“Eh, macam mana boleh papa kat tasik hari tu?” tanya Mira hairan.
“Macam ni, papa ada cerita kata bang tadi, masa dia nak balik petang tu dia nampak kereta Mira, jadi dia nak cari Mira, papa letak kereta jauh sikit dari kereta Mira, pastu papa nampak kita, dia dengar semuanya, masa abang cakap abang sangat cintakan sayang, papa kata, papa terkejut masa tu sebab Mira tolak sebab bakal tunang tu, then tiba-tiba umi telefon papa pasal tunang tu, umi cakap nak tak tengok gambar bakal menantu kita, lepastu papa cakap send lah gambar tu.
Lepas gambar tu sampai, papa terkejut sangat sebab muka abang sama macam muka bakal menantu dia, anak dia tak tahu pun, tak lama lepas tu papa datang bagi nasihat kat abang, lepas abang tahu lelaki itu bakal mentua abang, abang pusing kebelakang perlahan-lahan, masa tu Mira tengah lihat kawan abang, abang masa tu terkejut sangat, rasa nak menangis ada juga, kalau jodoh takkan kemana, ye tak? Dan satu lagi abang sangat terkejut yang Mira ni anak Tengku” kata Amar sambil mencuit hidung Mira. Mira hanya diam dan menunduk.
“Betapa bijaknya perancangan Allah kan sayang?” Mira hanya meangguk kepalanya.
“Sayang, dengar sini, walaupun sayang belum cintakan abang, abang akan tunggu, yang penting abang cintakan sayang dari awal pertemuan kita lagi, dan semakin hari abang semakin cintakan sayang tak pernah berkurang.” Ujar Amar Fareez sambil merenung mata bundar milik Mira.
“Abang…” Kata Mira kepada Amar dengan penuh menggoda. Dia pun tak tahu ketika ini mana pergi perasaan malunya kepada Amar. Amar sudah menelan air liur.
“Sayang ni nak goda abang ke apa? dengan pakai seksi macam ni lagi, sayang tak tahu malu juga eh!” Usik Amar, sengaja dia mengusik Mira kerana dadanya bagai nak pecah .
Tiba-Tiba Mira merangkul lehernya dan mukanya semakin hampir dan hampir dengan muka Amar, dia juga duduk di riba Amar. Ya Allah, kenapa dengan Mira ni, aku ni lelaki juga mempunyai nafsu yang satu itu, apatah lagi dengan yang halal.
“Abang, Mira cintakan abang dari pertemuan pertama hinggalah sekarang, I love you!” Kata-kata itu membahagiakan Amar. Dia tahu tekaannya tak akan salah.
YOU ARE READING
Sayangku Mr. Nerd
Short Story"Saya Mira Adriana, awak?" "awak!" Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan. "aahhh..yyy..aa" jawab budak nerd itu dengan gugup. "nama awak siapa?" tanya gadis itu lagi. "mm, nama saya Amar Fareez" kata lelaki itu. "sa...