Bab 19 : Majlis Perkahwinan Lisa dan Abang Long!

757 40 0
                                    

Kelihatan tetamu yang hadir sedang menjamu selera di dewan hotel pilihan perkahwinan mereka. Aku tersenyum riang dan bergelak ketawa dengan Lisa dan ahli keluargaku yang lain.

Kami sempat menepung tawar pasangan pengantin itu di meja makan mereka. Sungguh indah bergelar raja sehari. Aku tersenyum lagi apabila abangku menyuap Lisa dengan muka yang menahan malu dengan orang sekelilingnya. Aku lihat wajah Lisa juga sudah berona merah kerana malu dengan suapan abang long ku.

Dia dalam hatiku, aku mengucapkan ucapan syukur dan mendoakan agar perkahwinan mereka sentiasa bahagia. Aku bangkit untuk menuju ke tandas bagi membetulkan tudungku yang terasa senget. Tak semena-mena aku terlanggar seorang lelaki.

"S..so....sorry encik. Ss..sa..saya betul-betul t..tak sengaja",bicaraku yang tergagap-gagap. Aku mengambil peluang untuk membantu lelaki itu bangun tetapi lelaki itu melarang aku dari menyentuhnya. Lelaki itu kemudiannya bangun dan memandang aku sambil tersenyum.

"Tak apa, uncle okay jerr. Kamu anak Tan Sri Malik kan?", soal lelaki tadi. Aku yang gugup tadi mula memandang tepat ke arah muka lelaki tersebut.

"Ya saya. Boleh saya tahu macam mana pakcik kenal saya?", soalku dengan janggal. Dia kenal aku? Siapa ehhh pakcik ni?

"Dah besar panjang kamu Khaylisa, makin cantik uncle tengok kamu sekarang ni."

Dia tahu nama aku? Memang sah dia kenal aku sebelum ni. Tapi kenapa aku tak cam muka dia langsung? Fikir lagi Mira. Mana tahu dia orang terpenting dalam hidup kau? Ting! Tiba-tiba otakku mula berfungsi dan aku mulai mengecam muka lelaki di hadapan aku ini.

"Uncle Nazdhan?",kataku dengan teruja. Serius la ni uncle Nazdhan yang selalu bawak aku jalan-jalan waktu kecil dulu? Wah, aku jumpa semula dengannya setelah sekian lama......

Uncle Nazdhan terrsenyum dan ternyata dia ketawa dengan reaksi aku sebentar tadi. Aku tak sangka yang aku boleh jumpa semula dengan uncle Nazdhan kat sini. Ni tak lain tak bukan, mesti walid yang jemput dia datang ke mari.

"Ha ingat lagi kamu kat uncle yer Khaylisa? Uncle ingat kamu dah lupakan uncle. Mana walid kamu?", soal uncle Nazdhan yang teruja bersua muka denganku. "Walid ada kat dalam tu.", jawabku lagi. Ternyata sudah beberapa tahun aku tidak menemui dirinya.

Aku meneruskan langkahku ke tandas setelah walid memanggil uncle Nazdhan dan bersembang dengannya. Niatku sebentar tadi terhalang kerana pertemuan semula dengan uncle Nazdhan.

                                     
♪♪♪

SEUSAI sampai di tandas hotel, aku segera menghadap cermin dan membetulkan posisi tudungku yang sudah senget. Silapku hari ni untuk pakai tudung kain satin.

Aku sempat membetulkan make up yang tidak begitu tebal dan mencalit sedikit lip balm ke bibirku. Aku tidak gemar memakai make up tebal-tebal. Begitu rimas!

Selepas berpuas hati dengan penampilanku, aku menuju ke arah pintu tandas dan terselisih dengan seorang manusia yang aku rindui dalam beberapa minggu ini. Tengku Nazrin Khalif! Apa yang dia buat kat sini?

Aku amat merindui detik-detik pergaduhan aku dengan dirinya. Namun semua itu hilang begitu saja. Dan kenapa hari ni juga aku berjumpa dengan orang-orang yang dah lama aku tak jumpa? Apa semua ni?

"Khalif, awak buat apa kat sini?", sapaku yang pelik dengan kemunculan dirinya. Dia datang dengan siapa? Siapa yang jemput dia?

Banyak soalan yang aku ingin lontarkan kepadanya sekarang. Memandangkan perasaan janggal masih bertandang, aku hanya menanya soalan itu saja.

"Aku datang dengan papa aku. Kau buat apa kat sini Khaylisa?", soal Nazrin pula. Hai la. Kenapa dalam banyak-banyak manusia, aku kena berjumpa dengan gadis ini? Kat mana-mana pun aku pergi, mesti ada dia. Alang-alang dah jumpa, apa kata aku bawak lari jerr dia duduk dengan aku? Oopss. Gelojoh benooo.

"La awak tak tahu ke yang kahwin tu bff dan abang long saya?", dan aku baru tersedar bahawa dia tak tahu tentang diriku.

Nazrin memaparkan riak speechless dengan kata-kataku dan menanti ayat seterusnya. Mesti dia pening dengan bait-bait kata yang baru aku lontarkan. Seterusnya aku mengajak Nazrin keluar dari perkarangan dewan yang sesak agar aku dapat menjelaskan semuanya pada hari ini jugak.

Aku meneruskan penjelasan tanpa bertapis lagi. Aku pun rasa bersalah sebab tak sempat nak explain pada dia siapa aku yang sebenarnya.

"Awak nak tanya apa?"
                                     ~ Nur Amirah Khaylisa

"Aku nak tahu kesemuanya."
                                   ~ Tengku Nazrin Khalif

"Ok, macam ni la. First, saya nak mintak maaf sebab saya tak sempat nak bagitahu awak tentang diri saya masa dekat kafe hari tu. Kalau tak disebabkan waiter tak tertumpahkan air masa tu, memang awak dah tahu jawapan kepada soalan awak beberapa minggu lepas."
                                      ~ Nur Amirah Khayisa

"Soalan apa?"
                                    ~ Tengku Nazrin Khalif

Dia ni memang dah jadi bengong tahap langit ketujuh dah ni! Ni semua sebab salah aku jugak. Tak apa la, aku akan ceritakan kesemuanya.

"Kan awak pernah tanya yang Tan Sri Malik ada anak perempuan ke tak? Jadi jawapannya memang ada. Kalau awak nak tahu, anak perempuan Tan Sri Malik adalah Nur Rihanna Aira dan diri saya sendiri iaitu Nur Amirah Khaylisa."
                                    ~ Nur Amirah Khaylisa

Khalif seperti tidak percaya dengan kenyataan berani mati aku. Dia sudahnya mengangguk perlahan tanda dia mengerti dengan kata-kataku. Dia hanya mendiamkan diri dari bercakap dan menyuruh aku meneruskan hujah-hujah seterusnya. Akhirnya aku tidak memberi penjelasan lagi tapi aku bertindak menyoal dirinya pula.

"Boleh saya tahu nama papa awak?"
                                    ~ Nur Amirah Khaylisa

Nazrin tidak teragak-agak untuk menjawab pertanyaan aku.

"Tengku Nazdhan."
                                     ~ Tengku Nazrin Khalif

Aku pasti aku sekarang sudah terlopong mendengar nama itu. Nazrin mencuit bahuku dan membuat aku tersedar dengan cuitannya. Aku tak mahu berahsia lagi yang aku sudah mengetahui gelaran yang ada pada lelaki itu.

"Jadi betul la apa yang angah saya cakap. Nama awak Tengku Nazrin Khalif kan?"
                                    ~ Nur Amirah Khaylisa

Dia hanya mengangguk perlahan tanda mengiyakan jawapan kepada soalan aku tadi. Aku tak sangka yang pertemuan ini banyak merungkai rahsia di antara keluarga kami. Rupa-rupanya, keluarga aku dan dia sudah saling mengenali dari dulu lagi. Patut la namanya tidak asing dalam diriku. Yang aku pelik, mengapa satu kenangan pun tidak dapat aku ingati bersama dia?

Adakah pertemuan di antara kami semula membawa sesuatu perkara yang bermakna Ya Allah?






































































Maaf typo 💦

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now