Sila komen bebanyak okess. Baru aku update!
.
.
.
.
.
.Sebulan kemudian.
"dah lama aku tak balik kampung moyang kau" ujar Nayra sambil menongkat dagu di tepi cermin kereta, matanya bergerak-gerak memerhati suasana bandar yang sebentar lagi akan berubah menjadi suasana kampung yang agak moden apabila mereka sampai ke destinasi.
Kampung Seribong,Pasir tumboh,Kota Bharu Kelantan.
"I'm very sure ,Nyang pun dah lupa rupa kau" ujar Noah tenang merenung jalan raya di hadapan. Jari jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta seiring dengan irama lagu dari radio kereta Honda Civic milik Noah.
Mendengar pernyataan Noah membuatkan wajah Nayra sedikit muram,tapi ada betulnya juga kerana sudah bertahun lamanya dia tidak balik ke Kampung halaman Noah.
Kali terakhir masa mereka darjah 6 dan tika itu Nayra masih berkawan dengan Noah sebelum mereka menjadi pelajar tingkatan 1 dan terus hubungan mereka renggang.
Kalau betul dia tidak terdetik di hati mahu menjenguk pun tak menjadi masalah bagi sesiapa kerana Nayra bukan sesiapa dalam keluarga Noah.
Walaupun begitu,masih terdetik perasaan teruja di benak fikiran Nayra . Rasa tidak sabar makin menggebu dalam jiwa, bagaimana keadaan Nyang sekarang? Sihatkah dia?
"May i ask you something-- erm.."Nayra mengemam bibirnya seketika.
"Boleh sayanggg" Nayra tahan senyum. Sayang.
Hihi bahagianya!"Sejak bila kau suka aku dan kenapa?"
Noah terdiam seketika.
"Aaaaa--ku tak tahu" jawapan Noah buatkan Nayra mendengus."Tak sweet la kau ni" Nayra menjeling tajam.
"Apanya betul la aku tak tahu"Noah gelak halus.
"Selalunya ada sebab kenapa kita suka someone. Mesti ada sebab walau sebesar zarah. Aku nak tahu!"
Noah menggeleng,macam-macam betul perempuan ni. Semua nak complicated,mata digerakkan keatas sekejap cuba mencari alasan munasabah. Kalau tak dijawab boleh jadi punca gaduh !
"Kalau kau tanya sejak bila aku suka kau,aku tak dapat jawab. Aku harap kau faham" Noah menjedakan ayatnya.
"Tapi jujur aku cakap , for some reason i really liked you and i wanted you to like me back"
Okey. Nayra tak tahu nak jawab apa,pantas dia menoleh ke tingkap cuba menyorokkan wajahnya yang membahang.
"D-dah lama tak balik sini"Selepas menginjak remaja,memori ketika kecil semakin lupus di ingatan tapi tetap sahaja dia tak mampu memadam memori indah ketika menempel di tepi moyang Noah ketika wanita tua itu mengupas buah-buahan tempatan untuk dirinya dan melayaninya seperti cicit sendiri.
"Kau dah lama tak jenguk dia"
Noah senyum sahaja,dia tahu Nayra blushing tapi malas pula nak tegur apatah lagi mengusik. Setiap hari pasti ada yang nak digaduhkan jadi biarlah hari ni tenang je.Manakala Nayra mula membayangkan masakan Moyang Noah yang masih kekal di ingatannya.
Lagi-lagi nasi lemak ayam pedas buatan Nyang rasa pedas pedas manis seakan masih segar di deria lidahnya. Aih, tak sabar!
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...