EL HANA 1

9.2K 170 9
                                    

SUASANA di majlis pernikahan itu menyerabutkan fikiran Ungku El Elyas Ungku Ibrahim. Semua tidak dapat diundur kembali. Hana Elyana telah pun selamat menjadi isterinya dengan sekali lafaz. Tidak terjangkau dek akal fikiran El yang segalanya akan terjadi seperti ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia meminta pertolongan dari Hana dan Hana menyetujuinya.

Ketika majlis pembatalan air sembahyang, El langsung tidak melihat wajah Hana. Dahi Hana juga tidak dikucup. Mereka hanya bersalaman seperti biasa. Segalanya terjadi dengan begitu pantas. Hati El bercampur baur. Dia masih mengharap Azura akan datang dan menjadi isterinya. Tetapi, semua itu tidak mungkin terjadi, kerana lafaz akad tadi telah membuatkan Hana sah menjadi isterinya. Jika Azura muncul sekalipun, segalanya sudah terlambat.

Ikram, sahabat baik merangkap rakan perniagaan cuba menenangkan El yang kelihatan sangat serabut selepas majlis akad itu. Jarang dia melihat pengantin yang tidak gembira di hari perkahwinan mereka.

"Aku takde perasaan langsung pada dia, Ikram. Macam mana aku nak hidup satu bumbung dengan dia?" Wajah El kelihatan buntu dan serabut.

Sungguh, aku pun tak faham apa yang aku dah buat pada hidup aku. Gila!! Kenapa aku ajak Hana kahwin dengan aku?? Kenapa bukan orang lain? Kenapa dia?? Tapi, kalau bukan Hana, siapa? Siapa yang boleh gantikan tempat Azura?? Ini semua sebab mommy desak aku selesaikan segalanya.

Ikram tersenyum tawar saat mendengar kata-kata El. "Aku faham. Tapi, kau takde pilihan, El. Mana Azura?? Dah berapa kali dia buat kau macam ni? Mungkir janji. Tak kan kau masih harap dan tunggu dia lagi?" Ikram simpati. Namun, dia perlu sedarkan sahabatnya itu. Dia sendiri tidak sanggup melihat sahabatnya diperbodohkan oleh Azura, teman wanita Ungku El-Elyas Ungku Ibrahim.

Apa yang kau nampak pada Azura sehingga dia berkali-kali mungkir janji pun kau masih percaya pada dia, El?

"Aku yakin, Azura ada alasan tersendiri. Mesti dia ada masalah. Dia tak kan tiba-tiba diam macam ni. Kau ingat tak dulu? Sebab dia ada masalah family, dia jauhkan diri daripada aku. Sebab dia tak nak aku susah hati. I'm sure, dia bukan sengaja buat macam ni," El masih mempercayai Azura.

Betul, aku pasti Azura ada masalah yang dia tak mahu aku tahu. Aku akan cari kau Azura. Aku tak kan biarkan kau hadapi masalah ini seorang diri tanpa aku.

Ikram menggeleng kepala perlahan. "Aku dah tak tahu nak cakap apa dengan kau, El." Susah benar mahu menyedarkan sahabatnya itu.

Azura bukan yang terbaik untuk kau El. Semoga kau boleh buka mata dan lihat kebaikan Hana. Seorang wanita yang baik pada mata aku. Namun Hana jadi jodoh kau El, bukan aku.

Majlis perkahwinan yang dirancang bersama Azura telah menjadi majlis perkahwinan Ungku El-Elyas bersama pembantu peribadinya, Hana Elyana.

"Aku tak kan cintakan Hana. Lagipun dia janda. Bekas orang. Kalau kau suruh aku terima Hana, aku rasa sampai bila-bila aku tak kan dan tak boleh terima dia. Aku cuma cintakan Azura," El masih berbicara dengan wajah yang buntu dan fikiran yang kosong. Dia seperti bermonolog dengan dirinya sendiri. Tetapi, cukup untuk didengari oleh Ikram dan tanpa mereka sedar kehadiran Hana di situ.

Hana mendengar setiap kata-kata El dan Ikram tentang dirinya. Termenung Hana seketika. Dia sendiri tidak tahu dan tidak faham apa yang El mahukan. El sendiri yang meminta Hana untuk menjadi isterinya selepas Azura tidak dapat dikesan. Kini, El seolah-olah menyalahkan diri Hana atas apa yang berlaku. Sungguh Hana buntu dan tidak mengerti.

Sebagai pembantu peribadi El, Hana bertanggungjawab untuk menguruskan majlis pernikahan antara El dan kekasihnya, Azura. Itu yang sepatutnya berlaku. Tetapi, sejak seminggu yang lalu, Azura hilang dari radar. Puas El menghubungi Azura. Hana juga cuba mencari wanita itu, namun, Azura gagal dikesan. Tetapi, El masih percaya bahawa Azura akan muncul di majlis perkahwinan mereka. Akhirnya, sangkaan El meleset. Azura tidak muncul dan Puan Mastura iaitu ibu El sudah mendesak agar segalanya diselesaikan supaya mereka sekeluarga tidak mendapat malu untuk kali yang ketiga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ElHanaWhere stories live. Discover now