* 7 hari sebelum kejadian *
" Meet me at Grinders Cafe "
" 5 p.m. "
" Don't late. Urgent. "
Dengan ringkas dan padat Que Raikal menghantarkan pesanan mesej tersebut kepada Astrella Sofia seawal jam 8 pagi sementara menunggu ibu dan ayahnya iaitu Puan Era dan Encik Sharif turun ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama.
" Amboii anak bujang Mama sorang ni. Pagi-pagi lagi dah tersengih tengok fon tu "
" Mesej buah hati ke tu ? "
Usik Puan Era yang kini berdiri dihadapan Que Raikl sambil tersenyum nipis.
" Eh , Mama ni.. Mana adalah. "
Jawab Que Raikal dengan ringkas sedang tangannya segera meletakkan telefon bimbit berjenama Apple itu diatas meja.
" You ni macam tak kenal pulak anak bujang you yang sorang ni. "
" Girlfriend dia , kereta-kereta dia tu je. "
" kan Que ? "
Usik Encik Sharif secara spontan dengan mengatakan itu kepada isterinya , Puan Era.
" Tak mainlah girlfriend-girlfriend bagai ni. "
" Nanti Que bawa balik menantu untuk Mama Papa okay ? "
" Come on , I'm a grown man already. "
" Takda masa dah nak bercinta monyet ni. "
" Hahahah "
Balas Que Raikal sambil tertawa kecil melihat wajah kedua ibu bapanya itu.
Encik Sharif dan Puan Era yang menganggap kata-kata Que Raikal itu sebagai gurauan turut tertawa.
( TingTing ! )
Astrella Sofia yang baru sahaja tiba dipejabatnya segera membuka telefon pintarnya setelah mendengar pesanan mesej masuk secara bertubi-tubi.
" Siapa pula mesej pagi-pagi ni. "
Dengan wajah yang berkerut hati Astrella Sofia merungut sedang tangannya segera menyentuh skrin telefon pintarnya itu.
" Meet me at Grinders Cafe "
" 5 p.m. "
" Don't late. Urgent. "
Terkumat kamit bibir Astrella Sofia membaca mesej-mesej yang dihantar oleh Que Raikal dengan nama kenalan " Poyo " yang telah ditetapkan ditelefon bimbitnya itu.
" DON'T LATE ? "
" Eh eh mamat poyo ni. Takda benda lain ke nak cakap ? "
" Don't late , don't late. Urghh "
Bebel Astrella Sofia sendiri sedang dahinya berkerut memandang paparan skrin telefon pintarnya itu.
" Hmm sabar Astrella Sofia. Sabar. "
" It's okay. Ni last kau jumpa dia. "
" Be nice to him. It's okay. Pahala orang bersabar tu besar. Sabar..sabar. "
Sedang nafas ditarik dengan sedalam-dalamnya , Astrella Sofia mengatakan itu sebagai nasihat kepada dirinya sendiri supaya bersabar akan sikap Que Raikal itu.
Setelah ketenangan dicapai , Astrella Sofia pun mulai menaip sebuah pesanan ringkas sebagai balasan kepada Que Raikal.
" Okay , I'll try my best to be there on time. "
YOU ARE READING
Pengantin 40 Hari
Romance[ COMPLETED ] " What ?! " " Encik dah gila ke ?! " Tengking Astrella Sofia kepada Que Raikal yang duduk dihadapannya itu. " Ya , aku memang gila. " " Tadi kau tanya bayaran kereta aku yang dah kemik kau langgar haritu. " " Jadi , inilah bayarannya...