BAB 4

33 0 0
                                    

Nuyin masuk ke dalam kelas dengan muka muram. Sahabat sehanat nuyin sudah mengagak yang nuyin ada masalah daripada rumah. Memang akan berlaku peperangan setiap hari sebab diorang boleh tengok reaksi muka Nuyin. Setiap hari boleh dikatakan Nuyin akan melepak dengan diorang sebab diorang tahu nuyin terseksa tinggal dengan family dia.

Mya, Q dan Cha tinggal di rumah sewa sebab rumah parent diorang jauh dari tempat kolej mereka. Mereka pernah mengajak Nuyin tinggal bersama mereka tapi abang-abang nuyin tak benarkan nuyin berjauhan dengan mereka.

Walaupun abang-abang Nuyin tahu yang mama dan papa tak suka nuyin tapi mereka tak boleh berjauhan dengan Nuyin. Bagi mereka, Nuyin adalah jagaan mereka walaupun diorang ada seorang lagi adik perempuan. Siapa lagi kalau bukan Narima. Memang narima dan Nuyin adik-adik mereka, tapi mereka lebih suka dan sayang dengan Nuyin disebabkan perangai Nuyin dan amanah seseorang.

Mungkin suatu hari nanti mereka pasti yang nuyin akan dihalau oleh parent Nuyin. Narima, adik kembar Nuyin sangat benci Nuyin kerana dia tak dapat layanan dan kasih sayang yang secukupnya dari abang-abang mereka. Itu membuatkan lagi berdendam Narima dengan Nuyin.

"Nuyin, kau okey ke tak ni?" Tanya Cha dengan baik. Dia tahu Nuyin ada masalah.

"Aah Nuyin, kau okey ke tak? Jangan lah senyap aje macam ni. Jangan buat kitorang risau." Tanya Mya pula dengan nada risau. Yelah. Risau tengok muka Nuyin yang tak ceria langsung.

"Tak dee ape lah. Biasalah kalau dengan family aku. Tak dee bende yang puas hati selagi aku ade dalam rumah tu." Jawab Nuyin dengan nada lemah. Hanya dia je tahu apa yang berlaku seawal dia keluar rumah pagi tadi.

"Tu lah, aku dah ajak kau tinggal dengan rumah kitorang. Kau tak nak. Abang-abang kau tak bagi." Bidas Q dengan marah sambil buat mata juling ke atas. Dah orang ajak tinggal bersama dia, taknak. Degil juga nak tinggal dalam rumah tu.

"Tak pe lah. Aku masih mampu lagi hadap diorang. Walau apa pun, diorang tetap family aku." Balas Nuyin dengan suara perlahan walaupun dia teringin juga nak keluar daripada rumah.

"Walaupun family, tapi hati dan jiwa kau tak tenteram. Nie tiap hari boleh dikatakan muka monyok kee macam tempoyak basi yang dah masam tu." bidas Cha dengan lantang. Takkan lah dia nak biarkan Nuyin terus sakit hati aje tinggal dalam rumah tu. Terasa nak bawak lari anak dara sorang nie.

"Bukan lah weyh, muka Nuyin nie cam muka orang yang makan buah oren yang masam tu. Kan buruk kalau makan oren yang masam tu. Hahahaha" sambung Q sambil gelak bagai bangunan nak runtuh. Time nama orang, suka sangat nak ubah-ubah. Jadi bahan lawak.

"Betul tu. Hahahahaha. Sejibik." Sokong Mya sambil bertepuk tampar dengan Q. Ye lah. Nama Nuyin kan nak dekat dengan oren. Tak pe lah Nuyin, redha je lah.

"Sejibik pun boleh laa Mya. Tahu dah kau tu fail bahasa melayu. Dasar." Balas Cha dengan nada menyindir. Cha memandang semula muka Nuyin dan mengangkat kening untuk menceritakan semula apa yang berlaku tadi. Nuyin yang faham dengan isyarat tu terus mengeluarkan keluhan kecil dan mencerita apa yang berlaku pagi tadi.

Sayang Untuk Cik NuyinWhere stories live. Discover now