Bab 5

17.2K 889 4
                                    

“Saya Mira Adriana, awak?” tanya gadis yang menolong budak nerd tadi. Budak nerd yang menunduk tadi mengangkat wajahnya. Terpaku! Itulah perasaannya ketika itu, ‘comelnya!’ monolog lelaki itu dalam hati.

“awak!” Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan.

“aahhh..yyy..aa” jawab budak nerd itu dengan gugup.

“nama awak siapa?” tanya gadis itu lagi.

“mm, nama saya Amar Fareez” kata lelaki itu.

“saya panggil awak Reez boleh?” kata Mira sambil tersenyum manis. Sekali lagi Amar Fareez terpukau.

“mm..bo…boleh” jawab Amar dengan gugup. Sebenarnya tiada sesiapa yang memanggilnya  Reez selain dari papa dan mummynya.

“awak nak jadi kawan saya tak?”

“boleh je..tapi awak tak malu ke kawan dengan saya?” inilah kali pertama perempuan yang nak berkawan dengannya.

“kenapa pula malu?” tanya Mira dengan dahi yang berkerut- kerut. Yalah apa nak dimalukan?

“sebab saya kan budak nerd, hodoh pula tu, baju saya macam ni” jawab Amar Fareez sambil menunjukkan cermin matanya dan bajunya.

“eh, taklah, sebenarnya semua orang sama je dipandangan Allah, miskin, kaya, kacak, hodoh semua itu hanya itu hanya pinjaman sahaja, semuanya boleh ditarik balik, tapi jika Allah memberikan semua itu kita hendaklah menjaga dengan sebaiknya, tapi kan awak ni kacak juga eh!” puji Mira sambil tersenyum dengan melihat Fareez.

Amar Fareez yang mulanya mendengar dengan tekun, terus menunduk, rasanya pipinya seperti udang direbus. Menahan malu yang teramat!

Mira yang melihat Amar menahan malu hanya ketawa kecil.

“Comelnya!’ tanpa sedar Mira memuji Amar. Amar yang tadi menunduk, kini tidak kerana mendengar kata-kata gadis dihadapannya. Dia salah dengar ke?

“apa yang comel?” tanya Amar. Sengaja dia tanya, padahal dia  tahu gadis itu memujinya kerana sedari tanya mata bundar itu sedikit pun tidak beralih dari wajahnya.

“hah! Co..comel..ha, kereta tu yang comel” kata Mira sambil menunjuk kereta mini cooper yang berwarna kuning itu. Macam boleh terlepas ni? Adoyai, heh, sejak bila kau puji lelaki ni Mira?, Ini sudah gawat ni, sudah tahap kritikal sudah ni, pertama kali dia memuji lelaki selain abang dan papanya.

Amar yang melihat gadis itu menggelabah hanya tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Semakin berani ya kau Amar, sebelum ni cakap dengan perempuan pun susah, eh ye ke aku pernah bercakap dengan perempuan? haha, perempuan yang menghinanya adalah!

“mmm, Reez, kawan saya dah tunggu tu, nanti kita jumpa lagi ya, Assalamualaikum” Mira terus berjalan menghampiri sahabatnya dan sempat juga dia melambai Amar.

Amar hanya memerhati gerak-geri gadis itu sehingga hilang dari pandangan. TIba-tiba dia rasa lain macam, Kenapa hati aku ni?, berdegup laju tak tentu pasal. Dia memegang dadanya. Dia memikirkan seketika dan akhirnya, Adakah mungkin? Oh my!

Sayangku Mr. NerdWhere stories live. Discover now