Sejak dari hari itu Amar dan Mira sering keluar bersama kemana-mana saja. Mereka sudah menjadi kawan baik setelah kejadian itu. Mira pula selesa berkawan dengan Amar kerana sikapnya yang baik dan mengambil berat tentang perkara agama.
“Reez, kau ni kan sebenarnya, handsome tau, apa kata aku makeover kau nak?” tanya Mira yang sedang menghirup minuman. Mereka lebih selesa untuk ber ‘aku’ dan ‘kau’ sahaja. Ketika ini mereka berada di KLCC.
“Tak payah lah, kau ni nanti menyusahkan kau pula!” kata Amar yang kini berada dihadapan Mira. Amar tak tahu yang Mira adalah orang yang berpangkat Tengku sampai sekarang.
“Tak pe aku belanja!” Mira sudah tak sabar untuk mengubah penampilan Amar.
“Eh, tak payah lah, pakai duit aku je!”
“kau jangan nak membantah, kalau aku kata ,aku belanja maksudnya, aku belanja, faham tak?” Amar memang sudah masak dengan perangai Mira yang kalau katanya putih, putihlah jawapannya.
“Ye, puteriku sayang!” acap kali Amar mengatakan perkataan ini kepada Mira, jantung Mira seperti nak tercabut. Dia pun pelik kenapa setiap kali Amar meungkapkan kata seperti itu dia cepat menggelabah dan jantungnya berdegup dengan laju. Adakah ini cinta? Tak, dia cuba menafikan, walaupun kata-kata itu tidak sama dengan perasaannya ketika itu.
“eee, boleh tak kau jangan panggil aku sayang, berbuih dah mulut aku ni bagitau kau pasal ni!” Mira berkata dengan muka yang cemberut.
“Yalah, sayang!” usik Amar. Muka Mira pula makin masam jadinya. Itu sudah jadi salah satu hobi Amar, iaitu mengusik Mira.
“Ala, ala, comei, comei! Buat lagi muka macam tu, Yalah aku ikut cadangan kau!” Muka Mira yang masam tadi sudah menjadi ceria semula. Amar tidak mahu gadis kesayangannya sedih kerana hanya perkara itu.
“Jom!” ujar Mira sambil menarik lengan Amar yang berlapik dengan baju. Mereka tidak tahu yang mereka berkongsi rasa yang sama.
YOU ARE READING
Sayangku Mr. Nerd
Short Story"Saya Mira Adriana, awak?" "awak!" Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan. "aahhh..yyy..aa" jawab budak nerd itu dengan gugup. "nama awak siapa?" tanya gadis itu lagi. "mm, nama saya Amar Fareez" kata lelaki itu. "sa...