Memandangkan hari sudah menjelang petang, mereka bercadang untuk ke Lumpini Park. Tempat itu dikenali dikalangan orang-orang yang mahukan ketenangan dan ada juga pasangan yang datang ke situ untuk menghabiskan masa bersama. Mereka mahu melihat matahari terbenam sebelum balik ke hotel untuk mandi dan solat. " Aku cari tandas sekejap. " Farhan terus berlari ke arah mana pun dia tak tahu. Dia langsung tak perdulikan lelaki itu mahupun sesiapa, dia hanya mahu melihat Irdina yang kelihatan sangat indah berlatar belakangkan matahari itu.
" Zaf, jom tolong aku tangkap gambar dekat sana. " Irdina pula segera menarik lengan Zafril dan meninggalkan Ryan duduk dibangku itu.
" Aku ikut Di– "
Belum sempat dia berdiri, Amalia terlebih dahulu menahan lengannya. " Sekejap lagi diaorang datang balik sini, bukan jauh pun dia pergi. " Mendengar kata-kata wanita itu membuatkan dia kembali duduk lalu dia mengeluh kecil. Matanya memang tak boleh memandang ke tempat lain kecuali ke arah Irdina dan Zafril. " Ryan.." Dia tak memandang ke arah Amalia tetapi masih mendengar kata-kata wanita itu. " Ryan, kawan aku ada suka someone ni tapi lelaki tu bagitahu dia yang lelaki tu suka orang lain. Kau rasa dia patut luahkan perasaan dekat lelaki tu ke dia patut lepaskan ? "
" Lepaskan. "
Pendek jawapan darinya. " Cakap dengan dia, jangan jadi bodoh perjuangkan benda yang mustahil. " Lepaskan jelah. Senang. Orang dah tak nak tu, kita tak boleh paksakan ? Ingat ni zaman apa nak paksa-paksa bercinta ni ? Kuno sangat. " Eh aku nak duduk sebelah Ryanlah. " Farhan yang datang tiba-tiba lalu menyelit antara dia dan Amalia itu membuatkan dia marah. " Sempitlah Han ! " Macam tiada tempat lain pula lelaki itu mahu duduk. Bangku itu memang untuk dua orang sahaja duduk jadi bila lelaki itu menyelit, bangku itu jadi sangat sempit.
" Hah apa Lia ? Kau nak aku tangkapkan gambar untuk kau dekat hujung sana ? Okay jom. " Ryan berkerut. Dia tak dengar pun wanita itu bersuara. Belum sempat dia bertanya, Farhan terlebih dahulu memimpin Amalia ke arah lain. Dia hanya menganggap yang wanita itu hanya mahu bergambar dan terus dia kembali fokus pada Irdina dan ternyata wanita itu sedang berjalan ke arahnya. " Zaf mana ? " Melihat wanita itu berjalan seorang diri membuatkannya pelik. Tadi berdua sekarang seorang diri.
" Dia kata nak jalan sorang-sorang sekejap. "
Ryan mengangguk kecil. Entah kenapa dia jadi berdebar bila wanita itu duduk disebelahnya. Wanita itu bukan berbuat apa-apa pun selain melihat gambar yang ditangkap oleh Zafril tadi. " Dina, kau suka lelaki yang macam mana ? " Soalan itu tiba-tiba datang dalam fikirannya. Sebenarnya dia dah lama nak tanya soalan itu pada wanita itu. Hatinya ini tertanya-tanya soal itu. " Uhm..aku suka lelaki yang pandai tangkap gambar. " Dia pandai tangkap gambar, boleh-boleh.
" Lepas tu, aku suka lelaki yang soft spoken and tak suka mengacau perempuan sangat. Biar yang dia macam pendiam, malu-malu gitu. Sebab biasanya lelaki yang awkward dengan perempuan ni, dia akan sweet dengan perempuan yang dia suka je. "
Lama dia terdiam. " Semua ciri yang kau cakap ni ada pada.."
" Zaf. "
Mendengar jawapan wanita itu benar-benar buat hatinya berkecai. Mata mereka tiba-tiba bertembung membuatkan wanita itu tersenyum lebar. " Isn't it too obvious ? Aku rasa semua orang boleh tahu yang aku suka Zaf. " Tapi bukan dirinya. Dia tak boleh tahu yang wanita itu sukakan Zafril atau lebih tepat dia tak nak tahu. Sedaya upaya dia cuba mengumpul kekuatannya untuk mengeluarkan suara. " Of course. Tengoklah berapa juta kali kau dah compare aku dengan Zaf sepanjang kita kawan ni. You're obviously suka dia. "
" I love him, Ryan. "
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...