takde kita tutup majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah al-ashr. Baik tingkatan 1 boleh gerak dulu." kata Shah lalu turun dari pentas.
Grup KH dan FG berkumpul di luar dewan, mereka berbincang untuk study di mana.
"Nak study kat mana" kata Aina.
"Librarylah,best sikit. Lagipon aku rasa tak ramai pilih library,mesti diorang pilih kantin, kelas atau kat pondok2." Kata Is.
"Hmm ok jugak. Pandai kau ni Is." Kata Syirah.
"Memang dia pandai, perangai dia pon pandai. Bapak degil tadi, geram aku. " kata Karl.
"Entah, orang suruh masuk dalam tak nak. Pastu Danish tu kacau mulalah. Nasib aku tak tertinggi suara kat kau, kalau tak aku rasa dah menangis tadi. Hahaha" kata Farid.
"Is ni memang degil, kau kena ugut dia baru dia ikut. Tulah cara aku buat nak bagi dia ikut. Hahah" kata Shah.
"Ish, diamlah." Marah Is.
"Eah2 marah pulak. Dah jom pergi library" kata Karl.
"Woi cik abang, kau nak pergi library tak bawak buku ke. Nak baca apa kat sana." Jerit Aina.
"Err. Ish kau ni Aina, tak yah cakap kuat2 jatuh saham aku." Kata Karl.
"Hahahhaha" gelak mereka berlima.
Mereka masuk ke dalam library. Sepertimana yang Is cakap, tidak ramai pelajar F5 memilih library. Hanya segelintir F5 sahaja memilih library. Mereka memilih meja yang muat untuk mereka berenam dan juga buku2 yang dibawa. Taklah banyak buku yang diorang bawak, tapi bila duduk satu meja jadilah banyak kan😅.
Skip balik rumah.
"Shah petang ni awak ada game dengan team Azrulkan" kata Is.
"Haah kenapa" kata Shah.
"Takde apa, taknak cari strategi ke. Takkan nak guna strategi hatitu,mesti diorang dah tahu. " kata Is.
"Dah cari dah. Petang nanti saya tunjuk ya." Kata Shah.
"Hmm ok" kata Is.
Petang.
"Farid,Karl ni strategi kita." Kata Shah
"Tak bahaya ke. Aku rasa macam lain macamlah" kata Karl risau.
"Takpe." Kata Shah.
"Jangan ganas sangat, takut nanti diorang sabotaj korang." Kata Aina.
"Ok" kata Farid.
"Good luck" kata Is
"Thanks sayang" kata Shah.
"Ehem2, ni gelangang futsal bukan pantai ya." Kata Karl.
"Diamlah kau. Jom masuk" Kata Shah
Belum sempat Shah bergerak, Is menarik lengan Shah.
"Tukarlah strategi awak, saya tak sedap hati lah" kata Is.
"Takde apa, dah jangan risau. Inshallah saya ok." Kata Shah lalu senyum pada Is.
Is berasa berat hari untuk melepaskan Shah, dia merasakan sesuatu yang tidak kena akan terjadi. Sepanjang perlawanan bermula dia hanya memandang Shah, Aina perasan perangai Is yang gelisah. Dia tahu Is sedang risaukan keselamatan Shah, Aina menarik lengan Is supaya bertenang. Is sudah ok sikit, dia sedang mengabaikan perasaannya itu.
Score team Shah : 2
Score team Azrul : 1
Team Shah mendahului setakat ini, Is berasa sedikit lega bila tiada apa2 berlaku pada Shah namun perasaan takut itu masih ada di hatinya. Azrul tidak berpuas hati dengan mata yang dia dapat, dia mengambil keputusan untuk menggunakan taktik kotor yang sedikit ganas. Dan taktiknya itu berjaya namun taktik kotornya itu mengakibatkan Shah tercedera di bahagian kaki. Shah tetap meneruskan permainan walaupun kakinya tercedera. Diakhir perlawanan team Shah menang. Shah keluar gelangang, Is dengan serta merta bangun lalu pergi mendapatkan Shah.
"Kan saya dah kata. Saya tak sedap hati, awak tak nak dengar" marah Is.
"Dahlah tu. Dah jadi ponkan, relaxlah" kata Shah.
"Aku sebenarnya geram ni, apa masalah dia nak serang Shah tiba2. Dah noob tu noob je lah" kata Karl marah.
Azrul mendekati mereka berenam. Farid dengan Karl sedang menahan marah, tangan mereka berdua sudah dibentukkan menjadi penumbuk, mereka mahu menumbuk Azrul namun dihalang oleh Aina dan Syirah. Is juga sedang menahan marah, dia tidak menyangka kawan sekolahnya sanggup buat begitu.
"Is, saya minta maaf. Saya tak sengaja nak cederakan Shah" kata Azrul dengan lakonan maafnya itu.
"What!!!. Maaf kau kata. Kau sedar tak, orang yang kau cederakan ni suami aku bodoh. Kau ada otak tak, kau bayangkanlah kan kalau kau buat macam tu tadi, kaki Shah ni patah. Kau nak ganti dengan kaki apa, kaki lembu, kami harimau ke kaki kau!!! Kau jangan ingat aku berlembut dengan kau aku tak boleh nak marah kau. Kau dengar elok2 ea, aku BENCI kau. Dengar tak B-E-N-C-I faham. Aku benci kau seemur hidup kau sampai 7 keturunan kau pon aku benci!!! Kau bukan lagi kawan sekolah aku. Aku takde kawan macam kau. " Marah Is.
Farid, Karl, Syirah dan Aina terkejut mendengar kata2 Is. Mereka berempat first time tengok Is betul2 marah sehingga menyebut perkataan BENCI. Shah juga terkejut dengan perangai Is yang sedang marah Azrul. Azrul hanya menunduk, dia tidak berani untuk berkata2.
"Dah jom balik." Kata Is.
Mereka berlima hanya mengikut, mereka tidak berani membantah kerana Is masih dalam keadaan dingin. Setelah kesemua grup KH&FG bergerak balik, Azrul mengatakan seseuatu.
"Aku tak kisah kau nak benci aku, aku akan pastikan aku dapat kau Is." Kata Azrul.
"Kalau kau nakkan Is, kau kena hapuskan Shah dulu" kata seorang perempuan dari belakang Azrul.
"Kau sape" kata Azrul.
"Aku Bella. Aku sukakan Shah tapi Is rampas dia. Kau pulak sukakan Is tapi Is dah benci kau. " kata Bella.
"So?" Kata Azrul
"Apa kata kita bekerjasama untuk pisahkan 💔 diorang. And then kau dapat Is, aku dapat Shah. Aku ada plan." Kata Bella.
"Ok. Tapi what your plan. Bagus ke, boleh jalan ke" kata Azrul.
"Jom kita bincang kat tempat lain" kata Bella.
TO BE CONTINUE...
Apa rancangan Bella dengan Azrul? Tunggu next chapter🤗.
Perhatian!!!
Bermula minggu depan saya akan slow update sikit sebab saya ada exam UPT1. Tapi jangan risau, saya akan cuba untuk update citer ni ok😉. Saya tak pasti sempat atau tidak 30 bab atau mungkin saya akan pendekkan ke 25 bab sahaja. Nanti saya fikirkan ya. Thanks untuk readers IMAM SAYA HEADPREFECT. Teruskan membaca tau. Kalau ada yang kurang tolong bagitau👏🏻👏🏻, saya manusia biasa ada kekurangan🙂. Bye.
JANGAN LUPA VOTE,COMMENT AND SHARE